Tuesday, September 2, 2025

Pelanggan Astro Kini Boleh Nikmati Pek Entertainment Beserta Disney+ Hotstar dan HBO Max dari RM69.99/Sebulan

Hi Korang,

Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, kini memperhebat pengalaman hiburan di rumah dengan tawaran terbaru. Bermula 2 September 2025, untuk jangka masa terhad, warga Malaysia boleh mendapatkan Pek Entertainment Astro One beserta Disney+ Hotstar dan HBO Max bermula dengan hanya RM69.99/sebulan. Pakej ini memberikan pelanggan akses mudah kepada dua platform penstriman paling ikonik di dunia dalam satu langganan mudah melalui Astro, menawarkan hiburan tanpa henti, lebih banyak pilihan dan nilai berganda.


Untuk memenuhi keperluan tontonan yang berbeza, tawaran ini tersedia dalam dua pilihan – Pek Entertainment Astro One beserta Disney+ Hotstar dan HBO Max menerusi pelan Duo Basic atau Duo Premium. Kedua-dua pelan menawarkan kontrak selama 12 bulan. Duo Basic direka khas untuk penonton yang mahukan akses mampu milik, manakala Duo Premium pula direka dengan ciri tambahan dan akses pelbagai peranti secara serentak.

Rujuk jadual di bawah untuk maklumat berkenaan harga*.

Pelan Langganan

Pek Entertainment Astro One dengan tambahan (Disney+ Hotstar & HBO Max)/Sebulan

Duo Basic -  RM 20/sebulan

(Harga biasa: RM59.80/sebulan)

RM69.99 (harga biasa: RM109.79)/sebulan untuk 12 bulan

Duo Premium - RM53/sebulan 

(Harga biasa: RM92.80/sebulan)

RM102.99 (harga biasa: RM142.79)/sebulan untuk 12 bulan



Pelanggan sedia ada Astro One turut boleh menikmati tawaran ini dengan menambah pakej Disney+ Hotstar dan HBO Max kepada langganan mereka bermula dengan RM20/sebulan (untuk 12 bulan). Penambahan ini boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi My Astro atau laman web, memberikan pelanggan kaedah yang lancar untuk mempertingkat pengalaman hiburan dengan lebih banyak kandungan yang digemari.

Semua pelanggan Astro boleh strim kandungan Disney+ Hotstar dan HBO Max melalui Astro Ultra dan Ulti Box, atau melalui laman web rasmi dan aplikasi mudah alih platform penstriman tersebut, memastikan pengalaman tontonan yang lancar dan fleksibel tidak kira di mana jua.

Dari filem blockbuster hingga rancangan kegemaran ramai, pakej ini menawarkan dunia hiburan kepada para peminat. Pelanggan boleh menikmati siri dan filem animasi terbaru dan dinanti-nantikan di Disney+ Hotstar seperti siri baharu FX, Alien: Earth dan filem Marvel Studios, Thunderbolts, musim baharu Only Murders in the Building, serta filem box office Lilo & Stitch yang akan ditawarkan pada awal September. Turut bakal bermula ialah kandungan asli APAC termasuk drama Korea popular Tempest pada pertengahan September dan drama bersejarah asli pertama Disney+ Hotstar The Murky Stream pada akhir September. Semua ini membawakan keseronokan yang berterusan kepada para penonton.

Pada masa yang sama, HBO Max menawarkan siri terkenal seperti House of the Dragon, The Last of Us, musim kedua dan terbaru Peacemaker, serta filem popular seperti Final Destination Bloodlines dan A Minecraft Movie, termasuk koleksi penuh filem Harry Potter.

Pakej istimewa ini hanya tersedia untuk masa terhad, dari 2 September hingga 18 November 2025. Bermula dari RM69.99/bulan, pelanggan Astro boleh menikmati Pek Entertainment Astro One beserta Disney+ Hotstar dan HBO Max selama 12 bulan. Sama ada mendaftar untuk kali pertama atau menaik taraf pelan Astro One sedia ada, ini adalah langkah mudah untuk meningkatkan lagi pengalaman penstriman di bawah satu langganan menerusi Astro.

Untuk pelanggan yang mencari lebih banyak pilihan selain Disney+ Hotstar dan HBO Max, Astro turut menawarkan lebih daripada 13 aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Prime Video, Viu, iQIYI, WeTV, Sun NXT, Zee5 dan banyak lagi – semuanya pada harga eksklusif dan lebih rendah untuk pelanggan Astro. Dengan semuanya tersedia di bawah satu platform, pelanggan boleh mengurus dan mengubah langganan Astro mereka pada bila-bila masa menerusi aplikasi My Astro, termasuk mengemaskini pek, menukar penambahan dan servis penstriman atau memilih penambahan lain pada bila-bila masa.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. 

Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.

Monday, September 1, 2025

MAGGI® Kari-Lah Karnival Bakal Gegar The Exchange TRX dengan Himpunan Terbesar Pencinta MAGGI® Kari di Malaysia

Hi Korang,

Empat hari. Satu rasa ikonik. Dari 28–31 Ogos 2025, Raintree Plaza di The Exchange TRX akan menjadi lokasi kepada himpunan peminat MAGGI® Kari terbesar pernah diadakan di Malaysia dalam MAGGI® Kari-Lah Karnival. 


Karnival empat hari ini menyatukan chef, selebriti, personaliti digital serta rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk meraikan rasa, deria dan kisah. Setiap sudut karnival menjanjikan pengalaman penuh warna — dengan tenaga, kemeriahan dan keenakan mi kari paling digemari rakyat Malaysia.

“Yang istimewanya karnival ini ialah peluang untuk kita berkumpul — makan bersama, berkongsi cerita dan mencuba cara-cara baharu menikmati rasa yang kita semua suka,” kata Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia & Singapura. “Datanglah bersama keluarga dan rakan-rakan! Cipta mangkuk versi anda sendiri, belajar tip baharu, dan raikan makna MAGGI® Kari dalam kehidupan orang Malaysia hari ini.”


Tumpuan utama karnival pastinya Makan Makan Food Village, yang menampilkan betapa versatilnya MAGGI® Kari — daripada hidangan klasik yang membangkitkan nostalgia hinggalah ciptaan moden yang penuh gaya. Chef selebriti yang sering muncul di FYP anda bergabung dengan restoran kegemaran ramai untuk menghasilkan menu eksklusif, antaranya:

● Chef Fikree

● Chef Amir Gani

● Chef Jia Le Woh

● Murni Discovery

● NZ Curry House

● Mamak Spices Corner

● Pokok by Brickhouse

● Serai

Selain menu khas ini, pengunjung juga boleh menikmati semula sajian gaya mamak kegemaran ramai, atau menuju ke Bistro MAGGI® Kita untuk mencipta mangkuk kari mengikut citarasa sendiri.

Nikmati juga zon permainan interaktif yang diinspirasikan daripada rasa, aroma dan tekstur MAGGI® Kari, di mana mereka dapat merasai sendiri maksud sebenar MAGGI® Kari.


Kemeriahan bertambah apabila pentas utama dihidupkan dengan demo masakan secara langsung, permainan interaktif bersama penonton dan persembahan bertenaga. Artis seperti Bil Musa, Yonnyboii, Asyraf Nasir, dan Aisha Retno, bersama pencipta kandungan popular termasuk Squigglymack dan Hungry Sam, bakal memeriahkan suasana — semuanya bersatu dengan satu cinta: mangkuk MAGGI® Kari yang tiada tandingan. Seruan sudah bergema: Peminat MAGGI® Kari, inilah detik anda — perhimpunan terbesar negara untuk kegemaran ikonik ini.

MAGGI® Kari-Lah Karnival ini juga sebahagian daripada siri sambutan di seluruh negara yang sedang berlangsung. Beberapa minggu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah memeriahkan jelajah di Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang, dengan zon interaktif, pek mi gergasi dan hadiah eksklusif — meraikan warisan serta masa depan MAGGI® Kari. Perjalanan ini diteruskan ke Pantai Timur dan Johor Bahru. Sama ada anda datang untuk makan, bergambar atau berkongsi cerita, masih ada masa untuk turut serta dalam kemeriahan ini.

Kerana bila bercakap tentang soal rasa, kebersamaan dan keselesaan — MAGGI® Kari Tiada Ganti.


The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Meraikan Kebanggaan Negara dengan Kegemaran Lama Bersentuhan Baharu

Hi Korang,

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan kebanggaan negara melalui aneka rasa yang dekat dengan hati kita. Mempamerkan pelbagai tawaran bermusim yang diilhamkan oleh cita rasa tempatan, CBTL membawakan sentuhan baharu kepada hidangan kegemaran ramai — menggandingkan tradisi dan inovasi dalam setiap hirupan dan sajian suapan. Lebih dari sekadar menu bermusim, hidangan yang tersedia ini dicipta untuk merapatkan hubungan, menggamit memori indah, dan mengukir kenangan manis untuk dikongsi oleh rakyat Malaysia.

“Tiada cara yang lebih baik untuk meraikan semangat Malaysia selain melalui cita rasa yang kita kenali dan gemari. Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, kami percaya sambutan sebenar untuk negara kita bermula dengan keenakan rasa yang menyatukan kita,” ujar Datuk M. Amar Shah, DPSM, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Dari cawan pertama yang telah kami hidangkan 28 tahun yang lalu ke cawan di tangan pelanggan pada hari ini, matlamat kami masih utuh untuk mewujudkan sebuah ruang di mana pelbagai komuniti dan budaya dapat bersatu. Tahun ini, kami ingin memberi penghormatan terhadap pertalian kepada cita rasa ini yang bukan sahaja sinonim dengan Malaysia tapi yang juga dekat dengan hati kita; meraikan warisan, kreativiti dan kebanggaan yang kita kongsi bersama sebagai sebuah negara.”


Menjadi tumpuan bagi musim sambutan ini ialah, Pandan Gula Melaka Series, iaitu surat cinta kami untuk Malaysia dalam sebuah cawan, dengan kelapa berkrim, pandan yang harum, serta kekayaan karamel gula Melaka. Biar panas, sejuk atau dalam bentuk Macchiato, ia menjanjikan rasa yang dikenali dan turut hadir dengan sensasi kesegaran baharu. Ia memberi penghormatan kepada warisan kulinari Malaysia dengan sentuhan moden, menjadi cara yang sempurna untuk mengamati cita rasa sebenar negara kita.

Padankan minuman anda dengan juadah musiman yang dirumus untuk melengkapi Pandan Gula Melaka Series. Nikmati Pandan Gula Melaka Tiramisu for Two, pencuci mulut kegemaran ramai dengan sentuhan tempatan yang baharu, dilapisi dengan Coconut Gula Melaka Crème Crown, yang disediakan secara eksklusif dengan Pandan Gula Melaka Tiramisu for Two sahaja, atau rasai Pistachio Kunafa for Two, di mana pastri yang rangup keemasan bertemu inti yang lembut dan berkacang. Sempurna digandingkan dengan minuman musiman kami yang merangkap semangat Brew-mula, meraikan aneka rasa yang menghubungkan kita semua serta detik-detik yang manis.


Sambutan ini tidak terhad kepada minuman sahaja, turut dilengkapkan dengan produk edisi khas Merdeka yang menambahkan seri kemeriahan musim ini. Tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia memperkenalkan Tote Bag Batik eksklusif — sebuah aksesori bergaya dan praktikal yang meraikan warisan tempatan dengan sentuhan moden. Direka untuk kegunaan harian yang versatil, tote bag ini sesuai digayakan apabila menikmati kopi, bersantai hujung minggu, atau sekadar menzahirkan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia. Beg tote eksklusif ini akan mula ditawarkan pada 16 September dalam kuantiti terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk memilikinya selagi stok masih ada.


Untuk memeriahkan lagi sambutan, para pelanggan boleh menikmati minuman kegemaran mereka dalam cawan Merdeka Hot Cups edisi khas, yang menjadi simbol penghargaan terhadap warisan budaya Malaysia dan semangat perpaduan. Lebih daripada sekadar hiasan, cawan ini menyampaikan mesej kebanggaan dan kekitaan, satu peringatan bahawa setiap hirupan adalah sebahagian daripada kisah lebih besar yang kita kongsi sebagai sebuah negara.


Sempena sambutan ini juga, nantikan tawaran baharu diilhamkan oleh sajian kegemaran Malaysia yang penuh nostalgia, termasuk Bandung Lychee - secebis keceriaan bagi cita rasa tempatan yang disulam dengan sentuhan moden, serta Kek Batik - kemanisan sebuah warisan dengan nafas baharu. Bersama-sama, tawaran musiman ini menandakan sebuah sambutan yang merangkap jiwa Malaysia, menyulam keheningan tradisi dengan keterujaan sesuatu yang baharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi platform dalam talian kami seperti Facebook di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram di @coffeebeanMY, TikTok di @coffeebeanMY, atau laman sesawang kami di www.coffeebean.com.my. Anda juga boleh memuat turun MyCBTL App, kini tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.