Showing posts with label “PLAYTIME WITH DIDI & FRIENDS”. Show all posts
Showing posts with label “PLAYTIME WITH DIDI & FRIENDS”. Show all posts

Friday, June 16, 2017

“PLAYTIME WITH DIDI & FRIENDS” Kini Di Buka Di Mines Shopping Mall

Hi Korang,

Kalau korang tak kenal Didi and Friends memang melampau la kan.


Penat je diorang ni nyanyi-nyanyi kat tv setiap pagi untuk hiburkan anak-anak kita. Aku ni walaupun tak de anak but aku dapat tau dari anak-anak sedara aku Aakif dan Aalya tuh. Memang Didi and friends ni menghiburkan, dan lagu-lagunya catchy dan senang nak diingat. 


Kedai konsep pertama di Malaysia yang menawarkan tunggangan elektronik dan aktiviti-aktiviti kraf bertemakan Didi and Friends telah dibuka di Bandaraya ini di pusat membeli-belah The Mines, pastinya mengujakan buat keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan pra-sekolah! 

Kedai konsep yang dikenali sebagai Playtime with Didi and Friends itu, adalah hasil kerjasama di antara ZOOMOOV (Malaysia) Sdn Bhd dan pemilik Didi and Friends IP - DD Animation Studio Sdn Bhd (Digital Durian) dan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro).

Pengurus Besar ZOOMOOV (M) Sdn Bhd, Ms Larisa Siah berkata kedai konsep tersebut merealisasikan impian ZOOMOOV dalam memberikan pengalaman tunggangan elektronik dan kraf kepada kanak-kanak dan keluarga menerusi karakter kesayangan ramai Didi & Friends, program TV pra-sekolah yang terkenal di Malaysia. 


Di majlis pelancaran kedai konsep itu hari ini, 30 kanak-kanak daripada dua rumah anak-anak yatim: Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih diraikan dengan penuh meriah dengan Didi & Friends. Mereka bukan sahaja dihiburkan dengan tunggangan muzikal Didi, Nana dan Jojo, tetapi turut meluangkan masa, bergambar bersama maskot-maskot dan mencuba pelbagai aktiviti kraf. Mereka kemudiannya dijamu dengan hidangan berbuka puasa di restoran Timur Tengah di pusat membeli-belah itu, iaitu Almendi’s.

eh orang tua pun boleh naik tau

Peminat-peminat lagu kanak-kanak popular kini boleh menaiki tunggangan muzikal Didi, Nana dan Jojo (RM10 untuk tunggangan 5minit atau RM20 untuk tiga tunggangan 5 minit), menyertai aktiviti-aktiviti kraf, melawati kedai mini dan menikmati sesi nyanyian santai di kedai konsep tersebut. 

Pengurus Komunikasi Pemerasan, The Mines, Ms Paulin Lim berkata, aktiviti-aktiviti Playtime with Didi and Friends yang menggalakkan hubungan antara anak-anak dan ibu bapa melengkapkan profil pengunjung keluarga muda pusat membeli-belah tersebut. Beliau menambah bahawa The Mines berbesar hati untuk menyediakan ruang tersebut bersama-sama ZOOMOOV agar keluarga dapat meluangkan masa bersama.


Encik Sinan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Digital Durian, mengulas mengenai kerjasama dengan ZOOMOOV. “Selaku pemilik kepada Didi and Friends IP, ada tiga perkara utama yang ingin kami capai; untuk menggembirakan kanak-kanak, untuk memberikan pengalaman Didi and Friends di luar kaca TV, dan untuk menggalakkan aktiviti kekeluargaan di antara anak-anak dan ibu bapa. Playtime with Didi and Friends memenuhi ketiga-tiga perkara yang kami inginkan. Kami berharap agar kanak-kanak dan ibu bapa menikmati masa yang menyeronokkan bersama-sama.” 

“Kami sentiasa mencari pengalaman yang menyeronokkan dan mendalam untuk ditawarkan kepada peminat setia Didi and Friends, sama ada mereka adalah di antara jutaan pelanggan Astro yang menonton menerusi saluran linear atau ‘on demand’, pelanggan Youtube yang kini mencecah lebih 500,000 dan telah menyumbang kepada lebih setengah billion tontonan dalam tempoh tiga tahun, atau ribuan keluarga yang membeli barangan dan menghadiri acara-acara kami.”





Menurut Mr. Goh Hsu-Teik, Ketua Animasi dan Barangan Astro: “Meluaskan cadangan 360 kami kepada para peminat kami, Playtime with Didi & Friends menjanjikan sesi penuh keseronokan untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang pernah menyanyi dan menari bersama-sama Didi & Friends di TV, dalam talian dan di pawagam – dan kini mereka boleh menunggangnya!” 

"Membawa ZOOMOOV ke Malaysia adalah seseuatu yang menyeronokkan, kini kami ingin menawarkan lebih banyak aktiviti-aktiviti edutainment kepada kanak-kanak. Digital Durian dan Astro adalah rakan kongsi terbaik, kerana Didi & Friends adalah kartun popular dan mempunyai jalan cerita yang menarik. Kami berharap agar semua kanak-kanak di Malaysia akan mendapat satu pengalaman yang menyeronokkan di Playtime with Didi and Friends,” kata Mr. Miguel Pereira, Rakan Kongsi ZOOMOOV.



Lepas majlis selesai, kitaorang berbuka di Al-Mehdi kat tingkat bawah ni bersama anak-anak yatim ni. Seronok jugak sekali sekala dengar tazkirah daripada PU Nazrul, pasal puasa dan fadilatnya.

dengan ibu mithali dan anak-anaknya hehehe




Dari

Cik Lily Putih
www.ciklilyputih.com