Thursday, August 22, 2019

Sessi Masak-Masak Dengan BEKO Malaysia Secara Sihat

Hi Korang, 


Ye semua orang boleh memasak tapi memasak secara sihat memang kena ada idea dan skill jugak ek hehehe.. Bagi kak lily idea dan kenal pasti bahan-bahan yang di gunakan baru kita masak dan makan secara sihat. 


Kebetulan jugak kak lily di ajak ke sessi masak-masak sempena kempen Beko iaitu "Eat Like A Pro", Beko Malaysia telah menganjurkan bengkel memasak dalam usaha memperkenalkan resepi sihat dan enak di Pinnacle Petaling Jaya. 


Sedikit ucapan kata-kata aluan daripada Wakil dari Beko Malaysia Michelle Phang (Brand Mareketing Specialist) memberi penerangan secara ringkas tentang kempen makan secara sihat yang dianjurkan kolaborasi jenama Beko dan juga FC Barcelona. 

Kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menyediakan 5 jenis hidangan sihat yang menggunakan produk-produk elektrik BEKO. 

5 hidangan sihat yang kami sediakan iaitu:- 
  • Lemon and Thyme Roasted Chicken 
  • Mushroom Soup 
  • Garlic Bread 
  • Frozen Yogurt Bites 
  • Smoothies 

Kak lily kongsikan resipi sekali tapi dalam English lah ye sebab malas nak translate hehheh 

Lemon and Thyme Roasted Chicken 


Ingredients:
1 tbsp fresh thyme, minced
1 tsp salt
1/4 tsp garlic powder
1 chicken
1 lemon, halved
1/4 large sweet onion
1/4 cup fresh thyme sprigs
6 garlic cloves, peeled
Lemon wedges 

Steps:
1. Preheat oven to 200c
2. In a bowl, mix thyme, salt, garlic powder and pepper
3. Place chicken on rack in a shallow roasting pan, breast side up. Tuck wings under chicken, tie drumsticks together
4. Squeeze juice from lemon over chicken and sprinkle with thyme mixture
5. Loosely stuff chicken with squeezed lemon halves, onion, thyme sprigs and garlic
6. Roast for 1-1/2 to 2 hours
7. Remove chicken from oven. Let cool for 15 minutes before serving and serve with lemon wedges

So resipi ayam grill ni adalah hasil air tangan Jessica dan Josephine. Team chicken ni, cepat je buat kerja mengikut resipi yang di berikan. 

Cantik betul hasil bila lepas di bakar dengan built-in oven Beko ni kan, sekejap-sekejap kak lily intai pi tengok ayam ni dah masak ke belum. Senang je nak guna oven ni, setkan noob pada suhu dan masa yang betul, sejam lepas tuh terus masak ayamnya. 


Mushroom Soup 

Ok team acik-acik yang masak 2 menu pembuka selera Mushroom Soup dan Garlic Bread ni, iaitu kak lily, acik KOLs Ayu Rafikah dan foodie terkenal Mahamahu yeah!! Memasak sambil membawang namanya heheehe 


Ingredients: 

50ml Olive Oil 
1 shallot, chopped 
1 garlic clove, chopped 
choices of mushrooms 
coriander, fine;y chopped 
1/2 lemon,, juiced 
400ml chicken stock 
125 ml double cream 
50 gm butter, diced 
salt and black pepper 

Steps:
1. Heat some the oil in large pan over medium heat. Add the shallot and garlic and cook until softened. Add mushrooms, salt and pepper and cook for 3-4 minutes
2. Add lemon juice and stock into the pan and bring to boil. Reduce the heat and simmer gently for 10 minutes
3. Pour the soup into blender and blend to a smooth puree. Return it to the pan and stir in the cream
4. Warm and low heat and stir in butter
5. Heat oil in a pan over a medium heat. Fry the remaining mushrooms for 3 minutes or until cooked, season and set aside.


Selepas semua bahan siap sedia di cincang, di potong, di hiris, kami memasak menggunakan dapur induksi Beko yang sangat mudah dan praktikal. Dengan hanya menekan beberapa butang, kami boleh mengawal tahap pemanasan dapur tersebut.


Nampak kemas dan cantik je bila guna dapur induksi BEKO ni kan dan berkilat plak tuh.


Bila soup dah sejuk, kami kisar dengan produk Hand Blender Beko siri HBS 7750 X. Eh haruslah ahkak ko ni yang buat, sebab dah pernah guna dulu sebelum so sonang eiyolah kan. Sup pun tak merecik keluar pun ye. Dalam sekejapan sup menjadi halus dan cantik je. 

Masukkan balik dalam periuk, renihkan sehingga menjadi kepekatan yang ktorang suka tapi sambil-sambil tuh ceduk sorang sesenduk untuk rasa kan. Seriously memang sedaplah eee tak malu ek masuk bakul angkat sendiri kan kan kan 

Garlic Bread 

Ingredients: 
1 Garlic bulb 
500 ml Double Cream 
Fresh parsley, finely chopped 
Spread of butter 
Bread of choice


Steps: 
1. Preheat oven to 170c. Wrap garlic bulb in aluminium foil and roast for 40-45 minutes or until soft. Leave to cool. 
2. Cut the top of the garlic bulb and squeeze out the soft cloves and chop finely 
3. Pour cream into the mixer and beat for 3-5 minutes, until the mixture turns into solid lumps with a liquid base. Squeeze out the liquid to have solid mass of butter in the musln 
4. Place butter into bowl and add chopped garlic, a pinch of salt and parsley. Mix well and set aside 
5. Spread the garlic butter onto bread and bake in oven at 180c for 10 minutes. 

Frozen Yogurt Bites 

Ingredients: 
300 ml plain Yoghurt 
30 gm Honey 
Fruits of your choice, mango, kiwi and strawberry 

Steps: 
1. Add yoghurt and honey into a blender and blend till well mixed 
2. In another blender add the fruits into the blender and blend 
3. Add the blended fruits with the yoghurt and mix well 
4. Scoop yoghurt mixture into a mould or ice cube tray 
5. Put a wooden stick on top and freeze 
6. Add some decorative toppings and ready to serve!

Team Yogurt DikBee dengan Kelly, sesuai nau dengan diorang yang sweet tuh nau nau tuh


Seterusnya sejukkan Frozen Yogurt Bites didalam ruang sejuk beku peti ais Beko. Sempat jugak kak lily tengok 

Smoothies Strawberry and Grapes with Honey 


Ingredients: 
Strawberry 
Grapes 
Yogurt 
Ice cubes 
Honey 

Steps: 
1. Mixed all fruits. 
2. Blend well 

Menggunakan Vacuum Blender Beko dalam penyediaan smoothies sangat mudah. Fungsi butang di bahagian bawah blender ini menyenangkan lagi kerja-kerja mengisar. 

Cuba korang tengok perbezaan 2 gelas jus tomato ni ek 


Nampak kan!! 

Air di sebelah kanan kelihatan agak likat dan pekat kerana semasa kisar, kami menggunakan fungsi vacuum. Berbeza dengan air tomato di sebelah kiri warnanya agak pudar dan kelihatan isi buah tomato semakin lama akan terapung di bahagian atas. Ini adalah kerana kami mengisar biasa tanpa menggunakan fungsi vacuum. So nampak perbezaannya jika menggunakan fungsi vacuum atau sebaliknya. 

Inilah dia hasil masakan kami 


Pelbagai warna, rupa dan khasiat sekali. Dengan menggunakan produk elektrik BEKO ni yang berteknologi tinggi ni kita dapat mengekalkan nutrien yang memberi kebaikan kepada kita sekeluarga.



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website :


Facebook : 


Instagram : 



Wednesday, August 21, 2019

Kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa Dorong Wanita Jadi Lebih Berani & Perkasa

Hi Korang, 

Kalau mak-mak memang kenal dengan Maggi Cukup Rasa ni kan? 

Yelah letak dalam masakan kot, so memang kena standby senantiasa kat dapurlah. 


MAGGI® CukupRasa akan memulakan kempen baharu serba menarik yang dinamakan ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, dalam usaha untuk memperkasakan wanita Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menyahut cabaran. Kempen ini juga memperkenalkan duta jenama baharu MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman yang cukup terkenal di Instagram kerana rajin berkongsi resipi masakan rumah. 

Popular dengan video masakan rumah, semangat juang dan kesungguhan Eina Azman terus memberi inspirasi kepada seramai 1.7 juta pengikutnya di Malaysia, mendorong mereka mencuba memasak sajian ringkas di rumah, dan inilah yang ingin diketengahkan oleh MAGGI® CukupRasa melalui kempen baharu ini. 


Dilancarkan baru-baru ini di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur, kempen ini mendorong wanita agar berani mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Langkah berani boleh mencetus kesan positif dan membantu kita belajar dan berkembang maju, seperti yang dipaparkan oleh cogan kata jenama ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. 


Dalam pada itu, majlis pelancaran turut menganjurkan sesi Bual Bicara yang bertemakan ‘Tak Kenal, Tak Cinta – Perbualan Dengan Wanita Untuk Mencapai Lebih Lagi Setiap Hari’ yang nyata menyuntik semangat hadirin. Diacarakan oleh Daphne Iking, sesi ini menampilkan penyanyi dan pencipta lagu Stacy Anam dan ahli gimnastik Malaysia Farah Ann serta Ketua Bakat dan Pembangunan Organisasi Malaysia dan Singapura, Nestlé, Durdana Kabir bersama Eina Azman di atas pentas. Ahli panel berkongsi kisah penuh inspirasi bagaimana mereka menangani dan mengatasi cabaran harian dan menyentuh topik-topik seperti memasak sajian kegemaran mereka dengan MAGGI® CukupRasa. 

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad yang turut hadir di majlis pelancaran tersebut berkata, “Nestlé memang penyokong kuat kepelbagaian dan keterangkuman. Kami memupuk budaya organisasi dinamik yang menyokong wanita dan membolehkan mereka memperkasakan diri mereka. Mencerminkan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, kempen ini memberi tumpuan kepada wanita Malaysia dan menggalakkan mereka agar lebih berani dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menyerlahkan keupayaan mereka.” 

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Sejajar dengan janji jenama kami, “You and MAGGI®. Cook the Difference” (Anda dan MAGGI®. Masakan yang membawa perubahan bermakna), kami amat teruja untuk melancarkan kempen terbaharu kami bagi MAGGI® CukupRasa, yang menggalakkan pengguna untuk berani mencuba sesuatu di luar kelaziman. Kami berharap kempen MAGGI® CukupRasa ini boleh membantu memberikan dorongan yang diperlukan oleh kaum wanita untuk mengambil langkah pertama.” 



Di majlis pelancaran kempen, Encik Juan Aranols dan Cik Geetha Balakrishna bersama dengan Chef Muluk, Chef Eksekutif Korporat Nestlé, dan Eina Azman telah menyertai demonstrasi memasak bersama tetamu lain. Wakilmedia turut berpeluang untuk mengasah bakat kulinari masing-msaing dan mencuba beberapa resipi. 

Diketuai oleh Chef Muluk, mereka telah mencuba resipi Nasi Goreng Cina dan Sayur Goreng Campur MAGGI® CukupRasa ciptaan Eina Azman. Penambah perasa semua dalam satu ini, yang diperbuat daripada adunan unik bawang putih, bawang dan ikan bilis segar serta rempah lain, ialah ramuan rahsia untuk kaum ibu melazatkan lagi sajian yang dimasak di rumah. Di samping itu, dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa dalam sajian, korang tidak perlu menambah garam! 




Acara Roadshow ini kemudian akan menuju ke 10 negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Penang dan lain-lain lagi. 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website :

Facebook :

Instagram : 


Tuesday, August 20, 2019

Electrolux Shop Kini Di TBM Store, Central i-City Shah Alam.

Hi Korang, 

Kalau memilih barang elektrik ni kita mesti cari yang berkualiti dan menepati bajet kita kan, tak kiralah sekecil-kecil barang macam seterika hingga ke peti sejuk sebesar-besar alam. 

Kualiti tuh bagi kak lily berapa lama ketahanan sesuatu produk tuh dan camne plak cara kita menjaga barang kita tuh kan. Memang jenama-jenama tempatan mendapat tempat di hati kak lily tapi berbanding dengan jenama antarabangsa ada jugak yang kak lily suka dan berkenan walaupun harganya lebih tinggi sedikit kan. 


Bila Electrolux Shop buka di TBM Store, Central i-City Shah Alam ni terus kak lily rasa excited nak pi tuh hehehehe 

Kalau korang nak tau yang jenama Electrolux sememangnya cukup teknologi dengan teknologi dan inovasinya yang kini mencapai 100 tahun di pasaran. Pada 29 Ogos 2019, Electrolux akan menyambut ulangtahun ke-100! 


Majlis pembukaan Electrolux Shop ni dirasmikan oleh VVIP dari Electrolux dan pihak TBM juga serta wakil dari Central i-City. 

Jenama Electrolux ini mula diperkenalkan pada tahun 1919, ianya sudah lama mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dalam membantu kerja-kerja rumah dan senantiasa menawarkan produk yang berteknologi tinggi. 


Sempena sambutan ulangtahun ke-100 Electrolux, Electrolux telah mengadakan Taste Experience. Kak lily berpeluang merasai sendiri air tangan Chef Christian Mittermeier iaitu residen chef bagi Electrolux Global di mana Chef Christian menghidangkan Braised Carrot dengan Miso Cream Passion Fruits dan Rye Sourdough Bread dengan Whipped Brown Butter dan Roasted Buckwheat. 



Wah bila dengar nama macam complicated je tapi bila tengok Chef Christian buat ermm senang betul dengan menggunakan produk dari Electrolux ni ek. 

Sempat jugaklah kak lily cuci-cuci mata dengan pelbagai jenis produk peralatan rumah seperti mesin basuh, peti ais, oven, vakuum di tawarkan pada harga berpatutan. 


Kak lily berkenan cordless vacuum ni sebab senang nak simpan bila lepas di gunakan. 

Not bad jugak harga heater ni, tak delah mahal mana pun kan. Standard harga heater produk-produk lain jugak. 

Kak lily suka jugak built in oven ni, senang nak letak dalam cabinet dapur kan. 

Rasa macam nak beli tapi tengok spec dulu ek, besar betul peti ais ni. 

Pilihan mesin basuh front load pun banyak jugak ye, nampak jaminan 5 tahun tuh 

Sama macam dapur kat umah kak lily tapi yang ni lebih advance sket lah kan. 

Kak lily rasa harga memang berpatutan untuk produk Electrolux ni, kalau mahal sket pun apa salahnya sebab kualitinya memang di jamin. Dapur rumah kak lily tuh dah lama ahkak pakai dari sebelum kahwin lagi tau sampai sekarang ni tetap elok. 

Dah apa tunggu lagi, meh lekas ke TBM Central i-city Shah Alam ni ek. 

TBM - Central i-City 
LG-03, Level Lower Ground 
Central i-City, 
Plot 1, 
Persiaran Multimedia, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam