Wednesday, March 21, 2018

CHATIME Tidak Pernah Bertukar Nama Kepada TEALIVE Dan Chatime Menerima Status Halal Dari JAKIM

Hi Korang, 


Siapa kaki minum, air yang ada pearl pearl ni, meh sini angkat tangan lekas!!! 

Eh, k lily haruslah minat wwei, lebih-lebih lagi air-air yang refreshing cam tuh ada ada ais banyak, perasa masam-masam sket dan pearl yang banyak hahahaha cam no tak gemuk kan.. 

Pic dari : Facebook Chatime

Selalu pi minum kat CHATIME ke TEALIVE ?? 

Hah confius kan!! 

Yelah dulu-dulu kalau air yang ada pearl-pearl ni dah tentu-tentu CHATIME kan, sekarang ni datangnya pulak TEALIVE. Memula kak lily ingat satu syarikat yang sama la rupa-rupanya 2 entiti yang berbeza ek. Tapi kalau sekali pandang, sama kan sama kan. 

Errm korang setuju tak? Haruslah setuju ek 

So terus kak lily terfikir, jadi selama ini akak lily minum yang mana satu ni? Aduiyai bengang jugak rasanya. Yelah warna lebih kurang sama, apa jenis minuman pun lebih kurang sama, akak lily pun ok jelah ermm salah rupanya ek. 

Senang-senang je kak lily kena TIPU, eh ntah-ntah korang pun sama ek rasa TERTIPU jugakkan. Tak baik sungguhlah di tipu sebegini, rasa nak keluarkan balik air yang di diminum tuh dah tak boleh kan jawabnya ambil ikhtibar jelah atas kejadian ni. 

Mana kak lily tau? 

Allo akak lily ni kan kaki sekodeng kat internet. Selak punya selak so ternampaklah artikel dari Utusan Online dan Oh Media ni. Terus rasa terperanjatlah kan. 

Akak TERTIPU diknon, akak TERTIPU tau.. 

Korang kalau nak baca pasal, sini kak lily kongsikan cerita pasal Kisah Antara Chatime Dan Tealive ya ampun cam tu jalan ceritanya. 

“Separuh pembeli sangat keliru dan ada yang menganggap Chatime dan Tealive adalah syarikat yang sama atau Chatime telah ditukar nama sebagai Tealive. Jadi kami ingin memperjelaskan Chatime dan Tealive adalah dua syarikat yang berbeza dan syarikat tidak pernah menukar nama kepada Tealive,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali dalam satu temu ramah dengan Astro AWANI di sini hari ini. 

Dunia korporat ni kita bukan tau sangat kan, so kita telan bulat-bulat cerita yang kita dengar dan salahkan sebelah pihak tapi bila segalanya di bongkar baru kita tau kebenarannya. 

Chatime Menerima Status Halal Dari JAKIM 


Tahniah Chatime! 

WIDAYU LATIFF (tengah) menerima sijil halal untuk produk Chatime daripada Dr. Sirajuddin Suhaimee (kiri) sambil disaksikan Aliza Ali di Divisyen Hab Halal JAKIM, Putrajaya, semalam. Info dari http://m.utusan.com.my/

Kalau korang nak tau yang selama ini Chatime adalah premis yang menjual minuman yang halal di mana bahan yang digunakan mereka mempunyai Halal Certified yang mana dijamin halal oleh badan yang di sahkan oleh JAKIM.

Dan jenama Chatime baru sahaja menerima status HALAL daripada JAKIM gak tau.

Apa maknanye?

Sekaligus ini membolehkan Chatime terus diberikan kepercayaan 100% oleh rakyat Malaysia terutamanya untuk yang beragama Islam untuk terus menikmati pelbagai jenis minuman di Chatime tanpa sebarang kompromi. 

Dah-dah pas ni kak lily takkan terconfius lagi ek...








MYDIN Umumkan Kerjasama Strategik dengan Shopee Malaysia

Hi Korang,

MYDIN Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) akan terus mengukuhkan pasaran mereka. Rangkaian pasar raya terbesar negara telah merekod pencapaian terbaharu dengan mengumumkan kedai rasmi dalam taliannya di Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. 


Kerjasama strategik bersama Shopee ini merupakan julung-julung kali bagi MYDIN. Ia sebahagian daripada pelan pembangunan Kumpulan tersebut dalam mengembangkan segmen peruncitan dalam talian selepas pelancaran MYDIN Online, Klik and Pick lewat tahun lepas. 

“Rancangan kami mudah - kami mahu menawarkan kemudahan kepada pelanggan setia kami supaya boleh mendapatkan pelbagai pilihan produk dengan lebih mudah di samping memberi nilai tambahan bagi perbelanjaan mereka. Kami adalah organisasi yang mempunyai rangkaian fizikal. Oleh itu, dalam usaha mengembangkan segmen peruncitan dalam talian ini, kami memerlukan rakan kongsi yang komited seperti Shopee. Kami pasti kerjasama ini akan membuahkan hasil kerana kami yakin dengan kelebihan dan pengalaman Shopee,” kata Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan, MYDIN Mohamed Holdings Bhd. 


Kini, Shopee merupakan platform e-dagang yang berkembang paling pantas di Malaysia. Kerjasama ini membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia mendapatkan lebih daripada 2,000 produk MYDIN seperti barang runcit, produk penjagaan bayi, produk Muslim dan banyak lagi. Kedai rasmi MYDIN akan dilancarkan di platform Shopee Mall pada 19 Mac nanti. Pelanggan boleh membeli produk seperti tudung pada harga serendah RM1 dan banyak lagi. Di samping itu, Shopee Mall menawarkan penghantaran percuma, jaminan 100% produk tulen dan polisi pemulangan secara percuma selama 15 hari; yang menjanjikan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang premium apabila pelanggan membuat pembelian dari MYDIN di platform Shopee. 

“Kami berbesar hati apabila rangkaian pasar raya terbesar di Malaysia yang mengkhususkan dalam bidang pemborongan dan peruncitan telah memilih kami sebagai rakan e-dagang mereka. Tindakan MYDIN untuk meningkatkan usaha-usaha B2C (dari perniagaan ke pengguna) secara dalam talian amat bersesuaian pada masa ini apabila kita melihat anjakan bagi tabiat membeli-belah pengguna. Semakin ramai rakyat Malaysia membeli-belah secara dalam talian dan pembeli mahukan transaksi berjalan dengan cepat, mudah, selamat dan murah di samping tawaran yang menarik apabila membeli-belah secara dalam talian. Shopee dapat menawarkan kelebihan tersebut,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee. 

Bagi merancakkan usahasama ini, pengguna akan teruja dengan potongan harga 20%, terhad kepada RM20 bagi setiap pembelian minima RM70 dengan menggunakan kod baucar MYDIN20 sebelum mendaftar keluar. Baucar tersebut sah dari 19 hingga 25 Mac 2018. Tertakluk pada terma dan syarat. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Lawati laman web www.shopee.com.my/mydin untuk mendapatkan produk-produk MYDIN.



Tuesday, March 20, 2018

SNICKERS Oats Untuk Mereka Yang Kena Tahan Lapar Selalu

Hi Korang,

Kak lily memang minat betul coklat SNICKERS ni, tak kiralah banyak mana kacang pun tetap dibedal jugak hehehehe

Sama ada sedang dalam perjalanan ketika waktu sibuk, menunggu untuk melengkapkan perjanjian perniagaan, atau terperangkap dalam mesyuarat yang panjang, SNICKERS kini dapat membantu rakyat Malaysia dengan SNICKERS Oats baharu, snek yang membantu mereka bertahan apabila perlu menunggu lama dan mula berasa lapar! 



SNICKERS Oats kini padat dengan oat dan digabungkan dengan rasa coklat mewah, karamel dan kacang yang amat dikenali penggemar SNICKERS. la juga merupakan snek yang sangat sesuai untuk pengguna yang berasa lapar apabila menjalani rutin harian yang panjang - sama ada di tern pat kerja, mengejar tarikh akhir untuk menghantar tugasan di universiti atau apabila sedang dalam perjalanan ke destinasi seterusnya.


"Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan waktu menunggu terasa lebih lama dan salah satu daripadanya ialah berasa lapar. Akibatnya, kita akan berasa gelisah, tidak sabar, malah mungkin juga menjadi seseorang yang tidak begitu menyenangkan. Disebabkan rakyat Malaysia meluangkan purata satu jam semata-mata untuk perjalanan, ia bukan sahaja menjejaskan emosi tetapi juga menyebabkan banyak masa berharga hilang. Oleh ltu, kami percaya SNICKERS Oats boleh membantu pengguna yang sering perlu menunggu lama setiap hari untuk membantu mereka bertahan kerana ia adalah snek mudah yang boleh dinikmati sebelum waktu makan seterusnya," kata Yee Pek Kuan, Category Business Unit Director of Mars Developing Asia. 

SNICKERS Oats dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna, dengan memberi kenikmatan setiap kali dirasai, dengan rasa coklat dan kacang yang enak dan padat dengan oat. Pengguna kini boleh bertahan apabila perlu menunggu lama dengan mendapatkan SNICKERS Oats di mana-mana kedai serbaneka atau cawangan runcit di seluruh negara. SNICKERS Oats juga didatangkan dalam bungkusan kecil yang boleh didapati di mana-mana pasaraya dan pasaraya hiper utama.


Dari sekarang hingga 1 April 2018, SNICKERS Oats juga menawarkan hadiah-hadiah bernilai berjumlah lebih RMl0,000 melalui peraduan dalam talian 'Snickers Oats Longest Hunger Story'. Peminat yang berasa lapar boleh menyertai peraduan ini dengan berkongsi pengalaman bagaimana SNICKERS Oats membantu mereka bertahan apabila perlu menunggu lama mengikut tema-tema mingguan. Mereka juga boleh memuat naik kisah mereka melalui Facebook Live atau video lnstagram dengan menaip #SnickersOatsHungerStoryMY. 

Untuk maklumat lanjut mengenai SNICKERS Oats dan peraduan dalam talian: 





Hashtag Rasmi : #SnickersOats #SurviveThelongWait