Wednesday, February 24, 2010

Kereta Breakdown? Sorang? Baca tips nie!



Aku tak reti nak bagi tips pasal blogging2 nie coz baru2 je belajar menulis kan, jadi tips nie je yang aku tau so aku tulis lah ye, nie based on pengalaman sepanjang aku bawak kete.

Bukan apa, aku nie selalu kene cam nie time aku sorang. Kereta aku nie sejak dari aku beli sampai sekarang nie dia jarang meragam. Tapi bile dia meragam, payah gak lah kan. Lagipun mr Big keje area KL CDB tuh, aku plak kat Cyberjaya. Kalau nak tunggu dia datang, aku boleh rentung kat tepi jalan tu. Tak pun ramai plak mamat2 kete yang beria2 nak tolong aku sambil terjuling2 matanya memandang ke arah bende yang tak patut di tengok kan.

So ini ada sket tips untuk korang supaya tak delah mengalabah sangat kan! Macam aku dulu, siap nak nangis2 lagi. Masa tu kene kat highway PLUS nak ke JB, kene kat Kulai so bertowing lah sampai tol Skudai. Pas tol, kene towing sampai Tun Aminah, nasib baik adik aku dah tunggu kat bengkel tu.

  1. Jangan panik, rileks. Tarik nafas pepanjang. Kalau korang panik, korang x leh nak fikir pun kan. So itu lagi menyusahkan.

  1. Berhenti tepi, pasang hazard light (takkan itu pun x tau, kalau dalam hujan tau plak korang gunakan) kalau kereta mati tengah-tengah jalan selalunya mesti ada orang akan tolong tolakkan ke tepi dan diorg nie pun x bodoh nak langgar kete korang tu kan. Lebih2 lagi pompuan kan. Mesti diorg tolonglah, so janganlah bimbang.

  1. Call laki korang untuk inform yang kete tersadai kat tepi jalan nie. Maybe diorg boleh mintak tolong sesape ke yg dekat kat area korang tu ke kan. Kalau time keje call opis dulu kang sah2 ko kene potong gaji sebab tak datang x de sebab kan.

  1. Call tow truck. Cam aku ade Kurnia Auto Assist so aku call je diorg nie,bagi je no kereta, automatic diorg boleh tau details korang semua tau. Nanti diorg tanya breakdown kat mane, nak tow truck anta kemane dan macam2 soalan lagi lah. Klu kene kat highway boleh call kotak orange yang ada setiap 250m tu. Tapi aku simpan no kotak orange highway nie, senang sebenarnya.

  1. Tunggu tow truck datang. Jangan tahan tow truck yg bersepak kat tepi jalan tu, diorg tu cekik darah tau. Kalau korang pandai, cube2lah tengok kat enjin kete tu apa yang berasap ke kuar api ke kuar air ke. So senang nak explain kat bengkel nanti. Kalau korang pandai lah kan. Kalau tak, duk dediam bawah pokok kat tepi jalan tu.

  1. Pas dah call segala mak nenek semua tu, korang cube fikir bengkel yang korang selalu pegi or yg berdekatan dengan korang. Tak pun x kan laki korang nak biarkn korang rentung kat tepi jalan tu kan, eventho dia x leh nak datang, im sure dia mesti ade jalan untuk tolong korang dr jauh. Betul tak? Confirmkn bengkel mane korang nak pegi, senang tow truck nak bawak. Ala kalau susah sangat ikut je panel insurans korang tuh. Senang tapi mahal lah kan.

  1. Bile tow truck datang, amik segala info pasal tow truck tu then inform kat laki korang yang korang akan ikut tow truck tu sampai ke bengkel. Bukan apa, if anything happen laki korang taulah nak cari korang kat mane kan. Lagipun x kan korang nak tinggal tepi jalan tu tunggu teksi. Bongoklah tu kan

  1. Sampai bengkel, discuss dengan tokey cam ne. Kalau boleh claim insurans then get proper document. Kalau bayar sendiri, suruh laki ko kautim dgn tokey bengkel. Normally orang lelaki pandai bab-bab kereta nie so tak de lah kite orang pompuan nie kene tipu kan.

Kesimpulannya :-

-          Carilah satu bengkel yang boleh jadi geng, supaya bile ade apa-apa senang korang nak refer kat bengkel tuh kan. Macam ktorg, ktorg ada mechanic family kat Ampang. Apa-apa semua refer kat dia.

-          Biasa2kan independent, kalau nak harapkan orang susah beb! Belum tentu orang tu nak tolong kite kan


Tips nie leh pakai time kereta breakdown je bukan tayar pancit okeh.. Tapi kalau accident tu lebih kurang sama tapi ade sket different. Kalau korang nak, nanti aku buat entry. Sebab accident kereta jadi burger pun aku dah rasa tau. Maklumlah dulu I nie gangster kampung dusun.

Semoga apa yang aku tulis nie memberi tak banyak, sket pun jadilah manfaat untuk korang,mak2,nenek2, wanita2, bini2 orang, GF2 orang kat luar sane tau!

Yang lelaki plak bile baca entry janganlah plak nak lepas tangan. Ingat! Itu tanggungjawab tu tau! Tapi mrBig senang, dia trus tunggu kat bengkel sambil lepak2 dengan mekanik ktorg kat kedai mamak sebelah bengkel tu. Uishk itu yang aku geram tu tau!

Tuesday, February 23, 2010

Jadi ke Tak Berperang Sabtu Ni?

Ermm korang tengok poster nie :


Korang pegi tak? Ermm aku dengan mr Big pegi kot. Tapi masalahnya aku tak penah main. mrBig nie dah biasa keje menembak2 nie, maklumlah tiap-tiap malam practice kan, eh korang nie bukan dengan aku lah tapi dgn PS 2 dia, ala shooting2 game tu. Ishk korang ade plak sampai ke situ fikirnya kan!

Penah dah aku study tutorial kat Tasha-E1 pasal paintball nie tapi still benak gak otak aku nie. Agaknya ilmu malas nak masuk dalam otak aku kot minggu nie. Tapi daydeck86 cakap, kite pegi sane lepak2 sambil gelakkan Bean yang akan jadi mangsa tembakan Melz, Adikku Si Aus,Bro GTO,Cik Hel &Tasha-E1 gak. Ermm bagus gak idea tu, aku pun gak lama x gelak2 sesame diorang nie. Last gelak2 ari tu masa main bowling aritu.

Apa-apa pun aku tengok dulu, nak main ke tak tau! Lagipun aku tak de baju yang untuk diburukkan lah. Bile aku cakap cam tu kat Tasha, macam nak giler dia gelak sambil guling-guling tau. Sampai dia cakap dia leh sponsor aku sehelai t-shirt buruk dia... Lagilah tergelak2 aku dengar kan.

Anyway, diharapkan dapat jumpe korang Sabtu nie kat tepi pintu gate Zoo Negara tu ek kul 10.30am. Tapi kalau aku lambat tolong tepon aku ek! Memana blogger lain yang nak berminat nak join gak, boleh sesame kite membelasah diorg2 yang terrer2 nie. Sila tinggalkn email address di comment column tu ye..

p/s: start malam nie aku kene belajo menembak dgn mr Big lah, mesti dia suke kan? Ishk korang.. Sebab ape dia suker? Sebab dia x yah nak berebut PC dgn aku lagi macam sekarang tau!.

Monday, February 22, 2010

Aku Pemenang Contest RM Eyriqazz!

Bro GTO anjurkan contest nie. Ala korang referlah sendiri ek! Plz plz plz kamu jangan marah!

Dan pemenangnye ialah:

Hah cam x caya kan! aku leh menang contest nie. Padahal aku agak je, coz aku tau nama sebenar bro eyriqazz. Dia penah introduce nama dia dgn mrBig aku ari tu masa main bowling. Kan ktorg duk semeja time makan tuh. Betul tak daydeck?

Ermm apa-apa pun proses pemberian hadiah berjalan lancar. Cume blog aku baru acah-acah diterjah.
Korang tengok nie:

GTO Blog : sambil-menyelam-sambil-minum-air



hah seram plak aku sekarang nie, kene buat maintenance blog plak ah pas nie. Kang banyak plak yang dia komen2..

p/s: padan muke nk masuk contest sgt, kan dah kene terjah. Anyway, I like! La korang jangan jeles plak kan.. Usaha tangga kejayaan tau. La jeles lagi ke?