Friday, November 24, 2017

Ayam Brand™ Raikan Ulangtahun Ke 125 dengan Kempen Inovasi Perlumbaan-Ke-Angkasa

Hi Korang,

Boleh percaya ke tin sardin boleh naik ke langit?

Ermm memang tak mustahil ek


Ayam Brand™ sedang menggapai bintang seiring dengan sambutan ulang tahun ke-125 jenama ini dengan pelancaran kempen Perlumbaan-Ke-Angkasa (Racing-To-Space) yang julung kali diadakan yang akan mengetengahkan produk-produk utamanya dalam konteks usaha-usaha kemampanan serantau yang sedang dijalankannya ketika ini.


Jenama isi rumah yang tersohor dengan barisan meluas produk-produk bertin yang sihat dan memudahkan; bebas pengawet dan tiada tambahan MSG ini sedang mendefinasikan semula makna kemampanan; hayat panjang; kesedaran alam sekitar serta komitmennya kepada masyarakat.


Tema bagi sambutan ulang tahun ke-125 Kami Prihatin, Kami Keluarga (We Care, We Are Family) amat jelas apabila jenama ini berkongsi video altitud tinggi yang dirakamkan di Kahang, Johor di Malaysia. Video-video berkenaan diambil dari ketinggian 29,000 meter dari aras laut membolehkan permandangan menakjubkan kawasan serantau yang meliputi Malaysia, Singapura dan Indonesia dirakamkan.


Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand melibatkan empat belon altitud tinggi dengan rig khas dilepaskan bersama empat produk terkemuka Ayam Brand iaitu Sardin Dalam Sos Tomato; Tuna Cili; Kacang Panggang dan Santan. Tujuan perlumbaan ini ialah untuk mengetahui yang mana antara produk-produk klasik Ayam Brand akan berjaya sampai ke altitud tertinggi terlebih dahulu dan dalam masa sama memberikan jutaan pengguna Ayam Brand pemandangan udara rantau ini yang menakjubkan. 

Bagi memastikan video-video berkenaan dapat dirakam dalam suhu beku dan tekanan rendah terlampau persekitran altitd tinggi, Ayam Brand turut mereka bentuk bekas kameranya sendiri.


Satu tayangan khas video Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini telah diadakan di Pawagam GSC Premiere Class di Gardens Mall untuk pihak media menikmati kesan layar besar Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand Race-to-Space diikuti dengan tayangan sebuah filem pecah panggung.


Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini akan dilangsungkan bermula 20 November hingga 1 Disember 2017 dan peserta yang berminat boleh mendaftar di pautan http://www.ayambrand.com.my/racing-to-space untuk menyertainya. Para peserta dikehendaki menonton dua video pendek daripada belon-belon berkenaan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang mana satu antara kedua-dua belon itu yang sampai dahulu ke ketinggian 12,000 meter; yang mana satu terbang paling tinggi; satu soalan mengenai Ayam Brand dan mengarang satu slogan untuk jenama berkenaan sebagai penentu kemenangan. 

Pertandingan ini akan diadakan serentak di Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand, Australia, China, Jepun dan Perancis. Untuk Malaysia, sejumlah 1,000 hadiah Ayam Brand dan 5 gogel VR ditawarkan sebagai hadiah yang mana jumlah keseluruahn hadiah-hadiah ini adalah RM53,000! Para pemenang bertuah yang memenangi gogel VR berkenaan akan dapar menyaksikan rakaman Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand dalam paparan 360 darjah untuk pengalaman yang mengujakan.


Menurut Pengarah Pemasaran Kumpulan Ayam Brand, Herve Simon, kempen Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini diilhamkan meraikn rantau-rantau yang menyumbang kepada hayat panjang Ayam Brand serta untuk mendapatkan satu rekod visual rantau ini dari aras tinggi bagi mereka yang tidakpernah menaiki kapal terbang dan juga generasi masa hadapan badi menggalakkan kesedaran mengenai alam sekitar. 

“Ayam Brand telah menjadi sebahaguan daripada diet ramai orang di rantau ini sejak 125 tahun dahulu. Malah untuk mereka yang bekerja denga Ayam Brand, kami amat kagum dengan hayat panjangnya dan ia terus berinovasi; menjadi lebih hijau; lebih mengambil berat serta lebih terhubung dengan masyarakat sepanjang kematangannya. 

“Ketika mengilhamkan Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand, kami membayangkan untuk berkongsi keindahan rantau ini dengan lebih ramai orang seiring dengan tema ulang tahun ke-125 Kami Ambil Berat, Kami Keluarga. Ketika kami mengusahakannya, pertubuhan World Wide Fund for Nature (WWF) turut berkongsi minat dalam projek ini kerana ia satu cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar yang dapat menjadikan orang ramai lebih peka kepada bagaimana tabiat penggunaan mereka boleh memberi kesan kepada alam sekitar. Ayam Brand berbangga menjadi sebahagian daripada rantau yang indah ini!” kata Simon.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Denise Westerhout, Pemimpin Program Pasaran Mampan WWF-Malaysia WWF yang memuji perlaksanaan strategi kesedaran alam sekitar Ayam Brand. 

“Alam sekitar adalah ekosistem yang perlu dipertahankan. Tindakan individu dan korporat boleh mendatangkan kesan besar kepada legasi yang akan kita tinggalkan untuk generasi masa depan. Ayam Brand sedang memberi sumbangan besar kepada penjagaan alam sekitar melalui Perlumbaan-Ke-Angkasa ini,” kata Cik Denise.

Baru-baru ini, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai pendahulu dalam Kad Markah Pembeli Minyak Sawit WWF– Malaysia dan Singapura 2017 di atas penggunaan minyak sawit mampan yang disahkan. Jenama ini bertukar kepada penggunaan minyak sawit mampan pada 2010 dan menjadi salah satu daripada sejumlah kecil syarikat tempatan yang membuat komitmen ini. 

Syarikat berkenaan mempunyai pelbagai inisiatif mampan yang sedang dilaksanakan untuk menjadikannya lebih mesra alam, hijau dan bersih dalam membekalkan pilihan makanan dalam tin yang lebih sihat dan bertanggungjawab dalam penyumberannya kepada para pengguna yang mana ini termasuklah ikrarnya untuk menjadikan kesemua bangunan dan kilangnya mendapat pensijilan Green Mark menjelang 2030 selain mengurangkan pengunaan tenaga antara 25 hingga peratus dengan pemasangan panel solar 1.4 Megawatt di bumbung enam buah fasilitinya di Malaysia. Pengesan dan perisian terkini akan membolehkan penyeliaan dan pengawalan penggunaan tenaga masa sebenar dilakukan di kilang-kilang dan pejabat-pejabat ini. 

“Ayam Brand™ ialah mengenai kemampanan. Kami berpegang kepadanya untuk jangka masa panjang baik dalam soal inovasi dan kesinambungan; penjagaan komuniti; kemesraan kepada alam dan kepuasan pelanggan. Kini kami mendahului dalam kalangan jenama runcit dengan Perlumbaan-Ke-Angkasa ini,” seloroh Simon dalam ucapan penutupnya. 

Untuk maklumat lain mengenai Ayam Brand™, sila lawati pautan www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes atau lawati pautan http://www.ayambrand.com.my/racing-to-space untuk menyertai pertandinagn ini.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Thursday, November 23, 2017

Chicken Cheesy Bites Dari Pizza Hut, Cheesenya Kemain Banyak Lagi.

Hi Korang,

Menipu kalau korang ni tak suka makan pizza kan!!

Kalau kak lily cakap yang kak lily tak makan pizza memang korang boleh ketuk dahi kak lily yang luas ni ek hahahahaha bengong sungguh..

penyambut tetamu di Pizza Hut Sunway Piramid outlet, ada robot tuh tau

Kan ari tuh kak lily lepak kat Pizza Hut sempena perasmian kedai konsep digital diaorang tuh so kitaorang diperkenalkan dengan pizza flavour baru mereka iaitu Chicken Cheesy Bites. Memang banyak giler cheesenya wei..


Pizza Hut, rangkaian pizza terbaik Malaysia kembali sekali lagi dengan piza Chicken Cheesy Bites kegemaran ramai yang lebih menyeronokkan untuk generasi hari ini - dengan menggalakkan perbualan, dan mencetuskan interaksi antara satu sama lain ketika di meja makan. 

Piza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara dari bulan Oktober hingga Disember 2017. 


Kali ini, kandungan piza Chicken Cheesy Bites ni membuatkan korang terbeliak mata wei dengan lapan belas kerak piza, penuh dengan kejutan keju cheddar dan mozarella, dilengkapi dengan peperoni ayam lazat, bebola daging ayam dan cebisan daging ayam di atas sos tomato salsa dan keju. 

Dengan slogan, "Lebih Keju, Lebih Banyak Cara Makan, Lebih Menyeronokkan", piza Chicken Cheesy Bites ini bukan sahaja satu jamuan hebat bagi semua, tetapi juga merupakan undangan khas bagi seisi keluarga untuk bergembira dan berseronok sambil menikmati hidangan lazat ini bersama-sama. 


Pizza Hut akan memperkenalkan tambahan terbarunya bersama-sama dengan piza Chicken Cheesy Bites; Cheesy Dip – sos keju pekat dan berkrim untuk pengalaman Chicken Cheesy Bites yang lebih hebat. Bagi memastikan dua kali ganda lebih keju, untuk dua kali ganda lebih keseronokan, Cheesy Dip boleh didapati bermula daripada 15 November. 

Sambil makan-makan tuh, kami dapat belajar cara membuat piza Chicken Cheesy Bites ni dengan Chef Wilson, ermm salah sorang orang kuat Pizza Hut ni tau. 


Tak delah complicated mane pun, cuma bila nak pintal doh yang sebelah tepi tuh yang kena kreatif sket hehehehe..

Piza Chicken Cheesy Bites terbaru ini boleh dibeli melalui pesanan ala carte dengan harga RM35.50 untuk saiz biasa, manakala pilihan kombo juga boleh didapati melalui penghantaran, take-away atau dine-in.


Pizza Hut menawarkan kombo untuk dua atau empat orang secara dine-in, masing-masing dengan harga RM37.90 atau RM69.90 setiap satu. Kombo Chicken Cheesy Bites untuk dua orang menampilkan piza Chicken Cheesy Bites bersaiz biasa, dua sup krim cendawan, dua minuman dan satu hidangan pembuka selera, manakala Kombo Chicken Cheesy Bites bagi empat orang menawarkan tambahan satu piza favourite pan/hand-stretched bersaiz biasa yang datang dengan empat sup krim cendawan, empat minuman, empat hidangan ais-krim dan 2 hidangan pembuka selera. 

Sebenarnya kak lily dah 2 kali makan pizza chicken cheesy bites ni hehhehhe sedap bebenau lah..









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

REVIEW | Ah Boys To Men 4, Ermm Kelakar Jugak Lah

Hi Korang,

Ya ampun, minggu ni tengok wayang filem baru lagi.


Itulah namanya rezeki datang tak dijemput, pergi tak di pinta hehehhee. Aduiyai dek kerana hasutan kengkawan maka kak lily pun bercutilah hari tuh untuk meyaksikan filem keluaran pengarah dari Singapura ni iaitu Jack Neo.

Sebenarnya filem Ah Boys To Men 4 ni, adalah kesinambungan dari filem-filem yang terdahulu, kira dah macam novie series la ni. Majoriti para pelakonnya adalah sama cuma ada beberapa tambahan. 

Marilah layan synopsis dulu kan..


The fourth addition to the franchise sees the return of the army boys including Sergeant Ong, Lobang, Ken Chow and Aloysius, joined by a new female officer, as they are called back for in-camp training under the Armoured Formation of the Singapore Armed Forces. Hilarious situations happen when they are back training together and their military roles reversed. Their brotherhood is also put to the test when new enemy threats arise.

Language: English / Mandarin
Subtitle: English / Malay / Chinese
Running Time: 2 Hours 5 Minutes

Pandangan kak lily:

Kalau korang yang pertama kali tengok Ah Boys To Men ni memang tak berapa secara mendalam watak-watak dalam filem ni. Tapi kak lily rasa macan dah lama kenal dengan watak-watak diaorang ni. Ada yang bijak, bodoh sombong, kuat bergaduh, poyo dan memacam lagi yang membolehkan korang gelak besar dengan telatah memasing. 


Watak Alex lebih matang sebab dah bergelar sarjan so secara automatic dia kena menjaga nama baik dia dan pasukannya. Si Lobang pula senantiasa buat lawak secara spontan, Aloysius yang jujur tak menentu, Ken Chow yang tak habis-habis nak rebut kontrak perniagaan dan ramai watak-watak sampingan yang menghiburkan.

Sikap setiakawan mereka yang tidak pernah padam hampir diputuskan hanya kerana satu insiden, so nak kak lily teruskan? Ermm memang tak lah, korang pi tengok sendiri la kan, baru syiok. Akak lily tak nak jadik spoiler oooo


Filem ni mula ditayangkan pada hari ni 23hb November 2017 di seluruh pawagan yang berhampiran dengan korang ek

Selamat menonton tau…

photos : credit to google.com 









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com