Tuesday, May 24, 2022

Raikan Kemenangan Kecil Kehidupan Bersama CLOUD 9 GOLD Serba Baru dan Rasai ‘BAEK PUNYA FEELING’

Hi Korang,

Sudahkah anda dengar berita terbaharu?

JACK ‘n JILL Cloud 9 memperkenalkan varian kepingan coklat enak baharu!

Ianya Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp serba baharu!


Coklat mewah dengan lapisan kacang karamel ranggup ini menjanjikan anda merasai aras pengalaman baharu ‘Baek Punya Feeling’ yang amat dikenali oleh penggemar Cloud 9. Kaya dengan rasa masin-manis, Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp baharu adalah satu sajian yang wajib dinikmati! Rasai perbezaannya dan anda tentu hendak lagi…

Ada lagi…

Cloud 9 Gold sedar bahawa beberapa tahun kebelakangan ini amat mencabar disebabkan Covid-19. Kini adalah masa yang sesuai untuk bangkit dan mara ke hadapan, meraikan kehidupan baharu.

Tentunya satu pengajaran besar yang dibawa Covid-19 adalah untuk menghargai kehidupan dan keberkatan yang diberikan, baik kecil dan besar, serta untuk meraikan kehidupan.

Sehubungan itu, Cloud 9 Gold menjemput anda untuk meraikan kemenangan kecil kehidupan. Ya, kita tidak seharusnya hanya meraikan pencapaian besar kerana setiap satu yang dikecapi, baik kecil mahupun besar, memberikan kepuasan, membentuk diri kita serta memperkayakan lagi pengalaman hidup.

Setiap kita berbeza dan kemenangan kecil yang dirasai boleh terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz. Berikan ganjaran kepada diri anda apabila mencapai matlamat kecil dalam kehidupan: Sama ada anda berjaya mengemas peti masuk emel, lulus ujian memandu, berjaya mengajar haiwan peliharaan aksi baharu, menyediakan kek pertama anda, mencapai 10,000 langkah sehari, mempelajari bahasa baharu, menjalin semula hubungan yang terpisah lama, berjaya menghabiskan sebuah novel…dan sebagainya.

Suatu pencapaian tidak seharusnya diraikan seorang diri. Cloud 9 Gold akan menganjurkan satu peraduan istimewa dari 1 hingga 30 Jun 2022 untuk meraikan kemenangan kecil anda secara besar-besaran!


Pastikan anda berkongsi berita ini bersama rakan-rakan dan keluarga serta menarik mereka untuk turut serta. Tentunya lebih ramai, lebih meriah apabila kita semua dapat merasai ‘Baek Punya Feeling’ bersama-sama.

Di bawah adalah cara bagaimana anda boleh menerima ganjaran apabila meraikan kemenangan kecil kehidupan bersama Cloud 9 Gold:

1. Muat turun filter #Baekpunyafeeling daripada IG story Cloud 9.

2. Gunakan filter TikTok dan menari bersama. Pastikan anda menampilkan gaya paling kreatif.

3. Kongsikannya di platform TikTok anda dan masukkan tanda pagar (hashtag) #Baekpunyafeeling #Cloud9MY.

4. 10 video Tiktok dengan paling banyak likes akan menerima hadiah berupa 5 Cloud 9 Gold peribadi dengan nama anda tertera di bahagian lengan baju.

Untuk meningkatkan lagi ‘Baek Punya Feeling’, satu kompilasi video ‘Cloud 9 Gold Kau Boleh’ akan disediakan untuk kesemua penyertaan yang diterima. 

Saksikan kemenangan kecil anda diiktiraf ke peringkat maksimum!

Ingat, tiada pencapaian yang tidak signifikan! Bersama-sama, mari kita raikan secara BESAR-BESARAN setiap kemenangan KECIL dan bergembira dengan merasai ‘Baek Punya Feeling’.

#BAEKPUNYAFEELING
#Cloud9Gold

No comments :