Wednesday, August 28, 2019

Empat Resepi Mudah Snek Jem Berkhasiat Dari SMUCKER's

Hi Korang,

Waktu rehat sudah tiba! Loceng telah berbunyi dan murid-murid bergegas ke kantin sekolah untuk membeli makanan. Kanak-kanak perlu mengambil makanan yang bukan sahaja dapat membekalkan tenaga yang diperlukan untuk meneruskan hari persekolahan, tetapi juga makanan yang cukup berkhasiat. 


Cara terbaik untuk ibu bapa memastikan anak-anak mereka mengambil makanan yang berkhasiat dan bukan makanan ringan pada waktu rehat adalah dengan membekalkan makanan snek yang disediakan dari rumah. Disebabkan tempoh penyediaan yang lama untuk menghasilkan makanan yang lazat dan berkhasiat, ia memaksa ibu bapa untuk memilih jalan alternatif yang lebih mudah dan lazimnya tidak berkhasiat. 


Smucker's, jenama jem Amerika yang terkenal di dunia, kini mencadangkan empat resepi penyediaan snek yang mudah tetapi berkhasiat khas buat ibu bapa. Menggunakan rangkaian produk Smucker's Sugar Free (tanpa gula), sebagai bekalan anak-anak mereka ke sekolah. 

Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation, berkata, "Kami faham bahawa kebanyakan ibu bapa sibuk tetapi mereka tetap mahu memastikan anak-anak mendapat khasiat pemakanan yang diperlukan setiap hari. Dengan produk Smucker's Sugar Free, ibu bapa boleh menyediakan snek yang sihat dan lazat dengan cepat, sekaligus membolehkan mereka menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anak. Paling penting, pengguna boleh memberi kepercayaan kepada kualiti produk Smucker's yang telah sekian lama." 


Rangkaian produk Smucker's Sugar Free dibawakan dalam 3 varian yang lazat - iaitu Strawberry Preserves, Orange Marmalade dan Concord Grape Jam. Jem Smucker's Sugar Free Strawberry Preserves dengan kemanisan perisa semula jadi strawberi tanpa gula, manakala Smucker's Sugar Free Concord Grape Jam membawakan rasa buah anggur yang segar dan lazat, membuatkan anda sentiasa menginginkannya lagi. Bagi mereka yang gemar rasa masam manis, Smucker's Sugar Free Orange Marmalade menjanjikan jem perisa sitrus yang menambat selera anda. 

lbu bapa yang ingin menjimatkan masa pada waktu pagi yang sibuk tidak perlu mencari- cari lagi. Dengan peruntukan masa 10 minit sahaja, empat resepi berikut boleh menyenangkan anda. 


4 Resepi Snek Smucker's Yang Mudah dan Berkhasiat: 


Potongan Sandwic PB&J 

Masa Penyediaan: 10 minit 

Bahan:- 

6 keping roti putih atau roti gandum penuh

1 /3 cawan mentega kacang 

1 /3 cawan Smucker's® Sugar Free Concorde Grape Jam 

Cara-cara :

1. Potong tepi roti menggunakan pisau bergerigi. Tekap corak bintang di tengah 3 keping roti dengan pemotong/acuan kuih berbentuk bintang 1 inci. 

2. Sapu mentega kacang dengan rata di atas 3 keping roti lagi. Cedok jem, letakkan di tengah mentega kacang, ratakan menjadi bulatan 2 inci. Letakkan potongan roti di atasnya untuk menjadikan sandwic. 


Pita Buah Segar dengan Jem Tanpa Gula Smucker’s 

Masa Penyediaan: 10 minit 

Bahan: 

1 cawan susu sejuk kurang lemak 

1 (saiz untuk 4 hidangan) paket puding coklat segera tanpa gula dan inti pai 

1 /2 cawan krim masam atau yogurt kurang lemak 

1 /2 cawan Smucker's® Strawberry Preserves 

8 keping roti pita gandum penuh saiz mini 

4 cawan buah campuran segar seperti pisang, nanas, tembikai wangi, strawberi dan anggur. 

Cara-cara: 

1. Campur susu dan puding dengan pembancuh selama 2 minit, masukkan krim masam dan jem, kacau hingga cukup bercampur. 

2. Potong bahagian atas pita untuk membuat bukaan. lsi dengan 1/2 cawan buah. 

3. Ceduk cawan sos ke dalam bekas berasingan untuk digunakan kemudian. 



Biskut Beras Oren Lobak Merah Ranggup 

Masa Penyediaan: 10 minit 

Bahan: 

1 biskut beras 

2 sudu besar mentega kacang 

1 sudu besar Smucker's® Sugar Free Orange Marmalade 

1 sudu besar lobak merah dicincang 

1 sudu besar kismis 

Cara-cara: 

1. Sapu mentega kacang di atas biskut beras. 

2. Campurkan jem oren marmalad dengan jam lobak merah dan sapukan di atas mentega kacang. 

3. Tabur kismis. 


Snek Kek Keju Strawberi 

Masa Penyediaan: 10 minit 

Bahan: 

1 sudu besar Smucker's® Sugar Free Strawberry Preserves 

1 sudu besar keju krim kurang lemak, dilembutkan 

4 bahagian biskut tawar graham ( 1 keping dibahagi 4) 

1 strawberi saiz sederhana, dipotong empat untuk hiasan 

Cara-cara: 

1. Putar jem dan keju krim hingga licin. 

2. Sapukan campuran di atas 4 bahagian biskut tawar. 

3. Letakkan potongan strawberi di atas setiap satu. 



Sebagai pengeluar jenama pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia, The J.M Smucker's Company terus komited dalam menawarkan produk yang berkualiti kepada pengguna dan membantu berjuta-juta keluarga mencipta detik-detik indah semasa menikmati snek yang menjadi kenangan selama lebih 120 tahun. 

Produk Smucker's Sugar Free boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara pada harga runcit yang disyorkan RM 10.28 untuk 361 g. 

Produk Smucker's Sugar Free diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. Buat masa ini GBA menguruskan banyak jenama terkenal hasil kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia, kebanyakannya memimpin jenama dalam kategori masing-masing.


Tuesday, August 27, 2019

Konsert INSPIRASI AFGAN LIVE Di Kuala Lumpur 2019, Jom Dapatkan Segera!!

Hi Korang,

Ok peminat Afgan, mesti tertunggu-tunggu kan bilakah konsert Afgan di Kuala Lumpur untuk tahun ni kan


Jeng jeng jeng

Yesza!!

Oktober nanti tau

Kurang dua bulan dari konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019, namun sebanyak 75% tiket konsert telah terjual! Itulah penangan penyanyi terkemuka dari Indonesia, Afgan atau nama sebenar Afgansyah Reza yang bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 yang turut menampilkan Dato’ Shiela Majid pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur. 


Selepas kejayaan mengadakan siri Konsert DEKADE di Malaysia tahun lalu dan di Indonesia awal bulan ini, penyanyi kelahiran Jakarta ini menjanjikan kelainan dari konsert yang pernah diadakan sebelum ini. “Konsert ini berkisar mengenai sumber inspirasi dalam kerjaya seni saya selama ini dan diharap ianya dapat menaikkan semangat penonton untuk terus berusaha dalam mencapai apa yang diimpikan dalam hidup. Selain itu, konsert ini cukup istimewa dengan kehadiran idola saya Dato’ Shiela Majid dan ia merupakan satu penghormatan dan impian saya untuk mengadakan persembahan bersama beliau khususnya buat peminat di Malaysia”, kata Afgan. Manakala bagi Dato’ Shiela Majid, “Afgan merupakan antara penyanyi lelaki yang cukup berbakat dan pencapaian beliau sepanjang lebih 11 tahun di industri muzik amat membanggakan”. 

Gabungan dua penyanyi tersohor Indonesia dan Malaysia ini pasti memberi satu energi luar biasa dan kepuasan kepada peminat muzik tanah air. Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 merupakan konsert terakhir Afgan sebelum beliau berehat seketika dari industri muzik setelah hampir 11 tahun berkarya tanpa henti dan ini memberi peluang buat beliau untuk menghasilkan karya lebih segar di masa hadapan. 

Keputusan untuk menganjurkan konsert pelantun lagu Terima Kasih Cinta ini dianggap pilihan yang tepat bagi Popcorn Studio Sdn Bhd kerana semenjak tahun 2015 hampir setiap tahun Afgan mengadakan konsert berskala besar di Malaysia. 


“Afgan merupakan nama besar dalam industri muzik di rantau Asia dan ini dapat dilihat menerusi kekuatan populariti dan permintaan tinggi khususnya dari peminat muzik di Malaysia. Ini juga terbukti apabila tiket yang mula dijual pada 25 Jun 2019 kini hampir 75% telah laris dijual. Justeru itu, peminat Afgan jangan ketinggalan mendapatkan tiket ke konsert ini”, kata Erik Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio Sdn Bhd. 


Popcorn Studio Sdn Bhd juga telah menganjurkan tiga peraduan menerusi media sosial buat peminat setia Afgan iaitu “Tag & Win” (2 tiket VIP), Smule “Bintang Inspirasi” (2 tiket Gold dan berpeluang bertemu Afgan) dan “Tag & Share” (2 tiket Silver) dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. 

Selain Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini turut mendapat tajaan dan kerjasama dari HGH Convention Centre, Durian King TTDI, Ganad, Redbox dan Greenbox. 


Peminat Afgan masih belum terlambat untuk mendapatkan tiket konsert dengan melayari https://proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur/ . Tiket dijual pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box) dan pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greet dan minuman ringan sebelum konsert. 

Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 bakal memberikan satu kepuasan dan kolaborasi beliau bersama Dato’ Shiela Majid amat dinantikan para peminat muzik di Malaysia, Indonesia dan Brunei. 

Dapatkan segera tiket konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 untuk menyaksikan sebuah persembahan yang bakal meninggalkan momen manis dan indah buat semua! 



Antabax Memperkenalkan "Sensitive to Your Needs"

Hi Korang,

Antabax, rangkaian penjagaan peribadi antibakteria nombor l Malaysia memperkenalkan kempen "Sensitive to Your Needs" ("Sensitif Keperluan Anda"), untuk meningkatkan kesedaran kulit sensitif di negara ini melalui satu inisiatif pendidikan jenama. 


Kulit sensitif merengsa dengan mudah kerana ia lebih nipis dan bertekstur halus menyebabkan ia lebih mudah terdedah kepada sinaran matahari dan udara yang telah tercemar. Bagi sesetengah orang, kulit menjadi sensitif disebabkan oleh tindak balas alergi terhadap makanan, bahan dan juga aroma, akan menyebabkan kemerahan, kekeringan atau kulit gatal. 

Rangkaian Sensitif dari Antabax, krim mandian antibakteria yang inovatif dengan pH yang seimbang sebanyak 5.5, l00% bebas sabun dan bebas alkali, dengan aroma yang menyenangkan, ringan dan halus, sangat baik dan lembut untuk sensitif kulit, seterusnya memberikan perlindungan antibakteria sebanyak 99.9%. 


Diperkaya dengan vitamin dan pelembab semulajadi ia mengembalikan tahap kelembapan semulajadi kulit dan meminimumkan kerengsaan kulit yang disebabkan oleh kekeringan, untuk kulit yang lebih sihat dan licin. 

la disahkan 'Halal', memberikan keyakinan kepada umat Islam untuk menggunakannya. 

Rangkaian sensitif terdiri daripada krim mandi antibakteria yang boleh digunakan oleh seluruh keluarga, termasuk bayi. 


Menurut Mandy Lee, Pengurus Kanan Prociuk, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Antabax telah berusaha keras untuk mendidik pengguna tentang pemilihan jenis produk yang sesuai untuk kulit sensitif. 

"Kami telah mengemas kini label pada produk, serta memberi peluang kepada pengguna melalui program "one for one exchange" kami, yang kini sedang berlangsung sehingga September. Pada acara hari ini, kami amat gembira dengan kehadiran Dr Sharon Gopalan, ahli dermatologi terkemuka untuk bercakap mengenai kulit sensitif. Kami akan terus menjadi tuan rumah untuk Jebih banyak inisiatif pendidikan seperti di acara dan juga dalam talian," kata Mandy. 


Pada majlis itu, Dr. Sharon Gopalan dari Procare Dermatology, ahli dermatologi dengan pengalaman selama 10 tahun, yang telah merawat keadaan kulit seperti Gangguan Pigmentasi, Ekzema, Psoriasis, Jerawat, Jangkitan Kulit, bersama dengan peserta mengenai rejim kulit sensitif. Beliau memberi nasihat kepada orang ramai mengenai kaedah yang betul untuk penjagaan kulit sensitif. 


Mia Ibrahim, seorang wartawan, berkongsi bahawa beliau lebih suka krim mandian dengan antibakteria, kerana beliau mempunyai gaya hidup aktif. tetapi kebanyakan jenama antibakteria yang lain tidak sesuai dengan kulit sensitif. "Saya amat gembira apabila mendapati Antabax mempunyai rangkaian untuk kulit sensitif. Kini, saya menggunakan krim mandian Sensitif Antabax don sabun pembersih tangan untuk sementara waktu, saya tidak akan bertukar ke jenama lain," kata Mia dengan senyuman. 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 

Instagram :