Monday, June 9, 2025

Tealive lancar sachet 3-dalam-1 untuk ‘kenikmatan bila-bila masa’

Hi Korang,

Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, kini secara rasmi melangkah ke pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan pelancaran rangkaian minuman sachet 3-dalam-1 pertamanya. Menerusi varian teh susu, kopi dan coklat, sachet ini menawarkan rasa lazat setaraf kafe yang boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua. Majlis pelancaran telah diadakan hari ini di IOI City Mall bersempena dengan pelancaran menu baharu Tealive.


Bekas Menteri dan “podcaster” terkenal, Khairy Jamaluddin yang juga penyokong kuat inovasi dan keusahawanan tempatan, telah merasmikan pelancaran ini. “Perjalanan Tealive daripada kiosk ke rumah pengguna bukan sekadar evolusi perniagaan, tetapi perubahan budaya. Ini adalah detik kebanggaan bagi inovasi Malaysia. Kita bukan sahaja mengeksport produk, tetapi juga gaya hidup dan identiti kita.” kata Khairy


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Loo, menyifatkan pelancaran ini sebagai bab baharu yang berani buat Tealive serta langkah strategik untuk memastikan jenama ini kekal relevan dengan perubahan gaya hidup ke arah kemudahan dan penggunaan di rumah. “Kami mahu menjadikan rasa kegemaran Tealive lebih mudah diakses oleh para peminat kami. Rangkaian 3-dalam-1 ini membawa detik istimewa Tealive ke dalam rutin harian — sama ada ketika dalam perjalanan, di tempat kerja atau berehat di rumah,” kata Loo.

Rangkaian baharu ini akan mula dijual secara eksklusif di AEON dan cawangan Tealive di seluruh negara serta platform e-dagang mulai 15 Jun, sebelum diperluaskan ke lebih banyak saluran runcit pada Julai. Setiap kotak dijual pada harga RM12.90 dan mengandungi lima hingga enam sachet yang dibuat menggunakan bahan premium untuk rasa yang kaya, berkrim dan asli. Barisan penuh termasuk:

1. Teh Susu: Teh Susu Signature, Teh Matcha, Teh Tarik
2. Kopi: Kopi Signature, Caramel Macchiato, Kopi Hazelnut
3. Coklat: Coklat Signature, Coklat Gelap, Coklat Hazelnut

Loo berkata, “Kami tahu sachet ini perlu lebih daripada sekadar sedap — ia perlu menghadirkan pengalaman positif penuh seperti di Tealive dengan setiap tegukan. Maka kami melabur dalam mendapatkan bahan-bahan berkualiti tinggi dan profil rasa yang menyerupai apa yang anda rasai di cawangan kami.”

Minuman sachet Tealive ini disasarkan untuk menonjol dalam landskap FMCG yang kompetitif. Loo menyatakan kepercayaan jenama, inovasi rasa, integriti bahan dan hubungan emosi dengan pengguna sebagai pembeza utama. “Kami membina Tealive sebagai jenama gaya hidup, bukan sekadar produk. Hubungan ini memastikan pembelian berulang dan kesetiaan jangka panjang. Tambahan pula, ia bukan sahaja tentang kemudahan — tetapi menunjukkan bahawa produk buatan Malaysia setaraf dunia. Menyokong jenama tempatan bukan sahaja tindakan patriotik; ia adalah pilihan bijak apabila kualitinya terbukti,” tambah Loo.


Khairy turut menyokong kenyataan tersebut dengan berkata, “Kita perlukan lebih banyak jenama Malaysia seperti Tealive yang memimpin dengan kebanggaan dan keaslian. Menyokong jenama tempatan bukan sekadar semangat patriotik — ia menyokong pekerjaan, impian dan masa depan ekonomi kita. Ayuh kita buat pilihan dengan lebih bijak dan sokong inovator yang membentuk Malaysia masa depan.”

Khairy turut memuji semangat keusahawanan Tealive dan komitmennya terhadap inovasi tempatan. “Sebagai seseorang yang sentiasa menyokong jenama Malaysia untuk berkembang, saya bangga menyaksikan evolusi seterusnya Tealive. Kita ada bakat, idea dan ketabahan. Apa yang diperlukan kini ialah kepercayaan kolektif dan sokongan strategik untuk berkembang ke peringkat serantau dan global.”

Menurut Frost & Sullivan, segmen kedai teh di Malaysia dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 9.6% dari 2024 hingga 2029, melepasi pertumbuhan industri minuman secara keseluruhan. Tealive berada dalam posisi baik untuk memanfaatkan pertumbuhan runcit dan FMCG ini.


Majlis pelancaran turut memperkenalkan pembaharuan menu yang menarik. Bagi pelanggan yang mencari pilihan lebih ringan, Tealive memperkenalkan kategori baharu teh susu ringan, direka khas untuk penggemar teh yang mementingkan kesihatan. Minuman kegemaran ramai, Bang Bang, kembali dengan formulasi baharu yang lebih kaya dan berkrim, manakala teh Da Hong Pao dan siri Snowy baharu menambah pengalaman rasa premium. Loo menjelaskan, “Pembaharuan menu ini adalah untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup dan cita rasa yang semakin berubah. Dari yang indulgent hingga yang seimbang, kami pastikan ada sesuatu untuk semua orang.”

Sebagai pelengkap kepada pengumuman produk, Tealive turut mengumumkan kerjasama eksklusif bersama jenama tempatan Malaysia bagi mengeluarkan barangan edisi terhad. Kolaborasi ini diraikan bagi menghargai kreativiti, warisan dan kebanggaan Malaysia.


Sunday, June 8, 2025

guardian Malaysia Menang Besar Raih Anugerah Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia)

Hi Korang,

guardian Malaysia mencatat kejayaan besar apabila diumumkan sebagai Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia) di majlis anugerah Retail Asia Awards 2025, yang berlangsung pada 4 Jun 2025 di Pusat Ekspo & Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura. Kemenangan sulung ini merupakan pencapaian tertinggi bagi guardian Malaysia, sekaligus menjadi detik kemuncak pengiktirafan dalam kalangan peruncit kesihatan dan kecantikan dari Malaysia di peringkat serantau.


Bercakap di acara anugerah tersebut, Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia berkata, “Kemenangan ini mengiktiraf guardian Malaysia sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 tanah air. Sejak cawangan pertama kami dibuka 58 tahun lalu, ahli pasukan kami di semua peringkat telah menggandakan usaha sepanjang tahun lalu untuk memberikan imej yang lebih segar, pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta pengalaman membeli-belah yang lebih memuaskan kepada pelanggan. Kami bekerja setiap hari dengan misi untuk menyediakan pilihan terbaik kepada pelanggan kami dalam sektor industri yang sangat kompetitif ini.”

Selain anugerah utama, guardian Malaysia turut merangkul dua lagi anugerah berprestij iaitu Health & Wellness Initiative of the Year (Malaysia) dan Supply Chain Innovation of the Year (Malaysia).

Kejayaan memenangi ketiga-tiga anugerah ini memperkukuhkan pendekatan guardian Malaysia yang berteraskan keperluan pelanggan dalam semua inisiatif inovasi - dari dalam organisasi hingga ke barisan hadapan. Usaha membina jenama, kolaborasi strategik dengan pembekal dan penyewa, serta pendekatan saluran-omni sepanjang tahun lalu, semuanya direka dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada pelanggan. Inilah faktor utama yang meletakkan guardian Malaysia di tangga teratas sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1.


“Semuanya adalah tentang pelanggan kami. Kami ingin mereka rasa dihargai, kami ingin mereka belajar dan berkembang, kami ingin mereka terlibat secara aktif, dan kami ingin mereka datang kepada kami untuk semua keperluan kesihatan dan kecantikan mereka! Kami benar-benar ingin berjaya bersama pelanggan kami!” tambah Priscilla.

Retail Asia Awards merupakan acara tahunan berprestij yang mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang, inovasi serta kecemerlangan dalam industri peruncitan di seluruh rantau Asia-Pasifik. Pemain utama industri peruncitan dari pelbagai kategori – termasuk pasar raya besar, pasar raya, farmasi, peruncit kesihatan dan kecantikan serta lain-lain – bersaing setiap tahun untuk merebut anugerah ini.

Barisan juri bagi anugerah ini terdiri daripada pakar-pakar berpengalaman dari pelbagai latar belakang, dipilih untuk memastikan ketepatan tertinggi dan tahap keadilan yang seimbang. Barisan juri terkemuka bagi edisi tahun ini termasuk David Eu dari RSM Singapore, Anson Bailey dari KPMG, Olivier Gergele dari EY-Parthenon, Quan Yao Peh dari Euromonitor International, Brian Man dari PWC dan Siddarth Pathak dari Kearney.

guardian telah giat berinteraksi dengan para pelanggannya sejak beberapa bulan kebelakangan ini: daripada pelancaran kempen Own Your Beautiful hinggalah inisiatif kesejahteraan Get.Set.Glow! yang memenangi anugerah, kempen #IYKYK yang menampilkan jenama terkini dan terhangat di stor, guardian Awards Beauty & Wellness, Love is in the Hair serta program #LoveforLocal.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua di seluruh Malaysia kerana memilih kami, guardian Malaysia, sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 anda! Walaupun kami mungkin bukan pemain terbesar di pasaran, kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat pilihan yang bermakna. Dengan kemenangan ini, kami komited untuk terus memberikan pilihan terbaik, penjagaan terbaik dan nilai terbaik untuk anda dan orang tersayang,” kata Priscilla mengakhiri.



#guardianNo1
#ThankYouMalaysia
#H&BRetailerOfTheYear
#OwnYourBeautiful
#MYguardian


Saturday, June 7, 2025

guardian Bawakan Hairppiness - Solusi Penjagaan Rambut Terkini, Penyelesaian Kepada Masalah Rambut ANDA

Hi Korang,

Bulan ini, guardian Malaysia meraikan segala-galanya tentang mahkota kepala melalui kempen Hairppiness, yang berlangsung dari hari ini hingga 1 Julai 2025.


Berikutan kejayaan kempen “All About Hair” tahun lalu yang mendapat sambutan luar biasa, guardian Malaysia kini kembali bersama rakan-rakan jenama strategik untuk membantu ANDA Serlahkan Kecantikanmu melalui solusi penjagaan rambut yang menyihatkan, mentransformasi, dan membina keyakinan.

Kempen ini menyerlahkan komitmen guardian Malaysia sebagai kurator utama dalam memilih jenama, produk dan solusi terbaik untuk penjagaan kesihatan rambut ANDA. Jenama-jenama terpilih merangkumi tiga kategori utama: ‘Rambut Cantik & Rawatan’, ‘Anti-Kelemumur, Penjagaan Kulit Kepala & Anti-Rambut Gugur’, serta ‘Warna & Gaya Rambut’. Di samping itu, produk-produk seperti KORDEL’s dan BIO-LIFE juga menyokong kesihatan dalaman secara menyeluruh – menekankan pentingnya penjagaan dari dalam sebagai asas kepada rambut yang sihat dan bersinar.

Chase Watling (centre), Commercial Director, guardian Malaysia launches guardian's Hairppiness campaign with business partners 


“Kami di guardian Malaysia ingin membantu anda Serlahkan Kecantikanmu melalui penjagaan rambut yang menyeluruh – dari akar dan kulit kepala hinggalah ke hujung rambut, termasuk ekspresi warna yang mencerminkan keperibadian anda,” jelas Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.

Dengan rangkaian jenama berkualiti tinggi, guardian Malaysia adalah destinasi sehenti untuk semua keperluan penjagaan rambut. Pemilihan produk kami menekankan aspek kesihatan rambut, selaras dengan prinsip jenama kami, ‘Nurturing MY Wellbeing’. Nilai ini dizahirkan secara kreatif menerusi nama kempen yang catchy, Hairppiness, gabungan perkataan ‘hair’ dan ‘happiness’.

RAMBUT BERMAYA, ANDA CERIA


“Hairppiness, yang menjadi kata kunci kempen kami bulan ini, bermula dengan pengetahuan yang tepat, sokongan yang tepat dan penjagaan yang tepat,” sambung Anna.




Pengetahuan yang tepat disampaikan melalui siri video eksklusif bersama pakar guardian Malaysia yang akan dikongsi secara dalam talian di Instagram guardian (https://www.instagram.com/guardianmy/) dan Facebook guardian (https://www.facebook.com/Guardianmy/) bagi membolehkan ANDA mendapatkan tip dan trik terbaik untuk rambut yang lebih ‘happy’. 

Sokongan yang tepat pula diberikan melalui konsultasi dan nasihat oleh ahli farmasi dan kakitangan guardian secara bersemuka, sama ada di stor mahupun di acara ruang legar seperti hari ini. Penjagaan yang tepat diperolehi melalui pemilihan produk dan jenama yang disesuaikan khas, merangkumi keperluan dari kulit kepala hingga ke hujung rambut.

HAIRPPINESS DI 1UTAMA: 4 HINGGA 8 JUN 2025


Kempen Hairppiness oleh guardian Malaysia bermula secara rasmi hari ini dengan acara atrium di pusat beli-belah 1Utama, dan akan berlangsung sehingga hujung minggu ini (8 Jun). Pelanggan yang mendaftar sebagai ahli MYguardian Rewards akan menikmati pelbagai ganjaran menarik, termasuk:

● 2x mata ganjaran untuk produk terpilih

● Diskaun tambahan 5% untuk SEMUA pembelian, sebagai tambahan kepada promosi di seluruh negara

● Pengering rambut Philips PERCUMA untuk 60 ahli MYguardian Rewards pertama yang berbelanja sebanyak RM120 di atrium (Tertakluk kepada terma dan syarat)

● Dapatkan nasihat peribadi daripada pakar perunding mengenai sebarang masalah atau keperluan rambut anda!

Maestro Mauro Sopranzetti, founder and creative director of Emmediciotto speaking on the Art and Science of Hair


Untuk menambahkan kemeriahan, acara atrium ini turut menampilkan program Hairppiness Indulgence dimana pengunjung boleh menebus gelato percuma, mencuba aktiviti Wind Chamber’s Hair-raising Excitement, dan berpeluang memenangi Hadiah Kejutan Bertuah dengan setiap pembelian di atrium!

“Bila rambut anda terasa hebat, anda bebas menjadi diri sendiri dan melakukan apa sahaja,” kata Anna mengakhiri.

Bagi memastikan ANDA di luar sana mendapat manfaat sepenuhnya daripada pilihan penjagaan rambut terbaik, kempen Hairppiness akan berlangsung sehingga 1 Julai 2025 di semua stor guardian Malaysia serta stor dalam talian di www.guardian.com.my. Pelbagai promosi terpilih dan hadiah dengan pembelian (GWP) turut ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian, khas untuk ANDA, ANDA dan ANDA di seluruh negara!



Temui Hairppiness anda bersama guardian!

#MYguardian
#Hairppiness
#MYguardianRewards
#OwnYourBeautiful