Thursday, August 7, 2025

Astro Raikan Perpaduan Dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Menerusi Kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’

Hi Korang,

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, Astro melancarkan kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2025. 


Sasaran pelancaran kempen ini adalah untuk meraikan kepelbagaian dan perpaduan yang telah memberikan impak positif dalam masyarakat. Antara inisiatif menarik yang dibawakan menerusi kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ adalah ‘KITA Channel’ (saluran 100), lagu tema ‘Bangkit Malaysia’ yang dinyanyikan oleh Hael Husaini, acara ‘Hello Inilah KITA’, siaran ‘KITA FM’ dan banyak lagi.


Menurut Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Astro, “Kami meneruskan naratif ‘Inilah KITA’ pada tahun ini dengan mengangkat tema ‘Sehati Bersama’, membawakan penceritaan yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian. Menerusi ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’, kisah kebersamaan yang ditonjolkan seperti berkongsi juadah makanan, menggunakan ruang komuniti yang sama, dan kerjasama seni kreatif, kami membawakan kepada anda semua momen indah yang selama ini telah menghubungkan kita, dan mengingatkan bahawa walaupun kita hidup dalam perbezaan latar budaya, namun perkongsian momen berharga ini menjadikan semua sebagai satu. Sepanjang berlangsung, kami membawakan semangat ‘Sehati Bersama’ kepada rakyat Malaysia menerusi filem-filem dan drama terbaik di ‘KITA Channel’, mendengar lagu tema ‘Inilah KITA’, turun menyertai acara ‘Hello Inilah KITA’ bagi meraikan bakat tempatan, serta mendengar celoteh DJ kegemaran anda di radio menerusi ‘KITA FM’.”

Sebagai siaran jenama Malaysia, Astro dengan bangga mempersembahkan ‘KITA Channel’ (saluran 100) – saluran khas sempena bulan kebangsaan, menghimpunkan program-program terbaik buatan Malaysia dan pilihan rakyat Malaysia. Bermula 15 Ogos hingga 17 September, saksikan lebih daripada 50 rancangan istimewa merangkumi filem, drama, rancangan realiti, dan dokumentari, yang mengangkat kisah rakyat, semangat patriotisme, serta kejayaan kandungan tempatan yang telah mencorak hiburan negara. Nikmati semua ini di ‘KITA Channel’ (saluran 100), On Demand, sooka dan NJOI.



Bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan, para pelanggan berpeluang untuk menonton tayangan perdana bagi telefilem baru Merdeka di ‘KITA Channel’ (saluran 100), seperti Kita Bukan Data, Mariam Meenachi, Rombengan, Wasiat Ayah, dan Daddy Naik Sheikh, dengan menampilkan barisan pelakon tempatan terkenal seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Que Haidar, Yasmin Hani, MK K-Clique, Andy Teh, Lim Mei Fen, Mandy Choong, Irfan Zaini, Malarvili Shanmugam, Myra Afrina, Eugene Song Yi dan ramai lagi. ‘KITA Channel’ turut membawakan konsert-konsert eksklusif daripada barisan penghibur terkemuka tanah air, seperti Slam X Exist: Our Journey, dan Konsert Hael Husaini & The Repertoire, sebagai penghargaan terhadap bakat dan karya anak Malaysia.

Bersempena sambutan bulan Kemerdekaan tahun ini, Astro membawakan kepada anda ‘Kisah Perpaduan Inilah KITA’ sebagai simbol kepada pelancaran rasmi sambutan Merdeka 2025. Membawakan semangat kebersamaan yang sebenar menerusi 3 dokumentari pendek ini, Astro mengangkat kisah-kisah sebenar masyarakat Malaysia yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian dengan mengabdikan setiap dari kisah ini dalam bentuk dokumentari.

‘Kisah Perpaduan Inilah KITA’ kini boleh ditonton di platform YouTube Astro Malaysia mulai 7 Ogos 2025, pada jam 9 malam. Dokumentari tersebut mengisahkan:

Famili Ikat Tepi – Sebuah kopitiam berusia lebih 100 tahun yang menjadi simbol perpaduan, bukan sekadar kerana makanannya, tetapi kerana hubungan erat antara pelanggan pelbagai bangsa dan pemiliknya.

Tempat Letak Harmoni – Di Lutong, Sarawak, Masjid al-Naim dan Gereja The Good Shepherd berkongsi kawasan parkir sebagai simbol keharmonian antara penduduk Muslim dan Kristian. Setiap minggu, mereka bergilir menggunakan ruang parkir sebagai tanda saling menghormati.

Seni Berkawan – Tiga artis tempatan dari latar budaya dan gaya berbeza bergabung dalam satu projek seni yang meraikan perpaduan Malaysia. Mereka berkongsi lebih daripada kanvas dan warna — mereka berkongsi cerita, budaya, dan perspektif.

Rakyat Malaysia turut dijemput untuk hadir bersama-sama meraikan bakat tempatan di acara ‘Hello Inilah KITA’ pada 23 dan 24 Ogos 2025. Acara ini menyatukan rakyat Malaysia melalui kuasa penceritaan, muzik dan budaya. Acara ini menampilkan selebriti pelbagai bangsa antaranya Mira Filzah, Hun Haqeem, Ayda Jebat, Uriah, Nicole Lai, Rubini, dan Sara Baskin sebagai simbol perpaduan dan mencerminkan kepelbagaikan dalam hiburan tempatan di Malaysia.

Buat pendengar setia radio, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti siaran langsung ‘KITA FM’ dari Putrajaya sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2025. Siaran ini menampilkan gabungan penyampai radio popular dari stesen Astro Audio seperti ERA, Sinar, MY FM, HITZ, dan RAAGA, bersama penyampai dari stesen RTM seperti KL FM, Selangor FM, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM. 
Siaran ini diteruskan dengan jelajah ke 13 negeri oleh semua stesen Astro Audio bermula dari 1 September dan akan berakhir di Pulau Pinang pada 16 September sempena Hari Malaysia dengan bas ‘KITA FM Hop On Hop Off’. ‘KITA FM’ menyasarkan untuk mencipta satu lagi rekod dalam “Malaysia Book of Records” melalui kempen bermakna ini, menjadikannya satu perjalanan yang pasti tidak akan dilupakan.

Bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan meraikan bakat tempatan, rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lagu tema ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’. Lagu berjudul ‘Bangkit Malaysia’ ini akan dinyanyikan oleh Hael Husaini dan boleh distrim tidak lama lagi di semua platform kegemaran anda.

Rakyat Malaysia dijemput untuk menyemarakkan lagi perpaduan dengan menyertai ‘KITA Run’ yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2025 di Serenia City Central Park, Nilai. Acara inklusif ini menjanjikan hari penuh keseronokan untuk seisi keluarga dengan aktiviti larian sejauh 5KM dan juga 10KM, karnival gerai-gerai yang menarik, dan berhibur di konsert bersama artis-artis terpilih. Maklumat lanjut ‘KITA Run’ akan diumumkan kelak dari semasa ke semasa.

Raikan semangat ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ dengan Astro sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia ini. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. 

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran kempen Inilah KITA sila layari http://www.astro.com.my/InilahKITA


Wednesday, August 6, 2025

IHH Media Health Hunt Challenge : Peluang Media Jelajah Kenali Lebih Dekat

Hi Korang,

Dapat mengenali IHH Healthcare Malaysia dengan lebih dekat terutama dari segi servis perkhidmatan kesihatan swasta terbesar di negara ini merupakan satu peluang cukup bermakna. Satu program Media Health Hunt Challenge menghimpunkan lebih 40 pengamal media dari 20 organisasi utama tanah air telah dilaksanakan pada 6 Ogos 2025.


Program sehari ini memberi peluang kepada para media untuk menerokai enam hospital swasta terkemuka di kawasan Lembah Klang di bawah IHH Healthcare. 

Antaranya seperti:-

· Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

· Hospital Pantai Ampang

· Hospital Pantai Cheras

· Hospital Pantai Klang

· Hospital Pantai Kuala Lumpur

· Pusat Perubatan Prince Court


Melihat Lebih Dekat Perbezaan IHH Healthcare


Menurut Erica Lam, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau IHH Healthcare Malaysia, program ini direka bagi membolehkan media merasai sendiri pengalaman perubatan unik yang ditawarkan oleh IHH.

Kami mahu media melihat sendiri bagaimana kami menyediakan penjagaan peribadi bertaraf tinggi, didorong oleh kecemerlangan klinikal dan komitmen terhadap kesejahteraan pesakit.

Beliau turut menjelaskan bahawa kesemua hospital terbabit beroperasi sebagai satu sistem yang saling berhubung dengan sistem rujukan dalaman tersusun bagi memastikan rawatan yang cepat, tepat dan berkesan.

Pengenalan Teknologi Terkini & Perkhidmatan Terbaik di Setiap Lokasi


Dr Shuba Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif Prince Court Medical Centre, menyifatkan program ini sebagai satu pengalaman interaktif dan menyeronokkan. Lengkap dengan pencarian lokasi, penerokaan kepakaran klinikal dan teknologi hospital serta pertemuan bersama pasukan pakar.




Antara kemudahan dan inovasi teknologi terkini yang kita boleh dapati di IHH Healthcare

· Ambulans Motosikal Elektrik Pertama di Malaysia.

· Kolam Hidroterapi Moden & Wad Pediatrik Pintar berasaskan suara (Prince Court)

· Lounge Premier untuk Pesakit Antarabangsa (Prince Court)

· Mako SmartRobotics™ & EksoNR robotic exoskeleton (Gleneagles Kuala Lumpur)

· Makmal Kateterisasi Jantung & Kardiologi Intervensi (Pantai Klang)

· Perkhidmatan Kecemasan Jantung 24/7 & Cath Lab (Pantai Ampang)

· Rawatan Radiosurgeri Gamma Knife, Pusat Tangan & Pusat Penjagaan Payudara (Pantai Kuala Lumpur)

Komited terhadap Rawatan Menyeluruh


IHH Healthcare senyiasa bersiap sedia menawarkan kepakaran dalam bidang kanser, jantung, ortopedik dan perkhidmatan kecemasan. Begitu juga dengan kepakaran lain seperti:Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik. Bedah Saraf serta Pemulihan Perubatan.

Berprinsipkan merawat sehingga pulih, IHH healthcare sentiasa memastikan setiap pesakit mendapat rawatan berkualiti dan disokong pakar pelbagai bidang.

IHH Healthcare di Seluruh Negara


Sehingga kini HH Healthcare Malaysia telah mengendalikan 18 hospital di seluruh negara iaitu

· Hospital Gleneagles

· Hospital Island

· Hospital Pantai

· Pusat Perubatan Prince Court

· Pusat Perubatan Timberland


Menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan terbaik, kepakaran yang diyakini bersama kemudahan canggih, sekaligus menjadikan IHH Healthcare antara rangkaian hospital swasta paling dipercayai di Malaysia.


Tuesday, August 5, 2025

Yayasan MR D.I.Y. dinobatkan ‘Yayasan Terbaik Tahunan’ untuk kali kedua berturut-turut di CSR Malaysia Awards 2025

Hi Korang,

Cabang amal Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, Yayasan MR D.I.Y., sekali lagi menerima pengiktirafan tertinggi apabila dinobatkan sebagai Yayasan Terbaik Tahunan [Peruncit Perkakas Rumah] – Anugerah Kepimpinan Kebajikan Komuniti di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025 baru-baru ini.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Yayasan MR D.I.Y. menerima gelaran ‘Yayasan Terbaik Tahunan’ yang berprestij itu. Pada 2024, Yayasan tersebut telah menerima pengiktirafan untuk Semangat Komuniti Cemerlang.

Anugerah tahunan yang dianjurkan oleh CSR Malaysia di bawah Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia itu bertujuan mengiktiraf organisasi di Malaysia yang menunjukkan kepimpinan dalam memacu kemajuan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Para pemenang dinilai oleh panel hakim profesional dari sektor korporat dan sosial berdasarkan matlamat CSR yang jelas, impak yang boleh diukur, konsistensi, ketelusan, kreativiti, kebolehan pasukan dan keikhlasan pelaksanaan.

Yayasan MR D.I.Y. menerima anugerah Yayasan Terbaik Tahunan [Peruncit Perkakas Rumah] – Anugerah Kepimpinan Kebajikan Komuniti di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025. Dato’ Seri CP Loo, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MR D.I.Y. (tengah) menerima anugerah dari Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (dua dari kiri). Turut bergambar: Pengerusi CSR Malaysia, Dato’ R. Rajendran (kiri), Zaleha Mohd Mydin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y. (dua dari kanan), dan Pengerusi Bersama merangkap Ketua Pengarang CSR Malaysia, Lee Seng Chee (kanan).


Majlis anugerah tersebut telah diadakan pada 17 Julai 2025 di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Mengulas mengenai pengiktirafan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata, “Anugerah ini adalah bukti dedikasi dan keprihatinan setiap anggota Yayasan MR D.I.Y. dan Kumpulan MR D.I.Y. Ia mencerminkan komitmen bersama kami untuk berkhidmat kepada komuniti dengan integriti, belas ihsan dan matlamat yang jelas. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur dan panel juri CSR Malaysia Awards, serta kepada Kumpulan MR D.I.Y. atas kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Kami amat berbesar hati atas penghormatan ini dan akan terus menggiatkan usaha kami dalam membawa perubahan positif yang berkekalan demi masa depan yang lebih baik dan negara Malaysia yang lebih sejahtera.”

Ditubuhkan pada Jun 2023, Yayasan MR D.I.Y. menerajui inisiatif impak komuniti bagi Kumpulan MR D.I.Y. Pada tahun 2024, Yayasan ini telah melaksanakan pelbagai program yang memberi impak positif kepada lebih 95,000 individu di seluruh negara. Yayasan MR D.I.Y. komited untuk terus memperluas jangkauannya serta memacu pembangunan lestari yang memberi manfaat kepada komuniti di seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat Yayasan MR D.I.Y., layari laman web rasmi MR D.I.Y. di www.mrdiy.com atau ikuti saluran media sosialnya di Facebook, Instagram, dan TikTok.