Friday, April 11, 2025

Majlis Penyampaian Hadiah Kempen ‘Double Treats, Double Fortune’ ELBA Malaysia

Hi Korang,

ELBA Malaysia mengakhiri kejayaan Kempen ‘Double Treats, Double Fortune’ dengan majlis penyampaian hadiah yang menarik, meraikan pemenang bertuah yang membawa pulang ganjaran yang luar biasa. Kemuncak acara ini ialah saat Encik Tang Chee Hing membawa pulang Kereta Elektrik BYD Seal Premium 2024 baharu bernilai RM180,000!


Sambutan Besar Rezeki Perayaan


Bertempat di BYD Ara Damansara, majlis penyampaian hadiah telah dihadiri oleh pengurusan kanan ELBA, rakan kongsi dan wakil media. Acara itu menandakan kemuncak kempen seluruh negara yang berlangsung mulai bulan November 2024 hingga 31 Januari 2025, menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk memenangi hadiah hebat hanya dengan membeli peralatan rumah berkualiti tinggi ELBA.

Ditubuhkan pada tahun 1979, ELBA telah menjadi jenama utama di Malaysia selama lebih empat dekad dan secara konsisten menyampaikan kualiti, kebolehpercayaan dan inovasi dalam peralatan rumah. Selama bertahun-tahun, ELBA kekal berdedikasi untuk mempertingkatkan kehidupan pelanggannya dengan menawarkan produk yang bergaya, cekap tenaga dan berteknologi maju yang memenuhi keperluan isi rumah moden. Sama ada menyatukan keluarga melalui hidangan yang dimasak di rumah, memastikan penyimpanan makanan yang cekap atau memudahkan kerja harian, ELBA terus menjadi teman yang dipercayai dalam setiap rumah.

Encik Tok Sang Man, Pengarah Urusan Fiamma Sdn. Bhd., meluahkan keterujaannya atas sambutan yang menggalakkan terhadap kempen dan peluang untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia ELBA dengan hadiah yang hebat.


“Di ELBA, kami berusaha untuk menambahbaik kediaman dengan peralatan yang inovatif, bergaya dan cekap tenaga. Kempen ini adalah cara kami menyampaikan penghargaan kepada pelanggan dan kami sangat teruja untuk meraikan kemenangan mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pemenang -- melihat kegembiraan mereka pada hari ini benar-benar membuktikan komitmen kami untuk membawa kemudahan dan kebahagiaan kepada isi rumah di Malaysia. Kami berharap dapat meneruskan usaha ini dengan lebih banyak inovasi menarik dan pengalaman yang bermanfaat pada masa hadapan,” katanya.


Temui Pemenang Bertuah!


Pada majlis ini, ELBA dengan bangganya menyampaikan hadiah kepada pemenang utamanya, termasuk:


· Hadiah Utama: Kereta Elektrik BYD Seal Premium 2024 bernilai RM180,000 – Tang Chee Hing


· Tempat Pertama: Peti Sejuk ELBA PerfectFit bernilai RM8,999 – Khor Eng Tong


· Tempat Kedua: Peti Sejuk ELBA Side-by-Side bernilai RM5,289 – Ng Siao Chi


· Tempat Ketiga: Mesin Basuh & Pengering ELBA 2-in-1 Washer Dryer bernilai RM3,859 – Zaiton Abu Bakar


Selain itu, Hadiah Istimewa dan Hadiah Saguhati telah dianugerahkan dalam sesi berasingan, dengan lebih 100 orang pemenang menerima rangkaian peralatan rumah yang praktikal dan bergaya, termasuk ELBA Combi Smart Oven, multi-cooker, dispenser air, seterika penjana wap dan pengering rambut.


Kemenangan yang Tidak Dapat Dilupakan bagi Pemenang Hadiah Utama


Berasal dari Subang Jaya, Selangor, Encik Tang Chee Hing berasa amat gembira apabila menerima panggilan yang mengumumkan kemenangannya yang luar biasa.


“Memenangi sebuah kereta elektrik BYD Seal merupakan kejutan yang amat mengujakan dan menjadikan musim perayaan ini lebih bermakna. ELBA benar-benar mencipta detik yang tidak dapat dilupakan buat saya dan keluarga,” kongsi Encik Tang yang teruja, yang telah membeli peti sejuk ELBA untuk menyertai peraduan tersebut.

Sebagai pelanggan setia ELBA, Encik Tang percaya penuh terhadap kualiti dan kebolehpercayaan jenama ini, dengan lebih daripada 50% peralatan rumahnya terdiri daripada produk ELBA. Pilihan kegemarannya? Peti sejuk ELBA, yang dipuji beliau atas reka bentuknya yang bergaya namun praktikal, menampilkan susun atur dua pintu dengan laci penyejuk beku tarik keluar yang memaksimumkan kecekapan ruang dan memudahkan akses kepada makanan segar.

Lebih daripada sekadar kegembiraan, kereta elektrik BYD Seal juga bakal membawa manfaat sebenar kepada Encik Tang dan keluarganya. “Ini adalah satu kelegaan kewangan yang besar dari segi penjimatan. Caj untuk BYD Seal hanyalah sebahagian kecil daripada harga petrol, dan dengan penyelenggaraan yang rendah, saya akan dapat menjimatkan ribuan ringgit setiap tahun.”

Sementara itu, Encik Khor Eng Tong dari Kedah pula begitu bersyukur apabila menerima berita tentang kemenangannya — sebuah peti sejuk ELBA PerfectFit yang bernilai RM8,999.

“Saya sangat gembira dan bangga! Saya tidak pernah menyangka akan menang, lebih-lebih lagi ini adalah pembelian ELBA pertama saya. Ini satu pengalaman yang sangat bermakna, dan saya amat berterima kasih kepada ELBA kerana menjadikannya lebih istimewa,” ujar Khor.


Membawa Kegembiraan ke Rumah di Malaysia



Kempen ini benar-benar mencerminkan komitmen ELBA untuk mempertingkatkan kehidupan seharian. Daripada Koleksi Mastro unggul yang direka untuk penggemar kulinari hingga ke Peti Sejuk PerfectFit untuk penyimpanan makanan yang optimum, ELBA kekal sebagai pilihan yang dipercayai untuk isi rumah Malaysia.

“Kempen ini bukan sahaja tentang memenangi hadiah - ia tentang mencipta detik bermakna untuk pelanggan kami. - ia adalah untuk mencipta detik yang bermakna untuk pelanggan kami. Kami amat menghargai sokongan berterusan mereka dan berharap untuk membawa lebih banyak inovasi menarik dan kempen yang bermanfaat pada masa hadapan,” tambah Encik Tok.



Para tetamu di majlis itu juga berpeluang untuk mencuba pelbagai peralatan rumah ELBA, yang dipamerkan pada majlis itu, selain sesi pandu uji kereta BYD yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan.

Memandang ke Hadapan


Berdasarkan kejayaan kempen ini, ELBA kekal berdedikasi untuk menyampaikan penyelesaian rumah yang inovatif, boleh dipercayai dan bergaya yang mempertingkatkan kehidupan seharian. Nantikan lebih banyak inovasi, ganjaran dan kejutan daripada ELBA dengan melayari https://elba.com.my atau mengikuti ELBA di saluran media sosial rasminya.

Thursday, April 10, 2025

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls!

Hi Korang,

Siapa je yang tak suke dengan kecomelan Buttercup, Bubbles & Blossom?


Kalau korang peminat The Powerpuff Girls dan juga tengah cari cara comel untuk jaga kulit, berita ni pasti buat korang teruja! Dododots, jenama "pimple patch" dari Malaysia, telah melancarkan koleksi edisi terhad bertemakan Powerpuff Girls pada hujung Mac 2025.


Koleksi ni akan dijual dalam bentuk "blind pack" – maksudnya, korang tak tahu design mana yang korang dapat sampai korang buka pek tu. Menarik kan? Setiap design diinspirasikan daripada watak-watak ikonik Powerpuff Girls: Blossom, Bubbles dan Buttercup.


Berikut adalah pilihan design yang tersedia:

❤️ Awesome Blossom
Warna merah menyala dengan sentuhan merah jambu, khas untuk si pemimpin berani.

💙 No Trouble Bubbles
Warna pastel biru dan kuning yang ceria, sesuai dengan si manis yang periang.

💚 What’s Up, Buttercup?
Gabungan hitam dan hijau limau yang garang, ideal untuk tutup jerawat dengan penuh keyakinan.

🌈 Sugar, Spice and Everything Nice
Pek kejutan khas yang pasti buat anda teringat zaman kanak-kanak!




Patch edisi Powerpuff Girls ni sudah mula dijual pada 25 Mac 2025 melalui laman web Dododots, platform e-dagang, dan di semua 600 cawangan Guardian di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Setiap pek dijual pada harga RM18 atau SGD$9 – selagi stok masih ada!

Kalau korang suka Powerpuff Girls dan nak rawat jerawat dengan cara yang lebih fun, koleksi ni memang wajib cuba!



Sedikit info tentang Dododots
ia adalah jenama tempatan yang diasaskan semasa pandemik oleh dua rakan yang pernah berdepan masalah jerawat. Dengan ilmu dalam bioteknologi dan mikrobiologi, mereka hasilkan patch jerawat yang bukan je berfungsi, tapi juga penuh gaya dan warna-warni! Patch ini diperbuat daripada 100% bahan hydrocolloid dan diiktiraf FDA, ISO serta CE.

Selain online store, Dododots juga ada mesin layan diri di lokasi popular seperti Sunway Pyramid, MyTOWN KL, Paradigm Mall JB, dan Plaza Singapura. Mereka juga bekerjasama dengan Guardian dan Miniso untuk memudahkan peminat Dododots untuk mendapatkan koleksi mereka.

Wednesday, April 9, 2025

Rakyat MALAYSIA Elak Sehingga 6 Juta Kalori Melalui Kempen Raya SCOTT

Hi Korang,

Susulan daripada inisiatif Scott yang bertujuan untuk menggalakkan amalan pemakanan yang lebih sihat, jenama tisu dapur itu mendedahkan bahawa kempen ‘Kalori Kurang, Raya Lebih Riang’ berjaya membantu pengunjung bazar Ramadan mengurangkan pengambilan lebihan kalori sehingga 6 juta.


Scott telah mengedarkan sebanyak 49,040 helai Scott Calorie Absorb Kitchen Towels di tiga bazar Ramadan utama iaitu Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Bazar Ramadan USJ 4 dan Bazar Ramadan Dato Keramat AU1. Setiap helaian tisu ini diuji dan terbukti mampu menyerap sehingga 127 kcal, bersamaan dengan lebih daripada satu sudu teh minyak, sekaligus menghapuskan sehingga kira-kira 6,228,080 kcal daripada makanan popular seperti keropok lekor, cucur udang dan ayam goreng.

Scott turut bekerjasama secara langsung dengan peniaga bazar Ramadan yang menggunakan Scott Calorie Absorb Kitchen Towels dalam penyediaan dan penyajian juadah mereka. Sebelum dihidangkan kepada pelanggan, peniaga akan menggunakan tisu dapur Scott tersebut untuk menyerap lebihan minyak pada hidangan yang baru dimasak mereka. Ini membolehkan keaslian dan keenakan juadah Ramadan kekal dan pada masa yang sama mengurangkan kandungan kalori dengan ketara.

“Angka ini menunjukkan bahawa perubahan kecil tetapi praktikal dalam cara kita menikmati makanan boleh membawa impak yang besar secara kolektif,” jelas Yap Li Vern, Pengurus Pemasaran Scott. “Kempen ‘Kalori Kurang, Raya Lebih Riang’ memperkenalkan cara mudah untuk memperbaik profil pemakanan hidangan tanpa perlu mengubah secara drastik tabiat memasak atau makan.”

Inisiatif Scott ini bertindak sebagai respons kepada kebimbangan nasional mengenai kadar obesiti yang semakin meningkat dimana Malaysia mencatat kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara. Dengan mentransformasikan tisu dapur sebagai alat praktikal untuk mengurangkan pengambilan minyak, Scott menjadi perintis dalam mengekalkan warisan kulinari Malaysia dengan menawarkan kaedah yang berkesan kepada masyarakat untuk menikmati makanan secara lebih sihat.


Kempen ini tidak hanya tertumpu kepada bazar Ramadan. Sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit bagi mana-mana produk yang mengambil bahagian dalam Promosi Raya Kimberly-Clark akan menerima set pinggan pencuci mulut seramik bertingkat dua yang eksklusif. 

Sementara itu, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM20 dalam satu resit layak menyertai peraduan untuk memenangi Jongkong Emas bernilai RM50,000. Promosi ini akan berakhir pada 15 April 2025.