Saturday, July 30, 2016

RANIAKU: Kisah Dugaan Dan Cinta Abadi Dari SAFI Rania Gold

Hi Korang,


Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat di dalam kasih, terselit di dalam rindu, tersimpan di dalam hati. Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya.


Berkongsi perasaan indah antara dua jiwa, SAFI jenama Halal no.1 Malaysia berbangga untuk melancarkan Muzik Video Raniaku, dengan kerjasama penyanyi terkenal Aizat Amdan dan pengarah muzik video En Nan Salleh. Menurut Ketua Eksekutif WIPRO UNZA, En. Sriram Krishnamurthy, “Penghasilan Muzik Video Raniaku merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah itu diperkenalkan. Kami ingin meyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup.”


Menjadikan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama di dalam muzik video ini, beliau membawa watak sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH, sebuah masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya serta tugas sebagai seorang isteri. Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman- lakonan Remy Ishak. Setelah didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi walaupun perkara ini pahit di telan Azman. Dengan usaha untuk mengembalikan isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan ini. Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata. Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat. 

Penggambaran muzik video yang berlaku di Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan Direktor, En Nan Salleh, diiringi oleh lagu Raniaku nyanyian Aizat Amdan bersama produser muzik, En Anas Amdan. Setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Penyanyi juga penulis lirik Raniaku, Aizat Amdan turut menyelitkan tentang jerih perih yang dihadapi akan mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam.


Menurut Konsultan SAFI Pn Mahsuri Sulaiman, “Aizat Amdan merupakan pilihan SAFI yang tepat untuk berkolaborasi dalam projek Muzik Video Raniaku. Garapan lirik yang baik serta kreativiti Aizat menzahirkan mesej SAFI dalam bentuk gubahan lagu ini menjadikan ia sesuatu yang unik. Setiap baris yang terungkap penuh dengan makna yang tersirat.”


Bersempena pelancaran Muzik Video Raniaku, SAFI turut memperkenalkan produk baharu SAFI Rania Gold diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K. “Kali ini, SAFI turut melancarkan 3 produk baru dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu 

1) Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold, 100ml

Kombinasi formulasi BIO HIALURONIK mengekalkan dan mengunci lembapan sehingga 24 jam, menjadikan wajah licin dan lembut serta menyediakan kulit anda untuk menyerap produk seterusnya.

Penggunaan: Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan selepas membersihkan muka/sebelum Serum dan Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.


2) Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold, 20ml

Kombinasi formulasi AMINO PEPTIDA II membantu meningkatkan keanjalan kulit wajah dan memperlahankan kemunculan garis-garis halus serta kedutan di wajah untuk mengembalikan wajah yang licin dan halus.

Penggunaan:

Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan sebelum Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.

3) Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold, 75ml 

5 Kelebihan Semburan Booster & Penyegar SAFI RANIA GOLD:

1. Menyegarkan kulit dengan efektif
2. Membantu mengurangkan kedutan dan garisan halus
3. Mengunci lembapan serta merta sehingga 130% 
4. Melegakan ketidakselesaan kulit sehingga 84%
5. Guna bersama Serum untuk meningkatkan kelembapan

Penggunaan: 

Gunakan Semburan Booster & Penyegar bersama Serum untuk lembapan berganda. Semburkan di wajah selepas bersolek atau ketika muka terasa kering. Boleh digunakan pada bila-bila masa. Goncang sebelum guna.

Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.” Jelas Pn Mahsuri.


Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk terbaru dari SAFI. “Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan berkurangan menjadikan kulit kering, kasar, dan hilang keanjalan. Alhamdulillah, Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan menyediakan kulit Nora untuk menyerap produk seterusnya. Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold pula Nora gunakan untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan formulasi DUO EMAS 24K Nora tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. Ketika cuaca panas di set penggambaran atau berjalan-jalan di luar, Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold sentiasa Nora bawa bersama. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga bertindak untuk mengekalkan solekan Nora!” 

Produk SAFI Rania Gold ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama.


Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Friday, July 29, 2016

Makan Di CAMPUR CAMPUR KITCHEN Cyberjaya

Hi Korang,


Citer pasal makan sedap memang inilah tempatnya. 


So hari ni aku nak citer kat korang pasal ada satu tempat baru di Dpulze Shopping Centre kat Cyberjaya. Alah dekat bebenau dengan umah aku kan, bila ade kesempatan diorang ni buat food review aku pun join lah sekali ek hehehehhe


Meh aku terangkan mengenai Campur Campur Kitchen ni ek

Restoran ini menghidangkan hidangan ala Indonesia, Chinese dan Thailand. Hah amik ko, semuanya ada di sini. Simple je deco restoran ni, sesedap mata memandang so tak delah pening bila tunggu makanan sampai, yang special tuh dapur masakan diorang ni di dalam kontena di bahagian belakang tapi boleh nampak dari depan restoran, ermm unik di situ. 




Cantik kan, simple je

Nampak ni,


Ada 2 signature drinks iaitu Lemonade Blue dan Ice Green Mint yang dihidangkan di dalam bekas mentol yang unik. Aku memula seram gak nak minum yelah mana tau kena elektrik kan huahauhauhaua kelakarkan. Harga untuk air mentol ni RM8.90


Selain daripada air mentol ada jugak signature drinks diaorang yang lelain iaitu Coffee in Hong Kong Style, RM4.90 dan Tea in Thai Style pun sama harganya RM4.90 yang dihidangkan di dalam kole style dulu-dulu. Umah arwah nenek aku je ada kole special ni ek

Jom kite tengok hidangan makanan plak ek

Yang appetizer dulu ek

French Toast with Honey RM6.90

Chicken Boxing RM12.90 

Egg Salad Thai Style RM10.90

Chicken Wing with 3 Rasa RM12.90

Curry Fish Ball RM8.90

Kemudian ktorang sempat merasai hidangan ala-ala main course plak,

Indo Mee Goreng with Seafood (RM8.90)


Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice In Lotus Leaf (RM11.90)

Campur Belacan Chicken Fried Rice (RM11.90)

Disebabkan banyak sangat pilihan nasi gorengnya, so aku lumpsum je nama-nama ek hehehehhe

Fried Rice in Yong Xhau Style (RM8.90), 
Fried Rice with Chicken and Salted Fish (RM9.90), 
Thai Tom Yum Fried Rice with Rempah Chicken (RM11.90), 
Indo Nasi Goreng with Rempah Chicken (RM11.90), 
Campur Belacan Chicken Fried Rice (RM11.90)
Kam Heong Chicken Fried Rice (RM11.90), 
Golden Hong Kong Seafood Fried Rice (16.90), 
Thai Pineapple Seafood Fried Rice (RM16.90) 


Indo Friend Rice with Flying Fish (RM16.90)

Ayam Bakar Rice Set (RM14.90) 

Petai Scrimp Rice Set (RM14.90)

Buttermilk Chicken Rice Set (RM14.90)

Giler pening nak makan yang mana satu dulu ek, semuanya sedap-sedap belaka dan lagi plak makan beramai-ramai bersama kengkawan so lagilah bertambah sedap. Nikmatnya dirasai sesungguhnya.

mereka yang happy dapat makan

Bagi aku, harga amat berpatutan dengan hidangan yang disediakan. Tak delah mahal mana pun jika di bandingkan kalau makan di fancy restaurant kan. 

Jom kita terjah ke:

Campur Campur Kitchen 

Lot UG 18, 
Upper Ground Floor,
DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya

Facebook: www.facebook.com/campurcampurkitchen

Selamat makan semuanye....

Jom Sertai Move Your Body ZUMBA Yang Terbesar Di Malaysia

Hi Korang,


Sapa ni minat Zumba?


Angkat kaki lekas hahhahahahaha.. mengarut jelah kan.


Ni ada berita baik aku nak share untuk kaki-kaki Zumba sekalian.


Watsons Malaysia, sebagai Asia's leading health and beauty retailer akan mengadakan acara Move Your Body Zumba bagi memecah rekod acara Zumba pada tahun lepas iaitu menampilkan 7,000 peserta yang di adakan di Penang.



Pada tahun 2016 ini, Watsons Malaysia sekali lagi akan menjadi host bagi acara Zumba yang hangat diperkatakan ini di Sunway Lagoon Surf Beach yang bertemakan "Glow In The Night".


Wah lagi best ni, berzumba dalam gelap yang di sinari lampu-lampu comel ek


Di antara selebriti yang akan menyertai Zumba ini adalah Hitz FM radio announcers - Ean dan Arnold di samping itu akan jua di sertai oleh Malaysia's finest DJs termasuklah Jakeman, Skelator, Leng Yein, Chukiess, Whackboi and H3. 

Jap ada lagi ni,

David Velez and Michael Thomas dari Australia, yang merupakan Zumba Education Specialists akan memeriahkan parti Zumba tersebut sepanjang malam.

Jadi apa tunggu lagi,


So korang dan peminat Zumba sekalian, jon dapatkan tiket-tiket korang yang berharga RM59 sahaja di seluruh Watsons store di Lembah Klang dan juga Seremban. 

Tak pun korang boleh beli secara online melalui Move Your Body Watsons Malaysia Webpage.


Nanti jap, ada lagi ni.

Kepada Watsons VIP members dan para pelanggan boleh dapatkan 20% diskaun daripada harga tiket bila membeli produk daripada jenama yang menyertai Watsons Move Your Body Zumba 2016. 

Jenama yang menyertai parti Zumba tahun ini adalah



Ermm memacam jenama ada kan, semuanya aku guna tuh. Jadi tak de masalahlah untuk dapatkan diskaun tu eh hahaha.

tengok si peminat Zumba ni beria-ria tau, seronok plak aku tengok ek hehehe

Dah cepat ajak kengkawan korang join Zumba ni ek, aku of courselah mesti pi kan...

Jom lekas dapatkan tiket ek!!