Wednesday, March 4, 2026

STARBUCKS MALAYSIA GIVES BACK THIS RAMADAN WITH ITS ‘KONGSI-EID FORWARD’ CAMPAIGN

Hi Everyone,


This Ramadan, Starbucks Malaysia embraces the spirit of kindness and togetherness through Kongsi-EID Forward, a community-driven campaign inspired by the meaning of ‘kongsi’ or ‘share’, and the idea of paying kindness forward. Throughout the holy month, customers are invited to take part in meaningful acts of generosity by purchasing the Starbucks Ramadan Ready-To-Eat pack in-store. 

All accumulated RTE packs donated by customers will be distributed to children in orphanages nationwide, spreading joy and celebration in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri.


As part of the campaign, Starbucks Malaysia is also extending its outreach to the delivery rider community through its first-ever Rider-To-Eat initiative, contributing RM39,760 worth of Ramadan RTE packs and beverages. This initiative honors the dedication and resilience of delivery riders who work tirelessly, especially during the fasting month, while managing demanding delivery schedules. The initiative was officially launched on 27 February 2026 at Starbucks Bamboo Hills DT, where more than 150 delivery riders received the specially curated Ramadan RTE packs.


"Delivery riders keep our communities alive and moving, especially during Ramadan when we rely on them to receive meals in time for iftar,” said Alia Emira Ismail, Head of Public Relations & Communications, Berjaya Starbucks. “Through Rider-To-Eat, we hope to recognise their dedication and make sure they have something ready to break their fast while continuing to serve others. This campaign is about appreciation as much as it is about charity, it’s our way of saying ‘we see you’ to our delivery riders, our customers and communities, and our partners who have walked this journey with us.”

Following the launch at Bamboo Hills DT, the Rider-To-Eat initiative will continue the outreach at Starbucks Bayan Baru, Penang, Starbucks Eco Boulevard, before concluding at Starbucks Prima 5 DT, Cyberjaya- ahead of the end of Ramadan.

Through Kongsi-EID Forward, Starbucks Malaysia continues its commitment to creating impact beyond the cup. Strengthening communities through small acts of kindness, shared humanity and collective celebration during the season of giving.



Monday, March 2, 2026

“ALUNAN SYAWAL DI KAMPUNG PESISIR” – THE CURVE Persembahkan Konsep Kampung Air & Lagu Raya Sulungnya

Hi Korang,

The Curve dengan bangganya mempersembahkan “Alunan Syawal di Kampung Pesisir” sebagai tema kempen Raya bagi tahun 2026. Berlangsung dari 20 Februari hingga 29 Mac, kempen ini memberi peluang buat para pengunjung untuk menghayati suasana damai di sebuah kampung air yang terletak di persisiran pantai.


Suasana di Centre Court kini berubah wajah, diilhamkan daripada nostalgia desa pesisir yang cukup indah. Dengan elemen tepian laut yang tenang, dekorasi ini turut menampilkan rumah kampung tradisional yang dilengkapi perabot klasik dan jeti ikonik, sekali gus membangkitkan suasana perkampungan di atas air.



Mencipta kelainan pada sambutan tahun ini, the Curve dengan bangganya melancarkan lagu Raya original sulungnya yang berjudul “Samba Raya”. Digubah khas untuk menyemarakkan lagi kempen ini, lagu tersebut menghidupkan lagi jiwa dan suasana sambutan perayaan kita pada tahun ini. Apa yang lebih istimewa, “Samba Raya” didendangkan sepenuhnya oleh pemuzik jalanan (buskers) tempatan yang telah setia menjadi sebahagian daripada keluarga besar the Curve selama lebih lapan tahun.


“Hari Raya bukan sekadar sebuah perayaan, malah ia merupakan detik untuk menzahirkan kesyukuran dan memperkukuh ukhuwah,” kata Encik Jazmi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties Berhad. “Menerusi ‘Alunan Syawal di Kampung Pesisir,’ matlamat kami adalah untuk membawa para pengunjung melupakan seketika keriuhan kota dan merasai keindahan suasana kampung di tepi pantai yang damaii.”

The Curve terus komited menyokong IKS tempatan dengan menghimpunkan lebih 100 vendor di serata ruang pusat beli-belah. Daripada busana tradisional dan moden seperti baju kurung serta baju Melayu, sehinggalah kepada aneka juadah Raya dan hiasan kediaman, bazar yang serba lengkap ini menjanjikan kualiti dan kepelbagaian buat setiap pengunjung.

Menambah kemudahan buat para pengunjung tahun ini, the Curve bersama Natra Event kembali menganjurkan Pazar Ramadan, sebuah bazar khusus yang menyajikan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa. Sama ada pengunjung ingin mencari busana Raya yang sempurna atau hidangan tempatan yang menyelerakan, the Curve menawarkan pengalaman beli-belah yang meriah dan serba lengkap buat seisi keluarga di bawah satu bumbung.


Amalan berkongsi tetap menjadi sebahagian daripada identiti the Curve. Pada tahun ini, the Curve menganjurkan beberapa inisiatif CSR, antaranya:

● Ihya’ Ramadan bersama stesen radio SURIA
Melalui kolaborasi strategik bersama stesen radio SURIA, program Ihya’ Ramadan akan menyaksikan pengagihan 1,000 pek bubur lambuk kepada para pengunjung dan komuniti setempat sebagai tanda ingatan tulus ikhlas. Selain itu, 300 pek makanan turut disediakan untuk majlis berbuka puasa beramai-ramai. Majlis ini akan berlangsung pada 7 Mac 2026.

● Berbuka Puasa bersama Rumah Anak-anak Yatim Damai Kuang
the Curve bakal menganjurkan sesi berbuka puasa bersama Rumah Anak-anak Yatim Damai Kuang, dengan tajaan istimewa daripada restoran Flint.

● Kempen Derma “Kongsi Kindness”
Bagi menggalakkan amalan berkongsi rezeki dalam kalangan pengunjung, sebuah reruai (booth) Kongsi Kindness disediakan di Centre Court. Orang ramai dijemput menyumbang barangan keperluan harian yang akan disalurkan terus kepada Rumah Anak-anak Yatim Damai Kuang bagi membantu persiapan raya mereka.

● Sumbangan Vendor untuk Rumah Anak-anak Yatim Damai Kuang
Semangat perayaan turut dirasai apabila para vendor the Curve tampil berkongsi rezeki dengan menyumbang pelbagai barangan keperluan dan juadah perayaan buat anak-anak yatim tersebut. Antara jenama yang terlibat termasuklah Abayalubnaa, Iman Adam & Love Trisha, Monstr serta ramai lagi.

Sambutan Raya di the Curve turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik:

● “Berbuka Puasa @ the Curve, Jom!”
Sebuah aktivasi digital interaktif di pintu masuk The Street. Pengunjung boleh menggunakan roda 'Spin & Win' untuk menerokai pelbagai pilihan restoran yang tersedia untuk berbuka puasa.

● Persembahan Kebudayaan
Hayati keindahan warisan kita menerusi persembahan tradisional seperti Tarian Zapin, Ghazal dan banyak lagi.

● Bengkel Seni & Kraf
Kanak-kanak boleh menyerlahkan kreativiti mereka di Bengkel Kilauan Lebaran yang terletak di Centre Court serta pelbagai aktiviti seni dan kraf khusus untuk kanak-kanak di Aras 2.

Bagi menjadikan persiapan Raya anda lebih berbaloi, the Curve menawarkan ganjaran eksklusif berikut buat para pembeli:

● Belanja RM300: Tebus satu set Sampul Raya*

● Belanja RM800: Tebus sebuah pinggan kaca eksklusif beserta satu set Sampul Raya*.

● Belanja RM1,250: Tebus sebuah periuk nasi Dessini * dan satu set Sampul Raya*.

*Sementara stok masih anda dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Melalui gabungan persembahan budaya yang penuh warna-warni, aneka pilihan beli-belah serta inisiatif komuniti yang tulus, kempen ‘Alunan Syawal di Kampung Pesisir’ menjemput seisi keluarga untuk menghayati erti sebenar Aidilfitri. Ia bukan sekadar perayaan, malah merupakan wadah untuk memperkukuh ikatan kasih sayang serta mencipta kenangan indah yang akan terpahat selamanya di sanubari.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan acara akan datang di the Curve, sila layari the Curve , atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Sunday, March 1, 2026

Buffet Ramadan 2026 | ‘Destinasi Rasa Serantau’ di Sofitel KL Damansara

Hi Korang,

Sepanjang bulan Ramadan yang mulia, waktu malam membawa makna yang lebih mendalam sebagai saat untuk bermuhasabah, bersyukur dan mengeratkan hubungan di restoran makan sepanjang hari Sofitel Kuala Lumpur Damansara, Kwee Zeen. 

Para tetamu dijemput untuk merasai pengalaman ‘Destinasi Rasa Serantau’ dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026. Bufet ini mengajak tetamu untuk memperlahankan langkah, berkongsi meja, dan menghormati semangat bulan Ramadan melalui perjalanan warisan dan rasa.


Citarasa 14 Inspirasi Kampung Halaman, Dihasilkan oleh 14 Chef di Kwee Zeen

Inti pati ‘Destinasi Rasa Serantau’ ialah perjalanan kulinari yang dibentuk oleh 14 chef berdasarkan 14 inspirasi kampung halaman. Setiap hidangan merupakan penghormatan tulus kepada warisan, memori dan rasa yang mencorakkan kepelbagaian Malaysia. 



Antara hidangan tandatangan ialah pusat tarikan berbentuk siluet kapal stim klasik, iaitu Beef Rendang yang dibalut pastri emas rangup dan dipersembahkan seperti kapal berlayar memasuki sajian. Rempah ratus aromatik dan rasa perlahan masak digabungkan dengan kerak Wellington yang rangup — tersedia dari Jumaat hingga Ahad.




Tahun ini, sorotan utama diterajui oleh Chef de Cuisine, Chef Hamizan, dengan hidangan:

  • Asam Pedas Peranakan Ekor Lembu (Melaka)
  • Peha Lembu Bakar Bumbu Minangkabau (Negeri Sembilan)
  • Kambing Golek Bumbu Jawa (Selangor)
  • Udang Galah Masak Diraja (Kuala Lumpur)
  • Nasi Dagang Ikan Tongkol (Terengganu)


Pelbagai Sajian Serantau

Tetamu juga boleh menikmati hidangan istimewa dari seluruh negara, termasuk:

  • Ketupat Sotong Sumbat Ubi Keledek (Kelantan)
  • Patin Masak Lemak Tempoyak (Pahang)
  • Nasi Biryani Gam Berlauk (Johor)
  • Popiah Basah dengan Aneka Makanan Laut (Wilayah Persekutuan)
  • Rendang Tok Rusuk Lembu “Angus” (Perak)
  • Gulai Tiga Beradik (Kedah)
  • Nyonya Mee Udang Galah (Pulau Pinang)
  • Ikan Bakar Kampung (Perlis)
  • Ayam Dara Pansuh (Sarawak)
  • Kerabu Makanan Laut (Sabah)



Pencuci mulut — tempatan dan antarabangsa — juga tidak boleh dilepaskan.


Durian Aliran Bebas Setiap Hujung Minggu (Jumaat hingga Ahad)


Bagi peminat durian, pengalaman ini menjadi lebih menarik: tetamu bufet boleh menuju ke Stesen Durian di Le Bar Terrace, tersedia setiap Jumaat hingga Ahad dari 7.00pm hingga 9.30pm. Hidangan durian aliran bebas ini adalah percuma dan termasuk dalam harga bufet — tawaran jarang ditemui bagi sesiapa yang ingin menikmati Raja Buah sepuas hati dalam suasana santai dan penuh kebersamaan.



Harga Bufet & Promosi Ramadan

‘Destinasi Rasa Serantau’ — Bufet Makan Malam
📅 19 Februari – 19 Mac 2026

  • RM228+ per dewasa (Isnin–Khamis)
  • RM248+ per dewasa (Jumaat–Ahad)
  • Kanak-kanak 7–11 tahun: separuh harga dewasa
  • Kanak-kanak bawah 6 tahun: percuma

Hamper Eksklusif

  • Bermula RM268+ seunit
  • Disaran membuat tempahan awal untuk pesanan pukal

Raya Open House di Kwee Zeen
📅 20 – 22 Mac 2026

  • Raya Brunch: RM138+ per dewasa
  • Raya Dinner: RM228+ per dewasa
  • Kanak-kanak 7–11 tahun: separuh harga
  • Kanak-kanak bawah 6 tahun: percuma

Diskaun awal 30% untuk tempahan sebelum 19 Februari 2026, tertakluk pada terma dan syarat.


Tempahan & Pertanyaan

📧 HA123-FB@sofitel.com
📧 hanafi.suid@sofitel.com
📞 +603 2720 6688
📱 WhatsApp: +6017 511 7725


Laman Web & Media Sosial

🌐 https://www.sofitel-kualalumpur-damansara.com/
📘 https://www.facebook.com/SofitelKualaLumpur
📸 https://www.instagram.com/sofitelkualalumpurdamansara/