Wednesday, August 27, 2025

Seminar Persediaan SBP & MRSM Bersama Angkasawan Negara

Hi Semua,

Setiap kali tiba musim permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), ramai ibu bapa mula rasa cemas. Soalan yang sering bermain di fikiran:

“Anak saya dah cukup bersedia ke?”

“Macam mana nak bantu anak kuasai PKSK dan UKKM?”

Hakikatnya, perjalanan untuk menempatkan diri di sekolah-sekolah berprestij ini tidak mudah. Persaingan semakin sengit, ribuan pelajar hebat dari seluruh negara menghantar permohonan, dan format ujian pula makin mencabar. Silap langkah, anak-anak yang cemerlang akademik pun boleh tercicir.

Di sinilah pentingnya persediaan awal. Kami di Fly High Education Centre percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi besar untuk berjaya, tetapi potensi ini perlu digilap dengan cara yang betul.

🌱 Kenapa Persediaan Awal Sangat Penting


Ramai ibu bapa menyangka anak yang mempunyai keputusan peperiksaan cemerlang sudah pasti layak ke SBP atau MRSM. Namun, sistem pemilihan tidak hanya menilai akademik. Ada banyak faktor lain yang diambil kira untuk memastikan calon benar-benar layak memikul cabaran di sekolah elit.

Antara faktor penting yang sering terlepas pandang ialah:

Penguasaan teknik menjawab soalan: Format ujian kemasukan seperti PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) dan UKKM (Ujian Kemasukan Khas MRSM) sentiasa diperbaharui. Anak-anak perlu faham teknik menjawab, bukan sekadar meneka.

Kefahaman konsep berbanding hafalan: Sistem pendidikan kini lebih menekankan pemahaman konsep melalui PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dan DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran).

Keyakinan diri dan kawalan emosi: Ramai pelajar tahu jawapan tetapi gagal kerana terlalu gugup semasa ujian.

Pendedahan awal melalui simulasi: Latihan berbentuk simulasi membantu anak-anak lebih bersedia, mengurangkan rasa takut, dan meningkatkan keyakinan.

Dengan memahami keperluan ini, kami membina bengkel yang bukan sahaja fokus kepada akademik, tetapi juga emosi dan mental anak-anak.

🌟 Inspirasi Daripada Angkasawan Negara


Tahun ini, kami bawakan kelainan yang luar biasa! Peserta bengkel akan berpeluang bertemu dan mendengar pengalaman inspirasi daripada Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia.

Bayangkan anak anda mendengar sendiri kisah perjalanan seorang insan biasa yang berjaya mencapai impian untuk ke angkasa lepas. Kisah beliau membuktikan bahawa tiada yang mustahil jika ada ilmu, usaha, dan semangat juang yang tinggi. Cerita beliau bukan sekadar motivasi, tetapi satu suntikan inspirasi untuk anak-anak percaya pada potensi diri mereka.

Kami percaya, pengalaman ini akan menjadi kenangan yang akan melekat dalam hati anak-anak dan memberi mereka keberanian untuk terus berusaha meraih kejayaan.

🎁 Lebih Daripada Sekadar Bengkel


Bengkel ini bukan hanya sesi pembelajaran biasa. Kami telah merancang program ini dengan teliti agar anak-anak mendapat pengalaman yang menyeluruh. Antara tarikan utama bengkel ini termasuk:

Modul pembelajaran lengkap mengikut format PKSK dan UKKM terkini.

Sesi perkongsian bersama tenaga pengajar berpengalaman.

Latihan simulasi dan soalan ramalan untuk meningkatkan keyakinan.

Sesi penerangan khas untuk ibu bapa tentang strategi menyokong anak.

T-shirt eksklusif untuk peserta sebagai kenangan.

Cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti printer, tablet, dan pelbagai barangan pendidikan.

Hidangan makan tengah hari dan minum petang disediakan sepanjang program.

Kami percaya setiap peserta akan pulang dengan pengalaman yang lebih daripada sekadar ilmu di atas kertas.

📅 Butiran Bengkel

Tarikh: 30 & 31 Ogos 2025
Lokasi: SIRIM, Shah Alam
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang

💡 Mengapa Bengkel Ini Penting Untuk Anak Anda


Keyakinan Diri: Latihan simulasi membantu anak-anak mengatasi rasa gugup dan lebih bersedia untuk menghadapi ujian sebenar.

Pendedahan Awal: Dengan memahami format dan jenis soalan terkini, anak-anak akan lebih tenang dan fokus semasa ujian.

Inspirasi Besar: Mendengar sendiri kisah Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan membuka mata anak-anak tentang pentingnya usaha dan keberanian untuk bermimpi besar.

Peranan Ibu Bapa: Kami percaya kejayaan anak-anak tidak lengkap tanpa sokongan ibu bapa. Sebab itu kami sediakan sesi khas untuk mak ayah agar mereka lebih faham cara membantu anak-anak di rumah.


🎯 Siapa Yang Sesuai Sertai Bengkel Ini?


Bengkel ini sesuai untuk pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke SBP atau MRSM. Ia juga sesuai untuk pelajar yang ingin membina keyakinan diri, mengasah kemahiran berfikir secara kritis, dan belajar cara menjawab soalan dengan lebih efektif.

🏆 Fly High Education Centre – Rakan Pendidikan Anak Anda

Fly High Education Centre telah lama menjadi rakan pendidikan yang dipercayai ramai ibu bapa. Kami berpegang kepada prinsip bahawa setiap anak mempunyai potensi untuk berjaya, tetapi mereka memerlukan bimbingan yang tepat. Dengan pengalaman dalam melatih pelajar menghadapi ujian kemasukan, kami yakin program ini dapat memberikan impak yang besar kepada anak-anak anda.


🔗 Cara Mendaftar

Tempat untuk bengkel ini adalah terhad. Kami sengaja mengehadkan jumlah peserta untuk memastikan setiap anak mendapat perhatian penuh daripada tenaga pengajar. Jika anda serius mahu anak bersedia untuk persaingan SBP dan MRSM, jangan tunggu lama-lama.

Untuk pendaftaran, boleh hubungi kami di:

📲 https://wasap.my/60172862075

📲 https://wasap.my/601111228059

📲 https://wasap.my/601156712078



🌠 Penutup Inspirasi


Anak-anak kita sedang bersaing dengan ribuan pelajar lain di seluruh negara. Dengan persediaan yang betul, mereka bukan sahaja boleh memasuki SBP atau MRSM idaman, tetapi juga membina asas kejayaan untuk masa depan. Program ini adalah pelaburan terbaik untuk anak-anak kerana ia bukan sekadar memberi ilmu, tetapi juga keyakinan, motivasi, dan semangat juang.

Ilmu adalah bekalan yang akan membawa anak-anak melangkah jauh. Sokongan ibu bapa pula adalah kunci untuk membuka pintu kejayaan itu. Sertai kami dalam bengkel ini dan sama-sama kita lihat anak-anak melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah.

✨ Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftar sekarang dan beri anak anda peluang untuk bersinar!


Tuesday, August 26, 2025

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku

Hi Korang,

Kumpulan Bahtera, mungkin didengari seperti baru didalam industri tetpi hakikatnya ianya sudah bermula sejak tahun 2009 lagi.


Ditubuhkan diatas inisiatif gitaris utama, Adie Bahtera dan juga dari cetusan idea dari Syarikat Bahtera Muzik Studio. Anak syarikat untuk Bahtera Sanudera Sdn Bhd dibawah kelolaan Produser Mubin Md Nor.


Vokalis utama, Reyza (berusia 17 tahun bekas peserta Idola Kecil), Amy (drum), Karchik (bass), dan Adie sendiri sebagai gitaris utama.


Setelah berusaha beberapa kali dan akhirnya telah berjaya mendapatkan dana daripada Kementerian Komunikasi Malaysia yang disokong oleh pihak My Creative Ventures Sdn Bhd.

Album Aura Cintaku


Kini, selepas berbekalkan pengalaman panjang dan sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKD) 2024, Bahtera tampil dengan album sulung berjudul Aura Cintaku. Album ini hadir dengan 10 buah lagu dan 2 instrumental, menampilkan karya-karya ciptaan Adie sendiri serta sentuhan komposer terkenal seperti Zimi Sofarz, Iskandar Bujang, dan Omar K.



Setiap lagu dalam Aura Cintaku membawa tema berbeza tetapi tetap berpusat pada cinta, kesetiaan, pengorbanan, dan kerohanian. Antaranya:

· Firasat Jiwa – perjalanan hidup dari susah hingga berjaya.

· Antara Cinta dan Kesetiaan – pentingnya kejujuran dalam rumah tangga.

· Bunuhan Cinta – pengorbanan demi cinta sejati.

· Rentan– pedih ditinggalkan kekasih.

· Cinta Sejati – cinta yang kekal walau diuji badai.

· Rekah – menerima perpisahan dengan reda.

Selain itu, dua buah muzik video sudah pun diterbitkan untuk lagu Bunuhan Cinta dan Rentan, diarahkan oleh Opie Zami di bawah produksi Nonamefilmfactory.

Lagu Sarat Mesej Tentang Kehidupan



Menurut produser Mubin Md Nor, album ini bukan sekadar hiburan tetapi juga sebuah manifestasi nilai kehidupan mengajar pendengar untuk menghargai kasih sayang, kesetiaan, kejujuran, pengorbanan serta rasa syukur kepada Tuhan.

Taruhan pertama dengan susunan muzik segar dan mesej yang dekat di dengan jiwa, moga nakhah didalam Aura Cintaku dapat diterima masayarakat dan sekaligus mewarnai industri muzik Malaysia.


Monday, August 25, 2025

REDLINE Fitness Games by NISSAN Telah Kembali Untuk Edisi Ketiga!

Hi Korang,

REDLINE Fitness Games by NISSAN telah kembali ke Malaysia untuk edisi ketiga pada 26 dan 27 Julai, bertempat di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC). Menyusuli kejayaan dua edisi terdahulu pada 2023 dan 2024, acara tahun ini telah mencatatkan penyertaan yang jauh lebih tinggi, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu pertandingan kecergasan paling besar dan inklusif di Asia Tenggara. Lebih 10,000 peserta dan penonton dari dalam dan luar negara membanjiri arena REDLINE Fitness Games pada hujung minggu lalu yang penuh aksi.


REDLINE Fitness Games adalah gerakan serantau yang menggabungkan semangat kesukanan dan komuniti. Ia mengalu-alukan pernyertaan semua individu, tanpa mengira tahap kecergasan dan mendorong mereka untuk berani keluar dari zon selesa bagi mencabar diri dalam dunia kecergasan.

Dianjurkan oleh Fresh Events Asia dan disokong oleh penaja utama NISSAN, REDLINE Fitness Games menyediakan platform untuk peminat gim dan gaya hidup aktif menguji had mereka dalam persekitaran yang dinamik dan penuh tenaga.

REDLINE Fitness Games telah menampilkan satu rangkaian stesen senaman berturutan yang direka untuk menguji kekuatan, stamina, kelincahan dan ketahanan mental. Tahun ini, peserta berdepan dengan 12 cabaran yang melibatkan seluruh badan seperti larian 500 meter, SkiErg, BikeErg, RowErg, deadball burpees, sled push & pull, dan The Mule, cabaran membawa beg pasir yang akan bertambah berat.


Turut disertakan adalah senaman seperti Russian twists, squat thrusts, shuttle runs dan sandbag gauntlet; semuanya direka untuk memberi latihan yang seimbang tetapi mencabar dari pelbagai sudut.

Semua peserta bertanding secara solo, berpasangan atau berkumpulan (relay), dalam kategori lelaki, wanita dan campuran. Para peserta solo memilih daripada tiga tahap kesukaran: Permulaan (Tahap 1), Pertengahan (Tahap 2) dan Mahir (Tahap 3) - memastikan semua individu, dari pelbagai latar belakang boleh menyertai acara ini dengan lebih bermakna dan kompetitif.

Menurut Jeff Ross, Pengurus Besar Fresh Events Asia, daya tarikan REDLINE Fitness Games terletak pada gabungan intensiti fizikal dan semangat komuniti.

“Setiap tahun, REDLINE Fitness Games mengingatkan kita tentang semangat kental dan sokongan sesama peserta. Sejak mula lagi, REDLINE Fitness Games bukan sekadar sebuah acara kecergasan, ia adalah ruang yang dicipta bagi semua, sama ada atlet berpengalaman atau peserta kali pertama untuk menjadi sebahagian daripada satu gerakan yang lebih besar,” kata beliau.

“Kami juga amat menghargai sokongan berterusan daripada NISSAN, MyCEB, Concept2 dan semua rakan kongsi serta pempamer yang menjayakan REDLINE Fitness Games di Malaysia.”

Kembalinya NISSAN sebagai penaja utama acara ini adalah bukti kukuh keserasian jenama tersebut dengan nilai-nilai REDLINE Fitness Games. Menurut Khoo Cheng Pah, Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, penglibatan berterusan NISSAN mencerminkan komitmen mereka dalam mempromosikan kekuatan, ketahanan, dan keberanian – semua kualiti utama yang menjadi teras kepada kedua-dua REDLINE Fitness Games dan juga rangkaian produk NISSAN.

”Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada REDLINE Fitness Games sekali lagi! Secara dasarnya, REDLINE Fitness Games adalah tentang melangkaui had prestasi diri. Semangat dan usaha gigih untuk mencapai prestasi tertinggi ini mencerminkan aspirasi NISSAN dalam setiap apa yang kami bina dan lakukan – iaitu sentiasa berkembang dan menjadi lebih baik. Kerjasama ini menjadi amat bermakna buat kami kerana ia lahir daripada wawasan yang dikongsi bersama untuk melangkah lebih jauh,” tambah beliau.

REDLINE Fitness Games 2025 turut mendapat sokongan daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

“Kami gembira dapat menyokong REDLINE Fitness Games yang kini berkembang menjadi acara kecergasan ikonik di Malaysia dan rantau ini. Acara ini mencerminkan pengalaman dinamik berfokus komuniti yang selari dengan misi kami untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk acara sukan dan gaya hidup bertaraf dunia. Kami amat berbesar hati dapat menyumbang kepada kejayaan berterusan acara ini. Dengan sokongan strategik dan maklumat terperinci yang kami berikan, kami memastikan para peserta dapat menikmati pengalaman yang selamat, bermanfaat, dan kaya dengan elemen budaya,” kata Tan Mei Phing, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB.

Edisi ketiga REDLINE Fitness Games di Malaysia telah pun menjadi pembuka tirai bagi mengembangkan jenama ini ke seluruh rantau Asia Tenggara. Pada Disember 2025 kelak, Bangkok pula akan menjadi tuan rumah REDLINE Fitness Games buat kali pertama, diikuti oleh Vietnam pada awal 2026.


Istilah ‘REDLINE’ merujuk kepada had prestasi maksimum, sama seperti enjin kereta yang dipacu ke tahap tertinggi. Dalam REDLINE Fitness Games, peserta telah digalakkan untuk mengenal pasti had kemampuan iaitu “REDLINE” masing-masing dan seterusnya mencabar had fizikal dan mental mereka.

REDLINE Fitness Games by NISSAN terus mengembangkan potensi bagi acara kecergasan yang berasaskan komuniti. Ia bukan sekadar pertandingan tetapi pengalaman yang mencabar dari segi fizikal, memberi kepuasan emosi, dan mencetuskan inspirasi.

Untuk maklumat lanjut tentang acara tersebut, sila layari www.redlinefitnessgames.com.