Tuesday, April 5, 2022

Set Ramadan 2022 Di Ombak Kitchen

Hi Korang,

Kiter sambung citer makan-makan lagikkkk

Kali ni lain machiam sket hah, ini kali pertama kak lily ke restoran Ombak Kitchen tau. Best tuh, dapat jugak merasa makan shell out di bulan ramadan ini.


Ombak Kitchen ini di cawangan IoI City Mall Putrajaya dan mereka mempunyai 2 cawangan Bangsar dan Bukit Jelutong.




Sempena bulan Ramadan ini, Ombak Kitchen mengadakan promosi set Ramadan yang diberi nama Selera Iftar Ramadan Cajun Seafood untuk penggemar makanan laut di luar sana. Cukup terkenal dengan jolokan "Best Cajun Seafood Restaurant in Town", ini adalah peluang terbaik untuk kalian merasai hidangan makanan laut yang segar beserta sos cajun-nya yang sedap.

Berikut merupakan senarai harga set Ramadan 2022 di Ombak Kitchen.


Set Shifaa RM239.90++ (2-3 pax)

Appetizer: Baked Cheese Oyster, Breaded Chicken Wing, Sweet Potato.

Combo seafood: Slipped Lobster, Prawn Extra Large, Blue Mussel, White Squid, Potato, Corn and Rice.




Set Najwa RM399.90++ (4-5 pax)

Appetizer: Fried Soft Shell Crab, Fried Chicken Wing, Mussel Heritage, Laksa Sauce.

Combo seafood: Slipped Lobster, Crab XL, Prawn Extra Large, Scallop Shell On, White Squid, Clam Hamaguri, Cheese Sausage, Potato, Corn and Rice.


Set Alisha RM599.90++ (6-7 pax)

Appetizer: Fried Soft Shell Crab, Fried Chicken Wing, Mussel Heritage, Laksa Sauce, Baked Honey Glazed Salmon.

Combo seafood: Lobster Tail, Crab XL, Prawn Extra Large, Scallop Shell On, White Squid, Clam Hamaguri, Cheese Sausage, Potato, Corn and Rice.


Sekiranya rasa tidak cukup, korang juga boleh tambah makanan laut yang ingin ditambah. Harga boleh rujuk poster.




Untuk set Ramadan Ombak Kitchen ini, ia didatangkan sekali dengan hidangan pencuci mulut dan minuman secara buffet yang mana pelanggan boleh nikmatinya secara berterusan (free flow). Untuk pilihan pencuci mulut, terdapatnya kuih-muih tradisional, buah-buahan, kek dan macam-macam lagi. Manakala untuk air, biasanya akan dihidangkan beberapa pilihan air berperisa sebagai pilihan.



Untuk berbuka puasa kali ini, kitaorang memilih untuk menikmati kesemua set. Cukuplah untuk kami 10 orang makan di situ. Kenyang sangat! Puas hati dengan cara dorang masak makanan-makanan laut tu.

Jangan lupa bagi tahu pilihan sos korang tau. Sila pilih ambil cajun sauce ya ampun sedapnyaaa

Kalau korang bercadang untuk berbuka puasa dekat Ombak Kitchen, bolehlah pergi ke cawangan Ombak Kitchen yang berhampiran dengan lokasi korang. Pastikan korang menghubungi cawangan tu terlebih dahulu untuk buat tempahan, takut kalau korang walk in, tempat penuh, dah kempunan nanti.


Ombak Kitchen Bangsar
12, Lorong Ara Kiri 2, Lucky Garden 
59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Tel atau Whatsapp : 010-240 5946

Ombak Kitchen Bukit Jelutong
No.5.G.01, D’Vida Business Centre, 
Jalan Bazar, U8/101, Bukit Jelutong, 
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel atau Whatsapp : 010-220 5946

Ombak Kitchen IOI City Mall, Putrajaya
Lot GE-15, Ground Floor, IOI City Mall
Tel atau Whatsapp : 010-208 5946



Waktu operasi :
Dine-in berbuka : 6PM hingga restoran tutup, 10.00PM


Monday, April 4, 2022

McCormick Lancarkan Produk 'Singles' Baharu!

Hi Korang,

Terkenal dengan rempah dan herbanya yang tiada tandingan dari segi kesegaran, aroma dan kelazatannya, McCormick telah melancarkan satu rangkaian baharu di Malaysia yang menjanjikan sentuhan lebih segar.


Dengan McCormick Singles serba baharu, pengguna kini boleh menikmati pilihan 100% rempah dan herba asli, dimuatkan dalam pembungkusan sekali guna yang menyenangkan. Pembungkusan baharu ini bukan sahaja mengurangkan pembaziran tetapi juga menjamin kesegaran dan keenakan rasa yang tiada tandingan setiap kali digunakan.

Sebagai rempah dan herba yang boleh didapati dalam pek kedap individu, McCormick Singles jug a boleh diaggap sebagai 'kit rempah' yang sempurna untuk pengguna yang baru belajar memasak dan juga mereka yang gemar memasak, sekali gus membolehkan mereka merasai kesenangan menyediakan sajian masakan yang lazat dan penuh aroma walau di mana sahaja mereka berada.

Mohan Alagappar, Pengurus Besar GSA Corporation Sdn Bhd, pengedar ekskslusif McCormick berkata, "Sebagai pengeluar rempah dan herba yang terkenal di dunia, McCormick sentiasa menginovasikan produknya untuk memberikan pengalaman memasak yang terbaik, selaras dengan keperluan dan pilihan pengguna yang sentiasa berubah. Memandangkan pengguna zaman sekarang lebih menghargai kesenangan, McCormick Singles membolehkan pengguna memasak dengan menggunakan produk sekali guna ini untuk satu hidangan, sama ada di rumah atau di mana sahaja. Paling penting, McCormick Singles yang baru dilancarkan ini membuktikan komitmen kami untuk menyediakan bahan dan ramuan berkualiti tinggi, dengan aroma dan rasa yang menjanjikan kelazatan setiap sajian."

McCormick Singles boleh didapati dalam tujuh jenis rempah dan herba yang berlainan, iaitu Black Pepper Ground (Lada Hitam Kisar), Cinnamon Ground (Kayu Manis Kisar), Garlic Granulated (Bawang Putih Berbutir), Oregano Ground (Oregano Kisar), Spanish Paprika Ground (Paprika Sepanyol Kisar), Turmeric Ground (Kunyit Kisar) dan Pepper Ground (Lada Putih Kisar). Memandangkan semua rempah dan herba McCormick sesuai untuk memasak, memerap dan melazatkan makanan, berikut adalah tiga idea aplikasi menggunakan tiga rempah penting di dapur:


McCormick® Garlic Granulated Singles Sticks

Bawang putih berbutir ini dibuat daripada bawang putih segar yang telah dikeringkan dan dikisar. Sedia memberikan perisa dan sentuhan kehangatan dan keseimbangan kepada masakan menyelerakan seperti sup, stew, sajian tumis goreng, bahan salut, sos dan perapan.


McCormick@ Black Pepper Ground Singles Sticks

Lada Hitam Kisar menambah sentuhan kehangatan dan aroma apabila ditambah ke dalam sup dan stew, direnjis di atas telur goreng atau disapu pada daging untuk menambah perasa sebelum memasak.


McCormick® White Pepper Ground Singles Sticks

Tiada dapur yang lengkap tanpa kehangatan, kelazatan dan aroma rempah lada putih McCormick® White Pepper Ground. Terbaik sebagai pengganti lada hitam semasa memasak makanan putih atau berwarna lembut seperti kentang lenyek, sup krim dan sos putih.

McCormick Singles baharu dimuatkan dalam pembungkusan 12 pek individu 3g berharga RM8.50 - RM9.50. 

Kini boleh didapati di saluran runcit utama dan pasar raya tempatan yang terpilih dan juga kedai e-dagang termasuk 
Shopee (https://shopee.com.my/gba.bbx)
Lazada (https://www .lazada.com.my/shop/gba• official-store) 

melalui GBA Flagship Store. 

Di samping itu, produk McCormick Singles disahkan halal oleh Majlis Dakwah Islam Filipina atau Islamic Da'Wah Council of The Philippines (IDCP), iaitu badan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rempah-rempah dan herba McCormick atau mendapatkan idea-idea resipi, sila ke https://www.mccormickasia.com/.


Sunday, April 3, 2022

Kempen HADA LABO WE CARE FOR SOCIETY Beri Manfaat Kepada USAHAWAN B40 Dan KOMUNITI B40

Hi Korang,

Hada Labo dengan kerjasama Women of Will (WoW) dan Watsons kini memasuki tahun ketiga menjalankan Kempen 'We Care For Society'. Tahun ini, Hada Labo akan menyokong tukang jahit wanita B40 dan juga pembuat biskut wanita B40 dalam perniagaan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


12 usahawan wanita B40 di Pusat Jahit Komuniti di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang akan ditugaskan untuk menjahit 1,500 topeng muka manakala sepuluh usahawan wanita B40 dari Projek Perumahan Rakyat Batu Muda akan membakar 10,000 keping biskut untuk diedarkan kepada 500 keluarga yang tinggal di lima kawasan berbeza Projek Perumahan Rakyat di sekitar Lembah Klang.


Menurut Ketua Pegawai Operasi WoW, Lakshwin Muruga, WoW menjalankan pelbagai projek untuk membantu meningkatkan kehidupan wanita yang kurang bernasib baik dengan memperkasakan mereka dengan kemahiran dan mengajar mereka untuk berdikari.

“Kami bersyukur kerana mempunyai Hada Labo sebagai rakan kongsi jangka panjang dalam menyokong usahawan B40. Sejak dua tahun lalu, sumbangan daripada Hada Labo telah membantu 230 usahawan wanita B40 untuk mengekalkan perniagaan mereka dan seterusnya membantu mereka menyara keluarga. Ia juga memberi manfaat kepada 300 keluarga daripada tiga Projek Perumahan Rakyat dengan projek pengedaran biskut raya. Tahun ini, sumbangan itu akan terus memberikan kegembiraan kepada komuniti golongan B40 dan usahawan wanita,” kata Ketua Pegawai Operasi WOW, Lakshwin Muruga.

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen berkata kempen yang diadakan sempena sambutan Hari Raya ini bertujuan untuk menyumbang kepada kesejahteraan usahawan wanita B40 dengan memperkasakan mereka dengan kemahiran keusahawanan supaya dalam jangka masa panjang mereka akan dapat menjana pendapatan yang mampan untuk menyara keluarga dengan kualiti kehidupan yang lebih baik.

“Melalui Kempen Hada Labo, ‘We Care For Society’ kami akan terus menyokong usahawan wanita B40 dengan kutipan dana. Kami percaya perniagaan masih terjejas oleh Covid- 19 dan dengan inflasi pasaran semasa, ia adalah bukan mudah untuk mengekalkan perniagaan. Jadi kami berharap dana yang disediakan akan memberikan sedikit kelegaan,” katanya.




Orang ramai yang ingin menyokong kempen ini boleh pergi ke mana-mana kedai Watsons dan beli mana-mana produk Hada Labo Premium Whitening. RM1 daripada hasil jualan setiap produk Hada Labo Premium Whitening yang dijual di cawangan Watson di seluruh negara bermula dari 5 April 2022 – 9 Mei 2022 akan didermakan kepada tabung kempen ini.



Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen ini, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman Facebook mereka: MyHadaLabo.

Falsafah penjagaan kulit Hada Labo:

“PERFECT X SIMPLE”

Untuk kesempurnaan dan kesederhanaan