Tuesday, December 29, 2009

Jibbitz Crocs


Cube korang tgk gambo nie, agak2 ktorg nie cam bebudak tak?

Bukan ape, ini adalah koleksi terbaru ktorg. Dah tak tau nk collect aper lagi selain fridge magnet & RC cars. Collect crocs jibbitz ni seronok gak. Kalau beli yang original satu tu dalam RM9.90 itu kat boutique dialah. Kalau imitation tu RM10 dapat 4 jibbits. Jibbitz nie comel2  dan cute2 plak tu.

Macam2 bentuk, rupa, colourlah.

Aku suka pakai crocs nie coz dia lembut dan selesa. So far aku ade 2 crocs, satu untuk pegi keje then satu lagi untuk leisure. Senang apa2 baju pun match dengan crocs nie. Ada banyak choice kalau korang pegi botique dia. Check kat sini, Crocs Website.

Xenri D' Riverview


Aku mungkin akan ke sini esok. Ermm dah berangan2 nak makan tempura, udon, teppanyaki banyak2 sekali.
Maka jahanamlah pengurusan diet aku minggu ne huhuhuhuhu...

p/s: bukan senang nak makan kat sini kalau duit sket kan!

IceCream Float Coktail

Cuba bayangkan tengah panas2 nie dapat makan ice-cream float coktail.
Ermm lazatnya..

Nak buat? ala senangnya. hah cepat2 amik pen dgn kertas, salin cepat.


Bahan-Bahan : korang tengoklah gambar nie. Ice-cream,vanila coke, fruit coktail


Memula cari satu cawan yang besar untuk korang gunakan. Tengoklah cawan nie, macam modelnya jugak.


Bukak fruit coktail tu, then masuk kan kedalam cawan. Ikut suka, nak banyak ke nak sket ke kan.


Kemudian, tuangkan vanila coke dalam cawan tu, ikut suka gak


Pas tu, cedok ice-cream ke dalam cawan tau.


Kacau-kacau kan sesukaati


Then di makan & diminum seperti biasa.

Terima kasih kepada mr Big kerana sudi menjadi model dan juga menyediakan bahan2 sekali. Masa nie kat umah bondaku, dia haus sangat petang sampai sanggup pegi kedai mencari bahan2 nie. Aku tukang jadi reporter je.

Sekian dari dapur cik noriah kite.

p/s: memang sedap pun, very cooling!!