Hi Korang,
Ada berita baik untuk kita - kita kaum wanita di luar sana.
PUSPANITA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) merupakan sebuah persatuan  yang  dianggotai  oleh   isteri-isteri  dan  anggota-anggota  Perkhidmatan Awan dengan tujuan merapatkan perhubungan muhibah dan menggalakkan ahlinya bergiat  aktif dalam  aktiviti.  Pada  tahun  ini  PUSPANITA  KPM  akan  menganjurkan KARNIVAL  PUSPANITA  KPM  2018  yang  julung  kali  diadakan   dengan  kerjasama PERINTIS GROUP. 
Bertemakan hargai wanita dan wanita perkasa, karnival ini diharap mendapat sambutan  pelbagai  lapisan  masyarakat.  Karnival  ini  yang bertempat  di Putrajaya pada 12 Mei 2018, menyasarkan penyertaan seramai 15,000 orang dengan pelbagai  acara  bagi pengisian  seisi  keluarga. Antaranya SRIKANDI  Run  2018, gerai karnival,  persembahan artis, konvoi motosikal berkuasa tinggi dan banyak lagi. 
Wanita merupakan tunjang  dalam segala acara yang dirancang pada karnival ini. SRIKANDI  Run  2018 menyasarkan  penyertaan yang ramai sebagai tanda  sokongan terhadap wanita.  Larian  ini  dibuka  untuk jarak  5 km dan 10 km dan dilihat  sebagai cara terbaik untuk menyatupadukan wanita. 
Pengerusinya, Datin Seri Nor Azizah Sulaiman berkata selain dapat mengeratkan silaturrahim, penganjuran karnival itu juga adalah bagi menggalakkan ahlinya bergiat aktif dalam aktiviti dan program-program yang besar.
Di  samping  itu,  karnival  ini  mengajak  seisi  keluarga  bersama-sama  meraikan wanita   sebagai   permata   berharga   dalam   kehidupan   mereka.   PUSPANITA   KPM mengalu-alukan  penyertaan  dari  segenap  peringkat  umur,  agama  dan bangsa tidak kira mewakili  agensi  kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian. Untuk mendapatkan  maklumat lebih  lanjut, sila  layari  Facebook dan lnstagram  rasmi Karnival  PUSPANITA  KPM  atau  carian #hargaiwanita  #wanitaperkasa #puspanitakpm dan  #perintisgroup.  Segala  maklumat  berkenaan   karnival  serta  program-program dan tawaran hebat akan dikongsi melalui pautan media sosial ini. 
Bertemakan  Hargai  Wanita  dan  Wanita  Perkasa,  karnival  ini  memfokuskan kepada usaha memperkasakan kemampuan  serta kepimpinan  wanita dalam pelbagai bidang   dan   sektor   sesuai   dengan   gelaran   Srikandi   yang   telah   membuktikan keupayaan wanita sejak zaman  berzaman.  Dengan  usaha PUSPANITA KPM  ini, fungsi dan  sumbangan  wanita  dalam  memacukan  kecemerlangan  negara  dapat diperkasakan lagi. 
#KarnivalPUSPANITAKPM2018
#hargaiwanita 
#wanitaperkasa 
#puspanitakpm
#perintisgroup




