Friday, January 1, 2021

Pi Kedai Cermin Mata Murah dan Viral di Sungei Wang Plaza KL Sebab Mata Dah Silau

Hi Korang, 

Kak lily perasan yang ramai nau dok citer-citer pasal kedai cermin mata murah di Sungei Wang Plaza nieh. Seriously ramai orang rekomen kalau nak buat spek murah datang je ke sini melambak-lambak kedai cermin mata yang menawarkan harga yang murah dan kalau di fikirkan memang tak masuk akal sebenarnya. 

Tapi orang peduli apa, janji spek mata berkualiti walaupun harga murah. Sebab tuh lah Sungei Wang Plaza ni jadi terkenal dengan lokasi buat cermin mata murah. 

Macam kak lily ni dah terlalu lama guna contact lens sejak zaman anak dara lagi so dah tiba masanya untuk kak lily bertukar balik kepada cermin mata. Sebenarnya bukan apa, sebab leceh nak pakai pepagi sekarang nie, asyik tercucuk mata bila nak masukkn lens dalam kelopak mata. Itu yang kak lily fikir lebih baik guna cermin mata dan kebetulan mata plak sekarang ni mula silau so lagilah bertambah keinginan nak pakai spek balik. 


So pilah kak lily ke kedai cermin mata EYE SMART VISION, di lot G114 Ground Floor, Sungei Wang Plaza. 

Dari escalator dah nampak dah kedai cermin mata nieh, kak lily suka cari kedai yang luas, cerah dan terang so tak delah nak bersempit-sempit bagai, eh S.O.P haruslah kena jaga kan di musim-musim Covid-19 ni. 

Pilihan Bingkai Cermin Mata Yang Pelbagai 

Ya ampun, bila kak lily masuk je ke Eye Smart Vision ni, jadi rambang mata di buatnya. Rasanya lebih daripada 2000 bingkai cermin mata yang boleh dipilih mengikut kesesuaian muka. 





Nak yang bulat ada, yang petak ada, yang bersegi ada, warna yang pelbagai ermm itulah pening di buatnya sampai ada staff nama Jimmy yang tolong buatkan beberapa pilihan yang mana sesuai dengan muka kak lily ni. Itulah muka dah bulat takkan pakai spek bulat gak kan hehehehehe.. 



Yang best tuh, bingkainya fleksible, kalau terbengkok pun tak patah kan. Tahan lama jawabnya 

Harga Mampu Milik, Hanya RM65 sahaja!! 

Oh ya nak bagitau nie, korang jangan terkejut plak. 

Hanya RM65 sahaja untuk bingkai dan lens sekali, OMG mana ko nak dapat harga macam ni kat luar sana.Seriously kak lily tak tipu tau, mostly kita tau yang kos buat cermin mata sekurang-kurangnya RM300 – 400 untuk 1 cermin mata kan. Tapi kat Eye Smart Vision nieh giler murah wei RM65 sajor, nampak tak 2 kali kak lily ulang sebab macam tak caya. 

Bagi kak lily harga mampu milik sangat dah nieh, tak fikir panjang terus aje buat cermin mata baru hah. 



Terus jer Jimmy letak 3 bingkai cermin mata untuk kak lily pilih, hah amik ko semua design-design hipster. Yelah takkan nak pakai yang bisye-bisye jer, nama pun acik KOLs so kenalah ikut trend dan up to date hehehehe 

Lens Khas Silau – ALPHA BLUE 420 

Kan tadi kak lily bagitau mata dah mula silau kan, sebab tuh nak buat cermin mata nieh. 


Lens khas ini dipanggil Alpha Blue 420 dan lens ini membantu untuk menghalang cahaya tembus cermin mata korang. Memang betul pun, lens ini sangat membantu untuk mereka yang mempunyai silau yang tinggi dan sukar untuk memandu di waktu malam terutamanya. 


So kak lily cakap dengan si Jimmy tuh ‘Eh, Jimmy you punyer spek boleh buat kasi tak silau boleh ke? ‘Boleh kak, nanti saya tunjuk you macamana lens silau ni berfungsi ek’. 

Nah korang tengok video ni 

   

Nah see nampak tak perbezaan 2 lens tuh, haruslah kak lily pilih lens Alpha Blue 420 ni ek. Tapi kenalah tambah duit sket , alah tak delah mahal mana pun hanya tambah RM60 sajor, hah berbaloi kan 

RM65 (bingkai & lens) + RM60 (lens silau Alpha Blue 420) = RM125 untuk 1 cermin mata 

Murah betul !!! 


Ok check mata untuk confirmkan balik power mata, memang sekarang ni sebelah kiri dan kanan -700 yang ni pun still sama lagi. Maknanya kena makan lobak merah lebih lagi kan hehehehhe 


Masuk plak bilik comel yang ade skrin ada huruf-huruf, sebab nak check lagi tahap mata kak lily kan. Pakai spek mata kelakar ni, so 2-3 kali tukar lens kat dalam spek tuh nak make sure mata kak lily sesuai lagi dengan power yang check memula tadi. 

1 Jam Kemudian Siap!! 

Lepas dah check mata dan pilih bingkai cermin, Jimmy bagitau dalam masa 1 jam jer cermin mata siap. Ahkak nganga jap, macam what 1 jam jer?? Ye betul. Jadi kak lily pun pi makan dulu lah sambil beli barang-barang rumah sket, tengah syok-syok shpping dapat call cakap cermin mata dah siap. 

Hah ko, senang kan. 




Ermm nak cakap cam ner lagi kan, memang best lah EYE SMART VISION ni! 


Dengan Jimmy yang tolong kak lily pilihkan bingkai 

Ni pun same, staff yang sangat-sangat membantu 

Dengan staffnya yang sangat membantu pilihkan cermin mata, siap buat lawak-lawak gitu, harga yang mampu milik, bingkai cantik apa lagi yang korang nak kan. 

Nah ini alamatnya : 


EYE SMART VISION 
Lot G114, G Floor, 
Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur 

Nah whatsapp je senang untuk nak tanya apa-apa : 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

INSTAGRAM : 

FACEBOOK PAGE : 




Thursday, December 31, 2020

GUARDIAN Beri Ganjaran Kepada Pelanggan Setia Di Tahun Baru Dengan PARTI OREN Pada 1 JANUARI 2021

Hi Korang,

Peneraju rantaian farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit di Malaysia, Guardian Malaysia menyambut tahun baru dengan ledakan OREN! 



Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata: “2020 adalah tahun yang mencabar untuk perniagaan, jadi kami membuat keputusan untuk memulakan 2021 dengan semangat yang baru dan oleh sebab itu kami telah melancarkan PARTY OREN hari ini. 

Kami ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan setia dengan jualan seluruh stor yang terbesar pernah kami adakan yang dikenali sebagai PARTY OREN. Untuk tiga hari sahaja, bermula 1 sehingga 3 Januari 2021, para pelanggan akan dapat menikmati penjimatan hebat dengan diskaun sehingga 50% untuk produk-produk terpilih dan mendapatkan tawaran WOW untuk lebih 1600 barangan daripada pelbagai jenama terkemuka di SEMUA stor kami di seluruh negara. 

Mereka juga akan menikmati potongan harga 40% untuk rangkaian luas produk penjagaan rambut dan penjagaan kulit. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan kupon ganjaran istimewa PARTY OREN. Untuk pembelian bernilai RM80 dalam satu resit, mereka akan menerima kupon ganjaran sebanyak RM10, untuk pembelian bernilai RM120, mereka akan mendapat DUA kupon ganjaran RM10 dan untuk pembelian sebanyak RM150, mereka akan menerima TIGA kupon ganjaran RM10.” Inilah masa terbaik untuk menambah semua stok keperluan kecantikan dan kesihatan korang! 

Sebagai sebahagian daripada norma baru dan keprihatinan Guardian terhadap kesihatan dan keselamatan komunitinya, Guardian juga bakal mengedarkan penutup muka OREN Guardian kepada ahli-ahli pasukannya. 

Penutup muka Antimikrobial eksklusif ini direka khas untuk Guardian dan ia: 

· Boleh dicuci dan mengandungi teknologi antimikrobial bertaraf dunia yang telah diuji di makmal untuk mencegah 99.9% mikrob melalui penutup muka untuk sepanjang jangka hayat penutup muka tersebut 

· Ia membersih sendiri dan tahan sehingga 100 kali cucian 

· Ia lebih kemas, lebih lut udara dan boleh dilaras 

· Mesra hijab 

Ahli-ahli pasukan Guardian juga akan menerima satu beg oren untuk menyimpan penutup muka itu agar ia kekal bersih, selamat dan mudah untuk dibawa. Di Malaysia, ahli pasukan Guardian yang berhijab akan menerima saiz mesra hijab manakala ahli-ahli pasukan yang lain akan menerima penutup muka bersaiz normal. 



“Dengan susun atur stor yang baru, penutup muka Guardian baru dan ditambah pula dengan PARTY OREN, kami akan menyambut para pelanggan setia ke stor kami di tahun 2021 dengan dinamik dan semangat baru sesuai dengan reputasi kami sebagai peneraju pasaran dalam farmasi, kesihatan dan industri runcit di Malaysia,” jelas Anna. 

#guardianmy 
#orangeparty

Berkunjung ke KL Bird Park Aktiviti Sesuai Untuk Sessi Keluarga

Hi Korang, 

Mesti korang cakap kak lily dah tak de tempat lain nak melawat ke sampai Taman Burung Kuala Lumpur pun di perginya kan 

La apa salahnya kan, tambahan pula di musim cuti sekolah ni. 



Sebenarnya plan nak pi KL Bird Park ni terbit daripada blogger Maha ni lah, memandangkan cuti Krismas ni panjang dan semua orang tak de apa perancangan so di ajaknya ke Taman Burung KL ni. 

So pepagi buta lagi dah keluar rumah sebab ktorang nak jadi orang pertama sekali yang sampai kan, memang yer pun orang pertama sampai tunggu gate Taman Burung ni bukak hah. Sementara nak tunggu kaunter semua buka ktorang sembang-sembang dulu ek tup-tup sekali pandang berdezup kereta masuk dan ramai orang dah beratur hah nak dapatkan tiket masuk. 

Betul tak tipu, ini kali pertama kak lily ke Taman Burung KL ni tau 


KL Bird Park mula dibuka pada tahun 1991 yang berkeluasan 20.9 ekar, menempatkan lebih kurang 3000 burung daripada 200 spesis samada tempatan mahupun daripada luar negara. Ianya dibuka setiap hari kepada pengunjung daripada 9.00 pagi sehingga 6 petang. Dan bersempena dengan pembukaan kembali KL Bird Park (setelah tutup selama 3 bulan disebabkan PKP), promosi harga tiket ditawarkan kepada semua pengunjung tau. 


Taman Burung Kuala Lumpur ini terbahagi kepada 4 zon yang berbeza. Korang dapat melihat burung-burung berterbangan bebas dalam Zon 1 dan Zon 2, di Zon 3 pula merupakan habitat bagi burung-burung enggang, dan di zon yang terakhir sekali iaitu Zon 4 adalah tempat pertunjukan burung dan juga tempat pembiakannya. Lagi satu sebab kenapa korang kena melawat Taman Burung Kuala Lumpur ini adalah kerana ia merupakan yang terbesar di dunia. 

Spesis Burung Yang Cantik dan Unik 


Di sebabkan ktorang tak ikut pun track mengikut Zon-zon tuh so nampak gambar burung-burung ni berterabur sket. 



Mana taknya nampak burung sket ambil gambar, nampak burung merak nak kembangkan bulu berlari pi ambil gambar, tengok flamingo dekat je pun kacaunya hehehehe. Itu yang seronok. Sambil-sambil tuh dapat jugak ktorang mempelajari nama-nama burung, habitatnya dan tempat asalnya dari mana. 








Leka memang leka sebabnya burung-burung ini di lepaskan bebas begitu saja tanpa pengawasan pun, so senang nak ambil gambar tau. 

Bergambar Dengan Burung Yang Jinak 

Berjalan nak rak sebab taman burung ni luas, ktorang berhenti di Feathered Friends Photo Booth 


Yesza its bergambar time, memasing beratur sambil discuss nak bergambar dengan burung yang mana, dah ler jinak-jinak burung nieh. 

Setelah tunggu 3-4 kali turn akhirnya sampai time ktorang, yeahhh 


Inilah hasilnya!! 

Seronok memasing bergambar kan, lagi plak burung-burung memberi kerjasama yang bagus sekali nie. Di kawasan ini juga terdapat kemudahan seperti booth jualan makanan dan minuman serta tandas. Memang lamalah kat sini, beli air, makan ais krim bagai. 

Ada Pertunjukan Burung Harian 

Sambil jalan-jalan tuh sempat juga ktorang melihat 2 pertunjukan burung iaitu Hornbill Feeding dan Bird Show 

Hornbill Feeding 

Dapat tengok depan mata tuh, best! 

Burung ini adalah spesis omnivor, jadi burung ini makan daging dan juga buahan.


Burung Enggang Badak atau Burung Enggang Kenyalang (Rhinoceros Hornbill) berspesis omnivor ini ialah salah satu daripada burung enggang terbesar, Burung Enggang Badak hidup dalam kurungan sehingga 35 tahun. 



Menu makanannya adalah daging dan juga buahan. Ini adalah cara bagaimana kita beri makan kepada burung hornbill. Burung hornbill biasanya kita akan jumpa di kepulauan Borneo (Sarawak, Sabah, Brunei, dan Kalimantan), Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Pulau Jawa. Cara nak membezakan hornbill jantan dan betina adalah melihat kepada warna mata. Hornbill jantan matanya berwana merah bata/kuning manakala betina matanya berwarna putih. Dan kedua tidak boleh diletakkan dalam satu kandang kerana kuat bertengkar/bergaduh. 

Bird Show 

Bertempat di Zone 4 – Amphitheatre, bergegas ktorang ke sana tau. 



Seronok jugak melihat keletah burung-burung comel ni buat persembahan, masukkan sampah dalam tong, main basketball, burung mengajuk suara dan memacam lagi lah. Memang layan habis 

Bagi Burung Nuri Minum Susu 

Halah-alah yang ni pun best jugak tau. 



Bila ktorang masuk ke World of Parrots ni ktorang berpeluang memberikan anak burung kakaktua minum susu secara dekat, diorang lepak atas tangan tuh sambil minum susu. 

Seronok nau hah siap ada yang macam jadi pokok, bertenggek-tengek burung datang nak minum susu. 

Please Follow S.O.P yer 


KL Bird Park ni sangat mementingkan SOP yang telah pun di keluarkan oleh kerajaan di musim Pandemik Covid19 ini terutama sekali dari aspek kebersihan dan tingkah-laku. Ini termasuklah seperti penjarakkan sosial, menggunakan 'mask' serta membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan di banyak tempat di KL Bird Park. 



Lagipun Ini bagi memastikan burung-burung di sini tidak terasa terancam dan tidak selamat. 


Beberapa arahan yang harus di patuhi ketika berada di Taman Burung KL adalah : 

1. Jagalah kebersihan taman 

Sampah-sampah jangan di buang merata, masukkan di dalam tong sampah 

2. Jangan mengganggu burung-burung 

Bila nampak burung jerk orang kejar, takutlah beburung tuh kan. Mana tau bila dah dekat tuh di cakar ke kan, bahaya gak tuh walaupun jinak. 

3. Jangan cuba-cuba bagi burung makan sendiri 

Banyak lokasi di sediakan tempat membeli makanan burung, so korang boleh beli je situ dan bagi burung-burung ni makan. Janganlah korang bagi ikut suka kan 

4. Jangan bawa balik ‘cenderamata’ 

Janganlah korang petik bunga ke, cabut bulu burung bagai kan, rosakkan pokok ke. Kesianlah taman burung nieh 

5. Jaga langkah korang 

Kebanyakan jalan-jalan di Taman Burung ni basah terutama sekali bila lepas hujan so kena berhati-hatilah, tak nak ada kemalangan berlaku kan. Pakai kasut better tau, kalau nak OOTD, bawak kasut spare ek

Bayaran Masuk Ke Taman Burung Kuala Lumpur 


Adult (Standard) RM 63.00 

Adult (with MyKad) RM 25.00 

Senior Citizen (with Mykad) RM 12.00 

Child (Standard) RM 42.00 

Child (with MyKid) RM 12.00 

*Senior Citizen (with Mykad) from 60 years old and above. 
*Child from 3 - 11 years old (BORN in 2009 - 2017). 

Cara Ke Taman Burung Kuala Lumpur 


Menggunakan Kenderaan Awam 
KL Hop-On-Hop-Off Double Decker Tour Bus Service, berlepas dari Station No. 20 di hadapan pintu masuk KL Bird Park, setiap hari bagi setiap 30 ke 45 minit

Menaiki KTM Commuter Train, turun di stesyen KTM Old Railway Kuala Lumpur Station .yang berdekatan dengan Masjid Negara 

Kalau Memandu 
GPS address: KL Bird Park 
GPS coordinates: N3 08.581 E101 41.294 


Nah, layan video kak lily yang tak seberapa nie, hopefully korang seronok menontonnya tau..

 

Keterangan lanjut boleh layari; 

Laman Web 

Instagram