Showing posts with label ramadhan buffet murah di ampang. Show all posts
Showing posts with label ramadhan buffet murah di ampang. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Buffet Ramadhan 2013 @ Menate Steak House, Ampang

Hi Korang,

Ada orang email mengenai buffet ramadhan murah di Ampang ni plak.


Kalau korang nak berbuka dengan hidangan yang lain daripada lain iaitu western dish, rasanya baik korang cuba di Me’nate Steak House.

Kedai ni merupakan butcher shop yang menjual segala jenis daging untuk di jadikan hidangan barat dan juga merupakan kedai makanan barat juga. Kira macam 2 in 1 gitu. Best kan.

Moh kita tengok apa yang di sajikan untuk bulan ramadhan kali ni.


Ada Scottish Rice, Olio Aglio, Carbonara, Shabu Shabu, Lamb Chop, Grilled Chicken, Mutton Soup, Mashed Potatoes, Coleslaw, Sauté Vegetables, Jumbo Sausages dan juga tidak dilupakan Me’nate signature juicy Steaks turut di hidangkan di buffet line ini.


Minuman ringkas lagi menyegarkan seperti Tongkat Ali, Black Tea, Black Coffee, Hot Milo, Ice Lemon Tea, Ice Peach Tea, Orange Juice dan plain water di hidangkan secara free flow. Kiranya selagi korang nak minum, hah pi je tekan button mana yang korang suka.

Pencuci mulut serba ringkas seperti kurma dan kuih-muih tradisional kita juga turut dihidangkan.

Untuk buffet ramadhan di sini, ianya bermula dari 11hb Julai 2013 hingga 5hb Ogos 2013.

Harga buffet ramadhan di Menate Steak House, Ampang ni adalah

RM38.00nett untuk dewasa

RM19.00nett untuk kanak-kanak (5 – 12 tahun)


Untuk tempahan, korang boleh hubungi  019-2966375 atau email ke menate.ramadhanbuffet2013@gmail.com


Jom kita ke

Menate Butcher Shop / Steak House
No, 16 Jalan Kolam Air Lama Satu
68000 Ampang Jaya
Selangor
GPS Coordinates: N3.160795,E101.758692

Rasa aku tak leh nak bagitau sebab aku belum pernah makan kat sini lagi. But kalau korang pernah ke sini, mehlah share sket dengan aku ek. Sedap ke tak, daging lembut ke keras, minuman manis ke, kuih muih sket ke kan

Itu je…

Selamat Berbuka Korang!


p/s : gambo dari goggle.com