Sunday, June 18, 2017

#Hanya SAFI Shayla Untuk Saya

Hi Korang,

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. 


Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung. 

“SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil. kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.



Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya 



Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

“Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI. 

Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my


Dari

Cik Lily Putih


Saturday, June 17, 2017

Pelancaran akaun LINE rasmi P&G Malaysia ‘Confidence Squad’ Terbaru

Hi Korang,

Semalam sempat aku ke majlis pelancaran akaun LINE rasmi P&G Malaysia ‘Confidence Squad’ Terbaru di Hubba Hubba KL Sentral.


P&G Malaysia (P&G) mengorak langkah memberi sentuhan peribadi kepada pengalaman pelanggan digital menerusi pelancaran akaun LINE rasminya, ‘Confidence Squad’. Dengan akaun LINE ini, P&G berhasrat untuk mengukuhkan kehadirannya dalam talian, di samping mempromosikan komunikasi langsung dengan pelanggannya menerusi perkongsian tip kecantikan, penampilan diri dan gaya hidup, serta pelbagai ganjaran dan promosi yang boleh ditebus di Watsons Malaysia.



Sebelum majlis bermula, ada aktiviti kaligrafi dan 'spin the wheel' untuk para media. So apa lagi main sepuasnya untuk redeem hadiah.


Menyedari cabaran untuk tampil sempurna pada setiap detik masa, P&G telah mengilhamkan ‘Confidence Squad’ yang terdiri daripada persona-persona unik melambangkan pelbagai jenama utamanya. Phoebe (melambangkan Pantene), Gaven (melambangkan Gillette), Daisy (melambangkan Downy) dan Hansen (melambangkan Head and Shoulders) akan menawarkan pelbagai tip, cara dan ganjaran eksklusif bagi membantu semua pengikut akaun ‘Confidence Squad’ tampil dan rasa sempurna dengan bantuan produk-produk P&G.


“Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan P&G untuk menyentuh dan mempertingkatkan kehidupan secara bermakna, kami ingin bertemu dengan pelanggan kami di mana-mana jua mereka berada. Dengan adanya ’Confidence Squad’, kami mampu mendampingi pelanggan baru dan sedia ada, melalui penyampaian maklumat relevan yang selari dengan minat mereka, serta dapat menambah nilai kehidupan mereka. Menerusi akaun ini, kami juga dapat mengembangkan komuniti dalam talian kami yang tersendiri supaya P&G akan kekal relevan dalam kehidupan mereka,” ujar Utkarsh Mohan, Ketua Operasi Jenama dan Pemimpin Kategori Shavecare, P&G Malaysia, Singapura dan Brunei.


Bagi meraikan pelancaran akaun LINE ‘Confidence Squad’, P&G juga bakal menganjurkan peraduan ‘Lucky Chance’ dari 26 Jun 2017 hingga 30 Jun 2017. Pengikut ‘Confidence Squad’ boleh mengambil bahagian dalam satu pertandingan di mana mereka perlu menjawab satu soalan mudah, dan satu pengikut bertuah akan dipilih secara rawak setiap hari untuk memenangi sebuah iPhone 7 dan baucer-baucer untuk membeli pelbagai produk P&G. Selain itu, mereka boleh memuat turun pelekat-pelekat edisi khas Phoebe, Gaven, Daisy dan Hansen yang direka khas untuk memaparkan pelbagai emosi yang dapat dikaitkan dengan diri mereka, seperti rasa gembira, tekanan emosi dan keletihan. P&G merancang untuk meraih seramai 300,000 pengikut ‘Confidence Squad’ pada penghujung tahun 2017.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan P&G Malaysia bagi para pengguna, sila cari dan ikuti ‘Confidence Squad’ di LINE. Jadilah yang pertama untuk menerima maklumat terkini dan pelbagai ganjaran eksklusif!



Dari 

Cik Lily Putih
www.ciklilyputih.com


Friday, June 16, 2017

“PLAYTIME WITH DIDI & FRIENDS” Kini Di Buka Di Mines Shopping Mall

Hi Korang,

Kalau korang tak kenal Didi and Friends memang melampau la kan.


Penat je diorang ni nyanyi-nyanyi kat tv setiap pagi untuk hiburkan anak-anak kita. Aku ni walaupun tak de anak but aku dapat tau dari anak-anak sedara aku Aakif dan Aalya tuh. Memang Didi and friends ni menghiburkan, dan lagu-lagunya catchy dan senang nak diingat. 


Kedai konsep pertama di Malaysia yang menawarkan tunggangan elektronik dan aktiviti-aktiviti kraf bertemakan Didi and Friends telah dibuka di Bandaraya ini di pusat membeli-belah The Mines, pastinya mengujakan buat keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan pra-sekolah! 

Kedai konsep yang dikenali sebagai Playtime with Didi and Friends itu, adalah hasil kerjasama di antara ZOOMOOV (Malaysia) Sdn Bhd dan pemilik Didi and Friends IP - DD Animation Studio Sdn Bhd (Digital Durian) dan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro).

Pengurus Besar ZOOMOOV (M) Sdn Bhd, Ms Larisa Siah berkata kedai konsep tersebut merealisasikan impian ZOOMOOV dalam memberikan pengalaman tunggangan elektronik dan kraf kepada kanak-kanak dan keluarga menerusi karakter kesayangan ramai Didi & Friends, program TV pra-sekolah yang terkenal di Malaysia. 


Di majlis pelancaran kedai konsep itu hari ini, 30 kanak-kanak daripada dua rumah anak-anak yatim: Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih diraikan dengan penuh meriah dengan Didi & Friends. Mereka bukan sahaja dihiburkan dengan tunggangan muzikal Didi, Nana dan Jojo, tetapi turut meluangkan masa, bergambar bersama maskot-maskot dan mencuba pelbagai aktiviti kraf. Mereka kemudiannya dijamu dengan hidangan berbuka puasa di restoran Timur Tengah di pusat membeli-belah itu, iaitu Almendi’s.

eh orang tua pun boleh naik tau

Peminat-peminat lagu kanak-kanak popular kini boleh menaiki tunggangan muzikal Didi, Nana dan Jojo (RM10 untuk tunggangan 5minit atau RM20 untuk tiga tunggangan 5 minit), menyertai aktiviti-aktiviti kraf, melawati kedai mini dan menikmati sesi nyanyian santai di kedai konsep tersebut. 

Pengurus Komunikasi Pemerasan, The Mines, Ms Paulin Lim berkata, aktiviti-aktiviti Playtime with Didi and Friends yang menggalakkan hubungan antara anak-anak dan ibu bapa melengkapkan profil pengunjung keluarga muda pusat membeli-belah tersebut. Beliau menambah bahawa The Mines berbesar hati untuk menyediakan ruang tersebut bersama-sama ZOOMOOV agar keluarga dapat meluangkan masa bersama.


Encik Sinan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Digital Durian, mengulas mengenai kerjasama dengan ZOOMOOV. “Selaku pemilik kepada Didi and Friends IP, ada tiga perkara utama yang ingin kami capai; untuk menggembirakan kanak-kanak, untuk memberikan pengalaman Didi and Friends di luar kaca TV, dan untuk menggalakkan aktiviti kekeluargaan di antara anak-anak dan ibu bapa. Playtime with Didi and Friends memenuhi ketiga-tiga perkara yang kami inginkan. Kami berharap agar kanak-kanak dan ibu bapa menikmati masa yang menyeronokkan bersama-sama.” 

“Kami sentiasa mencari pengalaman yang menyeronokkan dan mendalam untuk ditawarkan kepada peminat setia Didi and Friends, sama ada mereka adalah di antara jutaan pelanggan Astro yang menonton menerusi saluran linear atau ‘on demand’, pelanggan Youtube yang kini mencecah lebih 500,000 dan telah menyumbang kepada lebih setengah billion tontonan dalam tempoh tiga tahun, atau ribuan keluarga yang membeli barangan dan menghadiri acara-acara kami.”





Menurut Mr. Goh Hsu-Teik, Ketua Animasi dan Barangan Astro: “Meluaskan cadangan 360 kami kepada para peminat kami, Playtime with Didi & Friends menjanjikan sesi penuh keseronokan untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang pernah menyanyi dan menari bersama-sama Didi & Friends di TV, dalam talian dan di pawagam – dan kini mereka boleh menunggangnya!” 

"Membawa ZOOMOOV ke Malaysia adalah seseuatu yang menyeronokkan, kini kami ingin menawarkan lebih banyak aktiviti-aktiviti edutainment kepada kanak-kanak. Digital Durian dan Astro adalah rakan kongsi terbaik, kerana Didi & Friends adalah kartun popular dan mempunyai jalan cerita yang menarik. Kami berharap agar semua kanak-kanak di Malaysia akan mendapat satu pengalaman yang menyeronokkan di Playtime with Didi and Friends,” kata Mr. Miguel Pereira, Rakan Kongsi ZOOMOOV.



Lepas majlis selesai, kitaorang berbuka di Al-Mehdi kat tingkat bawah ni bersama anak-anak yatim ni. Seronok jugak sekali sekala dengar tazkirah daripada PU Nazrul, pasal puasa dan fadilatnya.

dengan ibu mithali dan anak-anaknya hehehe




Dari

Cik Lily Putih
www.ciklilyputih.com