Thursday, August 18, 2016

‘B Healthy’ Rancangan 'Lifestyle' Terbaru Di Astro Bella

Hi Korang,

Minggu lepas sempat ke media launch event anjuran Astro iaitu pelancaran rancangan bercorak gaya hidup masakini yang meliputi Topik Kecergasan, Senaman dan Pemakanan Sihat iaitu 'B Healthy'


Seringkali kita mahu memulakan gaya hidup sihat tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Benarkah amat sukar menyediakan makanan sihat secara mudah di rumah? Apakah cara terbaik membakar lemak dan senaman bagaimanakah yang sesuai dilakukan di rumah? 

Segala persoalan ini akan terjawab menerusi program terbaru Astro Bella, ‘B Healthy’ yang akan disiarkan mulai 21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD. Program kesihatan yang mengupas pelbagai isu berkaitan kecergasan, pemakanan sihat dan senaman ini penuh dengan informasi menarik yang boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia!


‘B Healthy’ bakal bersiaran sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan menampilkan Amelia Henderson selaku pengacara. Selebriti cantik yang juga pelakon Oh My English! ini akan mengemudi program ini dengan cara tersendiri, dengan celoteh menarik agar setiap topik yang disampaikan dapat difahami dengan mudah dan berkesan oleh penonton di rumah. Antara topik yang akan dibincangkan adalah pembentukan otot dan bentuk badan, perkongsian resipi dan menu yang sihat, transformasi kecantikan dan banyak lagi menjadikan B Healthy sebuah rancangan yang sesuai ditonton seisi keluarga.


Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, “Kami di Astro Bella sentiasa mahu menampilkan program baru yang segar dan menarik buat tontonan penonton di rumah. Kami sedar yang gaya hidup sihat merupakan satu isu yang kian mendapat tempat di hati penonton khususnya golongan wanita. Sama ada mereka ini lelaki dan wanita, tua atau muda, berkerjaya atau masih belajar, adalah penting bagi mereka mengekalkan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan urusan harian dengan semangat yang positif dan berstamina tinggi. Kami mahu menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan seharian semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa, umur, jantina, demografik mahupun kerjaya. Ia adalah sebuah program untuk tontonan seisi keluarga”.

“B Healthy merupakan sebuah program kesihatan yang merangkumi setiap aspek yang penting dalam pengekalan gaya hidup sihat. Dari pemakanan secara sihat, rutin senaman mudah dan pelbagai sehinggalah segala perkara yang berkaitan dengan penjagaan diri, semuanya akan dikupas di dalam program B Healthy ini. Misi utama kami adalah menjadikan program B Healthy sebagai one stop center kepada isu-isu berkaitan kesihatan dan penjagaan diri serta gerbang kepada bermulanya gaya hidup sihat!” tambah Natasha. 


Lebih menarik lagi, ‘B Healthy’ membawakan topik dan isu kesihatan berlainan setiap minggu, yang mana setiap episod akan menampilkan pakar kesihatan yang mahir dalam bidang masing- masing untuk berkongsi ilmu dan pengalaman agar kandungan ‘B Healthy’ dapat dimanfaatkan ramai pihak di luar sana. Selain itu, para selebriti popular tanah air seperti Lisa Surihani, Diana Danielle, Deborah Henry, Sazzy Falak, Natasha Hudson, Nana Al Haleq dan ramai lagi turut dijemput memeriahkan ‘B Healthy’ serta menyatakan pandangan dan pendapat mereka yang tersendiri berkenaan topik-topik kesihatan yang dipaparkan. 

Menariknya, setiap selebriti yang akan muncul telah dipilih mengikut tema yang tersendiri agar komentar yang diutarakan mereka sesuai dengan topik pada minggu tersebut. B Healthy akan menampilkan 3 segmen iaitu ‘B Nutritious’; membincangkan tips pemakanan sihat dan resipi menarik dan mudah untuk dicuba; ‘B Fitness’ yang memaparkan pelbagai rutin senaman seperti yoga, cross training dan Zumba serta segmen ‘B Mindfullness’ di mana segmen ketiga ini akan membawa penonton menyelami fakta-fakta menarik serta info berguna berkaitan topik kesihatan yang dibicarakan.

Istimewa buat penonton di rumah, ‘B Healthy’ juga menawarkan hadiah percutian ke Bali, Indonesia menerusi peraduan kuiz mingguan di mana para penonton perlu menonton setiap episod ‘B Healthy’ untuk menjawab soalan. Selain pakej percutian, pelbagai barangan Go Shop dan cenderahati produk kesihatan Purely B juga boleh dimenangi setiap minggu di mana kesemua hadiah ini ditaja oleh Astro Circle. Jangan lupa saksikan ‘B Healthy’, mulai 21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD. 

Hadiah Lumayan Menanti Pemenang Kuiz B Healthy


Tempat Pertama Pakej Percutian 3 Hari 2 Malam Berserta Rawatan Spa Untuk 2 Orang ke Bali, Indonesia Bernilai RM 7000 serta hamper bernilai RM 1000

Tempat Kedua Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam di Ipoh Banjaran Springs Untuk 2 Orang Bernilai RM 3500 serta hamper bernilai RM 500

Tempat Ketiga Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam di Avillion, Port Dickson Untuk 2 Orang Bernilai RM 1800 serta hamper bernilai RM 300


Wednesday, August 17, 2016

GOLDEN CHURN SPREADABLE: GOODNESS GUARANTEED, Ye Memang Betul!!

Hi Korang,

Ada event Golden Churn last week,

Tapi disebabkan hujan lebat yang maha kuat sampai banjir kilat, tak dapatlah aku join even tbest ni ek. Tapi tak per, meh aku kongsikan citer pasal event ni ek

Pernahkah anda mengalami sesuatu yang sememangnya baik, menjadi lebih baik? Itulah yang yang sedang berlaku pada Golden Churn. Rangkaian terbaru Golden Churn Spreadable membawakan anda mentega yang paling dipercayai dipadankan dengan Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil) serta minyak Avokado. Idea bernas daripada Golden Churn ini telah menjadi satu penanda aras penting dalam kategori kulinari ini.


Selama lebih 70 tahun, Golden Churn Butter telah menjadi jenama antarabangsa yang terkemuka dengan menghasilkan produk premium yang berkualiti serta berdiri teguh dengan slogan “Goodness Guaranteed”. Rasa mentega yang mampu dipercayai ini terkenal dalam kalangan pembuat roti, tukang masak, kaum ibu serta hampir semua pengguna yang telah menikmati saat kenikmatan mentega bersama Golden Churn.


Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil

Melengkapi kualiti premium dan rasa Golden Churn Butter, rasa unik Mediterranean terhasil daripada tekanan sejuk pada minyak Zaitun dari Australia yang turut mengandungi 25% kurang lemak berbanding mentega sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan, mentega ini memberikan manfaat kesihatan dari minyak Zaitun yang diperkaya dengan antioksida serta lemak mono-tidak tepu. Ia sememangnya amat sesuai digunakan sebagai bahan masakan, atau sapuan di atas roti.

Golden Churn Spreadable with Avocado Oil

Gabungan citarasa ikonik Golden Churn Butter dengan tekanan sejuk minyak Avokado dari Australia memberikan rasa lemak dan kekacang yang turut mengandungi 25% kurang lemak berbanding mentega sapuan jenama lain. Tidak menggunakan pewarna dan perasa tiruan, minyak Avokado bertaraf premium ini memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Lemak mono-tidak tepu membantu memperbaiki tona kulit, potassium yang terkandung baik untuk melancarkan peredaran darah, serta serat makanan juga membantu mengawal paras gula dalam badan. Berikan kepuasan pengembaraan deria rasa anda dengan mencuba pada hidangan sandwich. 

FROM LEFT: MS JOY DING, HEAD OF MARKETING FOR GBA CORPORATION SDN BHD, DATUK CHEF WAN, MR JONATHAN SEKHON – GENERAL MANAGER SALES & BUSINESS DEVELOPMENT OF BALLANTYNE PTY LTD

Pelancaran produk penuh inovatif ini diadakan di The Talent Lounge, Empire Damansara pada 11 Ogos 2016. Dengan sentuhan dekorasi majlis yang selesa dan santai, menaikkan mood tetamu yang hadir dengan suasana seperti di kawasan kediaman sendiri. Golden Churn butter telah berada di pasaran Malaysia berabad lamanya dan tidak diragui lagi sebagai pilihan utama mentega premium dalam komuniti Malaysia.

WELCOMING SPEECH BY MR JONATHAN SEKHON – GENERAL MANAGER SALES & BUSINESS DEVELOPMENT OF BALLANTYNE PTY LTD

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Jonathan Sekhon- Pengurus Jualan yang sungguh teruja memperkenalkan produk terbaru; Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil dan Golden Churn Spreadable with Avocado Oil. Menurut beliau, “Dengan pengenalan 2 produk baharu ini, Golden Churn ternyata bertambah baik. Kumpulan pakar inovasi kami telah berjaya menggabungkan mentega yang berkualiti dengan minyak yang penuh dengan kebaikan, akhirnya menghasilkan produk yang lazat”.




Majlis kemudiannya dihangatkan dengan demonstrasi daripada Chef Wan. Datuk Redzuan Ismail yang lebih dikenali sebagai Chef Wan telah mencipta 2 resepi diinspirasi daripada 2 produk mentega baharu ini.

Golden Churn Spreadable with Extra Virgin Olive Oil dan juga Golden Churn Spreadable with Avocado Oil amat mudah untuk dikenal pasti melalui reka bentuk bekas berwarna perak ‘metallic’, menyerlahkan keaggunan serta rasa & aroma premium dengan kebaikan yang terjamin.

Hah, mesti kena cuba dulu then baru tau keenakannya...

Tuesday, August 16, 2016

SCIENCE ON SKIN (SOS), Penyelesaian Masalah Kulit Muka Berjerawat Dan Kulit Kekurangan Vitamin

Hi Korang, 


Mesti ramai tak pernah dengar jenama penjagaan muka SCIENCE ON SKIN (SOS) kan ? 

Memang ye pun, jenama ni baru berada di pasaran. 

SCIENCE ON SKIN (SOS) - sebuah jenama baru rawatan penjagaan kulit yang menggabungkan penjagaan kulit sains inovatif dengan seni halus kecantikan ke pelbagai produk rawatan untuk kulit terbaik.


Mengandungi Cleanse+, Acne+ and Multivitamins+, produk SCIENCE ON SKIN (SOS) mempunyai keunikan berbeza daripada produk-produk Kecantikan yang lain di luar sana, seperti mereka dengan megahnya formulasi dermatologi dibangunkan dengan menawarkan tumpuan yang lebih tinggi daripada bahan-bahan aktif untuk merawat, memberi nafas baru dan melindungi kulit dari radikal bebas. Di reka secara teliti untuk memberikan sinergi dan pelbagai manfaat kulit-meningkatkan itulah penyelesaian semua dalam ane seseorang akan merasa perlu untuk kulit yang jelas dan bersinar.



Ok untuk kandungan bahan-bahan setiap produk ini, aku kongsikan didalam English language ek. 

The streamlined routine starts with SOS Cleanse+, which is a dual-action gel cleanser formulated with antiseptic and astringent properties. The cleanser effectively takes the day off by removing makeup and purifying pores at the same time. Formulated for all skin types, 

Cleanse+ also balances the skin's pH level, enhances the skin's ability to retain moisture for firmer and tighter skin, and prepares it for better absorption of treatment products. 

More than just an essence to treat and control comedones and acnes, SOS Acne+ is formulated with a powerful yet soothing suite of active ingredients to calm, improve and brighten the skin simultaneously. Packaged in a dual-chamber pump dispenser, Acne+ delivers a pore-clearing gel and a sebum control gel in one easy bottle. 

The essence's proprietary and synergistic blend of active ingredients fights against all types of acne, be it the common adolescent form caused by hormonal changes or the adult acne, usually triggered by lifestyle or environmental factors. 

One of the key ingredients is Zinc PCA, which has been shown to be highly effective in the control of excess oil and the treatment of acne, while moisturising the skin at the same time. 

Working in tandem to boost the effectiveness is the active ingredient of Iris Extract, which has strong anti-acne, anti-inflammatory, anti-bacterial and astringent properties that soothe as it regulates sebum production. The addition of anti-inflammatory Licorice further calms and prevents redness. A natural skin lightener, it also helps to diminish the dark pigmentation resulting from scars and evens out skin tone. Enhancing the skin is a trio of vitamins- Vitamin 83, Vitamin C and Provitamin 85. The potent anti-oxidant trio prevents moisture loss and helps to maintain the skin's natural balance while providing anti-aging support.


With regular application of Acne+, future breakouts are prevented with the skin calmed, purified and infected pores quickly cleared. An even complexion is achieved with lightened acne scars, and the skin is soft with a matte finish, and diminished shine and pore visibility. 

To transform a clear complexion to a firm, luminous and glowing one, SOS Multivitamins+ is formulated with a high concentration of Vitamins A, C and E, and a proprietary blend of stem cells,botanical extracts, collagen and potent peptides.


When applied on the skin, Vitamin A helps to thicken and stimulate the dermis, so it reduces wrinkles and increases blood flow to the surface of the skin. In addition, Vitamin A increases the deposition of collagen, therefore it slows the normal aging breakdown of collagen and elastin. Vitamins C and E are powerful additions to an anti-aging skin-care regimen. The antioxidants neutralise free radicals that age the skin, which helps to keep skin firm and youthful, and reverse and prevent signs of aging. The anti-oxidant activities are intensely boosted by the addition of proprietary Stem Cells, which dramatically improve elasticity and firmness for a younger appearance. 

For an even complexion, Arbutin is added to inhibit tyrosinase, an enzyme that catalyses the production of pigments and thus inhibits the formation of melanin. It promotes reduction of irregular pigmentation or melanin patches and improves skin blemishes. Sodium Hyaluronate and Provitamin 85 hydrate and retain moisture to keep skin soft and silky.

When combined with anti-aging collagen, peptides and other botanical extracts, the supercharged Multivitamins+ delivers a powerful bundle of benefits, including the brightening of complexion, and reduction of fine lines and wrinkles. Additionally, Multivitamins+ supports collagen and elastin production, suppresses melanin production and lightens pigment spot. With regular use, the skin feels firm and bouncy, with a healthy radiance and irresistible glow.


Menarik kan!!
Itulah aku sendiri pun mulai suka dengan produk ni walaupun baru je beberapa hari gunakan

Kedua-dua produk serum ini di datangkan di dalam botol unik yang mempunyai 2 pump untuk mengekalkan kebersihan dan kualiti produk tersebut. Disyorkan untuk kegunaan malam, untuk membaikpulih semulajadi kulit dan meningkatkan pengekalan lembapan kulit.

Untuk info lanjut korang boleh check it out di

Website : www.sos-skin.com



About SCIENCE ON SKIN (SOS)

Established in April2016, SCIENCE ON SKIN (SOS) is a brand new treatment skincare brand that intelligently marries the innovative science of skincare with the delicate art of beauty into a streamlined range of treatment products for the best skin one will ever have.

Monday, August 15, 2016

Burger RIO Mc Donalds Pedasss

Hi Korang,


Memang tak terfikir pun nak makan burger 2-3 minggu ni!!

Yelah dah pekena #Leptos memang tak berapa lalu nak makan time lunch tapi hari tuh rasa teringin plak nak makan so merayau-rayau kat area opis ni. Nak masuk Mines malas plak sebab nak kena turun kereta bagai, parking tapi sebenarnya takut tershopping ke lain je.

So pusing punye pusing teringat Mc Donalds drivethru kat Sg Besi tuh.

Hah boleh lah pi, cuma kena buat big u-turn je nanti. Ermm tak perlah janji tak yah turun kereta. Pemalas nau kaedahnya kan.


Bila depan mesin bercakap tuh, terdiam kejap. Apa plak nak makan ni ek? Memang nak makan burger tapi burger apa. Sekali ternampak burger RIO ni, teruslah order sebab malas nak fikir lagi. 

Ok semua sekali RM17 kot sebab amik set menu yang siap air dan french fries tuh.


Fries makan dalam kete sampai drive balik opis, sedap wei makan panas-panas. Terus terlupa kandungan kalori bagai ek, alah tak perlah sekali sekala. Bukan tiap-tiap hari pun.

Sampai je opis terus masuk pantry, sambung makan kat sini. Staff lain pun tak do sebab belum balik dari lunch agaknya. 

Tak yah letak cili sos lah sebab malas nak makan yang pedas-pedas sekarang takut usus sakit katanya, yolah tuh. Sekali makan ko… podehhh wei.


Terus aku check apa yang menyebabkan podeh tuh, rupanya sos dalam burger tuh. Nampak cam warna mustard tapi oren sket, aku pun coleklah ermm confirm sosnya. 

Nak buat cam no, bedal jelah sampai tak kan nak buang plak.


Berjaya jugak aku abiskan, walaupun kejap-kejap sedut air kosong untuk hilangkan pedas. Anyway, bukan tak sedap tapi pedas je. Untuk penggemar pedas bolehlah korang cuba makan, untuk aku maybelah aku akan cuba lagi tapi tak delah die hard fan pun burger RIO ni ek. 

Hah cuba dulu then baru tau!!




OBERMAIN Meraikan Pelancaran Gedung Utamanya Yang Berkonsep Serba Baru Di Malaysia

Hi Korang,

Kaki fesyen mesti tau jenama Obermain ni kan. 


Aku kenal pun sebab Mr Big suker bebenau brand ni, dia kata special sket barang-barangnya lain daripada yang lain.


Obermain, jenama warisan Jerman yang telah bertapak di Malaysia semenjak 1974, hari ini telah melancarkan pembukaan gedung teraju utamanya yang berkonsep baru di Malaysia. Kedai yang terletak di F-057, tingkat satu Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, di hias dengan kombinasi konsep “retro”& “modern industrial” dan inspirasi gaya ini pasti menggamit perhatian pelanggan untuk menikmati pengalaman membeli belah penuh bergaya di situ. Untuk menjayakan tema retro kontemporari ini, kedai seluas 1227 kaki persegi itu mendalami sepenuh hati konsep gabungan elemen yang kontras dari pelbagai sudut, termasuklah kombinasi maskulin dan feminin, kontras warna, dan kontras dari segi tekstur bahan. 








Gedung teraju utama Obermain yang berkonsep segar ini dilengkapi dengan pelbagai produk menarik. Selain dari koleksi kasut yang terbaru dan mantap buat lelaki dan wanita, ia juga mempamerkan koleksi tas tangan wanita dan aksesori kulit kecil buat lelaki. Paling menarik sekali, pelancaran kedai konsep baru ini juga menjadi titik lahirnya koleksi pakaian lelaki Obermain. Koleksi pakaian ini diinspirasikan oleh gaya maskulin yang “timeless,” dan buat masa ini terdiri dari koleksi kemeja formal dan kasual yang memang suai gaya dengan kehendak lelaki urban.


“Obermain memastikan produk jenamanya sentiasa berkualiti tinggi, dan jenama ini terus giat untuk mencipta produk harian yang terbaik dengan menggunakan bahan asas yang bagus, dan dibuat dengan teliti dengan “finishing” yang mantap. Koleksi pakaian sulung Obermain ini memang suai gaya dengan lelaki urban berkerjaya pelbagai umur, tidak kira sama ada masih 20an atau sudah menjangkau 50an. Selagi dia seorang lelaki yang menjaga penampilan, dan punyai kalendar hidup yang aktif, pakaian Obermain pasti menepati citarasanya, apa lagi dengan harga yang berpatutatan diantara RM89 ke RM229 sahaja”, menurut Encik Chong King Foon, Ketua Pengurus Operasi Transmarco Lifestyle Sdn Bhd.

Kasut lelaki pertama Obermain telah berada dipasaran Malaysia pada tahun 1974, dan semenjak itu Obermain telah mantap bertapak sebagai jenama yang dikenali dengan barangan yang bergaya, selesa dan direka bentuk dengan teknologi Jerman. Kasut wanita nya pula telah diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2012 dengan konsep berteknologi “reflex-zone-bed” dimana alas kaki nya memberi stimulasi lembut pada tapak kaki pemakainya. Teknologi ini telah direka dengan bahan asas semulajadi yang lembut, dan membuat pemakai menjadi lebih selesa sepanjang hari dengan menggalakkan pengaliran darah sempurna yang memantau kesihatan seluruh badan.


Selain dari itu, beberapa koleksi terpilih kasut Obermain direka untuk mengandungi teknologi “Active Flex” yang memberikan kasut itu sifat kebolehlenturan yang hebat. Teknologi ini membenarkan kaki pemakai untuk melentur langkah kaki dengan sempurna di setiap arah gerakan, terutamanya di bahagian depan kaki. 




Pelbagai koleksi menarik ada dipamerkan di kedai konsep terbaru ini, dan buat peminat kasut lelaki, ada empat koleksi yang amat bersesuaian. Untuk yang bergaya “rugged” kasut but Rainor sangat sesuai, terutamanya bila dipadankan dengan kemeja flannel dan jeans. Untuk lelaki yang lebih sukakan gaya sartorial yang kemas & klasik, kasut bertali Clement sangat cocok dengan kemeja berkolar “button down” & denim “slim” berwarna biru tua. Kalau “preppy” adalah gaya pilihan pemakai, Andrew, kasut loafer yang dibuat dari kulit lembut lembu muda, sangat ranggi bila digayakan. Untuk situasi semi formal, kasut loafer berhias rumba seperti Cale juga amat bersesuaian.




Buat wanita pula, koleksi Blute I dan Blute II, kasut bertapak flatform wedges yang direka dengan cetakan corak “floral” yang indah, memang sesuai untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih feminin. Buat mereka yang mencintai gaya romantik ala “hippy” 70an, Jude II adalah kasut platform pilihan. Untuk mereka yang merancang untuk bercuti musim panas, kasut sandal kulit Livana III and Livana IV sememangnya yang paling sesuai gaya dan ianya wujud dalam variasi terus sarung atau berikat “ankle strap”dan pelbagai warna menarik seperti merah, biru dan lain lain lagi.



Pelancaran pembukaan gedung ini juga diseri dengan penampilan, penyanyi popular Indonesia, Afgan yang akan mengadakan konsertnya pada tarikh 3 September yang juga dipersembahkan oleh Obermain. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti “new faces” seperti Daler Yusuf, Puteri Aishah, Daniel Woodroof dan Amelia Henderson yang turut memeriahkan pelancaran yang bermakna ini. Majlis ini ditutup dengan satu peragaan koleksi terbaru Obermain yang merangkum semua kategori produk digedung tersebut, yang melambangkan keseriusan jenama tersebut melangkan ke arah baru.





###


ABOUT OBERMAIN

Obermain diasaskan di negeri Jerman pada 1888 dan terkenal kerana rekaan kasut yang bergaya lagi selesa. Rekaannya merangkumi pakaian, kasut dan aksesori. Rangkaian kedai Obermain boleh didapati di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Azam untuk membuat pembaharuan dalam rekaan kasut dan meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan telah menghasilkan penemuan teknologi mutakhir membuat kasut, termasuk Active Technologies dan ikon Air Cool technology. Kini, Obermain meneruskan legasi dan kejuruteraan Jerman dengan menitikberatkan penghasilan kasut serta aksesori yang bergaya, inovatif dan keselesaan untuk kepuasan pelanggan yang bijak.