Hi Korang,
Memang bulan ni bulan makan hotel semedang je ek hehehhe
Sekali sekala dalam setahun camtuh lah kan
Ramadhan  al Mubarak  kini tiba lagi,  bulan mulia yang dinanti-nantikan  oleh seluruh umat Islam. Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra  (PWTC)  tidak  melepaskan   peluang  menawarkan   lebih  daripada  250  jenis  juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini. 
Promosi bufet Ramadan  ini akan bermula  dari 8 Mei 2019 sehingga 3  Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam  6 petang  hingga  10 malam. Para tetamu  boleh menikmati  semua juadah hidangan  dengan harga RM88.00  seorang  untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak  yang berumur  dari 7 hingga  12  tahun  pula berharga  RM45.00  seorang.  Turut ditawarkan  ialah harga istimewa untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas iaitu RM75.00  seorang. 
Pihak pengurusan  Pusat Dagangan  Dunia Putra (PWTC) turut menyediakan  pakej  berbuka puasa  persendirian dan  korporat dengan harga bermula daripada RM98.00  seorang untuk tempahan  minima  100  orang  ke atas.  Pakej  ini  turut  menyediakan  hidangan  bufet,  de wan khas untuk  berbuka  puasa,  sistem audio,  penyediaan  ruang  solat  khas  serta  kadar  parkir tetap  bernilai RMS.00 bermula dari jam 6.00 petang. 
Selain itu, para tetamu turut boleh menunaikan  solat Maghrib, Isyak dan Tarawih  berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman  yang terletak Aras 3  PWTC.  Segala kelengkapan  solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para tetamu. 
Antara  menu  yang  bakal  menawan   selera  tetamu  pada  tahun  ini  ialah  Ayam Kampung  Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam,  Kambing  Masak Kari Utara,  Ikan Pari Asam Pedas  Sayur Jeruk, Ikan Patin  Tempoyak  dengan  Timun  Tua, Ayam Brastagi, lkan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Si put Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah. 
Antara hidangan  lain yang turut bakal ditawarkan  kepada para tetamu yang hadir adalah  13 jenis  ulam ulaman,  6 jenis  keropok,  8 jenis jeruk,  7 jenis  ikan masin,  14 jenis  sambal  dan dressing,  13 jenis  kerabu dan hidangan  panas seperti kambing  goreng berempah, fried crab salted egg and oats dan pelbagai lagi. 
Kaunter  bufet juga  turut menyediakan  hidangan  manisan  dan pencuci mulut  seperti  8 jenis kuih-muih  Melayu,  5  jenis  kek, 4 jenis  pai, aneka jeli,  'mousse  & pudding', 3  jenis  bubur manis,  aneka  biskut  Melayu   dan  pelbagai   lagi.  Di  samping  itu,  terdapat  juga   warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan  air tebu,  air mata kucing, air sirap,  air barli, air batu campur, 3  perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik. 
Istimewanya  pada  setiap  bufet  Ramadan  di PWTC,  terdapat  'Carving  Station'  yang  akan menyediakan  kambing  panggang  setiap  hari.  Kambing  panggang  dihidangkan  dengan  sos lada hitam dan sos cendawan pasti mampu membuka selera ramai. 
Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu. 
Pihak PWTC juga  turut menyediakan  tawaran  baucar  'Early Bird' di mana pelanggan  yang membeli baucar Ramadan sebelum  5  Mei 2019 hanya perlu membayar RM75.00  setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir buffet Ramadan, iaitu sehingga 3  Jun 2019. 
ada hiburan lagi tau
Untuk  sebarang  tempahan  atau  pembelian  baucar  bufet  Citarasa  Warisan  @ PWTC,  para pelanggan boleh datang terus ke kaunter tempahan  di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside  di talian  03-2614 6701 I 6702. Baucer dengan pelbagai tawaran harga menarik juga turut boleh didapati melalui Fave dan 11 Street. 
Ni alamatnya
Riverside Restaurant
Putra World Trade Centre (PWTC)
41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2614 6701 / 6702
Untuk info lanjut, meh klik 
Website : 
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social medie berikut : 
Facebook : 
https://www.facebook.com/PutraWorldTradeCentre/ 
Ok ini baru 2 tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
 
 
 




