Friday, November 9, 2018

ILLUMI FEST RUN MALAYSIA 2019

Hi Korang,

Larian santai neon yang ditunggu-tunggu, “ILLUMI Fest Run” Malaysia dibawa oleh syarikat insurans MPI Generali, bakal kembali untuk tahun kedua di Malaysia! Selepas edisi sulungnya meraih sambutan yang begitu hangat pada Januari lalu, Infinitus Productions Pte Ltd, dengan kerjasama MPI Generali Insurans Berhad, terpanggil untuk meneruskan acara unik bersinar dalam gelap ini pada 2 Mac 2019 di Selangor Turf Club. 


Kepada pelari-pelari yang berharap untuk sertai, bersedialah! 

Ini kerana pendaftaran akan dibuka seawal 29 Oktober ini, bermula jam 12 tengah hari. Maka, untuk mereka yang masih belum merasai sendiri keseronokkan berlari dan berjalan di sepanjang laluan empat kilometer sambil disiram dengan “ILLUMI Glow Water neon” (air sinaran neon ILLUMI) dengan setiap kilometer menampilkan tema berbeza, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pesta larian ini! 



“Lebih 5,000 pelari telah sertai pada edisi sulung dan kami amat gembira dengan sambutan yang begitu menggalakkan di Malaysia. Oleh itu, kami akan menambah lebih banyak elemen baharu untuk laluan acara akan datang ini, sekaligus menjadikannya pesta yang lebih meriah untuk dinikmati semua peserta! Kami juga berasa cukup bangga untuk menjadi penganjur acara yang bermakna ini kerana ia bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, tetapi pada masa sama menghimpunkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana yang menghiburkan. Sebagai sebahagian daripada program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat), kami ingin mengumumkan juga bahawa setiap RM3 daripada yuran pendaftaran yang diterima akan diderma dan disalurkan kepada Program 'The Human Safety Net for Families', iaitu sebuah gerakan global yang membantu golongan kurang bernasib baik bagi menambah baik kehidupan mereka,” kata Jeffrey Foo, Pengarah Infinitus Productions Pte Ltd. 

Lebih dikenali sebagai “party on the run” (berlari sambil berpesta), acara yang berasal-usul dari Singapura ini akan menyaksikan para pesertanya berlari dan menari pada sebelah malam sebelum ia diakhiri dengan perhimpunan di garisan penamat untuk bersuka ria beramai-ramai dalam satu pesta mengasyikkan yang bersinar terang dalam gelap dan penuh warna-warni di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. 



Untuk merancakkan lagi edisi kedua Malaysia nanti, para pelari akan berkesempatan melibatkan diri dalam beberapa aktiviti sampingan di Perkampungan Perlumbaan seperti papan gelongsor gergasi ILLUMI serba baharu yang mana peserta merasai keseronokkan menggelongsor ke dalam kolam air berwarna berketinggian 3 meter. Lain-lain tarikan termasuk Taman Permainan Neon yang juga terbuka kepada orang awam menampilkan beberapa permainan popular seperti jengket (Hop Scotch), Jenga dan Tic-tac-toe, cuma istimewanya kali ini kerana ia akan dimainkan dalam keadaan bersinar dalam gelap. “ILLUMI Glo Swing”, iaitu buaian khas yang dipasang dengan lampu LED, juga didirikan dengan keupayaan untuk bertukar warna ketika ianya berhayun. Jangan ketinggalan juga untuk merakam gambar kenang-kenangan di Pondok Foto “ILLUMI Slow-Mo Splash” yang pastinya menjanjikan pengalaman bergambar yang unik lagi menghiburkan berbanding pondok foto tradisional yang sering dilawati sebelum ini. 

“Susulan kejayaan memberangsangkan edisi sulung Fun Run tahun ini serta niat kami untuk menyokong acara yang sihat dan menyeronokkan, kami gembira untuk berganding dengan Infinitus Productions Pte Ltd sekali lagi bagi penganjuran edisi kedua! We juga amat menghargai kesudian Infinitus untuk menyertai usaha kami dalam memperkasa kehidupan komuniti yang terabai melalui sumbangan yang dihulurkan kepada The Human Safety Net bagi Program Untuk Keluarga. Kami amat nanti-nantikan ketibaan acara larian santai neon yang mengujakan ini yang akan memberikan peluang untuk bergaul mesra komuniti dan rakan-rakan kongsi kami dengan kami bergaul mesra dengan komuniti dan rakan-rakan kongsi,” kata Alex Low, Wakil Bertauliah dan Ketua Komersial Kumpulan MPI Generali Insurans Berhad. 

Pendaftaran kini dibuka di https://illumirun.com/my/





Thursday, November 8, 2018

HIMALAYA SALT SPORTS CANDY Sesuai Untuk Gaya Hidup Bersukan

Hi Korang,

Korang yang mana aktif bersukan tuh,meh baca tentang Himalaya Salt Sports Candy ni ek

Pencipta Big Foot Candy, Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd dengan rasminya telahpun melancarkan Himalaya Salt Sports Candy, yang menyasar mereka yang gemar bersukan serta beraktiviti di luar.


Dibuat dengan Garam Himalaya semula jadi, gula-gula sukan baru ini sangat berguna jika badan anda memerlukan natrium tambahan selepas senaman yang sengit. Rasa pudina yang menyegarkan juga sesuai untuk sesiapa yang memerlukan nafas segar selepas makan tengah hari atau sebelum mesyuarat atau sesuatu yang menyegarkan pada hari yang panas. Sensasi sejuk gula-gula ini juga menenangkan tekak pada masa yang sama. 

Kenny Low, Pengasas dan Pengarah Urusan Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd berkata inspirasi di sebalik gula-gula sukan ini berlaku semasa perjalanan mendaki bersama sahabatnya. Peluhan berlebihan menyebabkan penurunan kepekatan natrium dalam aliran darah dan ini mengakibatkan Kenny mengalamai kekejangan yang teruk. Ketika itulah dia mengharapkan adanya gula-gula (dengan kandungan natrium) seperti itu untuk membantu.

Bahan utama gula-gula sukan iaitu Garam Himalaya semula jadi, dipercayai memiliki banyak manfaat kesihatan. Ia mengandungi lebih daripada 80 kesan semula jadi mineral seperti Potassium, Magnesium dan Kalsium yang semuanya dijumpai secara semula jadi di dalam badan. Selain mempromosikan penyerapan mineral dan nutrien ke dalam aliran darah, Garam Himalaya dikenali untuk membantu mengekalkan penghidratan dalam badan. Kenny percaya bahawa manfaat kesihatan Garam Himalaya apabila digabungkan dengan jus Lemon tulen yang kaya dengan vitamin C serta faedah pudina yang menenangkan akan menghasilkan ramuan yang banyak memberi manfaat kepada tubuh terutama selepas aktiviti sukan yang berat.

“Himalaya Salt Sports Candy datang dalam bungkusan yang mudah dinikmati di mana sahaja. Ia harus ditekankan bahawa gula-gula sukan ini bukanlah suplemen kesihatan tetapi sesuatu untuk menyegarkan kembali apabila anda memerlukan garam serta glukosa semula jadi yang lebih sihat selepas senaman yang baik," kata Kenny.

Di samping pelancaran Himalaya Salt Sports Candy, adalah pengenalan kepada duta gula-gula sukan itu. Goh Liu Ying, pemegang pingat Perak Olimpik 2016 dalam beregu campuran Badminton telah dilantik menjadi duta untuk gula-gula sukan ini kerana dia merupakan contoh peranan yang sesuai untuk pemain muda baik lelaki mahupun wanita. Dia juga menyukai gula-gula ini dan mengambilnya setiap kali dia keluar latihan dan membawanya bersama semasa perlawanan. 


Bukan peminat gula-gula? 
Syarikat itu juga melancarkan Himalaya Pastilles Peppermint. Pastil enak bersaiz kecil yang datang dalam satu paket yang mudah ditutup semula untuk melegakan tekak dan menyegarkan nafas dengan perisa pudina sejuk.


Kedua-dua Himalaya Salt Sports Candy (15g) dan Himalaya Pastilles Peppermint (25g) adalah disahkan Halal dan boleh didapatkan di farmasi-farmasi utama, pasar raya, dan pasar raya besar di seluruh negara. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram : 








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, November 7, 2018

Weekend Staycation Di Holiday Villa Subang

Hi Korang, 


Kalau tengok betul-betul bulan Oktober lepas ni macam banyak nau kak lily tidur hotel ek. 

Tapi semua tak plan apa pun, malas nak balik tidur hotel 

Pi berjalan sket tup-tup, tidur hotel 

Pi event, eh tidur hotel jugak 

So memang rezeki kak lily agaknya, manjang tidur hotel bulan ni. 


Kebetulan jugak tak de apa nak buat hujung minggu lepas so check in sekejap tambahan pulak dapat discount rate jadi why not kan. Moh lah kite check in di Holiday Villa Subang, 

Ya ampun lambat lagi check in wei walaupun tak de event, ni gara-gara Mr Big lah ni. Kena anto dia pi dinner bank dulu kat Mines then baru kak lily pi Subang. Nasib baik dapat table draw RM400, akan ku cukai bila dia dapat nanti ek. 


Sudahnya check in 6pm tapi masuk bilik pukul 8pm sebab duk makan dulu sambil sembang-sembang dengan bebudak kat sini. 

Dah habis semua acara barulah nak bilik. 

Ya ampun tingkat 18 tinggi tuh dah macam balik umah mama kat Setapak plak kan. 

Bilik 1814 

bahagia ek dapat tidur hotel tiap-tiap minggu, bayo lekas duit minyak dengan toll

Rupanya bilik ni merupakan bilik Corporate Deluxe 



tempat closet

memang empuk wei, sedap betul lah

Ya ampun luas ek, boleh main lari-lari kayaknyaa kan hehehe. Katil King mengadap tv siap ada sofa bagai haruslah kak lily bahagia kan huahauhauhau. 

Tengok ni bilik air plak,






Ada bathtub, yesza terbaek lah boleh berendam cam badak nanti hehehe



Lepas siap bergambar bagai, terus je kak lily baring-baring sambil nak tunggu Mr Big balik hotel. Kengkonon nak menaip blog bagai ermm sudahnya tidur berkeruh-keruh sampai Mr Big call pun tak dengar haahhahaaha 

Bayangkan betapa empuknya katil tuh ek 


Esok paginya kitorang bersarapan di Palm Terrace Coffeehouse. 





Ramai betul tul orang yang menginap di sini sampai kena beratur nak masuk breakfast ye. Menu of courselah international dan local buffet. Mestilah kak lily makan bersungguh-sungguh sebab lapar hehehehe 



Pilihan menu buffet kemain banyak lagi, lepas kali ketiga round terus kak lily dah duduk tersandar kat kerusi ek, sambil tunggu Mr Big habiskan makan. 

Sambil nak naik billik sambil jalan-jalan di sekitar hotel untuk menikmati keindahan waktu pagi, kengkonon nak sun tanned cam omputih kan, sudahnya baring sekejap je kat swimming pool tuh then naik bilik baring kat katil lagi best hehehehe 






In terms of harga bilik oklah kan, takdelah mahal mana pun dan takdelah murah jugak setakat bawah RM300 semalam di Kuala Lumpur ni biasa je tuh. Sekali sekala nak manjakan diri berehat apa salahnya.


Cam tulah kitaorang mengabiskan masa hujung minggu lepas, tak serabut tenang je.. 

Jom kita ke : 

HOLIDAY VILLA HOTEL & CONFERENCE CENTRE SUBANG 
9, Jalan SS 12/1, 
47500 Subang Jaya, 
Selangor Darul Ehsan 

Tel : +60 3 5633 8788 
Fax : +60 3 5633 7449 





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram : 










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com