Showing posts with label menu at delicious cafe. Show all posts
Showing posts with label menu at delicious cafe. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Dating Kejap Di Delicious Cafe, Setia City Mall

Hi Korang,

Masa balik dari cousin aku bertunang di Meru hari tuh sempat gaklah ktorang ke mari.

Alah sekadar nak pi beli kopi jadi peneman ktorang drive balik ke Bangi. Yelah ko jauh tuh, rasa dalam 1 jam lebih siap jem bagai kan.

So Mr Big kata jomlah pi sini jap kat Setia City Mall ni. Tempat baru ni, tengok dari luar nampak cam best je.

So sesampai je, ronda dulu dari 1 tingkat ke tingkat yang lain.

Nampak kedai kasut, singgah jap.Ada berkenan plak terus i beli. Ini semua perbelanjaan tak terancang ni agak bahaya betul. Masuk kedai baju, tup-tup beli baju plak.

Itula dia.

Dengan alasan, ada kedai ni tak de kat KL lah. Tak kan nak ulang alik ke sini semata-mata nak beli baju sehelai kan.


Dah penat, ktorang duk singgah cafe Delicious ni.

Malas nak order makan coz mak andak aku dah bekalkan lauk + nasi kenduri bukan main banyak lagi, katanya alah senang tak payah nak masak balik nanti. Makan je.

So ktorang duk minum-minum jelah.

Nak pilih minum pun satu hal gak. Belek sana, pusing sini, tengok gambar.

Sudahnya ini yang ktorang pilih

Death by Iced Chocolate RM10.90

Coklatnya memang pekat, sedap. Terasa betul air coklatnya sampai ke tekak.

Affogato RM9.90

Ini one of my favourite. Ais krim vanila yang di hidangkan sekali dengan small cup of cappuccino dan ada coklat biji2 sekali. Tak manis tapi just nice bila di hirup.

Chocolicious Sundae RM14.90

Memang rasa berdosa sangat kalau orang diet makan menda alah ni. Segala-galanya pure dalam cawan ni. Baik coklat mahu pun ice cream tu sendiri. Ada plak fresh strawberi kan, lagilah mantap uolls.

Memula tadi tak nak makan kan, tu dia tak sampai beberapa minit Mr Big cakap nak order makanlah tapi yang ringan-ringan je. Selain daripada nasi lemak,

Ktorang order

Chili Con Carne Cheese Fries RM16.90

Amik ko semangkuk french fries ranggup yang di curahkan sos bolognese ala-ala spicy di atasnya. Sedap tuh pekena pepanas

siap nasi lemak plak laki aku ni tau

dah abis plak affogato ni, nak lagiiiii

sedap kan, itula terbaek ooo

nak lagi leh takkk..

Lepas je pekena semua tuh, terus ktorang balik.

Dalam kereta mata memasing terbuntang dek pekena makan-makan yang tak henggat tu kan. Ishkk mana tak gemuk asyik makan-makan dan makan je kan.

Sudahlah...