Wednesday, May 25, 2011

Aduan Mengenai Susu Basi Marigold.

Hi Korang,

Mesti korang dah lupa entry aku hari tuh pasal susu basi tu kan. La tak ingat? meh click kat sini. Baca dulu tau.


So ini sambungannya..

Memula aku plan nak call TESCO untuk mintak explaination dengan erti kata lain tukar je yang baru kan. But fikir2 balik, mesti leceh kan. So aku amik keputusan untuk call je Tollfree Marigold kan. So ini citernya

Marigold : Hello Marigold..... Can I help u?
Aku : Hello. Saya nak buat pertanyaan sket mengenai your low fat milk product lah
Marigold : Ye Cik, ada apa yang saya boleh bantu?
Aku : Begini citernya. Saya ada beli your product kat Tesco 2 hari lepas ..... (then aku citerlah apa yang jadi kan)
Marigold : Cuba bagitau saya, rupa bentuk sesama cik beli susu tersebut? kotaknya kemek ke? ada bau something ke kan
Aku : Ok.. ( aku pun citer lah cam ne rupanya bentuk menda alah tu kan)
Marigold : So macam ni, esok salah sorang pegawai saya akan datang ke tempat cik untuk ambil balik product susu tu untuk ktorg hantar ke lab bagi pemeriksaan selanjutnya.
Aku : Ok. nasib baik saya simpan lagi susu tu lah.


Esoknya...

After lunch ada plak orang datang jumpa aku. Rupanya Marketing Manager Marigold dari Seremban. Masa aku citer kat dia, expressi muka dia cam bimbang2 jugak lah. Yelah customer complain mesti lah takut kan. Lepas explain apa yang jadi, terus je dia bagi 3 kotak susu as replacement. Apa lagi suka lah kan.. Boleh buat mandi susu bagai.


Then 2 minggu lepas tu

Aku received call dari Cik Aziati from Marigold. Dia bagitau result pasal susu tuh. Actually kotak susu tu dah kemek masa aku beli, then segala mak neka mikro virus tembus masuk dalam kotak susu tuh. Itu yang dia jadi yeast pada susu tu kan. Dia jugak dah pegi inspect kat TESCO dan bagi warning pasal problem ni. So sekali lagi dia minta maaf  pasal apa yang jadi lah then dia siap pesan lagi kalau jadi cam ni cepat2 call diorg lah.

Ermm itulah citernya. Aku rasa Marigold ni memang jaga betul lah kualiti product diorg lah. Lepas tu cepat plak tindakan yang diorang amik kan.

Hopefully citer nie dapatlah di jadikan panduan untuk korang kan. Mana tau terkena cam aku ke kan..


WW - Menuju Puncak

Hi Korang,

Wordless Wednesday untuk minggu nie ermm pasal diorg nie lah..


Cantik jugak rumah kaca ni kan. Sempat jugak aku pi tengok hari tuh. Nampaklah bebudak ni kan. Dah macam tengok ikan dalam akuarium je lah

Chaos....

Magical Musicals: An Invitation to AMBP Bloggers

Hi Korang,

 
Hah, bila dengar/baca pasal benda2 free ni mesti korang teruja kan? Maklumlah free tak yah keluar duit kan. Free memang free but kenalah usaha lebih sket untuk dapatkannya.

Ini dia...


So kali ini Sunway Lagoon dengan kerjasama All Malaysia Blog Info (AMBP) akan mempersembahkan satu ala-ala teater musical bertajuk 'Magical Musicals'. Performance selama 90 minit ini akan berlangsung dari 10 Jun hingga 17 Julai di Amphitheatre @ Sunway Lagoon. Performance ini akan menyanyikan lagu-lagu dari filem Moulin Rouge!, Mamma Mia!, Dreamgirls, Fame, Saturday Night Fever, Grease, Footloose, We Will Rock You, West Side Story, Hairspray dan juga rancangan musical tv yang terkemuka iaitu Glee. Best kan?

So kepada AMBP member, confirm dapat jemputan kan.


Tapi bukan semua orang boleh dapat kan kerana hanya 140 Grand Premiere tiket iaitu campuran Zon Merah dan Blue sahaja akan di berikan. Jadi cepat-cepat register di AMBP website tau.

Bagi bloggers belum menjadi AMBP ahli lagi, cepat-cepat mendaftarkan diri di website ini, klik saja di sini.

Lagi satu cara untuk mendapatkan tiket ini dengan menyertai Flash Mob yang akan di adakan di Sunway Piramid pada hujun minggu ini. Nah, korang klik sahaja kat sini dan register. Kemudian korang akan dapat satu confirmation email untuk join Flash Mob tersebut. Aku suka Flash Mob, ala yang joget2 depan orang ramai kat shopping kompleks tu kan.

So thats it, senang je cara nak dapatkan tiket free 'Magical Musicals'

Untuk info lebih lanjut, meh klik kat Magical Musicals page ni tau.