Thursday, March 14, 2019

Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019

Hi Korang,

Adakah anda tergolong dalam 94% orang dewasa di Malaysia yang mengalami masalah gusi[1]? Jika anda tidak pasti, layari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma yang dapat membantu anda mendapatkan gusi dan gigi sihat sepanjang hayat. 


Laman web pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbatte Towards 1 Million Gum Health Checks) 2019, satu kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia. 

Kempen ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik dengan matlamat utamanya memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60 tahun dan ke atas[2]. Jadi, mereka boleh menikmati kesihatan sepanjang hayat, selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan. 

Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi. 


Kempen ini dilancarkan oleh Dr. Norliza bt Mohamed, bertanggungjawab sebagai menanggung tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan di pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama, hari ini. 

Menurut Dr Norliza, kesihatan oral sering dilihat sebagai kurang penting berbanding kesihatan umum yang lain. Namun, sikap ini perlu diubah kerana ia merupakan isu yang serius. Beliau menyatakan bahawa tahap kesihatan oral yang rendah sering dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan yang lain. 

“Kajian penyelidikan menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan serangan jantung, diabetes dan terbaharu, Alzheimer. Ini merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa. Sekiranya pengesanan dan rawatan awal penyakit gusi boleh merendahkan korelasi ini, kita wajar menerokanya.” 

Beliau mengakui bahawa kempen Gumbatte Systema yang memberi penekanan terhadap kesihatan gusi secara dalam talian dilihat cukup tepat kerana majoriti rakyat Malaysia, termasuklah di kawasan pedalaman memperoleh maklumat dari dalam talian. 

“Kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte boleh membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai orang mengenai perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat, menerusi keputusan yang dapat diperoleh secara serta-merta.” 

Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo menyatakan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Systema ialah jenama teras Lion Corporation, Jepun dan memiliki warisan penjagaan oral selama lebih120 tahun hasil kolaborasi dengan pakar-pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan penyelidik. 

“Sistem Anti-Plak Systema menggabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi. Manakala bulu berus gigi tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi. 

“Kini kita sudah ada penyelesaiannya. Justeru, inilah masanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit gusi kerana ia adalah asas kepada gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat. Sebab itulah kami memperkenalkan kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte – bagi membina kesedaran diri tentang perlunya perubahan yang positif,” kata Foo. 

“Rakyat Malaysia memperoleh banyak maklumat daripada media sosial. Sebab itulah kami bekerjasama dengan pasangan artis dan media sosial terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk menyemarakkan lagi kempen ini. Kami percaya dengan strategi ini, kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan gusi dapat menarik perhatian lebih ramai orang. Seterusnya menggalakkan mereka mengambil langkah demi mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik,” katanya. 


Pelakon Aeril Zafrel nyata terkejut dengan kadar penyakit gusi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia. “Berada dalam industri hiburan atau mana-mana industri yang perlu berdepan dengan pelanggan, anda mesti memiliki tahap kebersihan diri, termasuklah oral yang baik. Saya tidak sedar betapa seriusnya masalah gusi di kalangan kita. Justeru, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat ini kerana ia mampu memberi perubahan, terutamanya kerana penyakit gusi mempunyai kaitan dengan serangan jantung, diabetes dan Alzheimer. Kita semua perlu melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai tahap kesihatan gusi kita.” 

Systema turut mengagihkan 10,000 Ubat Gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan bulu berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini. 

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal juga bersemangat untuk menjadi pencetus kesedaran kesihatan oral. “Penyakit gusi adalah masalah kesihatan yang penting. Jika kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk menjaga kesihatan gusi dengan menggunakan ubat gigi anti-plak dan berus gigi yang boleh membantu menambah baik kualiti hidup, ia sememangnya hala tuju yang betul buat negara kita.” 

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Leong Kei Joe menyatakan usaha mengurangkan penyakit gusi di Malaysia perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit gusi sepenuhnya. Beliau memuji kempen menangani masalah penyakit gusi ini. 

“Kesedaran terhadap penyakit gusi memang serius dan ia berpotensi memberi impak kepada kualiti hidup, selain mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit berbahaya. Terlalu ramai di antara kita yang melihat tanda-tanda penyakit gusi seperti berdarah ketika memberus sebagai sesuatu yang normal. Rakyat Malaysia perlu mengenal pasti tanda-tanda dan simptom penyakit gusi. Jadi mereka tahu apabila ada yang tidak kena, mereka boleh mendapatkan bantuan. Pantau kesihatan oral anda dengan melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai status kesihatan gusi anda. Jika perlu, jumpa doktor gigi anda untuk mendapatkan rawatan.” 

Beliau memberitahu, ahli-ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma sebagai sokongan kepada Bulan Kesihatan Oral Kebangsaan. Selain mencadangkan setiap orang perlu berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. 

Siri jelajah Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema akan diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama. Ia turut menawarkan pemeriksaan gigi secara percuma, permainan, hadiah dan pelbagai aktiviti lain. 

Jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat. 


Harga dan Kebolehdapatan 

Produk-produk Systema boleh didapati di seluruh negara menerusi pasar raya hiper utama, pasaraya dan farmasi pada harga RM12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque, manakala berus gigi pula berharga RM7.80 hingga RM12.55. 


[1] Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia. National Oral Health Survey of Adult 2020 (NOHSA). November 2013. pg.181. 


[2] Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia (2011). National Oral Health Plan for Malaysia 2011-2020. Pg. 12



Wednesday, March 13, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 'Citarasa Warisan' Di PWTC Kuala Lumpur

Hi Korang,

Memang bulan ni bulan makan hotel semedang je ek hehehhe

Sekali sekala dalam setahun camtuh lah kan


Ramadhan al Mubarak kini tiba lagi, bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tidak melepaskan peluang menawarkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini. 


Promosi bufet Ramadan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam. Para tetamu boleh menikmati semua juadah hidangan dengan harga RM88.00 seorang untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun pula berharga RM45.00 seorang. Turut ditawarkan ialah harga istimewa untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas iaitu RM75.00 seorang. 









Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula daripada RM98.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, de wan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RMS.00 bermula dari jam 6.00 petang. 

Selain itu, para tetamu turut boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak Aras 3 PWTC. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para tetamu. 










Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ini ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, lkan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Si put Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah. 




Antara hidangan lain yang turut bakal ditawarkan kepada para tetamu yang hadir adalah 13 jenis ulam ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas seperti kambing goreng berempah, fried crab salted egg and oats dan pelbagai lagi. 






Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti 8 jenis kuih-muih Melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, 'mousse & pudding', 3 jenis bubur manis, aneka biskut Melayu dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik. 

Istimewanya pada setiap bufet Ramadan di PWTC, terdapat 'Carving Station' yang akan menyediakan kambing panggang setiap hari. Kambing panggang dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti mampu membuka selera ramai. 


Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu. 

Pihak PWTC juga turut menyediakan tawaran baucar 'Early Bird' di mana pelanggan yang membeli baucar Ramadan sebelum 5 Mei 2019 hanya perlu membayar RM75.00 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir buffet Ramadan, iaitu sehingga 3 Jun 2019. 

ada hiburan lagi tau

Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucar bufet Citarasa Warisan @ PWTC, para pelanggan boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside di talian 03-2614 6701 I 6702. Baucer dengan pelbagai tawaran harga menarik juga turut boleh didapati melalui Fave dan 11 Street. 

Ni alamatnya

Riverside Restaurant
Putra World Trade Centre (PWTC)
41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2614 6701 / 6702



Untuk info lanjut, meh klik 

Website : 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social medie berikut : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/PutraWorldTradeCentre/ 




Ok ini baru 2 tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 



Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Tuesday, March 12, 2019

Jimat RM50 Dalam Promosi ‘Pulangan Separuh Harga’ Bila Berbelanja Di Lulu Hypermarket

Hi Korang, 


Kak lily baru je balik berbelanja di Lulu Hypermarket ni tadi ya ampun kemain ramainya orang, itulah kisahnya kalau membeli belah di hujung minggu kan hehehe 

By the way, masa sibuk duk memilih barang ni tadi kak lily perasan ada promosi ‘Pulangan Separuh Harga’ wah biar betul ni kan. Bermula dari 1 sehingga 24 Mac 2019, Lulu Hypermarket telah mengadakan kempen ‘Pulangan Separuh Harga’ untuk produk fesyen, beg tangan, kasut, kain saree dan churidar bukan boli curriyaa ye hehehhe 


Ni kak lily terangkan lebih lanjut untuk promosi Pulangan Separuh Harga nie 

Contohnya 
kalau kita membeli pakaian berharga RM120 so secara automatiknya korang akan mendapat cash voucher RM50 untuk digunakan pada pembelian seterusnya. Kalau korang beli barang bernilai RM300 so secara automatiknya korang akan dapat RM50 cash voucher sebanyak 3 keping jadinya RM150 kan!! 

Hebat kan!!! 

Untung banyak tuh, boleh beli baju untuk diri sendiri, untuk yang tersayang, anak-anak, kasut, beg tangan, even saree jugak tau hauhauhauha 

kemain memasing ek, bergaya dengan fesyen terkini tuh

Hah siapa kata kat Lulu Hypermarket takde fesyen cantik-cantik kan?? Nampak ni kemain bergaya memasing diaorang ni kan. 

Kite pun nak jugak kan!!

besar seluar ni, plus size kan. Harus ni dibeli

ni pun besau tapi malulah seksi benau hah

skirt ni lawa kannnn, i likee angkat terusss

munge munge tuh, sesuai ke idok ni kan

Apalagi ahkak ko ni pun sibuk jugak mencari baju-baju dan skirt cantik-cantik untuk dibeli kan hehehhe lama jugak wei bertandang di tingkat satu ni. So mana satu nak di beli ni, pening kepala ahkak ni hah. Nanti nak suruh Mr Big pilih yang mana satu kan..





Amboi Saree pun ada promosi kaw-kaw jugak, korang yang mana sibuk mencari kain saree untuk di jadikan baju kurung bolehlah dapatkan di Lulu Celebrate di tingkat 1 ni kan. 


Cantik kan Jia Shin mengenakan baju kurun saree ni, warna pun match dengan dia 










Ada banyak lagi fesyen-fesyen terkini di tingkat 1 ni, antara korang rajin atau malas je kan mencari fesyen yang sesuai untuk korang hehehe

Sempat kak lily ke tingkat 2 pula di bahagian peralatan rumah, gadget, barangan elektrik ermm kemain banyak lagi promosi potongan harga ye. 










Rasanya cam nak juling-juling biji mata menengoknya. Murah dan tak tau nak beli yang mana satu, semuanya kak lily berkenan. 

Ermm turun ke bawah lagi lah, tempat groceries. 


Memang wajib duk berjam-jam bila sampai ke sini sebab banyak nau barangan makanan yang murah-murah. Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut, daging, ayam semuanya segar-segar belaka dan harga berpatutan plak tuh. 

Kat bahagian Rostery ni pun ramai gak orang. 




Yelah yang mana nak dapatkan rempah-rempah dari timur tengah, kekacang segar, manisan arab ermm semuanya boleh di dapati di sini. Cakap je berapa gram korang nak dan staff nanti akan timbangkan dan letakkan harga. Mudah kan! 




Itulah dia cerita kak lily membeli belah di Lulu Hypermarket ni tadi 


Harga di sini amat berpatutan dengan budget golongan B40 di sekitar Kuala Lumpur ni, dengan adanya promosi Pulangan Separuh Harga sebegini kita dapat berjimat dengan lebih banyak lagi kan. 


Jom ke : 
LuLu Hypermarket, 
Lot 159, 
Persiaran CapSquare, 
Off Jalan Munshi Abdullah 
50100 Kuala Lumpur 

Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari, 

Website : 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social medie berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link :