Tuesday, October 10, 2017

Kazumi Japanese Restaurant Di Hotel Bangi-Putrajaya

Hi Korang, 

Makanan jepun? 

Ermm seriously kak lily memang suka sekali. Yelah nak masak makanan jepun mane reti kan so makan kat kedai makan jelah. Bahan-bahannya memang senang di dapati pasaraya di sekeliling kita ni tapi nak membuat tuh yang payah sket hehehe

Dasar pemalas!!


Bila berpeluang makan makanan jepun di Kazumi Japanese Restaurant Hotel Bangi Putrajaya ni memanglah seronok bebenau ek, lagi plak dah lama tak pekena kan so why not, jangan lepaskan peluang!!


‘Experience Japanese cuisine at its best at this contemporary and chic new restaurant of Hotel Bangi-Putrajaya. Its bright and earthy colour interiors with modern decor greatly complements its new range of creative menus created by Chef Cheah, a pioneer in Japanese cuisine. Experience a whole new level of F and B experience at Kazumi - your favorite Japanese restaurant at Bangi's highest peak’ 

Ini pula dekorasi di restoran jepun Kazumi. Memang simple tetapi kemas.


So meh tengok apa yang menjadi hidangan akak lily pada tengahari tuh

Ada beberapa menu yang memang menambat hati kak lily ek, di antaranya:-


Kushi Yaki (RM99)

Kusyi Yaki ni "skewers" daging dan seafood. Dalam gambar nampak macam kecik tapi besar sebenarnya. Ini memang tak boleh makan 2 orang. 4 orang makan baru boleh habis.

Surf and Turf (RM99)

Ada teppayaki beef, udang goreng tempura, ikan mackarel panggang, salad, ayam goreng rangup dan banyak lagi. 

Flying Noodles - Inaniwa Udon (RM49)

Udon yang di hidang bersama sos telur masin. Dekat sini ada 3 jenis Flying Noodles iaitu Inaniwa Udon, Cha Soba dan Hiyashi Somen. 

Fire and Ice (RM69)

Pelik tapi unik menu dan cari makanan ini dihidangkan. Its actually simple je makanananya tapi presentationnya kemain lagi, sedap jugak not bad

Kalau korang nak tau, waktu perniagaan Restoran Kazumi adalah pada setiap hari Selasa hingga Sabtu waktu makan tengahari bermula dari pukul 12 hingga 2.30 petang. Dinner (Selasa hingga Ahad) pula 6 petang hingga 10 malam.

Buffet Dinner hanya ada hari Sabtu pada pukul 6 petang hingga 10 malam.

Jom kita ke :

Kazumi Japanese Restaurant
HOTEL BANGI-PUTRAJAYA
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
Tel: +603 8210 2222
Fax: +603 8210 2888

Dah jemput makan semuanya









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, October 9, 2017

Beg Kembara Rekaan ANNA SUI Eksklusif Bagi Pelanggan GUARDIAN Malaysia

Hi Korang, 


Akak lily memang seronok kalau masuk ke Guardian ni sebab macam-macam yang boleh di beli tau, barang keperluan wanita, make up, tit bits, supplemen dan lain lain lagi.


Menyedari minat rakyat Malaysia yang gemar melancong dan ingin kelihatan hebat ketika melancong, Guardian Malaysia telah bekerjasama dengan pereka terkenal Anna Sui untuk sebuah koleksi rekaan eksklusif, istimewa untuk para pelanggan Guardian 

Koleksi Bagasi Anna Sui, yang terdiri daripada dua beg troli, satu beg tote, dan satu beg pereka (designer case), boleh ditebus pada harga diskaun istimewa di bawah program kesetiaan terbaru yang bermula sekarang 

Bercakap di majlis pelancaran program tersebut hari ini, Ms. Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, berkata: "Kami memlilih untuk bekerjasama dengan Anna Sui kerana beliau memiliki pengaruh yang kuat dalam kedua­ dua aspek kecantikan dan fesyen, yang sangat relevan kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan kami. Ia juga bertujuan untuk membawakan jenama beraspirasi pada harga yang berpatutan ke pasaran umum." 

Menurut Christina, Anna Sui berkata koleksi bagasi itu diilhamkan oleh minyak wangi, rama­ rama dan bunga ros dan warna-warna terang dari seni Pop seperti fuchsia dan oren, tetapi setiap rekaan diilhamkan oleh pelbagai peristiwa yang pernah berlaku di sepanjang perjalanan kerjaya beliau.


Kisah di sebalik rekaan-rekaan tersebut, seperti yang diceritakan oleh Anna: 

Beg troli 24-inci 
"Coraknya datang daripada sehelai tuala teh moden abad pertengahan, yang bertemakan kuartet kedai gunting rambut. Ia pada asalnya muncul dalam koleksi Musim Luruh 2012 soya, yang diilhamkan oleh karya Charles dan Ray Eames, dan koleksi Folk Art Americana mereka. Komi menyesuaikannya coraknya dengan slogan Anna Sui, botol minyak wangi dan tiub gincu!" 

Beg troli 20-inci 
"Corak rama-rama itu adalah daripada gaun-gaun koleksi Musim Bunga 2009. Warna-warna corak asal agak sama dengan yang terdapat pada bagasi ini. Beberapa rama-rama telah digantikan dengan botol-botol wangian Romantica saya!" 

Beg Tote 
"Rekaan berbirai ros berjalur itu pada asalnya berwarna hitam dan putih, dengan bunga berwarna merah untuk sehelai gaun dalam koleksi Musim Bunga 2007 saya. Ia masih menjadi corak Anna Sui yang paling ikonik. Gambar gaun tersebut telah menghiasi muka depan buku terbaru saya, The World of Anna Sui."

Kes Pereka 
"Coraknya datang daripada himpunan pelbagai kotak kosmetik Anna Sui selama bertahun-tahun."

Bukan itu sahaja Guardian menawarkan dua wangian Anna Sui Eau De Toilette (EDT) edisi terhad bermula November. EDT tersebut, yang didatangkan dalam saiz 30ml, iaitu Dreams Yellow, dan La Vie De Boheme, kedua-duanya berharga RM99.00, termasuk GST, dan hanya boleh didapati di 150 buah stor Guardian terpilih.


Di majlis tersebut, Christina berkata: "Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, kami sentiasa membawakan tawaran-tawaran produk kesihatan dan kecantikan yang segar dan sentiasa mencari kempen-kempen kreatif yang bersesuaian dengan perniagaan demi memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami.

"Kerjasama eksklusif dengan Anna Sui ini, kami percaya ia adalah cara yang tepat untuk kami berterima kasih kepada para pelanggan setia kami. Rekaan dan koleksi beliau sama ada fesyen atau minyak wangi, sememangnya dicari dan digermari oleh ramai wanita."

"Kami yakin koleksi bagasi ini akan menerima sambutan yang hebat oleh para pelanggan kami," tambah beliau.

CARA-CARA PENEBUSAN

Untuk setiap pembelian RM20, pelanggan akan menerima sekeping setem. Sekeping setem tambahan akan diberikan jika pembelian tersebut mengandungi salah satu daripada 33 jenama yang mengambil bahagian. Antara jenama-jenama tersebut adalah: Bio-essence, Dettol, Dove, Maybelline, Niveo dan Pantene.


Pelanggan perlu mengumpul 10 keping setem untuk menebus satu barangan pada harga diskaun. Harga potongan untuk empat barangan ini adalah:

Beg troli 24-inci pada harga RM159.90 (berbanding harga jualan RM399); Beg troli 20-inci pada harga RM129.90 (berbanding harga jualan RM199); Beg tote pada harga RM69.90 (berbanding harga jualan RM129) dan Kes pereka pada harga RM59.90 (berbanding harga jualan RM99).

Setem-setem akan dikeluarkan bermula pada 28 September 2017.

Penebusan pula akan bermula pada 28 Oktober dan berakhir pada 31 Disember, 2017 atau sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, October 8, 2017

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan

Hi Korang,

Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.


Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Charming 
(direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic 
(dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan) 

• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 

ENCHANTEUR Alluring 
(dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 

• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 


Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com