Wednesday, June 11, 2025

MALF 2025 (Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia 2025) Menuju Ke Sepang – Sambutan Penuh Aksi Yang Menggabungkan Kelajuan, Budaya Dan Komuniti

Hi Korang,

Acara automotif yang paling dinanti-nantikan di Malaysia, menggabungkan kelajuan, gaya dan identiti budaya, kini memecut ke tahap maksimum. Kemuncak Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025 bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang selama dua hari penuh aksi pada 14 & 15 Jun 2025, menghimpunkan sukan permotoran, budaya pop, warisan tradisional dan aktiviti mesra keluarga serta menjadikannya sebuah acara yang pasti terpahat dalam ingatan.


Tidak seperti ekspo automotif biasa, MALF 2025 adalah festival tempatan yang meraikan identiti Malaysia Madani di pentas serantau dengan pelbagai persembahan budaya tradisional mewakili semua etnik utama di Malaysia.


Antara tarikannya termasuk demonstrasi drift, pameran kereta retro dan perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 800 kereta dipamerkan. Peminat juga boleh menikmati hari litar rasmi, aksi demo oleh pemandu lagenda dan akses eksklusif ke kawasan pit.




Untuk memastikan Festival Automotif & Gaya Hidup Malaysia 2025 lebih seronok dan dapat dinikmati oleh semua, kami ingin mengumumkan bahawa kemasukan adalah percuma!

Namun, kemeriahan tidak terhenti hidup yang penuh dengandi litar sahaja. Edisi tahun ini menyediakan pelbagai citarasa makanan di bazaar, menampilkan suasana hebat dan gaya hidup yang penuh dengan keceriaan.


Penonton juga akan terpesona dengan barisan persembahan budaya tradisional yang dinamik dan persembahan dram yang memukau, meraikan kepelbagaian warisan dan budaya Malaysia — termasuk tarian etnik pribumi Borneo dan persembahan etnik dari seluruh negeri.

“Festival MALF 2025 ini mencerminkan siapa kita sebagai sebuah negara hari ini.: sebuah masyarakat berbilang kaum, bertenaga dan sentiasa maju ke hadapan. Ia meraikan semua rakyat Malaysia, dan kami berbesar hati dapat menganjurkannya,” jelas Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur Utama MALF 2025.

Pengaruh Serantau yang Kian Meningkat
Pengaruh Serantau yang Kian Meningkat MALF 2025 semakin mendapat perhatian meluas di peringkat serantau, dengan penyertaan yang memberangsangkan dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. Pertambahan penyertaan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu perhimpunan gaya hidup otomotif paling meriah dan dinamik di Asia Tenggara.

Keluarga Diutamakan, Festival Tanpa Henti
Bukan hanya untuk peminat permotoran, MALF 2025 juga destinasi terbaik untuk pilihan keluarga. Festival ini dirancang dengan teliti bagi memastikan pengalaman yang menyeronokkan dan selesa untuk semua pengunjung, terdapat zon kanak-kanak dan ruang eksklusif wanita lengkap dengan urutan serta penjagaan kuku, serta yang meriah menampilkan produk tempatan, fesyen, dan pelbagai pilihan vendor makanan dan minuman. Tarikan lain termasuklah Auto Icons Show, Festival Motosikal dan Larian Kopi.


Jadikan hujung minggu Hari Bapa ini luar biasa dengan gabungan kereta, budaya dan keseronokan keluarga yang sukar dilupakan di MALF 2025!

Ikuti @malfestivalmy di Instagram dan Facebook untuk info terkini, sorotan jelajah menarik dan maklumat lengkap festival.

Jun ini, bukan enjin sahaja dihidupkan - malahan menggerakkan semangat baharu!


Monday, June 9, 2025

Tealive lancar sachet 3-dalam-1 untuk ‘kenikmatan bila-bila masa’

Hi Korang,

Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, kini secara rasmi melangkah ke pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan pelancaran rangkaian minuman sachet 3-dalam-1 pertamanya. Menerusi varian teh susu, kopi dan coklat, sachet ini menawarkan rasa lazat setaraf kafe yang boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua. Majlis pelancaran telah diadakan hari ini di IOI City Mall bersempena dengan pelancaran menu baharu Tealive.


Bekas Menteri dan “podcaster” terkenal, Khairy Jamaluddin yang juga penyokong kuat inovasi dan keusahawanan tempatan, telah merasmikan pelancaran ini. “Perjalanan Tealive daripada kiosk ke rumah pengguna bukan sekadar evolusi perniagaan, tetapi perubahan budaya. Ini adalah detik kebanggaan bagi inovasi Malaysia. Kita bukan sahaja mengeksport produk, tetapi juga gaya hidup dan identiti kita.” kata Khairy


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Loo, menyifatkan pelancaran ini sebagai bab baharu yang berani buat Tealive serta langkah strategik untuk memastikan jenama ini kekal relevan dengan perubahan gaya hidup ke arah kemudahan dan penggunaan di rumah. “Kami mahu menjadikan rasa kegemaran Tealive lebih mudah diakses oleh para peminat kami. Rangkaian 3-dalam-1 ini membawa detik istimewa Tealive ke dalam rutin harian — sama ada ketika dalam perjalanan, di tempat kerja atau berehat di rumah,” kata Loo.

Rangkaian baharu ini akan mula dijual secara eksklusif di AEON dan cawangan Tealive di seluruh negara serta platform e-dagang mulai 15 Jun, sebelum diperluaskan ke lebih banyak saluran runcit pada Julai. Setiap kotak dijual pada harga RM12.90 dan mengandungi lima hingga enam sachet yang dibuat menggunakan bahan premium untuk rasa yang kaya, berkrim dan asli. Barisan penuh termasuk:

1. Teh Susu: Teh Susu Signature, Teh Matcha, Teh Tarik
2. Kopi: Kopi Signature, Caramel Macchiato, Kopi Hazelnut
3. Coklat: Coklat Signature, Coklat Gelap, Coklat Hazelnut

Loo berkata, “Kami tahu sachet ini perlu lebih daripada sekadar sedap — ia perlu menghadirkan pengalaman positif penuh seperti di Tealive dengan setiap tegukan. Maka kami melabur dalam mendapatkan bahan-bahan berkualiti tinggi dan profil rasa yang menyerupai apa yang anda rasai di cawangan kami.”

Minuman sachet Tealive ini disasarkan untuk menonjol dalam landskap FMCG yang kompetitif. Loo menyatakan kepercayaan jenama, inovasi rasa, integriti bahan dan hubungan emosi dengan pengguna sebagai pembeza utama. “Kami membina Tealive sebagai jenama gaya hidup, bukan sekadar produk. Hubungan ini memastikan pembelian berulang dan kesetiaan jangka panjang. Tambahan pula, ia bukan sahaja tentang kemudahan — tetapi menunjukkan bahawa produk buatan Malaysia setaraf dunia. Menyokong jenama tempatan bukan sahaja tindakan patriotik; ia adalah pilihan bijak apabila kualitinya terbukti,” tambah Loo.


Khairy turut menyokong kenyataan tersebut dengan berkata, “Kita perlukan lebih banyak jenama Malaysia seperti Tealive yang memimpin dengan kebanggaan dan keaslian. Menyokong jenama tempatan bukan sekadar semangat patriotik — ia menyokong pekerjaan, impian dan masa depan ekonomi kita. Ayuh kita buat pilihan dengan lebih bijak dan sokong inovator yang membentuk Malaysia masa depan.”

Khairy turut memuji semangat keusahawanan Tealive dan komitmennya terhadap inovasi tempatan. “Sebagai seseorang yang sentiasa menyokong jenama Malaysia untuk berkembang, saya bangga menyaksikan evolusi seterusnya Tealive. Kita ada bakat, idea dan ketabahan. Apa yang diperlukan kini ialah kepercayaan kolektif dan sokongan strategik untuk berkembang ke peringkat serantau dan global.”

Menurut Frost & Sullivan, segmen kedai teh di Malaysia dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 9.6% dari 2024 hingga 2029, melepasi pertumbuhan industri minuman secara keseluruhan. Tealive berada dalam posisi baik untuk memanfaatkan pertumbuhan runcit dan FMCG ini.


Majlis pelancaran turut memperkenalkan pembaharuan menu yang menarik. Bagi pelanggan yang mencari pilihan lebih ringan, Tealive memperkenalkan kategori baharu teh susu ringan, direka khas untuk penggemar teh yang mementingkan kesihatan. Minuman kegemaran ramai, Bang Bang, kembali dengan formulasi baharu yang lebih kaya dan berkrim, manakala teh Da Hong Pao dan siri Snowy baharu menambah pengalaman rasa premium. Loo menjelaskan, “Pembaharuan menu ini adalah untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup dan cita rasa yang semakin berubah. Dari yang indulgent hingga yang seimbang, kami pastikan ada sesuatu untuk semua orang.”

Sebagai pelengkap kepada pengumuman produk, Tealive turut mengumumkan kerjasama eksklusif bersama jenama tempatan Malaysia bagi mengeluarkan barangan edisi terhad. Kolaborasi ini diraikan bagi menghargai kreativiti, warisan dan kebanggaan Malaysia.


Sunday, June 8, 2025

guardian Malaysia Menang Besar Raih Anugerah Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia)

Hi Korang,

guardian Malaysia mencatat kejayaan besar apabila diumumkan sebagai Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia) di majlis anugerah Retail Asia Awards 2025, yang berlangsung pada 4 Jun 2025 di Pusat Ekspo & Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura. Kemenangan sulung ini merupakan pencapaian tertinggi bagi guardian Malaysia, sekaligus menjadi detik kemuncak pengiktirafan dalam kalangan peruncit kesihatan dan kecantikan dari Malaysia di peringkat serantau.


Bercakap di acara anugerah tersebut, Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia berkata, “Kemenangan ini mengiktiraf guardian Malaysia sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 tanah air. Sejak cawangan pertama kami dibuka 58 tahun lalu, ahli pasukan kami di semua peringkat telah menggandakan usaha sepanjang tahun lalu untuk memberikan imej yang lebih segar, pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta pengalaman membeli-belah yang lebih memuaskan kepada pelanggan. Kami bekerja setiap hari dengan misi untuk menyediakan pilihan terbaik kepada pelanggan kami dalam sektor industri yang sangat kompetitif ini.”

Selain anugerah utama, guardian Malaysia turut merangkul dua lagi anugerah berprestij iaitu Health & Wellness Initiative of the Year (Malaysia) dan Supply Chain Innovation of the Year (Malaysia).

Kejayaan memenangi ketiga-tiga anugerah ini memperkukuhkan pendekatan guardian Malaysia yang berteraskan keperluan pelanggan dalam semua inisiatif inovasi - dari dalam organisasi hingga ke barisan hadapan. Usaha membina jenama, kolaborasi strategik dengan pembekal dan penyewa, serta pendekatan saluran-omni sepanjang tahun lalu, semuanya direka dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada pelanggan. Inilah faktor utama yang meletakkan guardian Malaysia di tangga teratas sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1.


“Semuanya adalah tentang pelanggan kami. Kami ingin mereka rasa dihargai, kami ingin mereka belajar dan berkembang, kami ingin mereka terlibat secara aktif, dan kami ingin mereka datang kepada kami untuk semua keperluan kesihatan dan kecantikan mereka! Kami benar-benar ingin berjaya bersama pelanggan kami!” tambah Priscilla.

Retail Asia Awards merupakan acara tahunan berprestij yang mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang, inovasi serta kecemerlangan dalam industri peruncitan di seluruh rantau Asia-Pasifik. Pemain utama industri peruncitan dari pelbagai kategori – termasuk pasar raya besar, pasar raya, farmasi, peruncit kesihatan dan kecantikan serta lain-lain – bersaing setiap tahun untuk merebut anugerah ini.

Barisan juri bagi anugerah ini terdiri daripada pakar-pakar berpengalaman dari pelbagai latar belakang, dipilih untuk memastikan ketepatan tertinggi dan tahap keadilan yang seimbang. Barisan juri terkemuka bagi edisi tahun ini termasuk David Eu dari RSM Singapore, Anson Bailey dari KPMG, Olivier Gergele dari EY-Parthenon, Quan Yao Peh dari Euromonitor International, Brian Man dari PWC dan Siddarth Pathak dari Kearney.

guardian telah giat berinteraksi dengan para pelanggannya sejak beberapa bulan kebelakangan ini: daripada pelancaran kempen Own Your Beautiful hinggalah inisiatif kesejahteraan Get.Set.Glow! yang memenangi anugerah, kempen #IYKYK yang menampilkan jenama terkini dan terhangat di stor, guardian Awards Beauty & Wellness, Love is in the Hair serta program #LoveforLocal.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua di seluruh Malaysia kerana memilih kami, guardian Malaysia, sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 anda! Walaupun kami mungkin bukan pemain terbesar di pasaran, kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat pilihan yang bermakna. Dengan kemenangan ini, kami komited untuk terus memberikan pilihan terbaik, penjagaan terbaik dan nilai terbaik untuk anda dan orang tersayang,” kata Priscilla mengakhiri.



#guardianNo1
#ThankYouMalaysia
#H&BRetailerOfTheYear
#OwnYourBeautiful
#MYguardian