Wednesday, January 6, 2021

Dewan Perdana Felda, Pilihan Terbaik Untuk Majlis Perkahwinan Gilang Gemilang

Hi Korang, 

Walaupun wabak pandemik Covid19 ini masih berleluasa di seluruh dunia tapi kehidupan harus di teruskan dengan cara mengamalkan norma-norma pada setiap hari. Apa jua aktiviti yang ingin di lakukan haruslah mengikut SOP yang telah pun di tetapkan. 

Tidak terkecuali juga dengan majlis perkahwinan. 

Setelah sahaja kerajaan mengumumkan majlis perkahwinan boleh di lakukan, pihak Felda D’Saji mengambil langkah drastik membuka kembali Dewan Perdana Felda yang gah ini bagi majlis perkahwinan berlandaskan arahan yang dikeluarkan. 


Seriously kak lily memang senantiasa kagum dengan kecantikan Dewan Perdana Felda ini, di mana dewannya yang cukup luas, cantik, dekorasi yang menarik dan berkonsepkan moden. 

Kebetulan pula, kak lily mendapat jemputan undangan perkahwinan bertempat di Dewan Perdana Felda baru-baru ini,maka dapatlah kak lily kongsikan serba sedikit mengenai lokasi majlis perkahwinan dan kemudahan tersedia di sini. 

Dewan Yang Luas dan Cantik 

Di antara dewan yang paling besar yang pernah kak lily jejakkan kaki. 



Dewan yang begitu luas dengan susunatur meja dan kerusi begitu teratur serta kemas. Kapasiti dewan ini boleh memuatkan seramai 1100 orang, namun untuk musim PKP ini hanya terhad pada maksimum 700 orang sahaja didalam dewan pada satu-satu masa disebabkan kesemua kerusi meja di susun mengikut penjarakan sosial. 

Dekorasi Moden dan Uptodate

Memang kita tahu yang dekorasi yang cantik dan mempersonakan menjadi sebab utama mengapa Dewan Perdana Felda ini sentiasa menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan di sini. 




Mempunyai beberapa konsep yang sesuai untuk para mempelai dan bagi tahun ini, terdapat dua konsep yang diperkenalkan iaitu Tropika dan Black & White. 

Oh ya, dekorasi lampu LED didalam dewan menaikkan lagi seri bagi meraikan majlis yang diraikan, hiasan flower arch dan flower walkway menambahkan lagi keserian dewan ini. 

Menu Masakan Melayu Yang Menyelerakan 

Yesza kalau bercakap pasal makan ini, ermm kak lily inilah orangnya hehehe 


Untuk kali ini, hidangan secara dome di atas meja di sediakan untuk para tetamu, so no more buffet line bagi menjarakkan sosial di antara satu sama lain. Sangat-sangat istimewa hidangannya seperti : 

Ayam Masak Merah 

Daging Masak Hitam 

Masak Lemak Daging Salai & Mangga Muda 

Buttered Prawn 

Dalca Sayuran 

Sayur Goreng Jawa 

Kesemua menu-menu ini sememangnya sedap dan enak hasil air tangan daripada team D’Saji yang memang terkenal dengan menu masakan melayu. 

Di datangkan juga dengan pilihan nasi putih ataupun nasi minyak, buah-buahan, kuih-muih serta minuman panas mahupun sejuk. 


Kambing bakar yang sentiasa mencuri tumpuan. Memang sedap. Selain daripada kambing bakar, turut disediakan masakan gorengan panas seperti kuew teow goreng, cendol dan juga apam balik. 

Apam Johol

Tapai Ais Krim

Ada 2 menu istimewa yang kak lily begitu sukakan iaitu Apam Johol dan Tapai Ais Krim, rasanya memang tidak akan ada keduanya ini di mana-mana majlis perkahwinan pun selain daripada caterer D’Saji kan hehhee 

Kawasan Parkir LUAS dan PERCUMA serta Perkhidmatan Valet 

Jangan bimbang mengenai parkir kereta, berhadapan Dewan Perdana Felda disediakan banyak parkir secara PERCUMA. 





Begitu juga di bahagian basement dewan, ada juga ruangan khas meletakkan kereta. Tempat parkir ini sememangnya sangat luas. Bukan sahaja boleh menempatkan kenderaan kecil seperti kereta dan motor. Bahkan untuk kenderaan seperti bas juga boleh masuk parkir di ruang yang disediakan. 


Disediakan juga perkhidmatan valet untuk tetamu VVIP. Tetamu akan terus turun di pintu utama. 

Terdapat 2 bilik khas yang di sediakan sekali untuk bakal pengantin iaitu Ruang Khas VVIP dan Bilik Persalinan Pengantin. 

Ruang KHAS VVIP 


Di dalam dewan disediakan juga ruang khas VVIP yang biasanya digunakan untuk menunggu atau berkumpul sebelum majlis bermula. Ini bagi memberi lebih keselesaan buat tetamu VVIP yang dijemput terutama dalam memastikan perjalanan aturcara berjalan dengan lancar dan teratur. 

Bilik Persalinan Pengantin 



Terdapat dua bilik persalinan pengantin yang disediakan iaitu Bilik Purnama dan Bilik Persada. Pengantin lelaki dan perempuan boleh bersiap di dalam dua bilik yang berbeza, maka senanglah jurusolek atau mak andam boleh menyiapkan pengantin dengan lebih mudah dan selesa. 

Kemudahan SURAU yang selesa 


Selain daripada tandas, turut disediakan surau khas untuk lelaki dan perempuan bagi kegunaan tetamu di tingkat bawah bangunan. Tetamu hanya perlu menaiki lif untuk ke tingkat bawah. 

Kemudahan PA System, Skrin LED 

Penyediaan PA System untuk majlis keraian hari ini menjadi salah satu keperluan terutama membabitkan program didalam dewan yang besar. Di dalam pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan Dewan Perdana Felda turut disertakan kemudahan PA System begitu juga dengan LED Display Panel bagi memberi impak teknologi audio dan visual 


Turut disediakan sudut (platform) untuk persembahan didalam dewan. Kemudahan untuk majlis yang ada kumpulan kugiran bagi menghiburkan para tetamu. 


Suasana lebih meriah dengan alunan muzik yang cukup indah megiringi tetamu yang baru sampai untuk berjalan masuk terus ke dalam dewan. 

Kemudahan Yang Disediakan Mengikut SOP Di Tetapkan 

Sedia maklum yang pihak pengurusan Dewan Perdana Felda juga tidak terkecuali menyediakan segala kemudahan yang mengikut SOP musim pandemik sebagai langkah penjagaan diri dan tetamu yang hadir ke majlis yang dirai. 


Daftar diri dengan apps MYSEJAHTERA, "check-in" sebelum masuk ke dalam dewan utama. Turut ada pengimbas suhu badan diletakkan berhempiran. Ini bagi memastikan tetamu yang datang berada didalam keadaan sihat tanpa gejala seperti demam. 



Antaranya peringatan umum tentang prosedur untuk setiap tetamu yang hadir perlu ikuti seperti memakai topeng muka (mask) dan sebagainya. 


Turut disediakan topeng muka (mask) dan juga hand sanitizer. Ikut SOP yang disarankan, pakai topeng muka sentiasa dan pastikan tangan bersih serta bebas kuman. 

Notis peringatan mesra bersama Goodies Self Care Kit 


Di atas setiap meja turut disediakan notis peringatan mesra tentang perlunya memakai sarung tangan (ada disediakan) ketika hendak mengambil lauk pauk di atas meja. Setiap tetamu yang hadir turut diberikan Kit Penjagaan Diri yang mengandungi mask, sarung tangan, disinfectant wipes dan hand sanitizer. 


Bagi memastikan "kita jaga kita", memakai sarung tangan ketika mengambil makanan adalah sangat penting. 

Perkara-perkara begini harus di ambil kira apabila kita memilih dewan untuk apa jua majlis pun dan syabas di ucapkan kepadapihak pengurusan Dewan Perdana Felda memang mengambil berat tentang SOP di musim COVID19 terutama dari segi sanitasi dewan yang sentiasa dilakukan dari masa ke semasa. Ini bagi memastikan keadaan lokasi majlis benar-benar selamat mengikut langkah pencegahan seperti yang disyorkan oleh pihak Kerajaan. 

sempat ktorang bergambar di photobooth nieh

Di harapkan bakal pengantin dan kedua ibu bapa dapat mengambil kira faktor-faktor yang kak lily berikan sebagai panduan untuk mencari lokasi majlis perkahwinan korang nanti 

Ini alamatnya: 

Dewan Perdana Felda 
1, Jalan Maktab, 
Kampung Datuk Keramat, 
54000 Kuala Lumpur 

Lokasi dewan di Kompleks Anjung FELDA begitu strategik, terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. 

Keterangan lanjut mengenai promosi Dewan Perdana Felda, boleh layari:- 

Atau hubungi : 
03-2698 8302


Tuesday, January 5, 2021

Makan-Makan Di Golfer’s Terrace, TPC Kuala Lumpur

Hi Korang, 

Of courselah kita nak citer pasal makan-makan kan, inikan forte kak lily hehehehe 

Pernah ke TPC KL? 

Ermm tak pernah lah kak lily tempat orang-orang kaya tuh, kita rakyat marhaen tak mampoo oooo, itu kata bebudak ni bila kak lily tanyekan hari tuh. Tapi memang betul ramai yang beranggapan begitu. 

Dahulu yer tapi sekarang tidak lagi. 



Tournament Players Club (TPC) Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan nama TPC KL telah pun di buka kepada orang awam setelah sekian kalinya. 

Kini orang awam boleh menggunakan perkhidmatan golf course, driving range dan juga clubhouse. Sempat kak lily explore kawasan persekitaran di clubhouse ini dan nanti akan di kongsikan di entri lain. 



Hari tuh sempat ktorang makan-makan di Golfer’s Terrace yang merupakan salah satu tempat makan di dalam TPC KL ini yang menghidangkan pelbagai jenis menu masakan tempatan mahupun antarabangsa. 

Kak lily sukakan environment di restoran ini kerana ianya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu di bahagian luar untuk mereka yang sukakan pemandangan hijau padang golf dan di bahagian dalam yang lebih privacy kalau ingin membincangkan sesuatu sambil makan-makan. 

Jadi pelbagai jenis menu makanan yang ktorang cuba, daripada menu pembuka selera, hidangan berat sehingga kepada pencuci mulut iaitu: 

1) Rojak Petis 
2) Daging Masak Lemak Cili Api 
3) Sambal Udang Petai 
4) Nasi Lemak Ayam Rendang 
5) Nyonya Curry Laksa 
6) Hainanese Chicken Rice 
7) Soya Bean Panna Cotta 
8) Malibu Sunrise 



Rojak Petis 
Pineapple, cucumber, turnip, beancurd, water spinach & beansprout tossed with petis sauce & toasted peanuts 
13.40++/16.1 0++ 

Daging Masak Lemak Cili Api 
Slice tender beef cooked in spicy chilli padi and coconut gravy served with steamed rice, kerabu, keropok & sambal belacan 
24.80++/29.80++ 

Sambal Udang Petai 
Fresh prawns cooked in sambal paste & tamarind, served with steamed rice & sambal belacan 
26. 80++/32.20++ 

Nasi Lemak Ayam Rendang 
Rendang chicken drumstick with coconut pandan rice, fried egg, sambal sotong & condiments 
18. 30++/22. 00++ 

Nyonya Curry Laksa 
Spicy curry gravy, prawns, fish ball, fish cake, cockles, chicken, vegetables, bean curd skin, taufook & sambal paste 
20.00++/ 24.00++ 

Hainanese Chicken Rice 
Roasted or steamed chicken with fragrant pandan leaf rice, dipping sauce, condiments & soup 
18. 30++/22. 00++ 

Soya Bean Panna Cotta 
Soya bean pudding with fresh strawberry & strawberry sauce 
8.10++/9.70++ 

Malibu Sunrise 
Coconut, Pineapple Juice, Orange Juice and Rose Syrup 
10.00++/12.00++ 


Seriously enak-enak belaka, semuanya cukup rempah, cukup rasa yang paling kak lily suka daging masak lemak cili api dan nyonya curry laksa. 

Kalau korang tengok harga pun tak delah mahal mana walaupun ianya di dalam clubhouse, memang boleh di bayar oleh kita-kita rakyat marhaen ni kan hehehehehe.. 

Jomlah ramai-ramai datang ke Golfer’s Terrace untuk merasai sendiri rasa hidangan-hidangan di sini yer. 

Jom ke : 


Golfer’s Terrace 
TPC KUALA LUMPUR 
(KUALA LUMPUR GOLF & COUNTRY CLUB BERHAD) 
10, Jalan 1/70D Off Jalan Bukit Kiara 60000 Kuala Lumpur 
T603 -2011 9188 
F 603-2011 0288 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 




Makan-makan di Restaurant Nasi Lemak Bamboo, SS2 PJ

Hi Korang,

Yeah citer bab makan-makan lagi nieh. 

Makan nasi lemak pun nak citer jugak ke? Eh nama pun blogger so haruslah kena citer menda-menda best nieh 

Kebetulan masa cuti Krismas hari tuh lepas pi melawat KL BirdPark tuh, ktorang ke Restaurant Nasi Lemak Bamboo di SS2, Petaling Jaya. Of courselah Mahamahu yang tukang survey tempat makan ni, kan dia foodie Malaysia so dia yang suggest ktorang tempat nieh. 


Kak lily ingatkan kedai makan tepi jalan sebab nama pun nasi lemak kan sekali bila sampai ambik ko restoran beso ek hehehhehe… masa ktorang sampai tuh boleh tahan ramai jugak orang yang makan di situ so kena tunggu turn untuk masuk dan makan lah. 


Kalau korang nak tau yang Restoran Nasi Lemak Bamboo ni berasal dari Lintas Square, Sabah. Hasil cetusan idea seorang lelaki muda dengan nama Sunny Yeoh. Dilahirkan di Kota Kinabalu dari ibu bapa dari Pangkor Perak, Sunny dan isterinya Samantha Yapp membuka Nasi Lemak Bamboo tidak lama dahulu pada awal Oktober 2019. 


Tetapi mengapa dinamakan 'Nasi Lemak Bamboo'? 

Pasangan ini ingin memperkenalkan cara menikmati nasi lemak yang tidak konvensional dan moden tetapi sahih dengan rasa mereka sendiri. 

Semua hidangan di restoran ini adalah resipi buatan sendiri oleh Samantha - cintanya dan minat untuk memasak juga menjadi salah satu sebab mengapa Nasi Lemak Bamboo dilahirkan. 

Menu Makan Nasi Restoran Nasi Lemak Bamboo

Ni kak lily sharekan beberapa menu yang terdapat di Restaurant Nasi Lemak Bamboo ni 

Nasi Lemak Ayam Goreng RM10.90 
Nasi Lemak Rendang Ayam RM10.90 
Nasi Lemak Kari Ayam RM10.90 
Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood RM16.90 
Mee Siam Ayam Goreng RM10.90 
Mee Siam Rendang Ayam RM10.90 
Mee Siam Kari Ayam RM10.90 
Cucur Udang RM6.50 
Otak-Otak (5 keping) RM7.50 
Sotong Goreng RM7.50 
Cendol RM6.90 

Nasi Lemak Ayam Goreng

Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood 

Nasi Lemak Rendang Ayam

Nasi Lemak Kari Ayam

Sotong Goreng

Mee Siam Ayam Goreng

Cendol

Cucur Udang

Otak-otak

Ermm banyak sangat di ordernya bebudak nieh kan, so dapatkan kak lily rasa kesemuanya. Diorang suka makan tukar-tukar hah, kengkonon bertambahlah selera katanya. Mana taknya makan-makan sambil bergossip memang bertambah enaklah kan. 





Bagi kak lily, semua menunya sedap-sedap belaka tapi yang paling sedap ialah Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood sebab rasanya unik kuar dari buluh tuh. Makan plak panas-panas hah amik ko licinnnn 

Lagipun harga pun tak delah mahal pun, oklah for me masih dalam bajet makan-makan ktorang. 


Nak cuba, ini alamatnya : 

Nasi Lemak Bamboo 
No 28, Jalan SS2/66, 
SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor 

Operation hour: 10:00AM - 9:00PM 





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website: 

Facebook: 

Instagram: 





#NasiLemakBamboo 
#NasiLemakBambooSS2 
#SS2 
#PetalingJaya 
#NasiLemak