Sunday, June 7, 2015

5 Minit Parking Di PWTC = RM10.00 Sajor

Hi Korang,

Cuma nak citer ni.


Kalau sesiapa nak parking kereta betul-betul dengan PWTC ni, meh sini aku nak bagitau harganya kan.

Sekali masuk per entry = RM10.00 ye.


Curlass kan

Macam parking kat shopping mall valet pulak. Padahal bangunan office je kan.

Aku ni sebab buat kerja office je, kalau tak aku pun tak tau jugak. Hari tuh, kena meet up dengan CIDB officer pasal kerja office ni. Dah lambat sampai sebab jem teruk pagi tuh, nak cari parking lagi satu hal. 


Last-last nampak signboard P, masuk ke situ. Tup-tup abang jaga parking tuh, keluar mintak suruh bayar RM10 sekali masuk. Malas nak fikir panjang, bayar jelah. Sampai-sampai depan pintu office, just nice officer tunggu kan. Terus masuk meeting hehehehe 

Settle!

Itu je nak bagitau kan....


Thursday, June 4, 2015

Sayangi Kereta Anda : Servis Kereta Baru Yang Dah 60,000km

Hi Korang,

Kejap je ko dah 60,000km berjalan 'Dak Oren' ni.

Pejam celik pejam celik je, padahal tak de pi mana pun. Setakat jalan sini-sini je. Alah balik Melaka, pi Rembau, KL tu jangan cakap lah kan. Eh ada lagi, pi Terengganu hari tuh kan. Itu je sempat berjalan dalam tempoh ni. 

As usual ktorang pi service kat Frontline Motor Selaman Bangi ni. Senang kalau korang buat appointment by phone dulu dan leceh kalau tak de appointment main redha kasi pecah sajor kan.

Kali ni yang pegi of courselah Mr Big kan, aku jugak buat phone booking dan double confirm 2 kali sehari sebelum hantar kereta, maklumlah first appointment kul 9 am tuh. Kang sia-sia je pi kalau tak de appointment kan.

So langsung tak de gambar nak tunjuk sebab ko taulah orang lelaki cam Mr Big ni, dia memang malas kalau bab-bab ambil gambar ni kecuali for event lah. Bila aku ingatkan suruh snap 2-3 keping, dia cakap ape, alah ada orang baca ke entry pasal SERVICE KERETA ni. Ewah macam dia pulak jadi penafsir google analytics aku kan hahahahhaha



Cuma aku boleh tunjukkan korang bill yang kitaorang kena bayar untuk service 60,000km, service warranty yang paling last sekali. 

Di antara yang ditukar dan dibersihkan adalah

1. Air Cleaner Filter – RM38.00

2. Gasket – RM4.00

3. Automatic Transmission Fluid D3 SP 18L – RM61.09

4. Brake Fluid 0.5L – RM10.00

5. Radiator Coolant 0.5L – RM25.00

6. Cabin Filter – RM30.00 

Ini untuk spareparts kereta Alza la ye, kalau kereta lain aku tak sure pulak kan. Lagi satu, mahal ke murah? Ermm kena try google nanti untuk check harga kan. Tapi amik masa sket lah, bila aku ada free-free aku buatlah nanti.

Korang yang memana sibuk duk cari tempat untuk service kereta Perodua ni bolehlah hantar ke sini.


Frontline Motor Sdn. Bhd.
No. 7, Jalan P10/21,
Taman Selaman, Seksyen 10,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor

Tel : 03-8926 8003
Fax : 03-8926 9060

Lepas ni ada option untuk service kereta kat bengkel biasa sebab warranty dah habis kan tapi service kat sini senanglah sebab dah biasa.


Wednesday, June 3, 2015

Boleh Jimat Banyak Dengan CARDPOW!

Hi Korang,

Nak citer sket pasal CARDPOW ni lah

La ni kan musim cuti sekolah dah mula. So, parents memang masing2-masing pening nak fikir mana nak bawak anak-anak berjalan kan. 


Ok jangan nak fikir-fikir lagi lah Banyak sebenarnya tempat kita boleh pergi, terutama kat dalam Malaysia. Ada bajet lebih, bolehlah bawa keluarga bercuti sakan di luar negeri. Apatah lagi sekarang, ada promosi dari CardPow yang menawarkan banyak potongan menarik.

Yang menariknya, nak buat carian promosi mudah sangat. Cuma taipkan di butang carian lokasi yang ingin dikunjungi, seterusnya CardPow akan menyenaraikan promosi ada ditawarkan di lokasi pilihan. 

Antaranya seperti:-


Di Avenue K Mall - Discoveria. Pameran yang menempatkan binatang pra-sejarah.


Begitu juga mereka yang ingin mendedahkan anak mereka tentang sains dan kehidupan. Di Petronas Sains Galeri menawarkan diskaun menarik terutama pada mereka yang ingin membeli cenderamata..


Percutian seisi famili di Genting Highland juga boleh direalissikan dengan diskaun hebat dari CardPow!


Pizza yang sememangnya menjadi kegemaran anak! Di CardPow ada rebate hebat dari Papa John :)


Si comel Angry Bird juga mencuri perhatian. Terutama mereka yang berada di Johor Bahru atau yang ingin bercuti ke sana, boleh dapatkan tiket kemasukan dengan jauh berpatutan di CardPow..


Jangan lupa gunakan promosi di CardPow bagi mereka yang hendak ke Legoland juga..

Banyak bukan tempat permainan, makan dan sebagainya boleh diterjah sempena dengan cuti ini.

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari laman sesawang CardPow tau

Korang klik je website ni ek 

dan