Saturday, September 3, 2022

Resipi Kerabu Taugeh Bersos Blueberries, Blueberries Enak Di Bawah Jenama Oregon dan Washington

Hi Korang,

Siapa blueberries??

Kak Lily yeahh!!!

Memang pun salah satu buah-buahan di bawah jenama Oregon dan Washington merupakan yang di import dari luar negara ke Malaysia yang mana ianya mengandungi banyak manfaatnya walaupun ianya kecil. Bukan sahaja kepada kulit dan rambut, tetapi juga untuk kesihatan tubuh badan.


Kalau korang nak tau, penanaman beri biru hanya ditemui sekitar abad ke-20. Sebelum itu, buah asli dari Amerika Utara ini hanya terdapat di dalam hutan. Oregon dan Washington merupakan dua negeri penghasil beri biru terbesar di Amerika Syarikat.



Beri biru secara semula jadi manis, sedap dan berkhasiat serta memberi banyak manfaat pada kesihatan, seperti meningkatkan kesihatan jantung, kesihatan kulit, mengurangkan tekanan darah, mencegah kanser, diabetes, dan menstabilkan kesihatan mental.

Antara fakta pemakanan berkait dengan beri biru dan manfaatnya kepada kesihatan:

1. Satu cawan bersamaan 148g buah beri biru menyumbang 25% daripada nilai vitamin C harian iaitu 14.4mg Vitamin C. Vitamin C dapat membantu menyokong sistem imunisasi badan.

2. Satu cawan bersamaan 148g buah beri biru mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian oleh tubuh badan. Serat makanan mampu meningkatkan kadar lipid darah, mengatur kadar gula dalam darah, dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Jika kita dalam tempoh berdiet, buah beri biru sangat sesuai untuk dijadikan snek sihat.


3. Beri biru kaya dengan antioksidan. Beri biru dipercayai mempunyai salah satu tahap antioksidan tertinggi dari semua jenis buah dan sayur biasa. Antioksidan melindungi badan kita daripada radikal bebas (molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menyumbang kepada penuaan dan penyakit).

4. Satu cawan bersamaan 148g buah beri biru menyumbang kepada 36% daripada nilai Vitamin K harian iaitu 28 mikromiligram Vitamin K. Pengambilan Vitamin K yang rendah dikaitkan dengan risiko tulang rapuh yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pengambilan Vitamin K yang mencukupi meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium.

Beri biru sudah diperakui sebagai makanan yang menyihatkan jantung oleh Persatuan Jantung Amerika dan mengandungi sebatian semula jadi yang membantu otak supaya kekal cergas.


Dah sambil-sambil bercerita mengenai buah beri biru ni, meh sini kak lily kongsikan satu resipi yang dihasilkan oleh Chef Bob Kamaruddin Adnin.

Chef Bob Kamaruddin Adnin merupakan Presiden Persatuan Masakan Profesional (Malaysia), dan pernah berkhidmat sebagai chef di beberapa hotel bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur termasuk The Westin dan Mandarin Oriental.

Beliau turut dilantik sebagai Chef Eksekutif di Sheraton Imperial Kuala Lumpur sebagai Chef de Cuisine pada 2008 dan kemudian sebagai Chef Eksekutif Korporat dengan MAS Awana Sdn Bhd sebelum beralih kepada kerjaya semasa sebagai chef perunding sepenuh masa dan pengacara rancangan masakannya sendiri, Chef Bob Cooking.


KERABU TAUGEH BERSOS BLUEBERRY

Bahan-bahan:

300 gram taugeh, ekor dan cuci bersih

Setengah cawan kacang Perancis cincang atau julienned

1 biji bawang merah sederhana, dihiris nipis

2 biji cili api, dihiris halus

150gram udang rebus

Mata air daun selasih

Setengah cawan kelapa kering yang dibakar ringan

BAHAN REMPAH – Tumbuk dengan alu dan lesung

50 gram bawang merah - dicincang

2 ulas bawang putih

1 biji cili merah

1 sudu besar udang kering, rendam dalam air panas untuk empuk

Secubit garam

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil minyak sayuran

SOS BLUEBERRY

2 sudu besar mentega

1 cawan beri biru segar Oregon atau Washington

1 hingga 2 sudu besar cuka balsamic

1 sudu besar jus oren atau lemon

1 sudu besar madu

Cara-caranya :

1. Dalam mangkuk adunan, gaulkan taugeh, kacang Perancis, hirisan bawang besar, cili padi dan ketepikan.


2. Panaskan 1 sudu kecil minyak dalam kuali dan kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk tadi beberapa minit dan kemudian masukkan kelapa kering, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Biarkan kuali masak selama satu minit lagi kemudian padamkan api. Biarkan adunan sejuk selama beberapa minit sebelum mencampurkannya ke dalam mangkuk taugeh. Sambil taugeh digaul ke dalam bancuhan kelapa hangat mereka akan lembut sedikit sambil mengekalkan kerangupannya.

4. Tutup dan masukkan ke dalam peti ais.


5. Untuk membuat sos blueberry pula, panaskan mentega dalam kuali. Setelah cair masukkan ke dalam blueberry Oregon dan Washington dan bahan-bahan sos yang lain.


6.Biarkan mendidih, kacau seketika dan kecilkan api hingga mendidih selama 5 minit.




7. Untuk dihidangkan: Salad atas dengan udang rebus kemudian renjiskan sos blueberry ke atas salad. Hiaskan dengan daun selasih dan lebih banyak cili potong jika suka.


Berselera kak lily makan tengahari tadi, sebab ada ulaman kerabu istimewa. Rasanya tidak terlalu manis mahupun tidak terlalu masam. Just nice masuk ke tekak hah.

Amat mudah untuk di lakukan so korang kena cuba tau.

Untuk lebih info berkenaan buah beri biru, boleh layari laman sesawang www.oregonblueberry.com atau https://wablueberries.com/wa-blueberry-commission/



#Oregonblueberries
#Washingtonblueberries
#blueberrygoodness
#healthyblueberries

Friday, September 2, 2022

PIZZA HUT Jemput Pelanggan Jamu Selera Di Restoran Dengan LOOOOOOOOONG PARTY BOX Berserta Tawaran Hebat

Hi Korang,

Sedapnya Pizza Hut kan!! Lama betul tak makan kat sini hah lah

Pizza Hut ingin menarik para peminatnya untuk menjamu selera di restoran dan menikmati piza Looooooooong Party Box. Sepanjang bulan kemerdekaan yang ke-65, pelanggan kini boleh menikmati piza sepanjang satu meter yang didatangkan dengan tiga sos pencicah berserta minuman ringan tanpa had (free flow) untuk 10 orang dengan hanya menambah RM10.


"The Long Party Box" telah diilhamkan oleh keinginan semua orang untuk berkumpul dan makan bersama-sama, sambil mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di waktu pasca- pandemik ini. Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan menyatukan orang ramai, Pizza Hut ingin mencipta sesuatu yang istimewa untuk diraikan bersama-sama,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

“Memandangkan restoran kami telah pun beroperasi sepenuhnya, kami teruja untuk menggembirakan pelanggan dengan hidangan berkualiti dan pemberian nilai yang hebat, itulah sebabnya kami telah mencipta tawaran minuman ringan tanpa had dengan setiap pembelian “The Long Party Box”. Kami berharap dengan tawaran ini, kami dapat memberikan pelanggan sesuatu yang menarik untuk diraikan di musim cuti dan disepanjang bulan kemerdekaan ini”


Piza sepanjang satu meter yang berharga RM99 untuk hidangan ala carte ini akan menjadi menu tetap di Pizza Hut untuk makan di restoran dan bawa pulang, manakala tambahan RM10 untuk minuman ringan tanpa had (untuk 10 orang) akan sah dari 30 Ogos hingga 11 September 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my

Sunday, August 28, 2022

Seniman Café, Pavillion Bukit Jalil Menawarkan Hidangan Melayu Nostagia Lama

Hi Korang,

Siapa yang belum pernah lagi ke Pavilion Bukit Jalil?


Ramai yang bercerita dengan kak lily akan kurangnya restoran yang menghidangkan masakan melayu asli selain daripada medan selera di bahagian bawah. Kini korang tak perlu riasu lagi, kerana adanya Seniman Café yang bakal membuat selera korang untuk makan-makan di Pavilion Bukit Jalil ini.



Kalau korang nak tau yang Seniman Cafe yang terletak di tingkat 4 ini menghidangkan masakan melayu asli yang betul-betul seperti kita merasai makanan air tangan ibu kita di rumah, yang mana hidangannya betul-betul amat enak sekali.

Seniman Cafe memperkenalkan nama didalam set menu dengan mengambil inspirasi daripada filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, iaitu kita boleh mencuba pelbagai masakan melayu yang dinaik taraf antarabangsa termasuklah dari segi rasa dan persembahan memang cukup sempurna.

Resepi yang diperkenalkan juga inspirasi daripada pengalaman chef yang pernah berkhidmat di restoran-restoran popular yang menawarkan sajian melayu. Bagi pengetahuan korang, penggunaan bahan masakan seperti daun kadok dan pelbagai lagi bahan masakan yang digunakan oleh orang-orang lama memang dipraktikkan. Ini seiring untuk menjaga keaslian rasa sepertimana yang pernah digunakan dalam masakan nenek moyoang kita satu masa dahulu.


Set Talam

Set talam didatangkan dalam bentuk talam disyorkan untuk dinikmati seramai 2 orang. Agak unik dan klasik kerana mengingatkan kita pada cara keluarga lama yang akan menikmati hidangan secara ramai-ramai didalam talam.

Didalam setiap set talam akan diberikan juga dengan sambal kelapa pudina, pajeri nenas, sambal belacan tumbuk dan acar jelatah. Terdapat 3 jenis set talam yang boleh dicuba iaitu :-

Talam Set DO
Talam Set RE
Talam Set MI


Talam Set DO

Daging Salai Lemak Cili Padi
Ayam Kunyit Palembang
Sotong Sambal Tumis
Nasi Minyak Pengantin
Minuman - Teh Tarik Terbalik



Talam Set RE

Kari Kambing Jiwa Kacau
Ayam Masak Kicap Manis
Udang Goreng Halba
Nasi Kukus
Minuman - Teh Tarik Terbalik



Talam Set MI

Tulang Sisih Kerutup
Ayam Goreng Pak Kaduk
Ikan Siakap Berlado
Nasi Minyak Pengantin
Minuman - Teh Tarik Terbalik


Pelbagai Hidangan Asli Lain Yang Memikat Selera

Seriouslu terdapat pelbagai hidangan yang kak lily cuba hari tuh, sampai senak-senak perut di buatnya. Semuanya nampak sedap di mata dan sedap di tekak hehehhe..

Di antara hidangan didalam menu yang sangat direkomen sebab kak lily sudah mencuba sendiri seperti :-

Ikan Siakap Berlado Dengan Petai

Ikan Siakap Berlado

Lontong Kering Wak Labib

Mee Rebus Mambang Jingga

Mee Kari Udang Bersepai

Kuew Teow Beef Terkejut

Gabungan 3 Rasa
Kerabu Daging Bakar Air Asam Kerisik
Tauhu Sumbat Kejora
Sotong Kangkung Terangkat


Seniman Pizza Perisa Unik Lain Daripada Lain.

Hidangan Pizza antara yang sangat kak lily cadangkan kalau korang ke Seniman Cafe. Keunikan pizza yang ditawarkan disini adalah dari segi topping yang menggabungkan citarasa makanan tradisi masayarakat tempatan. Nama menu juga agak 'catchy' dan menarik

Antaranya yang boleh dicuba seperti:-

Pizza Ayam Percik Melambang

Pizza Asam Pedas Lautan Gelora

Sambal Bilis Petai Power

Kerutup Kambing Mak' Tiri

Kerabu Ulaman Menjerit


Sambal Bilis Petai Power

Kerutup Kambing Mak' Tiri

Kudapan dan Pencuci Mulut Enak

Seperti biasa penutup kepada masakan yang enak tentulah pencuci mulut yang hebat.

Seniman Cafe tidak terkecuali menawarkan pencuci mulut yang hebat dan menggiurkan walaupun hanya dengan melihat pada nama resepi dan sememangnya sangat unik! Antara hidangan pemanis mulut yang dicuba seperti:-

Keropok Lesong Kepayang

Cucur Bilis Si Tanggang

Roti Jala Sira Durian

Karipuf Cantik Molek

Pisang Sangai Ais Krim

Apam Nangka Madu Tiga

Kerutup Kambing Mak Tiri

Churros


Pisang Sangai Ais Krim

Chikku - Creme Brulee

Apam Nangka Madu Tiga

Churros

Roti Jala Sira Durian



Minuman Enak Memukau Mata

Air minuman seperti teh tarik, kopi O kaw memang antara minuman 'legend' yang sangat diminati atuk moyang kita dahulu. Dan sebenarnya air ini tetap diminati sehingga sekarang kerana ianya mencerminkan minuman tempatan Malaysia yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja.

Uniknya minuman teh tarik disini diterbalikkan sebelum dimasukkan semula ke dalam gelas

Teh Tarik Terbalik

Seniman Coffee Kampung

Smoothies

Anak-anak pasti sukakan dengan smoothies yang ditawarkan di sini. Ada kepelbagai smotthies yang boleh dipilih dan dicuba. Bukan sahaja cantik dari segi persembahan, bahkan dari rasa dan manfaat dalam setiap smoothies memang terbaik. Antara smoothies yang boleh dicuba seperti:-

Berry Berry
Peach
Mango
Aloe Lychee
Aprikot, Acerola, dan Chia 'Cik' Keboom'
Seniman Mocktail

Berry Berry Smoothies

Untuk rasa lebih menyegarkan sangat disarankan mencuba sendiri menu mocktail dari Seniman Cafe. Memang sedap dan puas hati. Apatah lagi dengan warna-warna mocktail yang cukup cantik berseri-seri.

Mojito Limau
Apricot, Acerola dan Chia Grand Tea
Rose, Lime dan Chia Seed
Blue Curacao
Mojito Markisa
Strawberry & Lemon Cooler
Lychee Pops

Dari kiri Apricot, Acerola dan Chia Grand Tea, Blue Curacao dan Mojito Limau


Merdeka Special Tiffin Set

Set tiffin edisi terhad ini ditawarkan pada harga RM75 sahaja.


Dengan corak tiffin menggambarkan Malaysia seperti bunga kebangsaan dan bunga raya menjadikan ianya cukup esklusif. 


Didatangkan juga dengan makanan seperti Nasi kuning Mahawangsa, Ayam Rendang Temasek dan Pengat Nangka Madu. Set tiffin ini sesuai dinikmati untuk 2 orang.


Nampak tak??
Banyak menu yang kak lily cuba, ktorang makan sampai tersandar-sandar di buatnya. Bayangkan betapa sedapnya menu-menu di Seniman Cafe ni tau. 

Jom kita ke:


Seniman Cafe
Pavilion Bukit Jalil
Lot 4.31.00, Level 4
Pavilion Bukit Jalil
Persiaran Jalil Utama
57000 Bukit Jalil



Opening Hours
Daily Monday – Sunday
10.00am – 10.00pm

Contact
Phone : +60 19-214 2578
Email : hr@senimancafe.com

Jom ke Seniman Cafe untuk nikmati kepelbagaian makanan melayu hebat yang pastinya memenuhi gastronomi makanan korang sekeluarga!