Wednesday, May 25, 2022

Guardian perkenal rangkaian baru Aksesori Kecantikan Essential Guardian

Hi Korang,

Guardian Malaysia telah memperkenalkan satu rangkaian baharu dan eksklusif Aksesori Kecantikan Essential Guardian yang boleh didapati di semua stor Guardian dan di dalam talian. 


Menampilkan lebih 40 item baharu yang terdiri daripada span muka, paf muka, berus solekan, pencukur kening, pelentik bulu mata, penyepit, penghapus bintik hitam dan jerawat, gunting bulu kening, kapas pembersih, pengetip kuku, set tatarias kuku dan pengilap kuku.

Anna Hull, Pengarah Komersil Malaysia dan Brunei dan Pengarah Jenama Sendiri, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara berkata:

“Sebagai peruncit Nombor Satu Kesihatan dan Kecantikan Terbaik di negara ini, Guardian sentiasa mengkaji dan membawakan produk terbaik yang tersedia pada nilai hebat kepada pelanggan. Produk-produk ini termasuk aksesori kecantikan terkini dan berkualiti tinggi yang dihasilkan secara eksklusif untuk Guardian mengikut standard dan spesifikasi Guardian untuk dijual pada harga yang sangat kompetitif kepada pelanggan kami.




“Rangkaian Aksesori Kencatikan Essential Guardian menampilkan trend dan ciri kecantikan terkini. Kami mempunyai 12 jenis span muka, sebagai contoh, termasuk satu yang dihasilkan dengan fiber akar sayuran Konjac, menjadikan ia span pembersih semula jadi yang memiliki tekstur lebih halus untuk membersih dan menanggalkan kulit mati dengan lembut. Kami juga mempunyai span 3D yang telah direka bentuk untuk mengoles dan mengadun semua formula kosmetik sama ada bedak, krim atau cecair untuk kemasan yang halus dan sempurna. Pendek kata, kami mempunyai span untuk setiap keperluan kecantikan tertentu.”






“Terdapat juga 15 jenis berus untuk pelbagai jenis kegunaan daripada berus kening hinggalah ke berus garisan ke berus kontur ke berus celahan dan berus noda. Terdapat juga set berus kembara, set berus mata dan set berus wajah.”




“Rangkaian Aksesori Kecantikan Essential Guardian dijual pada harga yang sangat mampu milik iaitu RM5.90 untuk span bedak asas hingga RM33.90 untuk set tatarias kuku. Jadi berkunjunglah ke stor kami sekarang atau lawati stor dalam talian kami untuk segala keperluan kecantikan anda. Terdapat banyak pilihan untuk dipilih untuk memastikan anda sentiasa tampil rapi dan menawan,” tambah Anna Hull.

Tuesday, May 24, 2022

Raikan Kemenangan Kecil Kehidupan Bersama CLOUD 9 GOLD Serba Baru dan Rasai ‘BAEK PUNYA FEELING’

Hi Korang,

Sudahkah anda dengar berita terbaharu?

JACK ‘n JILL Cloud 9 memperkenalkan varian kepingan coklat enak baharu!

Ianya Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp serba baharu!


Coklat mewah dengan lapisan kacang karamel ranggup ini menjanjikan anda merasai aras pengalaman baharu ‘Baek Punya Feeling’ yang amat dikenali oleh penggemar Cloud 9. Kaya dengan rasa masin-manis, Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp baharu adalah satu sajian yang wajib dinikmati! Rasai perbezaannya dan anda tentu hendak lagi…

Ada lagi…

Cloud 9 Gold sedar bahawa beberapa tahun kebelakangan ini amat mencabar disebabkan Covid-19. Kini adalah masa yang sesuai untuk bangkit dan mara ke hadapan, meraikan kehidupan baharu.

Tentunya satu pengajaran besar yang dibawa Covid-19 adalah untuk menghargai kehidupan dan keberkatan yang diberikan, baik kecil dan besar, serta untuk meraikan kehidupan.

Sehubungan itu, Cloud 9 Gold menjemput anda untuk meraikan kemenangan kecil kehidupan. Ya, kita tidak seharusnya hanya meraikan pencapaian besar kerana setiap satu yang dikecapi, baik kecil mahupun besar, memberikan kepuasan, membentuk diri kita serta memperkayakan lagi pengalaman hidup.

Setiap kita berbeza dan kemenangan kecil yang dirasai boleh terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz. Berikan ganjaran kepada diri anda apabila mencapai matlamat kecil dalam kehidupan: Sama ada anda berjaya mengemas peti masuk emel, lulus ujian memandu, berjaya mengajar haiwan peliharaan aksi baharu, menyediakan kek pertama anda, mencapai 10,000 langkah sehari, mempelajari bahasa baharu, menjalin semula hubungan yang terpisah lama, berjaya menghabiskan sebuah novel…dan sebagainya.

Suatu pencapaian tidak seharusnya diraikan seorang diri. Cloud 9 Gold akan menganjurkan satu peraduan istimewa dari 1 hingga 30 Jun 2022 untuk meraikan kemenangan kecil anda secara besar-besaran!


Pastikan anda berkongsi berita ini bersama rakan-rakan dan keluarga serta menarik mereka untuk turut serta. Tentunya lebih ramai, lebih meriah apabila kita semua dapat merasai ‘Baek Punya Feeling’ bersama-sama.

Di bawah adalah cara bagaimana anda boleh menerima ganjaran apabila meraikan kemenangan kecil kehidupan bersama Cloud 9 Gold:

1. Muat turun filter #Baekpunyafeeling daripada IG story Cloud 9.

2. Gunakan filter TikTok dan menari bersama. Pastikan anda menampilkan gaya paling kreatif.

3. Kongsikannya di platform TikTok anda dan masukkan tanda pagar (hashtag) #Baekpunyafeeling #Cloud9MY.

4. 10 video Tiktok dengan paling banyak likes akan menerima hadiah berupa 5 Cloud 9 Gold peribadi dengan nama anda tertera di bahagian lengan baju.

Untuk meningkatkan lagi ‘Baek Punya Feeling’, satu kompilasi video ‘Cloud 9 Gold Kau Boleh’ akan disediakan untuk kesemua penyertaan yang diterima. 

Saksikan kemenangan kecil anda diiktiraf ke peringkat maksimum!

Ingat, tiada pencapaian yang tidak signifikan! Bersama-sama, mari kita raikan secara BESAR-BESARAN setiap kemenangan KECIL dan bergembira dengan merasai ‘Baek Punya Feeling’.

#BAEKPUNYAFEELING
#Cloud9Gold

Monday, May 23, 2022

Keropok Miaow Miaow Perisa Terbaru Sambal Balado. Korean Spicy dan Curry BBQ Crackers

Hi Korang,

Peminat keropok dari Miaow Miaow mesti teruja dengan kehadiran 4 perisa baru yang mempertengahkan rasa kepedasan. Apatah lagi orang Malaysia memang cukup gemar dengan rasa pedas, bayangkan hampir semua masakan memang kena ada cili.


Untuk perisa terbaru Miaow Miaow terdapat 4 perisa yang diperkenalkan iaitu Sambal Balado Flavoured Prawn Crackers, Curry BBQ Flavoured Prawn Crackers, Korean Spicy Flavoured Prawn Crackers dan Korean Spicy Flavoured Cuttlefish Crackers.

Curry BBQ Flavoured Prawn Crackers


Bagi yang sukakan rasa pedas kari bersama rasa kemanisan serta percikan rempah. Bolehlah mencuba perisa yang ini. Ini terutama peminat masakan kari pasti akan lebih teruja apabila di dalam setiap gigitan kracker udang ada rasa rempah kari didalamnya.

Sambal Balado Flavoured Prawn Crackers


Sukakan masakan Indonesia.Ahah! korang pasti sukakan Sambal Balado Flavoured Prawn Crackers. Seperti menikmati nasi lemak di waktu pagi, rasa pedas-pedas cili yang cukup menambat hati

Korean Spicy Flavoured Prawn Crackers


Sebagai peminat K-Drama kak lily memang cukup fanatik dengan semua makanan pedas Korea. Dan kali ini didatangkan bersama siri keropok Miaow Miaow, lagilah kak lily excited Gabungan kraker udang kegemaran dengan kepedasan asli dari Korea

Korean Spicy Flavoured Cuttlefish Crackers


Jika gemarkan kraker Cuttlefish, bolehlah rasai sendiri Korean Spicy flavoured cuttlefish Crackers. Rasanya yang unik dan cukup istimewa. Ahah! Bolehlah sambil menonton k-drama kita layan kudapan dari Miaow Miaow ini. Bestkan!

Jom sertai Peraduan Miaow Miaow di FB dan berpeluang memenangi hadiah menarik berjumlah sehingga RM6,500

Tempoh peraduan: 1st April 2022 – 30th June 2022.

Cara-cara penyertaan:


Step 1
Beli produk Miaow Miaow bernilai RM 10 & ke atas termasuk 1 unit produk Miaow Miaow Flame dalam satu resit.

Step 2
WhatsApp gambar resit & taip MIAOWMIAOW_FLAME dengan nama penuh & NRIC ke 016-2933907.

*Tertakluk pada terma & syarat:




Ada hadiah Mi Robot Vacuum Mop Pro, Cornell 2in1 Steamboat BBQ Grill dan pelbagai lagi hadiah menarik. 

Jadi jangan lupa untuk sertainya hari ini