Tuesday, July 26, 2016

PETSMORE RoadShow Sempena ‘The Secret Life Of Pets' Di The Mines Shopping Mall

Hi Korang,

Bagi penggemar kucing or anjing mesti kenal dengan PETSMORE ni kan! Yelah kedai kelengkapan binatang peliharaan, cakap je apa nak semua ada di sini. 


PETSMORE merupakan kedai pet runcit rantaian terbesar di Malaysia, kini mempunyai 25 cawangan sekitar di Klang Valley. PETSMORE adalah pusat pet dengan pelbagai jenis pet hidup (anjing, kucing, haiwan kecil, glider gula, landak dan akuatik), produk pet, makanan pet, aksesori pet, servis dandanan pet, hotel pet danlain-lain. 

Banyak kan perkhidmatan yang di sediakan ek.

Sempena tayangan filem 'The Secret Life Of Pets' yang akan datang September ini, PETSMORE mengadakan roadshow secara besar-besaran dari 28 Julai hingga 31 Julai 2016 di The Mines Shopping Mall.

Di antara promosi hebat yang ditawarkan adalah:-


Promosi Hebat 1
PETSMORE menawarkan 1000 unit product pilihan jualan murah besar-besaran dengan diskaun lumayan sehingga 70% sementara stok masih ada kepada si comel kesayangan korang dan setiap ahli berhak untuk mendapat 3 unit. 


Promosi Hebat 2
Baucer shopping bernilai sebanyak RM30 tanpa had minima pembelian akan memberikan kepada 200 pelanggan pertama, dengan syarat tanpa had minima pembelian, pelbagai barangan menunggu untuk kesayangan si comel korang!


Promosi Hebat 3
Berita baik untuk peminat kucing! PETSMORE menawarkan grooming ticket sebanyak 5 sesi dandanan yang berharga RM265 dengan hanya harga serendah RM10 untuk pelbagai jenis baka kucing kepada 200 pelanggan pertama. Selalu kalau grooming dalam RM70-80 untuk satu session kan, ini RM10 je kot. Baiklah booking lekas 


Promosi Hebat 4
200 pelanggan pertama akan menerima baucer pet bernilai sebanyak RM300. Untuk sesiapa bersedia menjadi seorang ibu bapa si comel atau ingin menambah ahli keluarga, jangan lepaskan peluang terbaik ini, kerana berharga RM300 baucer pet ini hanya boleh digunakan dalam 4 hari, membolehkan anda mengagumi si comel untuk membawa pulang ke rumah!


Promosi Hebat 5
PETSMORE menawarkan sebanyak 100 unit sangkar & perabot sementara stok ada dengan HARGA WOW untuk rumah baru si comel kesayangan anda. Ia adalah masa baik untuk menukar rumah & perabot baru untuk si comel kesayangan anda!

Promosi Hebat 6


Lucky Wheel SPIN Seksyen! Semua transaksi semasa 4 hari jualan gila ini PETSMORE juga bagi peluang untuk SPIN & MEMENANGI satu hadiah (RM1500 baucer pet, rm100 baucer shopping, RM50 baucer shopping, RM10 baucer shopping & lain-lain) berikut:
 
Resit RM150 dapatkan 1 SPIN
 
Resit RM300 dapatkan 2 SPIN 
(Spin 2 kali & pilih satu hadiah)
 
Resit RM450 dapatkan 4 SPIN 
(Spin 4 kali & pilih satu hadiah) 


Promosi Hebat 7
PETSMORE akan memberi ganjaran kepada pelajar prestasi baik yang mencapai 80 markah ke atas dalam peperiksaan, tunjukkan keputusan peperiksaan anda untuk menikmati tawaran hanya RM1 untuk seekor hamster Sesuai untuk pencinta haiwan kecil dan mereka yang ingin mempunyai sahabat yang lebih kecil berhak untuk mendapatkan hamster comel serendah RM8.99! peluang yang baik untuk anda untuk berkembang dengan pengetahuan pengendalian haiwan dan persahabatan haiwan peliharaan!


Promosi Koleksi Edisi Terhad 'The Secret Life Of Pets'

Kini korang boleh mendapat Promosi Koleksi Edisi Terhad 'The Secret Life Of Pets' (topi, cawan, lencana, mainan, frisbee) di PETSMORE! Dengan pembelian dari mana-mana produck dipilih dari 11 jenama besar ini (Eukanuba, Iams. Alps Natural, Iskhan, Nutrience, Dr.Pro, Merrick, Pro Balance, Ciao, Singen & Inodorina) dalam tempoh 4 hari promosi akan dapat menikmati sehingga 70% diskaun untuk premium koleksi! 


Menyertai Pertandingan Foto & Melancong ke Seoul
PETSMORE turut menjemput peminat TSLOP untuk menonton tayangan perdana filem itu juga! Ya! Merebut mana-mana produck dilipih dari 11 jenama (Eukanuba, Iams. ALPS, Iskhan, Nutrience, Dr.Pro, Merrick, Pro Balance, Ciao Chu Ru, Singen & Inodorina) dan mengambil foto paling kreatif di kawasan foto yang bersedia untuk anda.Top 20 pemenang yang mendapat undi terbanyak akan memenangi TSLOP tiket wayang perdana + hadiah! Champion akan memenangi tambahan tiket penerbangan 2 hala ke Seoul! Wow! Boleh menonton filem dan melancong ke Seoul secara percuma, menyertai sekarang!


Kedua@50% Diskaun
Merebut mana-mana produck dipilih dari 4 jenama makanan pet/ makanan ringan / makanan tin yang diimport (Eukanuba, Iams, ALPS dan Iskhan) untuk menikmati sehingga 50% diskaun@Kedua! benar-benar rendah ini!


Keempat@RM1
Merubut mana-mana produck dipilih dari 3 jenama makanan pet yang diimport (Nutrience, Dr.Pro dan Merrick) dan menikmati RM1@Keempat! Pasti berbaloi!


Ketujuh@RM0.10
Belum selesai! Merebut mana-mana produck dipilih dari 3 jenama makanan tin yang diimport (Pro Balance, Ciao Chu Ru dan Dr.Pro) untuk menikmati serendah RM0.10@Ketujuh! Bolehkah anda percaya?! RM0.10 yeah! Belilah tidak akan menyesal!


3 FOR 2
Pada masa yang sama, PETSMORE juga ada jenama Taiwan makanan kesihatan pet yang diimport - SINGEN & jenama Itali pembersihan & kecantikan pet produck yang diimport - INODORINA dengan promosi 3 FOR 2. Apakah 3 FOR 2? Ia adalah Beli 3 Bayar 2! 

Semua promosi hebat ini adalah eksklusif untuk Ahli PETSMORE! 

Belum menjadi Ahli PETSMORE?


JOM & JADILAH AHLI PETSMORE SEKARANG!

Pemegang kad keahlian PETSMORE berpeluang menikmati banyak manfaat sebagai: 

Servis penginapan untuk haiwan peliharaan secara percuma selama 2 hari pada setiap tahun 

Jaminan kesihatan selama 7 hari 

Tarikh pemulangan produk selama 30 hari 

Diskaun sebanyak 5% akan diberikan untuk kesemua produk
 
Diskaun sebanyak 5% lagi pada hari bulan jadi anda
 
Maklumat pomosi 

Mengumpul dan menebus mata 

Promosi maklumat notis 

Tunggu apa lagi !

Datanglah beramai-ramai ke pembukaan rasmi PETSMORE di The Mines Shopping Mall minggu ini tau pada 28 Julai – 31 Julai 2016


PETSMORE ‘The Secret Life Of Pets‘ RoadShow
Date : 28 Julai 2016 – 31 Julai 2016
Time : 10am – 10pm
Alamat : L5-02(P) Level 5, The Mines, Jalan Dulang, Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Telefon : +603-89577735



Oh My English! After School Makin Best Tau!

Hi Korang,

Semalam merupakan press conference bagi Oh My English! After School, bertempat di Petaling Jaya. 

Of course aku tak lepaskan peluanglah untuk hadirkan diri sebab nak tau gak perkembangan rancangan kanak-kanak popular tapi penontonnya kebanyakan orand dewasa hahaha sebab seronoklah aku tengok tiap-tiap minggu kan

Meh aku share sket sekitar majlis sidang media tersebut ek

Jibam, SYS dan Zack

Rancangan edutainment paling popular di Malaysia, Oh My English! kembali menemui peminatnya menerusi siri terbaharunya, Oh My English! After School yang bakal bersiaran 31 Julai ini di Astro TVIQ, saluran 610 dan serentak dalam definisi tinggi di Astro Maya HD, saluran 135. Bakal membawa pembelajaran Bahasa Inggeris ke satu tahap yang lebih tinggi lagi dan dalam situasi yang berbeza, Oh My English! After School kali ini menampilkan barisan pelakon popular yang akan menghiburkan peminat setia siri ini dengan dialog lucu dan keletah bersahaja mereka.

Antara pelakon Oh My English! After School

Menampilkan tiga teraju utama yang sudah tidak asing lagi di kalangan peminat setia siri tersebut, Oh My English! After School membawa penonton mengikuti cabaran dan rintangan sahabat baik, Zack (Juzzthin), See Yew Soon (Roax Tan) dan Jibam (Akhmal Nazri)) mengusahakan perniagaan kafe hipster mereka sendiri. Buat julung-julung kalinya, pemenang Anugerah Artis Komedi Wanita Popular ABPBH 2014, Didie Alias akan tampil memegang watak Mak Yam, pesaing terdekat kafe hipster milik trio lucu ini. Di samping itu, penampilan pelakon dan personaliti jelita, Amelia Henderson juga kemunculan semula Juliana Evans menerusi watak Taylor Smith bakal memukau hati para jejaka dalam siri ini. Bukan itu sahaja, nama-nama besar seperti Nad Zainal, Kamal Adli, Zhafir Muzani, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, Sherry Alhadad, Altimet dan Fikry Ceria Popstar akan menggamatkan lagi keluarga baru Oh My English! After School. Pelakon veteran Rama (Jangan Ketawa) akan turut menjayakan siri OME tahun ini. 

Oh My English! After School membawa penonton melihat kehidupan para pelajar kelas 5 Merah setelah mereka menamatkan persekolahan di peringkat SPM di SMK Ayer Dalam. Semuanya bermula apabila SYS telah diculik oleh lelaki misteri bergelar Mr A. Mr A menginginkan SYS menguruskan perniagaan makanannya. Disebabkan SYS bercita-cita untuk menjadi usahawan berjaya, maka dia pun telah menerima tawaran tersebut dan meminta bantuan teman karibnya Zack dan Jibam. Ketiga-tiga sahabat ini merasa begitu teruja menjalankan perniagaan yang penuh cabaran dengan membuka kafe bernama “After School CafĂ©”. Pelbagai kejadian berlaku sewaktu mereka bertiga mahu membangunkan perniagaan ini. Berjayakah mereka memajukan perniagaan mereka dan apa lagi rintangan yang menanti mereka kali ini? 

Dari kiri; Puan Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro, Cik Lina Tan, Pengarah Urusan Red Communications Sdn Bhd, Puan Sharifah Noraidah, Penolong Naib Presiden, Astro Tutor TV & Astro TVIQ

Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro, berkata “Oh My English! telah 4 tahun menghiburkan dan mendidik seluruh rakyat Malaysia. Melihatkan sambutan dan penerimaan baik penonton terhadap siri ini, kami ingin Oh My English! terus menjadi sebahagian dari hiburan yang bermanfaat buat penonton di rumah. Oleh sebab itu, Oh My English! After School tampil dengan konsep baru yang lebih menarik, berbeza daripada elemen pembelajaran dalam bilik darjah yang telah pun sebati dengan jenama Oh My English! selama ini. Menerusi Oh My English After School, kami mahu menampilkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam konteks yang lebih besar lagi, dengan pendedahan kepada senario kehidupan seharian yang berupaya membantu penonton di rumah menuturkan Bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi”

“Dengan kerjasama British Council, kami telah memperkenalkan Oh My English Big Challenge di mana semua penonton Oh My English! berpeluang menguji tahap kefahaman mereka terhadap Bahasa Inggeris dengan menguji kemahiran dan pemahaman membaca, menulis, mendengar dan tatabahasa dalam bahasa Inggeris dengan menjawab satu siri soalan atas talian di Oh My English Facebook. Soalan-soalan dan bahan pembelajaran disediakan khas oleh Astro dan pakar bahasa British Council. Sesiapa sahaja berpeluang mendapat sijil penamatan yang dikeluarkan bersama Astro dan British Council. Kami mahu meneruskan hasrat kami membantu para pelajar Malaysia bertutur Bahasa Inggeris yang lebih baik menerusi elemen pendidikan sebegini. Siri terbaru Oh My English! ini umpamanya memaparkan pertuturan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian kita yang sesuai dipraktikkan di mana juga kita berada. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada rancangan ini sejak ia diperkenalkan”, tambah Vickie lagi.

Selain OME Big Challenge, pelbagai elemen pendidikan interaktif lain seperti OME Board Game, Oh My English Buddy App, What Nasi Lemak Level Is Your English? dan juga OME Storybook turut diperkenalkan Astro untuk membantu memperkasa elemen pendidikan dalam jenama Oh My English. Lebih menarik lagi, elemen pendidikan Bahasa Inggeris dalam siri TV pula dipaparkan menerusi rakan Bahasa Inggeris Oh My English! yang hadir dalam bentuk jam pintar, ‘Mia’ yang akan membantu SYS, Zack dan Jibam memahami dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi. Elemen pembelajaran interaktif ini akan membantu para penonton memahami penggunaan kosa kata, tatabahasa mahupun sktruktur ayat Bahasa Inggeris dengan lebih tepat dan padat.

Para tetamu kehormat bersama barisan pelakon Oh My English! After School

Menyentuh mengenai elemen pendidikan yang menjadi intipati utama siri Oh My English!, pihak Astro tahun ini memperkenalkan lebih banyak pendekatan menarik untuk memastikan rakyat Malaysia terutama para pelajar dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Para pelajar boleh melayari laman sesawang Oh My English! untuk mengakses pelbagai kandungan interaktif merangkumi latihan mingguan, rencana dan permainan menarik. Mereka juga boleh berjumpa karakter kegemaran mereka dalam sesi bertemu peminat, ‘Oh My English! Day Out’ dan Gempak Desa yang akan diadakan tidak lama lagi. Oh My English! telah pun merekodkan lebih 22 juta tontonan di Youtube selain mempunyai pengikut melebihi 900 ribu di laman media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram serta impaknya dapat dilihat menerusi interaksi media sosial yang cukup aktif.

Oh My English! telah pun bersiaran sejak tahun 2012 lagi dan rancangan edutainment ini pernah membariskan pelakon hebat seperti Zain Saidin, Allahyarham Harun Salim Bachik, Allahyarham Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr Os), Aaron Aziz, dan ramai lagi. Sebanyak 13 episod bakal memeriahkan musim terbaharu Oh My English! After School bersama-sama dua telefilem istimewa yang akan disiarkan dalam jangka masa terdekat ini. 

Musim terbaharu Oh My English! ini menjanjikan lebih banyak keriangan, kejutan dan kaedah baharu untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris anda. Oh My English! After School akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 31 Julai 2016. Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Oh My English!, layari www.ohmyenglish.com.my. Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 03-9543 3838 ataupun layari www.astro.com.my


Monday, July 25, 2016

Duta Terbaru MAGGI® CukupRasa™ iaitu Sheila Rusly

Hi Korang,

Ni nak citer sket nie..

Aku memang guna MAGGI Cukup Rasa kat umah sebab senang kan, tak yah nak letak garam dan ajinomoto bagai. Rasanya pun bertambah sedap tau.

Baru-baru ni sempat aku ke media launch bagi mengumumkan duta terbaru Maggi Cukup Rasa ni di Surian Tower, bolehlah amik cuti so dapatlah pi event ek.

Ada citer terbaru dari Maggi ni tau.. 


MAGGI® CukupRasa™ mengumumkan usahasama dengan duta barunya, Sheila Rusly – seorang selebriti dan penerbit tempatan yang telah memenangi pelbagai anugerah, di sebuah upacara pelancaran semalam. Usahasama dengan Sheila, seorang isteri yang penyayang dan ibu kepada dua orang anak ini bertujuan untuk menggalakkan ibu-ibu di Malaysia agar memasak dengan yakin dan sentiasa mencuba resipi-resipi baru.



Hidangan masakan di rumah menyatukan kita bersama yang tersayang. MAGGI® CukupRasa™ percaya bahawa aktiviti makan bersama-sama merupakan aktiviti terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga. Setiap hidangan yang disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang segar, air tangan ibu dan MAGGI® CukupRasa™ dijamin berkualiti dan dipenuhi dengan kasih sayang.

Namun, dengan hidup yang semakin sibuk, penyediaan hidangan di rumah menjadi semakin mencabar. Sheila adalah contoh yang baik untuk rakyat Malaysia kerana beliau mampu mengimbangkan kerjayanya sambil menguruskan keluarganya. Walaupun jadualnya begitu padat, beliau bijak menginovasi resipi-resipinya dan sentiasa mencari jalan untuk menghebatkan lagi rasa masakannya.


“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Sheila Rusly yang pandai memasak dan percaya akan kepentingan memasak di rumah. Beliau adalah bukti kepercayaan kami bahawa detik-detik yang paling indah tercipta apabila menikmati hidangan yang lazat dan kami teruja untuk bekerjasama dengan beliau dalam menyebarkan kegembiraan dan mendorong penyediaan masakan di rumah. Kami berharap beliau akan terus memberi ilham kepada ibu-ibu dengan idea-idea hidangan baru yang lazat dan sihat,” kata Rosalyn Simba, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Bahagian Makanan, NestlĂ© (Malaysia) Berhad.

Duta Terbaru MAGGI® CukupRasa™ iaitu Sheila Rusly 

Sheila yang turut berkongsi pandangan yang sama menceritakan bahawa keluarganya kini lebih menikmati masakannya selepas beliau menemui MAGGI® CukupRasa™, penambah perasa semua-dalam-satu yang hebat di mana setiap butiran dilengkapi dengan bawang segar, rempah-ratus seimbang dan kepadatan rasa yang membangkitkan lagi rasa apa jua masakannya. Sejak penemuannya, beliau sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kemahiran memasaknya dan mencipta resipi-resipi baru untuk keluarganya kerana MAGGI® CukupRasa™ melazatkan lagi rasa masakannya!


“Mengimbangkan masa di antara kerja dan keluarga kadangkalanya mencabar kerana jadual saya yang sibuk dan tidak menentu, namun saya sangat gembira apabila keluarga saya menikmati masakan saya di rumah. Tidak kiralah jika anda baru belajar memasak atau sudah mahir, memasak untuk keluarga bukan lagi seperti dulu setelah anda mencuba MAGGI® CukupRasa™!” kata Sheila yang turut menyeru rakyat Malaysia terutamanya yang gemar memasak untuk keluarga mereka, agar mencuba dan merasai perbezaan yang dibawakan oleh MAGGI® CukupRasa™.


Sepanjang usahasama ini, Sheila Rusly akan mencipta dan berkongsi pelbagai resipi hidangan Malaysia yang ditambah dengan MAGGI® CukupRasa™. Sesi pertemuan eksklusif, demonstrasi masakan dan lebih banyak aktiviti menarik juga akan dijalankan untuk menghiburkan rakyat Malaysia. Mereka yang ingin mencuba pelbagai resipi dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa™ boleh mendapatkannya melalui laman web atau di kedai-kedai runcit, pasaraya hiper dan cawangan runcit lain di seluruh negara. MAGGI® CukupRasa™ boleh didapati dalam pek 25g, 100g dan 300g.


Untuk pelbagai aktiviti menarik dan resipi lazat MAGGI® CukupRasa™, sila ikuti:-

Laman web rasmi MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGICukupRasaBM

Laman Facebook MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaFB

Laman Youtube MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaYT

Laman Instagram MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaIG

Laman Facebook Sheila Rusly :
http://bit.ly/SheilaRuslyFB

Hashtag rasmi : 
#MaggiCukupRasa
#MaggiMalaysia

Hebat-hebat rasa Maggi cukup rasa.....