Wednesday, August 24, 2016

Kedai Cermin Mata A-Look Eyewear & O.W.L Eyewear MINES Mall, Cepat Siap dan Harga Murah

Hi Korang,


La korang tak caya aku ni rabun?

Nampak cam perfect je kan tapi hakikatnya mak pakai contact lens nok untuk bergerak kesana ke mari. Dulu memang pakai spek tapi masa tempat keja lama, naik turun kapal spek asyik jatuh dalam laut manjang je. 

Tu yang terus pakai contact lens tuh

Tapi bila masuk usia remaja purba ni, takkan nak guna lens lagi kot.


Kenalah beralih kepada cermin mata selaras dengan usia kaedahnya hahahha. Untuk orang macam aku yang power matanya tak tercapai dek akal ni agak payah dan mahal sket harga speknya sebab nak kena ada high index, multicoated, silau, transition dan memacam lagi lah. 

Kesudahannya pendam je niat nak buat cermin mata tuh ek. 

Bila aku ke A Look Eyewear atau O.W.L Eyewear di The Mines Shopping Mall baru-baru ni, persepsi aku mengenai harga dan service buat cermin mata terus berubah.

mesin check mata - penting ni tau

Meh aku citer sket mengenai kedai cermin mata ni ek

A -Look membawa fesyen terkini dan bingkai kaca mata bergaya dari seluruh dunia yang dibuat khusus bagi Asia. Mereka komited tentang keselesaan untuk pemakai & ketahanan produk. Selain sangat profesionalisme selari dengan pencapaian dalam bidang Optometri yang diperolehi oleh Mr Lee Jin Tzer.

Antara pencapaian diterima ialah:

AXISMATICS-ABDO Best Full Time Student Award - Tahun 2003

OPSM-AXISMATICS FBDO-Top Student Award Year - 2003 Tempat Kedua

Hans Stepper Prize in Best Overseas Student Year - 2003

Distinction Grade in Eye Refraction Examination

Encik Lee telah dilantik sebagai perunding optik untuk outlet seperti di bawah,

A Look Eyewear, The Mines

OWL Eyewear, The Mines

Memang membuka mata dan minda serta hati aku hari tuh bila berada di kedai ni, layanan diorang memang sangat bagus dan mereka ni banyak membantu orang-orang seperti aku yang buta mata mengenai hal ini.

Jom kita intai kedai cermin mata yang ni dulu ek


A-Look The Mines


Tidak terhad pada cermin mata sahaja, A Look Eyewear semestinya menjadi pilihan korang untuk mendapatkan cermin mata kerana





1. Bermacam bingkai cermin mata branded pada harga istimewa

Seperti

- Armani Exchange frame, RM368 PERCUMA lens SV (single vision)

- Ray Ban frame, RM298, PERCUMA lens SV

Cermin mata hitam jenama antarabangsa juga ada boleh dibeli kat sini. Manalah tahu kalau korang ingin melancong ke luar negara kemudian terlupa mana letak sunglasses tu. Boleh datang beli cermin mata original di sini. Gaya ini penting wokeh !




2. Pelbagai jenis Contact Lenses


- contact lenses berwarna

- contact lenses khas untuk Dry-Eye / pengguna PC

- Promosi Best Deal contact lenses 


3. Pengedar sah Award Winner Lenses 


Drive Safe Lenses, Zeiss 

- Di iktiraf sebagai Lens Product of the Year 2016

- Berkesan mengurangkan silau yang ketara pada waktu malam dan boleh meningkatkan tahap penglihatan untuk memandu malam atau hari hujan

Glacier Coating, Shamir

- Mendapat anugerah Lens Product of the Year 2016

- Permukaan tahan lasak, sangat tahan calar dan mudah untuk dibersihkan beserta jaminan 2 tahun pengilang

Eyezen, Essilor

- Lens Product of the Year 2016

- Khusus kepada pengguna computer atau telefon tegar. Lens ini berupaya melindungi mata korang daripada sinaran biru yang berbahaya dari LED elektronik.


MyoVision, Zeiss

Terbukti secara klinikal melambatkan perkembangan rabun kanak-kanak dengan 30%. Jika anak korang rabun, elok pakai kanta jenis ini.

Individual, Zeiss

- Boleh customize lens dan fabric mengikut citarasa anda

-Unique Personal Engrave pada lenses

* Semua kanta premium diberi dengan sijil ketulenan dan jaminan.


4. Driving dan Sporty Sunglasses


Rudy Project

- keluaran Italy

- 2 tahun jaminan semua produk

- ImpaxtX lenses: Jaminan seumur hidup jika pecah 

- Golf 100 : khusus kepada pemain golf

- Cyclist : Prevent Fog by allow air ventricular


Oakley

- HD Optics, tahan hentakan

- Diskaun 20%, diskaun tambahan


Ray Ban

- Menggunakan kata kaca G15 lenses

- Pelbagai jenis special edition dan Polarization lenses

- mempunyai kesan penyejukan

* Jika korang ada bingkai cermin mata sendiri pun boleh datang ke A Look Eyewear untuk masukkan power dalam kanta tu. Ada sesetengah kedai tak boleh nak buat tapi bukan kat sini ye



5. Fesyen Cermin mata mampu milik


A Look Eyewear menyediakan pelbagai variasi cermin mata kepada pelajar dan peminat eyewear pada harga yang lebih rendah.




Satu yang menarik tentang bingkai cermin mata RM168 ini semestinya tak mudah patah. Ulang sekali lagi TIDAK MUDAH PATAH dan BOLEH BENGKOK KIRI KANAN

Bunyi agak tak masuk akal kerana biasanya kaki cermin mata sangat mudah patah jika tidak dijaga dengan baik. 

Sangat sesuai bagi ibu yang cermin mata selalu ditarik oleh anak atau anda yang kekadang tertidur memakai cermin mata. Tiada lagi masalah kaki bingkai cermin mata cepat patah.

Jom kita intai kedai cermin yang kedua ni plak,


O.W.L Eyewear - Butik Optik Trendy Terkini


Bagi korang yang mempunyai citarasa trend terkini atau nak tampil hipster dengan rekabentuk cermin mata ala Korea elok datang ke O.W.L Eyewear. Dari luaran anggap mesti mahal harga spek tetapi bila survey rupanya harga mampu milik. Berbaloi dengan design setiap bingkai cermin mata. 

Meh sini aku tunjukkan pada korang ek











Ermm sampai pening-pening tak tau nak pilih yang mana satu idaman kalbu.

Ni aku kongsikan kepada korang beberapa tips untuk membeli cermin mata.


Tips cermin mata mengikut bentuk muka


Memilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk wajah akan membuat seseorang itu kelihatan cantik dan bergaya.

1. Bentuk Muka Segi Empat

Bentuk muka segi empat, spek yang paling sesuai adalah berbentuk bulat,bujur atau korang juga boleh pilih spec yang berbentuk cat eye. Nampak bergaya sikit ya tak? 

2. Bentuk Muka Bujur Sirih

Bentuk muka ini paling sesuai untuk semua jenis spek. Tidak kisah, bujur, bulat petak atau sebagainya. Kesemua jenis rekabentuk spec yang ada ternyata memang sesuai dengan bentuk muka anda. 

3. Bentuk Muka Bulat

Bagi mereka yang berwajah bulat, sila pilih spec yang bersegi untuk menampakkan wajah korang lebih tirus dan runcing. Elakkan memakai spec berbentuk bulat atau bujur kerana ianya akan menampakkan wajah anda kelihatan lebih bulat.

4. Bentuk Muka Seperti Hati

Jika anda mempunyai dahi yang agak luas dan dagu yang runcing, maka bentuk muka anda adalah berbentuk hati. Pemilihan spek yang paling sesuai adalah berbentuk rama-rama ataupun cat eye adalah yang terbaik dan sesuai dengan anda.

Promosi A Look 2016


Eh of courselah mesti ada promosi kan



Dengan setiap pembelian bingkai Armani Exchange pada harga RM368 dan bingkai Ray-Ban pada harga RM298 (untuk bingkai terpilih sahaja) di mana-mana cawangan A Look akan mendapat kanta sentuh Crizal percuma.



Apa lagi, jom singgah ke:-

A-LOOK EYEWEAR - THE MINES 
Lot L1-16, MINES Shopping Fair 
MINES Resort City
43300 Seri Kembangan, Selangor 
10.00AM - 10.00PM 

Tel : +603-8941 3600

Like fan page A Look Eyewear untuk promosi terkini



Mehlah singgah ek, cari spek untuk diri sendiri tak pun spek untuk anak-anak ke kan. Eh mata kena jaga tau...




Tuesday, August 23, 2016

Tiffin Set Lunch Di Pacific Regency Hotel Suites

Hi Korang,

As usual cerita pasal makan lah! Hehehhe

Kali ni aku nak bawak korang ke Pacific Regency Hotel Suites di Kuala Lumpur, alah dekat sangat dengan KL Tower je. 

Mesti korang ingat, hotel ni tempat makannya biasa-biasa je kan, but no ye sangat special bila korang menjejakkan kaki ke tingkat 23 iaitu di Soi23 Restaurant. 


Untuk korang yang tercari-cari tempat makan sedap ketika waktu makan tengahari, aku cadangkan korang datang ke Soi23 Restaurant ni ek sebab sekarang ni mereka sedang mengadakan promosi ‘Malaysian Heritage Special – Tiffin Style’

Konsep yang di ketengahkan oleh Chef Zarul ni ni bagi aku sangat-sangat berbaloi kerana korang boleh merasai 3-4 menu hidangan kampung yang pasti membuatkan korang kenyang sampai malam.


Kali ini Chef Zarul menghidangkan 3 menu masakan kampung yang popular iaitu

Rendang Tok dari Negeri Perak

Sambal Udang Petai dari Negeri Melaka

Patin Gulai Lemak Tempoyak dari Negeri Pahang

Nyum nyummmm

Itu baru je tulis, belum tengok gambar lagi kan hehehhehe 


Rendang Tok

Salah satu favourite aku ni, sebab payah nak buat. So bila ada kesempatan ni, makan dengan sesungguhnya lah kan. Bagi aku dagingnya lembut, tarik sket je dah berderai. Rempah ratusnya menusuk kalbu, penuh dengan rasa. 

Sambal Udang Petai 

Langsung tak pedas walaupun nampak macam merahnya mak ngah. Isi udangnya lembut kiranya masak secukup waktu, tak lama dan tak kejap dalam kuali. Tengok cam sket tapi banyak jugak udangnya sampai tak habis kitaorang makan. 

Patin Gulai Lemak Tempoyak 

Korang pun tau kan, aku memang tak makan durian dan apa jua yang berkaitan dengan durian seperti tempoyak. Tapi menu yang ini aku memang tak boleh nak tolak sebab lemak ikan patin tu memang menambat hati aku. Dahlah portionnya ikannya banyak, walaupun partner makan aku tuh blogger Madi yang merupakan penggemar ikan patin ni, but still kitaorang tak terhabis pun makan hehehehe


Harga sangat berbaloi dan murah.


Bagi aku dengan harga RM35nett ni sangat-sangat murah dan berpatutan. Jika nak dibandingkan dengan menu yang dihidangkan. Kita semua tahu yang harga ikan patin, udang dan daging tuh bukan murah pun tapi RM35nett ermm cukup murah untuk makan tengahari berdua atau pun bertiga di Soi23 restaurant ni ye. 

Promosi ini sedang berlangsung daripada Ogos, September dan Oktober.

Apa tunggu lagi moh cepat ke:

Pacific Regency Hotel Suites,
KH Tower,
Jalan Punchak,
Off Jalan P.Ramlee
Kuala Lumpur

Tempahan dan pertannyaan boleh hubungi :

Tel : 03 2332 7777
Email : info@pacific-regency.com



Selamat menjamu selera semuanya...


Pencuci Rumah KAINDA Yang Versatile!

Hi Korang,

Selalu korang kalau lap-lap menda berabuk kat umah tuh guna apa ?

Of courselah spray-spray yang wangi tuh kan, tapi korang rasa dah hilang bakteria lepas kita lap barang-barang tuh. Ntah mana lah aku tau yang penting janji wangi dan bersih je kan?

Kalau korang sama je perangai cam aku, ermm hentikan lah. Hauahuahauauha

Ni aku nak perkenalkan sesuatu yang versatile yang mampu menjanjikan kebersihan maksimum. 

Memperkenalkan 


KAINDA - Versatile Home Sanitiser

Pembersih rumah yang amat-amat membantu korang semua di saat memerlukannya hehehhe

Sini korang aku terangkan sket beberapa kebaikan produk keluaran Australia ni.

Kebaikan KAINDA,

Anti-bacterial properties that inhibit the growth of bacteria,

Creating a hygienic and bacteria-free environment for you and your family.

Remove bacteria in Drains, Kitchen Benches, Table Tops, Glass Windows.

Food Grade Safe

Nampak banyak benar kebaikan dan kegunaannya kan


Di antara kandungan bahan-bahannya adalah 

Aqua, Polysorbate, Sodium Bicarbonate, Trisodium Salt, Paraben-free Fragrance, Polyaminopropyl Biguanide, Glycerin*, Citric Acid*, Methylisothiazolinone.

*Certified Organic

Cara nak gunakan?

La senang je




Korang just spray kat permukaan mana yang korang nak bersihkan dan biarkan seketika, lepas tu baru lap dengan kain lap kering atau kitchen towel untuk kebersihan maksimum. 

Botol yang aku punya ni merupakan pewangi Mahiri


Yang bermaksud  intelligence, is an oriental perfume that combines Mandarin, Yuzu and a dash of Cinnamon and Nutmeg, which are enriched with base notes of Amber and Sandalwood. This classy fragrance is appealing, yet not overpowering

Bagi aku memang sesuai untuk aku yang agak pemalas nak kemas rumah ni kan, sebelum ni aku kena basahkan kain then spray biasa je, la ni dah tak yah dah. Just spray dan lap sajor.


Korang boleh check it out 



Untuk dapatkan info lanjut mengenai produk KAINDA ni, lagi pulak ada lagi produk-produk lain yang korang boleh cuba gak ek.

Semoga aku lebih rajin mengelap rumah ye lepas ni ek hehehehhe...



Thursday, August 18, 2016

‘B Healthy’ Rancangan 'Lifestyle' Terbaru Di Astro Bella

Hi Korang,

Minggu lepas sempat ke media launch event anjuran Astro iaitu pelancaran rancangan bercorak gaya hidup masakini yang meliputi Topik Kecergasan, Senaman dan Pemakanan Sihat iaitu 'B Healthy'


Seringkali kita mahu memulakan gaya hidup sihat tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Benarkah amat sukar menyediakan makanan sihat secara mudah di rumah? Apakah cara terbaik membakar lemak dan senaman bagaimanakah yang sesuai dilakukan di rumah? 

Segala persoalan ini akan terjawab menerusi program terbaru Astro Bella, ‘B Healthy’ yang akan disiarkan mulai 21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD. Program kesihatan yang mengupas pelbagai isu berkaitan kecergasan, pemakanan sihat dan senaman ini penuh dengan informasi menarik yang boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia!


‘B Healthy’ bakal bersiaran sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan menampilkan Amelia Henderson selaku pengacara. Selebriti cantik yang juga pelakon Oh My English! ini akan mengemudi program ini dengan cara tersendiri, dengan celoteh menarik agar setiap topik yang disampaikan dapat difahami dengan mudah dan berkesan oleh penonton di rumah. Antara topik yang akan dibincangkan adalah pembentukan otot dan bentuk badan, perkongsian resipi dan menu yang sihat, transformasi kecantikan dan banyak lagi menjadikan B Healthy sebuah rancangan yang sesuai ditonton seisi keluarga.


Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, “Kami di Astro Bella sentiasa mahu menampilkan program baru yang segar dan menarik buat tontonan penonton di rumah. Kami sedar yang gaya hidup sihat merupakan satu isu yang kian mendapat tempat di hati penonton khususnya golongan wanita. Sama ada mereka ini lelaki dan wanita, tua atau muda, berkerjaya atau masih belajar, adalah penting bagi mereka mengekalkan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan urusan harian dengan semangat yang positif dan berstamina tinggi. Kami mahu menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan seharian semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa, umur, jantina, demografik mahupun kerjaya. Ia adalah sebuah program untuk tontonan seisi keluarga”.

“B Healthy merupakan sebuah program kesihatan yang merangkumi setiap aspek yang penting dalam pengekalan gaya hidup sihat. Dari pemakanan secara sihat, rutin senaman mudah dan pelbagai sehinggalah segala perkara yang berkaitan dengan penjagaan diri, semuanya akan dikupas di dalam program B Healthy ini. Misi utama kami adalah menjadikan program B Healthy sebagai one stop center kepada isu-isu berkaitan kesihatan dan penjagaan diri serta gerbang kepada bermulanya gaya hidup sihat!” tambah Natasha. 


Lebih menarik lagi, ‘B Healthy’ membawakan topik dan isu kesihatan berlainan setiap minggu, yang mana setiap episod akan menampilkan pakar kesihatan yang mahir dalam bidang masing- masing untuk berkongsi ilmu dan pengalaman agar kandungan ‘B Healthy’ dapat dimanfaatkan ramai pihak di luar sana. Selain itu, para selebriti popular tanah air seperti Lisa Surihani, Diana Danielle, Deborah Henry, Sazzy Falak, Natasha Hudson, Nana Al Haleq dan ramai lagi turut dijemput memeriahkan ‘B Healthy’ serta menyatakan pandangan dan pendapat mereka yang tersendiri berkenaan topik-topik kesihatan yang dipaparkan. 

Menariknya, setiap selebriti yang akan muncul telah dipilih mengikut tema yang tersendiri agar komentar yang diutarakan mereka sesuai dengan topik pada minggu tersebut. B Healthy akan menampilkan 3 segmen iaitu ‘B Nutritious’; membincangkan tips pemakanan sihat dan resipi menarik dan mudah untuk dicuba; ‘B Fitness’ yang memaparkan pelbagai rutin senaman seperti yoga, cross training dan Zumba serta segmen ‘B Mindfullness’ di mana segmen ketiga ini akan membawa penonton menyelami fakta-fakta menarik serta info berguna berkaitan topik kesihatan yang dibicarakan.

Istimewa buat penonton di rumah, ‘B Healthy’ juga menawarkan hadiah percutian ke Bali, Indonesia menerusi peraduan kuiz mingguan di mana para penonton perlu menonton setiap episod ‘B Healthy’ untuk menjawab soalan. Selain pakej percutian, pelbagai barangan Go Shop dan cenderahati produk kesihatan Purely B juga boleh dimenangi setiap minggu di mana kesemua hadiah ini ditaja oleh Astro Circle. Jangan lupa saksikan ‘B Healthy’, mulai 21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD. 

Hadiah Lumayan Menanti Pemenang Kuiz B Healthy


Tempat Pertama Pakej Percutian 3 Hari 2 Malam Berserta Rawatan Spa Untuk 2 Orang ke Bali, Indonesia Bernilai RM 7000 serta hamper bernilai RM 1000

Tempat Kedua Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam di Ipoh Banjaran Springs Untuk 2 Orang Bernilai RM 3500 serta hamper bernilai RM 500

Tempat Ketiga Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam di Avillion, Port Dickson Untuk 2 Orang Bernilai RM 1800 serta hamper bernilai RM 300