Wednesday, July 14, 2021

Clorox Malaysia Menzahirkan Sokongan Terhadap Bantuan COVID-19

Hi Korang,

Clorox Malaysia sudah sekian lama menyokong usaha-usaha bantuan bencana menerusi jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa dan organisasi-organisasi bukan kerajaan.

Sebagai tindak balas terhadap peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19, Clorox Malaysia telah menzahirkan sokongan bagi bantuan yang dijalankan dengan memberikan sumbangan kepada dua pusat kesihatan awam utama rawatan pesakit COVID-19 iaitu Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 


Sumbangan turut diberikan kepada badan bukan kerajaan, MERCY Malaysia. Clorox Malaysia telah menyumbang sebanyak RM80,000 dalam bentuk produk yang akan dimanfaatkan bagi mengekang penyebaran virus berkenaan terhadap kehidupan seharian, serta di tempat kerja ketiga-ketiga organisasi terbabit.

Pembersihan dan disinfeksi amat penting dalam mengurangkan penyebaran COVID-19, khususnya di fasiliti perubatan yang berisiko tinggi dalam menyebarkan jangkitan daripada pesakit kepada individu yang sihat. Disinfeksi atas permukaan keras dilaksanakan dengan kerap bagi tujuan ini dan amaun produk yang diperlukan setiap hari juga sangat tinggi.

“Kami amat berterima kasih kepada Clorox atas sumbangan yang diberikan,” kata Professor Dr. Nazirah Hasnan, Pengarah PPUM.


Peluntur Clorox (Clorox Bleach) dan Penyembur Pembersih Pelbagai Guna Clorox (Clorox All Purpose Cleaner Spray) telah disumbangkan bagi pembersihan dan disinfeksi menyeluruh ketiga-tiga fasiliti yang terlibat, sementara Tisu Pembasmi Kuman Clorox (Clorox Expert Disinfecting Wipes) untuk kegunaan harian petugas barisan hadapan, pesakit serta pelawat ke premis-premis berkenaan.

“Kami amat menghargai sumbangan yang diberikan kepada petugas barisan hadapan,” kata pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh.

“Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kita semua, sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ada antara kita yang melihat sendiri bekalan produk-produk menyahjangkit dan pembersihan di hospital sangat diperlukan. Clorox Malaysia menyediakan sokongan yang diperlukan, kerana kami amat menghargai usaha-usaha yang diluhurkan oleh Hospital Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Mercy Malaysia dalam menangani pandemik ini,” kata Paulo M. Lao, Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara.

“Kami amat berbesar hati kerana produk-produk kami dapat membantu dalam membersih dan disinfeksi fasiliti mereka secara berkesan, selain turut dimanfaatkan petugas barisan hadapan, pesakit dan pelawat, bagi persekitaran yang lebih selamat kerana Clorox percaya bahawa kebersihan amat penting.”



Beliau menambah, ujian yang dilaksanakan oleh pihak ketiga telah mengesahkan keberkesanan beberapa produk disinfeksi utama Clorox terhadap varian SARS-CoV-2[1] termasuk “Varian of Concern” (VOC) Alpha (UK) dan Beta (Afrika Selatan). Keputusan ini adalah seiring dengan pemakluman Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang menyatakan perubahan genetik virus tersebut tidak akan memberi impak terhadap keberkesanan produk disinfeksi. Ia juga memaklumkan bahawa kesemua produk disinfeksi yang telah diiktiraf untuk membunuh SARS-CoV-2 turut mampu membunuh varian baharu virus tersebut.

Sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, MERCY Malaysia bergantung terhadap sumbangan daripada organisasi dan rakyat bagi meneruskan perkhidmatan kami dalam menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penerima. Dengan ikhlas hati, kami berterima kasih kepada Clorox Malaysia kerana menghubungi MERCY Malaysia untuk menyampaikan sumbangan kepada para petugas barisan hadapan. Kami mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Clorox Malaysia dalam membantu menentang pandemik global ini,” tambah Zuraidah Mian, Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia.

Produk disinfeksi dan pembersihan Clorox diagihkan kepada pihak berkenaan awal Jun 2021.



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website Rasmi :

Facebook : 

Instagram : 





Penafian[2]: Produk pembersihan dan disinfeksi Clorox tidak sesuai untuk pengambilan atau suntikan dalam sebarang situasi. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa membaca label bagi mengetahui cara penggunaan produk yang betul.

[1] The three strains include SARS-Related Coronavirus 2 (SARS-CoV-2), Isolate hCoV19/England/204820464/2020 (BEI Resources # NR-54000), SARS-Related Coronavirus 2 (SARS-CoV-2), Isolate hCoV19/South Africa/KRISP-EC-K005321/2020 (BEI Resources # NR-54008) and SARS-Related Coronavirus 2 (SARS-CoV-2), Isolate USA/CA_CDC_5574/2020 (BEI Resources # NR-54011). https://investors.thecloroxcompany.com/investors/news-and-events/press-releases/press-release-details/2021/Testing-Confirms-Efficacy-of-Clorox-Products-Against-Variants-of-SARS-CoV-2-COVID-19-on-Surfaces/default.aspx

Tuesday, July 13, 2021

PURPLE CANE 34TH ANNIVERSARY MEMBER DAY SALE IS HERE!

Hi Everyone,


Tea lovers, are you ready? Purple Cane 34th Anniversary Member Day is finally here with up to 63% off tea leaves, teawares and more! 



In a blink of an eye, we have come full circle and without realizing Purple Cane has been establishing and spreading tea culture for 34 years.  All this could never have happened if not for all our tea friends and tea business operators. Fans of Purple Cane Tea will be thrilled to know that we have planned 20 days of exciting tea promotions and giveaways specially to thank all our fans for supporting us all these years. 



The Purple Cane 34th Anniversary Member Day Sale will be happening from 13 July to 1 August 2021 simultaneously online via Purple Cane E-Shop (www.purplecane.my) and all Purple Cane Tea Art Centres nationwide.


In light of the pandemic which we are still battling, this year Purple Cane would like to advocate and emphasize on Live Life Green With Tea For Immunity Boosting. With exclusive once a year tea deals and offers up to 63% off, tea lovers rest assured and have the peace of mind to stay calm with relaxing tea fragrance, boost your immunity and maintain good health. 



For those who are unable to visit Purple Cane Tea Art Centres or prefer to shop from the comfort of their own homes may join in this sale online! Purple Cane E-Shop offers similar deals at  https://www.purplecane.my and FREE Shipping within West Malaysia with no minimum purchase until 1 August 2021.


Purple Cane 34th Anniversary Member Day Sale Offers:


1.   Super Value Puer Bundles up to 63% off

2.   Tea Leaves & Teaware up to 34% off

3.   Special Selected Purple Clay & Purple Cane House Brand Teapots for up to 35% off

4.   Lins Ceramics Series, Canes Tea Bags & Nett Price Items up 20% off


Exclusive voucher giveaways total worth RM3MIL from their participating partners (TEAX, Purple Cane Tea Restaurant, Tea+, Signature Market, Youbeli, Cite, Love18, RT Pastry and more). Additional Purple Cane RM30 cash voucher with minimum spend of RM100 online or in stores https://bit.ly/PC34AnnGiveaway

 

 

Additionally, users who checkout with ShopeePay for their Purple Cane orders on www.purplecane.my will receive RM3 cashback daily with minimum spend of RM15. This offer is valid  once  per  day  per  user.  All  bonus  campaigns  will  be  automatically  terminated  once fully redeemed. T&C Apply.

 

 


But  wait!  Theres  more.  


Purple  Cane  has  launched  their  new  and  upgraded  Purple  Cane Communi-tea Rewards that allows tea lovers like yourself to save more when you drink more tea. Register during this period for free and join the community to SAVE MORE as their Star Member or Gold  Member.  


Additional perks on your birthday month, members only promotions and more. More details on Purple Cane Communi-tea Rewards: https://bit.ly/PurpleCaneMembership



Saturday, July 10, 2021

Adakah Korang #imBAXinAction?

Hi Korang,

Tidak disangka bahawa pandemik COVID-19 adalah suatu yang baharu dan amat mencabar bagi rakyat Malaysia. Penguatkuasaan langkah-langkah sekatan pergerakan juga menyebabkan perniagaan terpaksa digulung dan individu kehilangan pekerjaan.

Di peringkat global, barisan pertahanan pertama bagi penyakit berjangkit adalah untuk mengamalkan tabiat kebersihan yang baik dengan kerap mencuci dan menyahkuman tangan menggunakan cecair pensanitasi tangan berasaskan alkohol.


Sehubungan itu, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal No. 1 di Malaysia, memperkenalkan kempen “I am Back In Action” (“Saya Kembali Beraksi”) atau singkatannya #imBAXinAction yang bertujuan untuk menghimpunkan rakyat untuk bersatu-padu dengan lebih kukuh dalam era norma baharu.

“Sebelum pandemik ini lagi, Antabax secara aktif telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan institusi-institusi pendidikan swasta dalam mendidik masyarakat umum tentang kepentingan kebersihan tangan menerusi penganjuran pelbagai kempen. Ini termasuk “Tangan Bersih, Hidup Sihat”, yang mana kami amat berbangga kerana berpeluang mendidik lebih dua juta rakyat Malaysia cara yang betul untuk membersihkan tangan mereka. Apabila COVID-19 menjadi pandemik, kebersihan tangan menjadi lebih penting. Kami telah menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk-produk pembersihan dan pensantiasi tangan dalam tempoh setahun setengah lalu,” kata Fiona Huang, Pengurus Kanan Produk Antabax.


Kempen #imBAXinAction akan melibatkan beberapa siri pengaktifan untuk memberikan keyakinan dan perlindungan kepada rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan harian mereka di dalam norma baharu ini, dan juga mematuhi Prosedur Operasi Standard (“SOP”) yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Kempen berkenaan akan menampilkan penyanyi rap berhijab tempatan, Noor Ayu Fatini, atau lebih dikenali sebagai Bunga. Menerusi muzik dan seni, beliau akan mendidik masyarakat umum tentang kepentingan mengamalkan SOP.


Sebagai sebahagian daripada usaha jenama ini dalam melindungi negara, #imBAXinAction akan menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, satu program imunisasi yang terbesar dalam sejarah negara, menerusi pengagihan Penyembur Pensanitasi Tangan Antabax (Antabax Hand Sanitizer Spray) kepada individu-individu yang telah mendapatkan suntikan vaksin. Jenama ini akan bekerjasama dengan peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta terkemuka, KPJ Healthcare Berhad (“KPJ” atau “Kumpulan KPJ”) dalam menyokong inisiatif ini.


Pengagihan sumbangan melibatkan empat (4) hospital pakar Kumpulan KPJ iaitu KPJ Tawakkal KL, KPJ Selangor, KPJ Ampang Puteri dan KPJ Damansara mulai 23 Jun 2021. Selain itu, semburan pensanitasi tangan juga akan disediakan di Sunway Putra Mall bagi orang ramai yang mendapatkan vaksin di Pusat Dagangan Dunia (“WTC”) Kuala Lumpur.

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan kempen ini, dalam penyumbangan kepada negara. Menerusi sumbangan produk-produk Antabax ini, kami berhasrat untuk menolong jutaan rakyat Malaysia yang sedang melalui masa yang mencabar ini,” tambah Fiona.

Menyentuh mengenai kerjasama berkenaan, Ketua Pegawai Korporat KPJ Healthcare, Puan Ariesza Noor berkata, “Kita sekarang sedang bergerak pantas dalam menyokong usaha Kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia, khususnya menerusi ujian saringan dan pemvaksinan COVID-19. Kerjasama kami dengan Antabax bersesuaian dengan inisitiatif-inisiatif yang dilaksanakan Kumpulan KPJ. Kami mengendalikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berada di hospital-hospital kami, serta mengambil bahagian di PPV Mega yang terletak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KL Convex. Kami amat positif dengan kerjasama dengan Antabax dan komited dalam mencapai matlamat sama iaitu melindungi kesihatan rakyat Malaysia.”

Sebagai tambahan kepada sokongan terhadap inisiatif pemvaksinan, Antabax juga menganjurkan pelbagai peraduan menerusi laman sosial dan memberikan ganjaran berupa baucar Shopee sepanjang tempoh kempen. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada #imBAXinAction dan ketahui lebih lanjut berkenaan kempen-kempen serta inisiatif terbaharu dengan mengunjungi laman Facebook atau Instagram rasmi Antabax.

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 

Instagram :