Friday, December 2, 2016

Promosi Fun Fruity Feast Di Kenny Rogers Roasters (KRR)

Hi Korang,


Wah lama tak makan kat Kenny Rogers ek!! Itulah busy bebenau sampai dah catch up promosi apa pulak kat ni kan.

Siapa suka makan buah? 🍎 🍑 🍒 🍓 🍏

Kalau aku ade certain-certain buah yang aku makan tau, kalau lembik-lembik memang tak la jawabnya sebab aku geli nak pegang hahahahaha bengong ek

dengan bebudak suka makan tak henggat ni

Ok kali ni sempena dengan festive season yang akan datang ni, ada promosi ayam dengan buah-buahan di KRR. Biar betul diaorang ni kan, yang pelik-pelik jelah.

Promosi Fun Fruity Feast ni terdapat di semua cawangan restoran KRR di seluruh negara. Aku sempat jugak merasai kesedapan ayam panggang buah-buahan ni tau. Masih kekal dengan roasted chicken yang popular tapi kali ini dilimpahi dengan kuah yang dihasilkan dari buah-buahan iaitu campuran Mangga dan juga buah Markisa. 

Udah mari kita rasa ek!

Fruity Favourite Meal (RM19.90)

Fruity Soup Meal (RM22.50)

Fruity Chicken Meal (RM19.90)

Nampak tak?

Semua menu ada buah-buahan, tapi tak delah rasa manis bebenau ayam tuh. Sos ayam panggang ni di campurkan dengan buah mangga dan markisa yang aku rasa tak delah manis pun, just nice je bila masuk ke tekak. Licin wei pinggan sebab sos tuh aku suka. 

Garlic Parsley Potato

Vanilla Roselle Muffin

Untuk menambahkan lagi rasa buah-buahan ni, Set ini didatangkan bersama Kenny homemade Muffin perisa Vanilla Roselle dan juga Garlic Parsley Potato. 



Merry-Go-Fruity

Specially kali ni, ada minuman perisa baru tau iaitu Merry-Go-Fruity, ianya merupakan gabungan daripada beberapa buah antaranya buah Naga, Roselle dan juga Jambu Batu bersama dengan Lemon Juice. 


Sempena Fun Fruity Feast, KRR menawarkan promosi Take-it-Home Fruity Feast hanya RM68.80 yang datang sekali dengan Kenny's Fruity Whole Chicken dan 1/2 dozen Vanilla Roselle Muffin juga empat botol Merry-Go- Fruity minuman bernilai RM38.00 secara PERCUMA



Ermm dah jangan tunggu lelama baik korang pi cuba hidangan Fun Fruity Feast yang sedap lagi terangkat ni ek 

Untuk info lanjut :

Hubungi :
+603 – 2119 9888

Web :

Facebook :

ok selamat menjamu selera ek.... hehehhee

Thursday, December 1, 2016

Mencari Cinta Sejati Dengan LOVESTRUCK®

Hi Korang,

Payah jugak nak cakap bab cinta ni ek.

credit : www.google.com

Especially yang sedang sibuk mencari cinta ni, apa ingat cinta boleh beli kat pasar malam ke ? 3 ikat RM10 kan. Ini soal hati dan perasaan tau, mana boleh buat memain.

Nak-nak lagi mereka yang dah mula berumur, yelah yang dah lebih 35 tahun ke atas tu kan, kalau lelaki boleh tahan lagi saham still laku tapi kalau perempuan cam ne. Takkan perigi mencari timba kan tak manis tuh. 

Dek kerana tak tahan nak dengar sindiran sedara mara, so ikut jelah pilihan mak bapak or minta kengkawan rekemen kan. Bukan pilihan mak bapak tuh tak elok tapi dengan background tak clear, duduknye mane, kejenya mane dan memacam lagi lah. 

Kalau aku mulalah cuak je kan...


Ermm online dating ?

Wow ini drastik giler ni, yelah sememangnya trend terkini. Dulu bila kita cakap kenal kat internet semua orang cam pandang atas bawah je but not now ye.

Sebab apa?

Disebabkan sekarang ni kita terlampau sibuk siang malam bekerja sehingga tak de masa nak mencari yang satu kan so inilah alternatif terbaik,, lagi pulak menda ni dah jadi cam common ways untuk mencari pasangan. 

Banyak giler website yang membolehkan korang mencari pasangan idaman hati tapi are they trustworthy? Hehhhehee biasalah sesiapa pun boleh menyamar kan.

Jadi memperkenalkan

LOVESTRUCK® ❤❤❤

Ianya merupakan satu website online dating yang terkemuka di UK dan kini ianya tiba di Malaysia. Aplikasi Lovestruck® ini merupakan website online dating yang memenangi pelbagai anugerah, berasal dari UK yang direka khusus untuk para professional yang single sibuk mencari hubungan yang serius.

So apa yang unik dengan Lovestruck.Com ni ek?

Yang paling penting dan terutama sekali adalah maklumat dan informasi diri ye. Kesemuanya tulen dan manusia yang membuatnya bukannya robot. So tak de sebab yang akan membuatkan korang ragu-ragu bila mendaftar di sini. Semuanya jelas seperti lelaki atau wanita, lokasi, umur dan memacam lagi. 


Yang keduanya, Lovestruck.Com ini merupakan perintis didalam melaksanakan idea profil pengesahan. 

Sebagai ahli, kita dikehendaki untuk menyertaikan akaun social meda kita seperti LinkedIn, Twitter dan Facebook hanya kepada team Lovestruck® , jadi mereka dapat membuatn penyelidikan tentang ketulenan status korang. Jangan bimbang kan segala butir peribadi termasuk akaun social media kita hanya team Lovestruck® yang tahu 100% privacy. Yang mana ada blue tick tuh kat social media korang tuh dah confirm-confirm sangat tinggi chancesnya untuk dapatkan pasangan.

Di dalam dunia di alam baru ni, kita tidak boleh menolak kehebatan teknologi terkini yang Lovestruck® sediakan ni. Apa yang berlaku ialah ‘search engine’ yang mengkaji personaliti korang melalui informasi yang diberikan. 

Berdasarkan segala informasi ini Lovestruck.Com akan cuba untuk memadankan pasangan yang bersesuaian dengan korang. So kalau korang masukkan maklumat yang salah dan tidak benar berkemungkinan besar korang akan mendapat pasangan yang tidak sesuai dengan perwatakan korang. 

Tapi siapa tahu kan..


Dengan adanya Lovestruck® ini aku rasa memang sangat membantu mereka-mereka yang sunyi dan senantiasa mencari jodoh yang bersesuaian. 

Ingat, jodoh tidak datang bergitu saje ye, kita kena berusaha untuk mencarinya.

Apa tunggu lagi, mari register di Lovestruck.Com secara percuma dan mulakan kisah cinta korang!

Wednesday, November 30, 2016

‘CABARAN RUNNING MAN’ Di Malaysia Bersama Lee Kwang Soo

Hi Korang,

Sabtu lepas ermmm ahli Running Man yang kat Korea tuh datang ke Malaysia untuk ‘CABARAN RUNNING MAN’ Di Malaysia iaitu siapa lagi kalau tak bukan Lee Kwang Soo.


Siapa yang tak kenal dengan dia ni ek!!

Zirafah, Prince Of Asia, pembelot yang terkenal sekali dalam rancangan realiti tuh kan hehehehhe



So aku berkesempatan untuk mengikut rakaman rancangan tersebut di Paradigm Mall hari tuh, ya ampun ramai giler yang hadir. Rasanya lebih 10,000 orang tau peminat si Kwang Soo ni.

Thanks to 100PLUS yang bawak si Zirafah ni datang ke Malaysia..


Mengandingkan gaya hidup aktif dan juga keseronokan dalam menjalankan aktivti harian, 100PLUS membawakan anda program hiburan popular Korea yang paling mengemparkan ke Malaysia iaitu RUNNINGMAN CHALLENGE HYDRATED BY 100PLUS.

Ujibakat dalam memilih perserta telah diadakan di Kuantan, Putrajaya dan Johor Bahru sejak bulan Oktober yang lepas di mana 10 peserta terbaik telah dipilih melalui sesi ujibakat yang menyaksikan persaingan sengit antara peserta-peserta dari segi mental & fizikal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir program RUNNING MAN CHALLENGE HYDRATED BY100PLUS bersama ONE HD.

Peserta-peserta yang bakal berentap dan diketuai oleh selebriti yang terkenal iaitu - Pelawak, Ajak Shiro menerusi “Team Original”. Ayda Jebat pula bakal memaparkan kuasa wanitanya menerusi “Team Berry”.

Manakala pelakon Hairul Azreen pula akan beraksi bersama “Team Orange” dan pelakon popular Shahrul Ridzwan akan mengetuai “Team Lemon Lime.” Mereka akan beraksi dan mencabar tahap kecergasan mereka pada 26 Nov 2016 di Paradigm Mall sebelum muncul sebagai juara 100PLUS Running Man Challenge yang pertama di Malaysia.




Menarik lagi, juara cabaran ini akan berentap dengan penampilan tetamu khas dari program Running Man itu sendiri - Lee Kwang Soo! Dikenali sebagai, Asia Prince ataupun Giraffe - Lee yang akan menjadi pemain misteri.

Acara ini akan direkod oleh ASTRO dan bakal disiarkan di saluran ONE HD - saluran ASTRO 393 pada 1hb Januari 2017, jam 4.45 petang sebagai episod “Running Man Challenge” yang pertama di Malaysia.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang 100PLUS - www.100plus.com.my atau melalui laman media sosial @my100plus di Facebook, Instagram & juga Twitter! Tonton episod terbaru Running Man di saluran ONE HD - saluran ASTRO 393. Episode baru Running Man bakal temui peminat seminggu selepas ia ditayangkan di Korea, setiap hari Jumaat pada jam 11 malam .

Hashtag rasmi program ini ialah: 

#100PLUSRUNNINGMAN16
#100PLUSSTAYTHIRSTY