Hi Korang, 
Dah prepare barang-barang makanan untuk puasa akan datang ni ke? 
Kak lily adalah jugak prepare sket-sket kan, alah bulan puasa ni bukan makan banyak sangat pun just untuk penghilang dahaga dan dapat makan sket-sket jadilah kan. Bila dah berusia ni, makan tuh tak delah beria-ria sangat masa kita muda dulu hehehehhe 
Kak lily nak cari makanan yang simple dan menyihatkan je untuk berbuka dan bersahur ni, bukanlah tak nak makan nasi pun tapi untuk permulaan masa berbuka puasa tuh, kann kita di sunatkan makan makanan ringan dulu then terus pi solat so lepas tuh barulah makan nasi ermm kan kan kan..Tapi kalau tak makan nasi pun tak per asalkan makan sesuatu yang mengenyangkan so cukuplah ye
Berbekalkan misi untuk menyediakan akses kepada produk kesihatan bersesuaian  kepada semua ahli keluarga, jenama  keluaran tempatan,  Surya telah melancarkan  S  Great Grain iaitu formulasi multi-bijirin terbaru.  Produk ini sesuai bagi mereka yang peka dengan kesihatan dan keluarga yang  ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat, dengan kandungan  kebaikan yang diperolehi  daripada  5 makanan sunnah selain  18 jenis  biji-bijian, formulasi unik ini juga  akan menggegarkan  landskap multigrain Malaysia. 
Minuman  multi-bijirin  adalah  minuman  sihat  yang  biasanya  dirumuskan  daripada  pelbagai   bijirin seperti  beras merah, beras perang, kacang hijau, jagung, gandum, bijan hitam dan pelbagai jenis  kacang serta biji benih. Multi-bijirin  mempunyai  set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik,  protein, serat  makanan,  vitamin  dan  antioksidan,  menjadikannya  pilihan  yang  terbaik  untuk  mereka  yang  ingin memulakan hari dengan sempuma. 
Walau  bagaimanapun,  memilih  produk  yang  betul  mungkin  sukar  kerana  setiap  produk  multigrain kelihatan  sama.  Mereka  yang  mungkin  kurang  pengetahuan  berkenaan  sesuatu  produk  pasti  sukar  untuk memilih  produk  yang  sesuai  bagi  memenuhi  keperluan  masing-masing.   Dengan  menggabungkan   sains moden dan makanan Sunnah yang diamalkan oleh umat Islam, iaitujintan hitam atau habbatus sauda, madu, zaitun,  delima  dan buah tin,  formulasi  ini  mengandungi  antara  makanan  yang  paling  awal  ditanam  sejak ribuan tahun  lalu. Makanan  ini memainkan  peranan penting  dalam kehidupan  masyarakat  dan mempunyai kepentingan khusus dalam budaya dan tradisi. 
"Ramai yang mengidamkan manfaat makanan-makanan  Sunnah ini  namun ia sukar ditemui di Malaysia dan sebahagian  daripadanya  hanya  boleh didapati di luar  negara.  Tambahan  pula, makanan  tersebut  dijual pada harga yang agak mahal. Kini, dengan S  Great Grain, para pengguna  dapat memperoleh  manfaat yang sangat diidamkan tanpa berbelanja besar," kata Pengasas Surya Malaysia Douglas Lee. 
Produk  ini dilancarkan  semasa  Majlis Rumah  Terbuka  Surya,  dimana  pihak  media  berpeluang  untuk mencuba kebaikan  S Great Grain sambil bertemu dengan selebriti Malaysia,  iaitu Wany Hasrita yang turut hadir pada majlis  tersebut.  Selain  itu,  majlis  pelancaran  Surya  telah  didatangi  oleh Perunding  Diet, Nurul Aziah  Musa,  yang  berkongsi  pengetahuannya  tentang  manfaat  menggunakan  makanan  multi-bijirin  dan sunnah. 
"Oat beta glucan dalam minuman multi-bijirin membantu dalam pengurusan berat badan yang ideal menyebabkan pengguna berasa kenyang, sekali gus memperlahankan kadar pemakanan dan pencemaan. Memandangkan   ia  juga   berfungsi   untuk   menstabilkan   tekanan   darah   dan  kolesterol,   ia  membantu menurunkan  tekanan  darah  dan  mengurangkan  risiko  penyakit kardiovaskular.  Di  samping  itu,  makanan multi-bijirin  juga  membantu  mengimbangi  paras  glukosa  darah,  sekali  gus  mengawal  kepekaan  insulin, manakala kandungan serat yang tinggi meningkatkan proces pencernaan dan mengurangkan  risiko sembelit," kata Perunding Diet Nurul Aziah Musa. 
Kelima-lima makanan Sunnah itu dapat memberi kita manfaat yang diperlukan demi kepentingan mengekalkan  kesihatan  jantung  yang  baik  dan  mengawal  tahap  glukosa  darah  bagi  mengelakkan  kadar obesiti dan kencing  manis yang  semakin  meningkat  di Malaysia.  Pendidikan  awal mengenai  kepentingan kesedaran kesihatan dan pemakanan seimbang  perlu disemai demi melahirkan  masyarakat yang  lebih  sihat. Oleh itu,  ibu-ibu yang  ingin memberikan  yang terbaik  kepada  anak mereka  boleh memanfaatkan  S Great Grain kerana ia  datang lengkap  dengan nutrien  diperlukan yang akan memberi  anak-anak tenaga  dan fokus untuk menjalankan aktiviti harian mereka. 
"Rahsia untuk pemakanan  yang sihat bagi keluarga  adalah dengan menyajikan makanan  kaya dengan nutrien pada setiap hidangan. Apabila kanak-kanak dibekalkan nutrisi berkuatiti tinggi untuk badan dan otak mereka, mereka akan kurang minat terhadap makanan dan minuman ringan," kata Nurul. 
Dr Norman, Wany Hasrita, En Douglas Lee dan Puan Nurul Aziah Musa
Turut  hadir semasa  sewaktu majlis tersebut  ialah Dr. Norman  yang  merupakan  penulis  & jurucakap kesihatan.  "Secara  peribadinya,  sebagai  seorang  pengamal  makanan  sunnah  seperti  habbatus  sauda,  saya sendiri  dapat  merasakan  kesan  positif selepas  mengamalkan  makanan  sunnah  dalam  aktiviti  harian  saya. Surya  S  Great Grain bukan hanya mengandungi  satu, tetapi LIMA makanan Sunnah; sememangnya  pilihan yang tepat untuk  saya     sekeluarga  kerana saya sentiasa  menggalakkan  anak-anak  saya untuk  mengambil makanan   dan  minuman   yang   sihat   dari  usia   yang   awal.   Ini   merupakan   masa   yang   terbaik  untuk memperkenalkan produk ini memandangkan  bulan Ramadan bakal menjelang"
Bagi umat Islam yang menjalani  ibadah  puasa pada bulan Ramadhan yang akan datang,  S  Great Grain boleh diambil semasa sahur kerana minuman multi-bijirin ini mengandungi nutrien dan serat yang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari.
S  Great Grain  mula  memasuki  pasaran  empat  bulan yang  lalu dan telah  menjual  lebih  dari  10,000 bungkusan. Ini sekali gus membuktikan bahawa kejayaan formula mereka yang unik dan diyakini  HALAL, serta diperakui GMP, HACCP dan MESTI. 
Oleh itu, dapatkan Surya S Great Grain di kedai-kedai Watsons dan kedai farmasi di seluruh Malaysia dengan dua variasi - pek atau kotak yang mengandungi  15 sachet pada harga RM39.90 
Kak lily dah amalkan minum S Great Grain ni, so korang bila lagi ek
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 
Facebook Page : 
Instagram Link :