Tuesday, August 9, 2016

Pembukaan Kaunter MAMONDE Pertama di AEON One Utama.

Hi Korang,


Aku memang suka ke beauty event ni, sebab apa?


Ermm dapat tau produk yang tengah hot pada masa ni ek especially produk dari Korea macam Mamonde ni lah, yang dutanya Park Shin Hye heroin drama korea ‘Doctors’ tuh.


Meh aku citer serba sedikit ek,



Berukuran dalam 315 kaki persegi, kaunter Mamonde ini menawarkan 140 produk dari 32 pelbagai kategori produk yang bermula dari penjagaan kulit, alat solek dan produk penjagaan rambut. Selain daripada jualan produk, pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat tentang kulit dan produk kecantikan secara percuma.


Mamonde yang dihasillkan dari esen terapeutik bunga, yang mana setiap pelanggannya akan mengalami dan belajar tentang kehidupan sains bunga di kaunter Mamonde . Di kaunter ini juga seakan memberikan aromaterapi bunga di mana setiap pelanggan pasti akan 'berhenti dan merasai bau-bau bunga' yang segar. Yang kita sedia maklum sememangnya ianya baik untuk merehatkan serta menenangkan minda.

The 5 Key Flowers of MAMONDE


1. Honeysuckle (Revitalizing)

The Honeysuckle has amazing vitalizing properties that maintain skin health. The Honeysuckle is an absorbent plant with the ability to absorb nutrients from barren soil to effectively deliver nutrients to vital parts of the plan


2. Hibiscus (Moisturizing)

The Hibiscus contains natural hydrators that offers flawless hydration


3. Narcissus (Hydration)

Narcissus offers excellent moisturizing benefits up to 24 hours and works well on tired and dehydrated skin


4. Lotus Flower (Cleansing)

The Lotus Flower has the ability to cleanse and purify the skin while providing anti-oxidant protection


5. Camellia (Anti-Aging)

The Camellia contains therapeutic properties that help to protect the skin from free radical damage and helps to reduce the signs of aging for youthful­ looking skin

Menurut Celine Diong, Pengurus Besar Penjenamaan Mamonde Malaysia, jenama baru ini yang diilhamkan dari bunga dijangka mampu merangsang pasaran kosmetik dengan yang konsep unik dan harga yang berpatutan. Produk yang ditawarkan dari harga RM6 sehingga RM169 sememangnya mampu dimiliki untuk kaum wanita dari semua lapisan masyarakat.


"Mamonde is the first skincare brand of its kind that uses only flowers as its key ingredient coupled with other natural ingredients its formulation. AmorePacific has invested a great deal in R&D to ensure the efficacy of Mamonde products and that these products are gentle on the skin just like the characteristics of a flower" kat Diong lagi.





Mamonde telah mensasarkan untuk membuka 3 kaunter lagi menjelang akhir tahun ini, yang mana untuk kaunter kedua akan dibuka di AEON Mid Valley Megamall pada September 2016.

Pada majlis itu, Mamonde Malaysia turut memperkenalkan duta jenamanya, iaitu Park Shin Hye - pelakon Korea popular yang cukup popular memainkan peranan utama di kebanyakan drama-drama hit Korea seperti The Heirs, Pinochio dan juga hit terkini - Doktor. Biarpun selebriti ini tidak hadir, namun Mamonde telah membawa penampilan khas beliau dalam video istimewa di majlis perasmian ini.


Peminat Park Shin Hye juga boleh mendapatkan tanda tangan esklusif khas di kotak terhad melalui pembelian Mamonde Moisture Ceramide Krim Light dan Krim Intense serta Cover Powder Cushion. Ianya esklusif sebanyak 150 unit sahaja.

Peminat Park Shin Hye boleh memenangi pass sesi 'Bertemu Peminat' pada bulan Oktober ini, hanya melalui cabutan bertuah setelah membuat pembelian barangan Momande.


Pelbagai tawaran menarik disediakan bersempena dengan pembukaan pertama kaunter mamonde di Malaysia dan salah satunya adalah Mamonde menawarkan hadiah 8-piece percuma dengan setiap pembelian RM350 dan para pelanggan Mamonde akan mendapat keahlian secara percuma dengan pembelian mana-mana produk Mamonde.


Monday, August 8, 2016

Austin Heights Golf & Hotel Resort Johor Bahru, Seronok Bermalam Di Sini

Hi Korang,


Kan trip aku ke Batu Pahat ari tuh sempena Karnival ‘Desa Stay’ Negeri Johor, kitorang bermalam di Austin Heights Golf & Hotel Resort di Mount Austin Johor Bahru.


Kemain jauh tempat tidur ek, alah sekali sekala kan.


Ktorang sampai dalam kul 7malam camtuh, once sampai je bukan masuk terus ke bilik. Kitorang ke Sunrise cafe untuk acara BBQ Night. Best tuh, sesampai makan, memang trip jalan-jalan cari makan kaedahnya ek.







Of courselah BBQ di sediakan oleh residen chef di Austin Heights ni, ktorang just datang makan je. Makan sampai kenyang then baru naik bilik, bergilir-gilir jelah kang ada acara karaoke plak ooo


Aku sebilik dengan blogger Nanie Isa tuan punya kitepunye.com, dan bilik ktorang bersebelahan dengan bilik blogger rafzan dan Is, ada plak pintu connecting room plak memang haruslah bebebudak ni duk keje ketuk pintu bilik ek. Hauhaua

Ni aku tunjukkan korang bilik ktorang ek

PREMIUM FAMILY SUITE RM280++ 
(attached with 2 king bed)

Elegantly designed bedroom approximately 81 sq. m with 2 King-sized beds. Bathroom with long bath, separate shower and toilet cubicles. Built-in wardrobe. Minibar with complimentary coffee and tea-making facilities. IDD telephone and 29 inch TV.







Apmacam rasa luas sungguh ek, yelah bilik untuk 4 orang tapi yang duduknya 2 orang haruslah seronok kan. Boleh main kejar-kejar lagi, tapi tak best tingkapnya tak boleh Cuma boleh nampak orang main golf je huahaua.


Dah siap bersihkan diri, ktorang turun balik ke cafe untuk sessi karaoke. 


Disebabkan tak de orang lagi, aku pun amik mic then terus je melalak, sekejapan bebudak ni turun agaknya nak suruh aku senyap kot hahahaha. Aktiviti menyanyi sampailah kul 10 lebih cam tuh, lepas tuh chillax lah. Ingatkan nak keluar ke bandar JB tapi memasing cam dah penat, ktorang pi layan cinema di tingkat 2 admin building ni ek.


Seriously memang aku tak sangat ada cinema dalam golf resort ni kan, dengan kerusi empuk yang boleh di adjust mengikut keselesaan korang. Malam tuh kitaorang layan movie the Avengers, amik ko duduk situ 2 jam lebih ek.




Harga hanya RM10 seorang untuk menonton filem di cinema ni ek, oklah untuk rileks-rileks so tak yah nak keluar berjalan.


Esoknya, majoriti semua bangun awal sebab tak sabar nak berjimba di padang golf kan huahauha




Not bad jugak breakfast kat Sunrise Cafe, walaupun simple tapi pelbagai jenis makanan ada tau. Hah makan tak henggat ek, nasib baik #Leptos ada so tak de bimbang perut buncit kedepan hahaha


Ok ok lets go to ronda-ronda di Austin Heights Golf Course ek.






The resort boasts an 18-hole championship golf course and a world class clubhouse of unparalleled grandeur and elegance.

Our Par-72 18-hole Golf Course was established in 1995 and designed by Peter Dalkeith Scott. Its two courses, Austin Course and Heights Course packed with a whole array of features that forces the golfers to think about every shot. Elevated tee boxes provide scenic views of each hole. With undulating fairways and water hazards, good course management is essential for this challenging golf course.






Memang besar dan luas golf course ni, walaupun ktorang drive buggy sendiri tapi penat gaklah pusing sana sini, naik bukit turun bukit, lalu ada tasik comel, berhenti untuk bergambar, kira bolehlah berlagak sekejap cam golfer ek




Abis je Golf Tour, ktorang ke Austin Heights Water & Adventure Park yang terletak bersebelahan dengan golf resort ni ek. Tapi aku citer dalam entry lagi satu ek sebab panjang benau nanti entry ni.


Balik dari Water Park tuh, ktorang mencuba Jacuzzi & Sauna plak.





Ermm sambung berendam pulak kat sini. Memang rasa rileks je dapat berendam di sini. Walaupun sekejap je tapi memang dapat hilangkan rasa sengal-sengal badan lepas main-main di Waterpark tadi kan huahauha


Naik bilik, terus bersihkan diri dan packing untuk check out. 

Sebelum balik tuh, ktorang sempat buat hotel tour jenis bilik-bilik yang terdapat di Austin Height Golf & Resort ni ek

PRESIDENT SUITE RM700++ 
(with 2 master bedroom) 







A heavenly city escape to our President Suite perfect for relaxation and rejuvenation. This suite of approximately 252 sq. m comes with a living room and two separate master bedrooms. 2 King-size bed. Bathroom with private Jacuzzi and overhead CTV. Separate shower and toilet cubicles. IDD telephone and 29-inch CTV. Scenic golf course view. Built-in wardrobe. Minibar with complimentary coffee and tea-making facilities. Living Room with 1 large Sofa and writing desk. Personal safe.

PLATINUM FAMILY SUITE RM900++ 
(with 1 master + 2 small room)

Perfect for family to stay in, this 3-bedroom suite of approximately 230 sq. m incorporates a spacious living area complete with a large comfortable sofa and writing/meeting desk.









Master Bedroom 
One king-size bed. 
Bathroom with private Jacuzzi and overhead TV. 
Separate shower and toilet cubicles. 
Built-in wardrobe. 
IDD telephone and 29-inch TV. 
Superb golf course view. 

Bedroom 2 
One king-size bed. 
Ensuite bathroom. 
IDD telephone and 29-inch TV. 

Bedroom 3 
One king-size bed. 
Ensuite bathroom. 
IDD telephone and 29-inch TV. 

Living Room 
One large Sofa and writing desk. 
IDD telephone and 29-inch TV. 
Minibar with complimentary coffee and tea -making facilities. 

Ermm cantik dan luas bilik-bilik ni, memang sesuailah dengan harganya pun kan. Kalaulah aku banyak duit confirm aku duduk sini kan.


Sekarang ni Austin Golf & Resort ada promosi bilik termasuk sekali pakej Austin Heights Water & Adventure Park, tapi aku terlupa nak amik gambo plak lah huahauhaua. Korang boleh call dan tanya lah.

So bolehlah korang chillax kat sini di hujung minggu kan


Austin Heights Golf & Hotel Resort
Lot Ptd 58061, 
Jalan Mutiara Emas 8,
Taman Mount Austin, 
81100 Johor Bahru, Malaysia.

Tel: +607- 352 4300
Fax: +607- 353 8500

Terima kasih kepada team Austin Heights Golf & Resort kerana sudi melayan kami yang giler-giler ni ek.