Friday, November 26, 2010

Kopi 'O' Satu!

Hi Korang,

Semalam aku rasa hujan sepanjang hari kot. Kat office aku nie dah start hujan tghari sampai lah aku balik. Bila sampai area Bangi plak, lagilah lebat hujan turun. So tak de lah pi pasar malam lah gamaknya.

Mr Big balik dalam keadaan lencun kena dek hujan gak. Lepas mandi berdua2an, trus je kuar umah sebab perut dah lapo. Singgah bank jap, pi cucuk kat dinding kuarkan saki baki yang tinggalkan sebelum kuar gaji.


Then, lalu plak depan Metro Point nie, so apa lagi singgah jap Starbucks.Maklumlah hujan tak berhenti nie, pekena kopi pun sedap gak kan. Sampai2 kat Starbucks, ramai plak orang beratur. Adalahlah dekat 8 orang depan aku. So aku pun sabar menanti jelah kan.

So depan aku nie ialah seorang pakcik tua, pakai kain pelikat je tapi jam Nautica okeh (mahal tu tau). So aku budget pakcik tu  baru balik masjid, singgah beli kopi. Bila dia order je, ternganga mulut aku kejap, sebab apa? Nie..

Barista : Hi, can I help u sir?
Pakcik Tua : Dik, mintak kopi O satu ek, buat pekat tau.
Barista : Ok.

Aku boleh terlopong kejap. Kopi O? Ermm puas jugak aku fikir. La rupanya esspresso lah. Apa punya bangang betul lah aku nie. Betullah pakcik tu order, cuma dalam bahasa melayu je.

Itulah akibatnya banyak nau melepak kat Starbucks, minum kopi orang putih kan. Sampai kopi orang melayu pun boleh lupa.

Ishk ishk ishk.. Melayu mudah lupa!

Thursday, November 25, 2010

Cikgu Shida Buat Hal Lagi

Hi Korang,

Sambil tengok movie Toy Story 2 nie, aku layan lah youtube kejap.

Surfing punya surfing sambil layan video clip kelakar nie kan, aku terpandang video Cikgu Shida nie. Dulu dia pernah buat miming video clips lagu Stacy - Jahat. Memang menjadi lah dia buat. 2-3 kali aku ulang2 tengok balik.

Now, aku terjumpa lagi video clip Cikgu Shida yang terbaru. Kali nie dia miming lagu 'Kalau Berpacaran' tuh yang sekarang tengah hot kan.

Korang nak tengok gak,nak layan nie :-



Ya allah, tergelak2 aku bantai gelak. Cikgu Shida nie memang superb lah. Pandai betul dia buat editing video nie. Yang best siap tukar2 karektor lagi kan. Bagi aku dia memang creative lah. Aku suka watak pakwe yang pakai songkok tu. Kelakar.

Aku tau, ramai yang pertikaikan bakat dia nie. Tapi dia bukan buat benda2 yang senonoh kan.

Have fun guys!

Wednesday, November 24, 2010

TM EVERYONE CONNECTS BIRTHDAY BASH

Hi Korang,


Pada hari Ahad lepas , aku bersama geng2 blogger yang lain dapat invitation ke TM Everyone Connects Birthday Bash di Centre Court, The Curve Mutiara Damansara. Rupa-rupanya TM EC celebrate ulangtahun yang pertama.


Antara bloggers yang aku jumpa ialah K Ina KL, redlinda, Anakperak, Bean, Ruby, Zaid,Chearmster, Ery, Eleywn, Darkbatman, JMR, Jenthi,Shah, Eyiqazz, dan ramai lagi lah. Nuffies  like Fresh, Yuenny, Nicolas pun ada.


Sekejap je dah setahun kan? La korang ingat tak, tahun lepas ada satu konsert ala-ala karaoke yang ramai gila orang tu kat BIntang Walk, ala yang ada Bunkface tu yang nyanyi lagi ‘Through My Window’. Hah yang tu lah.

So emcee event nie ialah:

Ben dan Hunny Madu, DJ Fly Fm.. Kelakar betul diorg nie tau.

Memacam aktiviti lah yang TM disediakan untuk pengujung yang hadir. Semuanya menyeronokkan. Yelah lah boleh surfing website Everyone Connects, main guitar heroes, main Wii dan memacam lagilah. Bunkface pun buat performance, dah macam mini konsert plak time tu.


Dan acara kemuncak iaitu sessi potong birthday cake beramai-ramai. Wah seronok tau! So bernyanyilah ktorg beramai-ramai.

Dapat jugak berkenalan dengan Duta-duta Everyone Connects yang drop dead gorgeous tau.

Di antara nya :

Bunkface

Summer Ashley Khoo. Eh dia nie profesional gamer tau. Memang comel tapi ganas tau di game battle.

Zeffrey Chong & Family. Tak sempat amik gambo coz cari tak jumpa diorg nie.

Dia orang nie sesangat peramah dan mesra rakyat tau. Tak dapat nak borak lelama dengan diaorg nie. Ramai beratur panjang nak amik gambo dengan diorg nie tau.


Selain tu jugak, TM  memperkenalkan portal / website “Everyone Connects” yang baru iaitu http://www.everyoneconnects.net/.  Pelbagai feature yang best2 lah dalam website nie seperti

- Open House
- Sini Maa
- Jamming Garage
- EC Hall of Fame
- The Stadium

Dengan bertagline kan 3 C iaitu Connect, Communicate, Collaborate. Aku rasa TM berjaya merealisasikan bahawa dengan berhubung segalanya akan dapat dilaksanakan.

Anyway,

Congrats to TM Everyone Connects for 1st Birthday Bash.

Disclaimer: Ini adalah sponsored post.