Thursday, December 12, 2019

Makan-Makan Di MOMOCHAN JAPANESE Restaurant, Jaya One PJ

Hi Korang, 

Siapa yang tak suka dengan makanan jepun, betul tak ?? 

Even anak sedara si sakeep tuh pun pandai nak sushi-sushi bagai kan. 

Tapi itulah masyarakat kita hanya tahu menu-menu basic dalam makanan jepun macam sushi, sashimi, bento dan paling tidak pun karaage. 


Kak lily di perkenalkan dengan satu restoran jepun yang hidangannya nampak unik tapi sebenarnya rasanya seperti rasa ala-ala tekak kita-kita rakyat marhaen ni. 



Momochan Japanese Restaurant yang terletak di The Square Jaya One Petaling Jaya ni kak lily rasa sangat-sangat esklusif dan cantik. Susunan dekorasinya simple tapi menarik dan pencahayaannya terang, kak lily suka kedai makan terang-terang ni senang nak ambil gambar dan makan sebenarnya hauhauha 

Untuk musim perayaan Krismas ini, Momochan Japanese Restaurant ada menawarkan beberapa hidangan istimewa yang patut korang cuba, di antaranya seperti :- 

PEMBUKA SELERA (Starter) 

Plain Chawanmushi with Yuzu Chili RM5.90 

Chawanmushi yang di hasilkan dari kastard telur seakan-akan taufu lembut. Uniknya untuk menu ini, di letakkan sekali sedikit Yuzu Chili untuk menambahkan lagi kepedasan bagi hidangan ini. 

Shitake Nanban -Fried Shitake Mushroom With Nanban Sauce RM12.90 

Rasa ranggup cendawan shitake bersama dengan sos istimewa hasil air tangan chef. Unik namun dari segi rasa dan rupa tidak mengecewakan. Garing tuh yang sedap tuh kann. 

Japanese Karaage Winglets RM12.90 

Ayam goreng ranggup dan garing di bahagian luar dan sangat lembut isi ayam didalam. Tak payah nak sos bagai, enak di makan begitu saja. Dan juga bersama coleslaw yang ranggup gak. 

Untuk hidangan pembuka selera korang boleh juga mencuba menu lain seperti:- 


· Scallop Chawanmushi | RM10.90 

· Chicken Karaage Salad | RM15.90 

· Sweet Potato Fries | RM9.90 

· Wasabi Coleslow | RM4.90 

· Mashed Potato -With Homemade Chicken Gravy | RM4.90 

MENU UTAMA 

Meh kak lily kongsikan dengan korang menu-menu utama bagi hidangan perayaan Krismas ni ek, di antaranya seperti:- 

Japanese Southern Fried Chicken RM20.90 
(Quarter Chicken Marinated in Buttermilk, Battered and Fried) 

Ayam goreng panas-panas tetapi rasanya lebih istimewa. Ini adalah ayam gorang gaya Jepun yang cukup terkenal dari segi rasanya yang penuh dengn rasa, berjus dan ranggup 
 
Christmas Beef Special RM31.90 
(150g Australian Tenderloin - Pan Seared , Sous Vide Then Char Grilled Served With Japanese Ponzu and Grated Radish Sauce) 

Lembut dan enak dan sos buah pir tu sangat-sangat lazat. 

Momochan Loves Vegetables RM18.90 
(Japanese Noodle Pasta, Tomato Sauce, Pumpkin Puree with Tempura Enoki Mushrooms) 

Keunikkannya bukan hanya pada tempura cendawan enoki dan pasta semata bahkan kehadiran puri labu yang memikat selera juga. Vegetarian kena rasa tau. 

PENCUCI MULUT 

Homemade Belgian Chocolate Ice Ceram RM11.90 


Homade ais krim yang sememangnya mewah dengan rasa coklat belgian. Sangat lembut dari segi tekstur. 



bila dapat makan, bahagialah diaorang ni kan kan kan

Kak lily dah cuba, korang bila lagi ek. 

Jangan lupa singgah ke 

Momochan Japanese Restaurant 
G.002 the square, 
Jaya One,72A, 
Jalan Universiti, Seksyen 13, 
46200 Petaling Jaya, Selangor 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


Facebook: 



Ghaibkan Jerawat Serta Parut Jerawat Seawal 7hari Dengan Charcoal Clay Mask By Le.Lab Routine.

Hi Korang,

Ramai wanita mengimpikan kulit yang wajah sihat, cerah dan mulus. Jadi, tidak hairanlah ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja rawatan kecantikan bagi mendapatkan wajah idamannya. 

Melakukan perawatan atau penjagaan wajah sangat penting. Dengan merawat serta menjaganya dengan baik, kulit wajah akan terhindar daripada jerawat serta masalah-masalah kulit yang lain. Salah satu penjagaan kulit wajah yang kerap dilakukan adalah dengan penggunaan masker wajah! 


Dengan kajian dan nasihat dari pakar kecantikan Le.Lab Routine mengeluarkan masker wajah Pertama di Malaysia yang mengandungi Orange Essential Oil. 

Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine merupakan produk penjagaan wajah yang berupaya memberikan manfaat dan merawat kulit wajah yang bermasalah. Penggunaan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine secara rutin membuatkan wajah menjadi sihat dan cantik semulajadi. 


Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine adalah sejenis masker untuk muka yang diperbuat daripada koalin atau clay dan boleh dijadikan sebagai skrub muka. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit wajah terutamanya kulit sensitif, berminyak, berjerawat dan breakout. 

Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine Menutriskan Kulit Dari Dalam 

Charcoal atau arang merupakan salah satu bahan semulajadi yang bermanfaat untuk menyerap dan menanggalkan kotoran serta minyak yang berlebihan di wajah dan dalam masa yang sama melembutkan kulit wajah. 

Pelbagai nutrisi yang terkandung di Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine dan dipercayai efektif untuk membuatkan kulit wajah menjadi semakin cerah, mulus, bersih dan terhindari dari sebarang masalah. 


Apa yang membuatkan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine ini cukup istimewa? 

Charcoal Clay Mask sememangnya diformulasikan dengan arang dan lumpur untuk menanggalkan segera kotoran pada kulit wajah tanpa sebarang pengelupasan kulit. Bahkan masker ini turut mengandungi Orange Essential Oil yang dapat membantu proses penyembuhan kulit, terutama anda yang memiliki wajah yang berjerawat dengan lebih cepat. 

5 bahan utama di dalam CCM: 

* Arbutin – berfungsi merawat parut hitam akibat bekas jerawat dan tona kulit tak sekata. 

* Orange Essential Oil – Sifat anti-radang yang terkandung pada orange essential oil berupaya mengecutkan jerawat dan mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru. 

* White Koalin/Clay - kotoran, sel kulit mati dan racun boleh menutup pori-pori. Namun, penggunaan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine dapar menyingkirkan kotoran serta menyedut minyak yang berlebihan dan membersihkan pori-pori tersumbat. 

* Luffah Charcoal – berfungsi sebagai agen scrub untuk membantu mengeluarkan kulit mati yang berlebihan. 

*Salicylic Acid- berfungsi sebagai bahan utama untuk mematikan jerawat serta merawat masalah breakout. 

Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine boleh didapati di: 

ig : lelab_routine 

Page fb : Le.Lab Routine HQ 

Website : www.lelabroutine.com 

Harga yang ditawarkan: RM69.00 (50g) 


Berita baik! 

Untuk pembelian 500 unit pertama akan akan mendapat Free Mini Pack Daily Deep Cleanser by Le.Lab Routine (bernilai lebih RM15) 

Serikan wajah anda dengan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine 

Selamat datang kulit yang mulus, bersih dan cerah berseri serta bebas jerawat!! 




Monday, December 9, 2019

Baja DDR BIO GROW Cetusan Idea Datuk Dr Che Rozmey Che Din

Hi Korang, 

Masih ingat pada Datuk Dr Che Rozmey? 

Yang dulu di kenali sebagai salah sorang usahawan produk kesihatan yang meningkat naik pada tahun 90an dan kemudiannya hilang tanpa berita. 

Ermm ingat pun kan 

Baru-baru ni kak lily berkesempatan berjumpa sendiri dengan Datuk Dr Che Rozmey Che Din tau, meh kak lily citer sket kemana apa sebabnya beliau menghilang. 

Dikhianati teman rapat yang dianggap seperti darah daging sendiri meranapkan kepercayaan dan persahabatan yang digenggam lebih 10 tahun. Empayar yang dibina hasil keringat dan doa orang tersayang musnah gara-gara persahabatan itu disulami dengan iri hati. 

Begitulah kisah usahawan terkenal, Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang pernah tersungkur akibat dikhianati bekas penasihat peribadi dan kewangannya ketika namanya berada di puncak.


Sedih pula bila mendengar cerita Datuk Dr Rozmey ni, yelah orang yang rapat dengannya boleh berperangai sebegitu, semuanya kerana duit. 

Kini, Dr Rozmey bertekad untuk bangkit membina semula empayarnya dengan memperkenalkan produk terbaru, DDR Bio Grow, baja organik kombinasi formula bio dan lautan yang dihasilkan menerusi penyelidikan serta kajian saintifik teknologi terkini.


Dr Rozmey memperkenalkan satu formula unggul melalui rumusan khas 27 jenis bakteria hidup yang boleh dibahgikan kepada 7 kumpulan yang memberi manfaat. Baja DDR mengandungi bahan organik seperti asid amino, asid fulvic, rumpai laut dan dan bahan bukan organik seperti NPK dan unsur surih. 

Ketika ditanya mengapa menceburi bidang pertanian sebagai alternatif, beliau berkata, idea menghasilkan produk baja tercetus ketika me Ii hat sektor pertanian berdepan masalah kurang hasil dan serangan makhluk perosak berulang. 

Melihat kepada permasalahan itu, Dr Rozmey bekerjasama dengan rakannya, seorang pakar kimia dalam polimer bagi menghasilkan baja yang dapat membantu petani meningkatkan hasil pertanian. 

"Kami ambil masa hampir dua tahun untuk proses pemba--ngunan dan penyelidikan bagi penghasilan baja ini. Pada peringkat permulaan, ia diberikan kepada rakan terdekat untuk menggunakannya. Pasaran baja ini dipromosikan dari mulut ke mulut dalam kalangan petani yang telah menggunakannya. Dari situ pengguna baja ini terus meningkat dari masa ke semasa," katanya.


Katanya, DDR Bio Grow adalah baja polimer yang diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang ketam menerusi teknologi biosains dan fasiliti makmal terkini. 

"Menerusi kajian dijalankan mendapati kuasa bio mampu membantu menjadikan tanah subur dan gembur serta kaya dengan organik dan bakteria yang baik. la memberikan pulangan hasil tanaman tinggi, perkembangan buah dan tanaman memuaskan, menggalakkan akar lebat, serapan air dan baja yang efektif, tanaman sihat dan hijau serta pembesaran tanaman cepat," katanya. 

"Selain itu, baja ini turut mengandungi hasil lautan iaitu kitosan dan rumpai laut sebagai pendorong pembesaran dengan meningkatkan pemecahan sel-sel tumbuhan bagi merangsang pertumbuhan dan pembesaran lebih baik selain mempercepatkan peningkatan proses fotosintesis. Pertahanan dan sistem imunisasi tumbuhan dengan memperbaiki keupayaan daya pertahanan terhadap jangkitan kuman dan serangan serangga serta penggalak tumbuhan dan perkembangan has ii buah dengan peningkatan keupayaan serapan unsur nutrien dalam tanaman. Selain itu, ia juga r:nerawat serangan penyakit bermula daripada akar, batang hingga hasil. la juga mengurangkan kos baja dan rawatan pokok serta meningkatkan pendapatan petani," katanya. 

Kini, sejak mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada awal tahun lalu, DOR Bio Grow menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan petani, terutama pesawah. 

"Antara respon diterima ialah, pesawah mendapat hasil padi sebanyak 80 peratus daripada 0.3 hektar (1 relung) bersamaan 2.3 tan hingga 2.5 tan. Sebelum ini, hasil padi adalah 1.3 tan hingga 1.5 tan sahaja," katanya.


Di antara jaminan yang diberikan kepada para pelanggan :- 

Jaminan hasil padi meningkat sehingga 100% (1 kali ganda) Sehingga 1 tan metrik / RM1400. 

Jaminan kos pembajaan bersepadu untuk pengurusan tanaman padi jimat sehingga 50% (kurang separuh) 

Tanaman padi bebas dari penyakit bawaan benih BLB, BPB dan serangan makhluk perosak. 

Bebas dari penggunaan racun kimia. Jimat kos guna racun kimia sebanyak RM300 untuk serelung. 

Petani dan pengguna bebas dari bahaya kesan buruk racun kimia terhadap kesihatan.

Ni ada beberapa testimoni kak lily kongsikan pada korang ek




Melangkah ke hadapan, beliau yakin pasaran sektor pertanian mempunyai peluang yang besar dengan sebahagian besarnya masih belum diterokai oleh syarikat tempatan. 

"Kini kami dalam proses rundingan dengan beberapa agensi kerajaan untuk memperluaskan penggunaan DOR Bio Grow sebagai pembekal utama baja kepada petani. Dalam tempoh beberapa tahun lagi, kami yakin mampu meraih sekurang-kurangnya lima peratus pegangan pasaran dalam penawaran baja organik kepada petani," katanya. 


DDR Bio Grow didatangkan dalam saiz 1 liter bagi kegunaan 1.3 hektar sawah semusim (RM65) dan 4 liter pada harga RM199. 

Sebarang makluman boleh menghubungi Dr Rozmey di talian 012 2627125 atau 012 5688446 

WHATSAPP LINK (STAFF DDR) - untuk pertanyaan dan pembelian 








Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram :