Showing posts with label lembaga hasil dalam negeri. Show all posts
Showing posts with label lembaga hasil dalam negeri. Show all posts

Thursday, March 1, 2018

Program FIT HASIL 2018 Anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Hi Korang, 


Sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan kakitangannya, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menganjurkan Program Fit Hasil 2018 yang berlangsung hari ini di Akadernl Percukaian Malaysia, Bangi, Selangor. 

Program yang masuk tahun ketiga sejak ia dianjurkan kali pertama pada tahun 2016 ini merupakan sebahagian daripada pengisian Sambutan Hari HASiL ke-22 yang akan disambut pada 1 Mac 2018. 


Of courselah kak lily dapat jemputan kan, ishkk seronok jugak sekali sekala bersenam ni kan, keluar sket peluh alah lagipun dekat je dengan rumah so apa ada hal ek. 

Sesampai je terus berzumba dulu selama 30 minit. 

Dengan tak de warming up terus je join hah sakit segala bagai kepala lutut dan lenguh tangan-tangan hahahaha yang penting seronok. 


Menurut Dato' Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dalam ucapan perasmiannya, selain daripada bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat, program ini turut menjadi medan mendekatkan LHDNM dengan masyarakat dan meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat. "la juga sebagai inisiatif pengurusan tekanan (stress) yang berkesan ke arah melahirkan kakitangan serta masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental", ujar beliau lagi 


Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah : 

i. Senamrobik & Aerodance 
ii. Family Fun Walk 
iii. Amazing Taxplorace 
iv. Street Games (Street Soccer & Street Netball) 
v. Sukaneka Telematch vi. Fun Playground 
vii. Berkuda 
viii. Memanah 

Kak lily tak join pun semua tuh. 

Bagi chance lah warga Bangi yang sertai, yelah datang sekeluarga reramai so kasi happy-happy sket lah kan.


Pada tahun ini juga LHDNM membuka kaunter informasi HASiL4U sebagai manfaat tambahan kepada pengunjung mendapatkan maklumat mengenai percukaian. Selain daripada itu LHDNM turut bekerjasama dengan selebriti tempatan untuk memeriahkan lagi program serta sebagai ikon yang akan mempromosikan kepentingan cukai pendapatan kepada pembangunan Negara.


Harapan LHDNM agar program sebegini akan diteruskan dan penyertaan masyarakat sekitar dipertingkatkan ke arah kehidupan yang lebih sihat serta merakyatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Bestkan... sekali sekala tapi kalau setiap hari letih oooo hahahaha












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com