Monday, October 30, 2017

Beans N Beans Café Damansara Uptown, Makan BINGSU Sedap

Hi Korang,

Beans N Beans ni merupakan cafe dessert yang berkonsepkan dessert cafe dari Korea, yelah menu-menunya adalah menu Korea. Ntahlah kak lily tak pernah pi Korea so tak surelah betul ke idokk kan. Bila tanya bebudak-bebudak lain ermm majoriti semua cakap menu di Beans N Beans ni dari Korea, wah seronoknya walaupun tak pernah pi Korea tapi merasa jugak makanan Korea ni. 

Maka dengan sebab itulah akak lily ke Beans N Beans ni walaupun jauh Di Damansara Uptown kan, nak feeling-feeling Korea la katanya huahauhauha, dengan itu jugak lah kak lily heret sekali Mr Big untuk temankan ek.

Orang lelaki ni memang dia akan kata tak naklah, tak sukalah tapi bila dah rasa semuanya dia bedal huahauhau.


Kitaorang ke Beans N Beans ni masa cuti Deepavali lepas.

Lepas-lepas lunch tuh tak de apa nak buat hah terus kemari, jalan pun tak jem yelah orang pi cuti beraya kan.

Sesampai je ingatkan cafe tak ramai orang ermm ramai ajo ek

Terus je akak lily pi order kat kaunter ermm sambil tergaru-garu kepala, yelah kan tak tau nak pilih menu apa. Nasib baik one of the staff suggest a few dish termasuk bingsu sekali tau so akak lily ikut jelah.


Café ni ni kak lily rasa best sebab diaorang ada sediakan activities section tau, kalau nak bergambar props jugak di sediakan. Patutlah ramai yang leka bila masuk ke café ni, sibuk main game rupanya. Memacam board game ada sepeti jenga, card game even kalau nak baca buku pun ada jugak. Pendek kata untuk kill the time sampai tunggu makan sampai atau pun tunggu kengkawan korang sampai ek. 

Of courselah kitorang order BINGSU!!

Kalau nak tau, Bingsu merupakan sejenis pencuci mulut dari Korea yang kak lily rasa rupanya lebih kurang sama macam ais batu campur (ABC) kita di Malaysia. Cuma yang uniknya dengan menggunakan ais susu sebagai asas, rasa bingsu itu lebih lemak berkrim dan kaya dengan rasa yang korang mesti tak pernah rasa sebelum ni.

Yeah Bingsu, I liked it!!

Choco Bingsu 

Blueberry Bingsu

Haruslah rasa sedap kan, cukup segala lemaknya. Manis dan awesome sebab selain daripada ais kepal yang berperisa tuh, ada bahan-bahan lain yang menambahkan lagi kesedapannya.

Selain daripada order Bingsu, kitaorang order menu lain jugak

Chicken Ham Sandwich
Siap ada chips lagi menu sampingan, not bad jugak cheesenya sampai meleleh-leleh masa makan ari tuh.

Chocolate Banana Waffle

Peanut Butter Waffle

Cold Noodles

Ini pun salah satu menu dari Korea ni. Kalau nak tau apa itu Cold Noodles, baca info kat bawah ni

Naengmyeon (냉면; 冷麵, in S. Korea) or raengmyŏn (랭면, in N. Korea) is a Korean noodle dish of long and thin handmade noodles made from the flour and starch of various ingredients, including buckwheat (메밀, memil), potatoes, sweet potatoes, arrowroot starch (darker color and chewier than buckwheat noodles), and kudzu (칡, chik). Buckwheat predominates (despite the name, it is not a wheat but rather is more closely related to sorrel). 


Bila masuk kat mulut tuh rasa mee tu kemain sejuk lagi tapi sedap, kuahnya ala-ala rasa kuah rojak mee tuh.Itu yang kak lily rasalah. Nampak je kuahnya cam jernih tapi ada rasa pedas tau tapi tak delah pedas menyengat..

Green Tea Matcha Blended

Ini biasalah memana café Korea mesti ada minuman ni. 

Dari segi harga, of courselah ramai yang akan kata mahal tapi bagi kak lily sekali sekala apa salahnya. Bukan tiap-tiap hari pun, lagipun portionya besar gak tau. Sebenarnya menu yang kitaorang order ni, boleh makan 3-4 orang tapi kami makan berdua je hehehhehe nampak nau pelahap disitu walaupun baru je lepas lunch time tuh hehehehehe

Kalau korang nak singgah ini alamatnya ek

Beans N Beans Uptown
107, Jalan SS 21/1A
Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor.

Tel : 603-7732 8288





Kalau nak cuba Bingsu mehlah ke Beans N Beans Café di Damansara Uptown ni ek











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Magic Jelly By LOVERA, Krim Serbaguna Untuk Pelbagai Masalah Kulit

Hi Korang,


Masalah kulit memang sinonim dengan kita-kita ni baik lelaki mahupun perempuan. Tua, muda mesti akan ada punya yelah semua orang bukan perfect pun kan hehehehe

So haruslah kita mencuba pelbagai jenis krim untuk menangani masalah ni, ermm berkesan atau tidak itu masalahnya. Macam kak lily tak delah kronik sangat masalah kulit cuma concern nak hilangkan parut jerawat dan kulit kering kat siku je eh itu masalah besar jugak tuh tau.

Banyak dah krim yang kak lily cuba, ada yang ok dan ada yang tidak, yang ok tuh kena guna setiap hari sampai berganti-ganti botol, tapi kesan lambat dan krimnya tak berapa meresap ke kulit tapi pakai jugaklah. Yang tak ok tuh, baru guna 2-3 kali terus jadi teruk pulak.

Itulah dilemma orang-orang yang mengalami masalah kulit ni kan, kena senantiasa mencuba mencuba dan terus mencuba.


As usual kak lily di perkenalkan dengan seseorang mengenai Magic Jelly By LOVERA ni. Wah nama pun dah istimewa kan ni yang tak sabar ni. 

Mari mari mariiiii

Magic Jelly by L’overa diperkaya dengan ekstrak aloe vera atau juga dikenali sebagai pokok lidah buaya dan ekstrak timun yang secara tradisional terkenal dengan kelebihannya yang berkesan mengekalkan kelembapan kuli dan melegakan masalah kulit seperti berkelopak dan kekeringan, masalah kulit kepala dan rambut dan banyak lagi kelebihan lain. 

Nampak tak? Itu baru sket ye ada lagi tau, jap jap…


Di antara kelebihan MAGIC JELLY :

Melembapkan kulit muka dan badan

Mengecutkan jerawat muka dan badan

Kulit kelihatan segar dan sihat

Juga sesuai untuk rambut gugur, kelemumur, rosak dan rambut bercabang.

Sesuai utk mereka yg ada kulit kering kerana ezcema

Boleh digunakan sebagai aftershave (utk lelaki dan perempuan)

Boleh digunakan untuk sunburn

Boleh campur dengan foundation as make up primer. 

Sesuai utk cracked heels

Campur dgn night dan day cream untuk booster

Make up remover tanpa minyak. 

Digunakan utk bayi yg mengalami ruam lampin atau gigitan serangga.

So memang betullah untuk semua golongan usia yang menghadapi masalah kulit kan. 


Akak lily baru cuba 2-3 hari lepas, alah sapu di muka sket kat bekas jerawat tuh dan nampaknya dah nampak tanda berkurangan dah. Tapi kak lily guna waktu malam je so proses tuh slow sket hehehehe..

Ye ye lepas ni akak lily guna setiap hari sebelum pakai bedak ek

Sapu kat rambut, senang je kan

Yang penting Magic Jelly by Lovera ni ianya tak melekit dan cepat meresap kedalam kulit, letak sket je tau. Sekejapan dah meresap lagi pulak baunya yang wangi tuh itu yang best tuh. 

Magic Jelly by L’overa di kilangkan mengikut piawaian GMP, memiliki kelulusan KKM dan tidak mengandungi bahan asas dari haiwan (ini bererti ianya adalah Halal) serta tiada bahan kimia terlarang, tiada paraben, tiada pewarna tiruan, tiada mercury dan tiada kesan sampingan. 


Nak tau lebih lanjut boleh check it out :



Ni social media Magic Jelly By LOVERA

Instagram: @LoveraMalaysia

Facebook: LOVERA Malaysia



So korang boleh cuba lah lagipun harganya takdelah mahal mana pun, ianya berpatutan.









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, October 28, 2017

KIDS ECO-DASH SIRI KE-2 TAHUN 2017

Hi Korang,

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) telah mengajurkan siri ke-2 bagi acara Kids Eco Dash di Taman Eko Rimba, Bukit Nenas di sini hari ini.


Acara ini merupakan satu acara larian kanak-kanak di mana-mana kanak-kanak boleh mengalami pengalaman larian “BIG RACE” yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang selamat dan “educational”. 

Sepertimana acara larian yang lain, ibubapa serta ahli-ahli keluarga dapat turut serta sebagai sukarelawan, bukan hanya untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka yang mungkin terlibat dalam acara tersebut malahan bersuai kenal dengan ibubapa yang lain selain membantu dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada ibubapa, pengagihan race-kit dan sebagainya.


Acara ini mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta pihak swasta iaitu Tough Gorilla.

Melalui acara ini, ianya bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan rasa sayang kepada Negara melalui perkongsian pengalaman melancong atau beriadah di destinasi-destinasi pelancongan melalui media sosial menerusi satu kempen yang dikenali sebagai Kempen Media Sosial #SayangMalaysia. Dalam konteks ini, ibu bapa digalakkan untuk berkongsi pengalaman menyertai acara ini kepada followers masing-masing melalui media sosial masing-masing.

Siri pertama telah dilaksanakan pada 15 Oktober 2017 di Taman Botani Negara Shah Alam bersempena dengan Hari Sukan Negara.


Acara utama bagi Kids Eco-Dash ini adalah acara larian yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

1. Kategori Caterpillar – untuk pelari berusia 4-6 tahun – jarak larian 1 km

2. Kategori Rabbit – untuk pelari berusia 7-9 tahun – jarak larian 1.8 km

3. Kategori Tiger – untuk pelari berusia 10-12 tahun – jarak larian 3 km 

Pemenang-pemenang menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 untuk tempat pertama, RM 100.00 untuk tempat kedua dan RM 50.00 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori. Selain itu, terdapat pengisian-pengisian lain seperti Garden Experience, permainan berkaitan Kitar Semula, Petting Zoo, jualan barang-barang Preloved dan Pertandingan Ucapan Awam. 



Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam upacara flag-off.



Penyertaan bagi siri kedua Kids Eco-Dash 2017 ini adalah sejumlah 500 penyertaan iaitu 250 peserta untuk kategori “Caterpillar’, 150 penyertaan untuk kategori “Rabbit” dan 100 penyertaan untuk kategori “Tiger”.

KPK berhasrat untuk membawa acara ini ke seluruh negara dan beberapa negeri untuk mempromosikan produk pelancongan berasaskan ekopelancongan yang dikenalpasti sesuai untuk melaksanakan acara ini seperti Taman Botani Pulau Pinang, Taman Botani Putrajaya serta banyak lagi.









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com