Showing posts with label pergaduhan hebat. Show all posts
Showing posts with label pergaduhan hebat. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Pepagi Sudah Bikin Panas

Hi Korang,

Ermm hujan ni nampaknya tak berhenti dari malam tadi. Seronok tidur sampai terbabas2 lah bangun kan.

Bila sampai je site, hujan makin lebat. Apalagi letak segala yang patut sambil ON segala yang harus then straight ke kantin untuk breakfast.


Tup tup sampai je kat kantin, aku dah terdengar orang terjerit2 cam kene histeria. Apalagi dengan gaya kepohnya aku cepat2 tinjau. Rupa-rupanya one of the sub-con supervisor tengah bertikam lidah dengan our safety. Dengar punya dengar pasal permit kerja rupanya. Segala mak neka cacian dan hinaan lah yang aku dengar. Hampir jugaklah nak bertumbuk kan.

Workers yang ada kat situ semuanya tergamam bila tengok but bukan setakat workers je, ktorg pun duk sama tergaman dan takut jugak mana tau anything happen kan. 

Dah abis segala ayat keluar dan agaknya malas nak panjangkan citer, mamat tu blah dari site dengan semua workers dia sekali.  

Aku takut nak amik gambo kang dengan aku sekali dia belasah dahlah mamat tu badan besau. Tapi biasalah ni gaduh dalam site, ada dulu tuh siap gaduh kat luar sampat polis datanglah untuk settle.

Ermm pepagi sudah panas walaupun sejuk je hari nie..

Sudahlah pi sambung keje.