Monday, December 24, 2018

Murah Harga Produk Elektrik Di Desa Home Theatre One City USJ Ni Ek.

Hi Korang,

Patah kaki kak lily bila oven buat perangai kan!! 

Yelah kengkadang tuh, kita nak jugak masak resipi yang bakar-bakar guna oven tuh. Dah beria-ria siapkan bahan tup-tup Oven tak boleh ON plak, aduimak terbantut mood ahkak ko ni nak masak kan. Mencikkk.. 

So surveylah oven di kedai elektrik 2-3 tempat kat kawasan umah kak lily ni, mak oi harganya kemain melambung ek walaupun sekecik barang. So tangguhkan niat untuk beli oven buat masa ni. 


Kebetulan hari tuh, kak lily jalan-jalan di One City ni, alah Mr Big kan ada je menda alah nak dibelinya so sampailah kami kemari. Ermm tengah jalan-jalan tuh tak sangka plak ada kedai barang elektrik dalam One City ni. So kami singgahlah ke DESA HOME Theatre ni ek. 

Hajat hati saje nak cuci-cuci mata je ermm tercuci habis mata ni kan. Banyaknya produk elektrik di jual pada harga lebih murah dari kedai elektrik biasa kat luar tau. 

Memula kitaorang tengok oven je dulu, lepas tuh melarat-larat tengok barang lain plak. 



tengok speaker plak Mr Big ni

nipis betul tv ni wei, bestnya



tengok audio lagi


suker plak kak lily dengan front load washing machine



TV ada, radio ada, peti sejuk, mesin basuh, freezer, seterika dari yang biasa sampai yang canggih, audio stereo, air cond, dapur dan macam-macam lagi. 

Harga Lebih Murah 

Memang betul, kak lily perasan harga barang di kedai Desa Home ni jauh lebih murah dari kedai elektrik yang biasa. Memang murah banyak jugak dalam lingkungan RM100-200 jugak tau, nampak kita boleh jimat kat situ. 

Servis Penghantaran 

Kak lily tanya jugak camner dengan servis penghantaran? 

ok bos boleh hantar barang terus ke rumah tau

Kata sales person kat situ, ermm kalau di dalam Lembah Klang ni PERCUMA je tapi kalau luar Lembah Klang hanya bermula dari RM80 untuk satu trip. Oklahkan beli macam-macam dan banyak plak tuh then servis penghantaran RM 80 je 

Servis Pemasangan 

Let say kalau kita beli produk elektrik yang memerlukan orang ketiga pasang macam air cond ke water heater ke kan, jangan bimbang lah pihak Desa Home ada jugak servis pemasangan ni. Tapi adalah harga tertentukan kan, maybe macam kena tambah wayar ke, hose ke kan so itu kita kena bayarlah. 

air cond ni murah jugak

Habis dah kak lily tawaf kedai Desa Home Theatre ni 2-3kali untuk survey barang apa nak beli kan, yang penting harga ovennya lebih murah uollss 

Dan sekarang ni Desa Home Theatre ada promosi ‘Christmas Clearance’ jugak tau. Korang tengok poster-poster di bawah ni ek 








Tv tuh memang kak lily dah aim dari hari tuh lagi tau hehehhehe 

By the way, meh korang singgah di 2 outlet Desa Home Theatre ni ek. 

📍Direction for DESA HOME, OneSpace Outlet:
Google Map : https://www.google.com/…/One+Spa…/@3.0205881,101.5797021,17

📍Direction for Kepong Outlet:


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram : 


Sunday, December 23, 2018

Promosi Istimewa Tahun Baru Yang Menarik Dan Berbaloi Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Tahun 2019 bakal tiba tidak lama lagi. Dan kebiasaannya setiap kali awal tahun kita akan membawa permulaan dan harapan baru dalam diri. Untuk merai permulaan baru untuk tahun 2019, Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah menawarkan promosi khas bersempena Ambang Tahun Baru.


Pakej promosi Ambang Tahun Baru di Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan pada harga serendah RM300.00+ bagi 2 orang dewasa.

Corporate Room

Group Floor Room

Bayangkan kita dapat bercuti dan berehat di dalam kamar serba cantik di Grand BlueWave Hotel Shah Alam memang puas hati. Pakej yang ditawarkan ini termasuklah penginapan selama 2 hari 1 malam di Bilik Deluxe untuk dua orang bersama buffet sarapan pagi dan buffet makan malam Ambang Tahun Baru di Restoran Royale Songket, Aras G.

Dan sekiranya korang berminat untuk menikmati bufet sarapan pagi tanpa penginapan. Jangan risau ianya turut ditawarkan di Royale Songket dengan harga yang ditawarkan adalah RM45.00+ (Dewasa) dan RM22.50 (Kanak-kanak).

Antara hidangan makanan yang ditawarkan semasa bufet sarapan pagi seperti di bawah.







Dan sebenarnya bukan ini sahaja, terdapat banyak lagi pilihan makanan sarapan yang begitu menyelerakan.

Begitu juga ditawarkan Buffet Makan Malam Tahun Baru yang mewah di  Royale Songket iaitu RM85.00+ (Dewasa), dan RM42.50+ (Kanak-kanak). Ini bagi mereka yang ingin merasai sendiri hidangan hebat di hotel ini tanpa pakej penginapan yang ditawarkan.

Hidangan makanan malam lagi banyak variasinya.







Namun yang paling memuatkan kak lily teruja ada pencuci mulut atau manisan yang ditawarkan memang kesedapannya tiada bandingan tau. 

So, kalau korang ingin merasai pengalaman menginap pada Ambang Tahun Baru di Grand BlueWave Shah Alam, tempahan awal boleh dibuat melalui bahagian Tele-pemasaran di talian 03-55118811 ext. 2723 atau hubungi dan WhatsApp Tele-pemasaran di talian 019-2736801 or 01902757801. 

Kesemua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan.

Jom sama-sama kita nikmati hidangan cukup istimewa dan enak bersempena dengan tawaran buffet istimewa Krismas dan juga tahun baru. 

Jom kita ke: 

Royale Songket Restaurant 
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 

Laman Web: 

Facebook: 


Friday, December 21, 2018

Jom Meriahkan FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018

Hi Korang, 


Seriously cuti sekolah ni memang banyak betul aktiviti untuk keluarga ek, ye merata-rata tempat ada tau. Ni kak lily nak kongsikan kepada korang ni ek khususnya bagi penduduk Utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis 



Ye best ni tau


FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018 @ FAMA SUNGAI PETANI 

Tarikh : 23 - 26 Disember 2018 

Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam 

Ada pelbagai aktivit menarik dan tawaran istimewa untuk korang tau seperti:-

JUALAN ISTIMEWA 

-Jualan Produk Proses dan IAT 

-Jualan Terus Dari Ladang 

-Jualan Buah-Buahan 

-Jualan Orkid 

-Jualan Anak Benih Pokok 

-Jualan Ikan Hiasan




Eh bukan ini saja lah, ini baru sebahagian sebenarnya kalau korang nak tau ada banyak lagi produk-produk tempatan yang boleh korang dapatkan.


Selain itu ada juga pameran Butik Agromas, untuk korang dapatkan produk keluaran usahawan tempatan kita seperti produk sambal, kopi, keropok, ikan bilis dan banyak lagi

Butik Agromas

Eh ingat jualan produk je ke? 

Haruslah ada makan-makan barulah menambah keseronokan lagi ek. 

Empayar Makanan juga bakal menghidangkan makanan-makanan popular dari Wilayah Utara seperti Naim Gulai semilang Sg Pial,Bihun Sup Daging Segenggam Paya Kerchut,Kerabu Bronok Langkawi, Teh Ais Lembah Bujang dan pelbagai lagi. Ermm pelik-pelik nama ek ntah-ntah sedap bak hang!!






Turut di adakan juga Program seperti:- 

*📌Pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama Terbuka Malaysia 

* 📌 Pertandingan FAMA FEST BETTA COMPETITION 2018

* 📌 Pertandingan Karaoke Idol FAMA FEST WILAYAH UTARA 2018

* 📌 Perkhidmatan Bayaran Saman JPJ/Pemeriksaan Motorsikal Lama/Lesen Untuk Warga Emas

Ingat tuh korang, datang jangan tak datang ye.



Ini lokasinya: 

Pusat Operasi FAMA Sungai Petani, 
Jalan Bakar Arang, 
Sg Petani Kedah 

(Berhampiran Tesco Sg Petani Selatan)

GPS Tracking : 5.619442, 100.473030

Mari dapatkan barangan keperluan hasil pertanian di sini ye..

Untuk info lanjut korang boleh check it out di :-
www.facebook.com/famakedah