Showing posts with label kemudahan hotel. Show all posts
Showing posts with label kemudahan hotel. Show all posts

Thursday, July 19, 2018

Majlis Pra Pembukaan PUTRADE ALLSUITES Di Royal Perak Golf Club

Hi Korang, 

Semalam kak lily bersama rakan-rakan bloggers lain ke Ipoh baig menghadiri majlis pra pembukaan Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club Bandaraya Ipoh ni. Sangat cantik tempatnya tau, tenang aman dan damai je bila berada di sini. 


Putrade Allsuites at RPGC menerima kehadiran 18 tetamu pertama pada hari pembukaannya hari ini. Terletak di lokasi strategik yang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berlatarkan Gunung Lang dan Gunung Bilike, Putrade Allsuites at RPGC dilengkapi dengan prasarana yang serba lengkap. Kelebihan-kelebihan ini telah menjadikan Putrade Allsuites at RPGC menjadi pilihan utama pelancong dalam dan luar negeri Perak terutama sekali di kalangan penggemar sukan golf tempatan. 

Puan Intan Jaafar, memberikan penerangan mengenai Putrade Allsuites kepada para media

Terdapat 36 buah unit Suites Apartment yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang sofistikated diyakini mampu menjamin keselesaan tetamu yang menginap di sini. Antara kemudahan yang disediakan di dalam setiap Suite termasuklah jaringan internet tanpa had, peti keselamatan elektronik, sistem kad berkunci, penghawa dingin, mini bar, perkhidmatan makan di dalam suite, IDD telefon, televisyen satelit, katil tambahan, dan banyak lagi. Selain itu juga, Putrade Allsuite at RPGC turut menyediakan perkhidmatan concierge dan kawalan keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan penghantaran / pengambilan ke lapangan terbang Sultan Azlan Shah, perkhidmatan dobi dan ruang letak kederaan. 


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Kamar Ahmad berkata, Putrade Allsuite at RPGC menawarkan tiga jenis bilik iaitu 2 unit apartment 3 bilik dengan keluasan 1208.87 kaki persegi, 12 unit apartment 2 bilik dengan keluasan 906.55 kaki persegi dan 20 unit apartment 1 bilik dengan keluasan 604.44 kaki persegi. Kadar bayaran untuk Pakej Penginapan Peribadi satu malam dengan sarapan adalah minimum sebanyak RM390 dan maksimum sebanyak 590 untuk apartment 3 bilik. 

Penyampaian cenderahati kepada En Mazlan selaku tetamu pertama yang menginap di Putrade Allsuites ini

Barisan VIP Putrade Allsuites bersama En Mazlan

Selain itu, pelbagai pakej menarik telah disediakan oleh pihak Putrade Allsuites at RPGC bagi memenuhi kehendak pelbagai kategori tetamu. Antaranya ialah pakej penginapan seminar untuk dua hari satu malam turut disediakan di sini dengan kadar bayaran sebanyak RM220nett seorang dengan syarat minimum penyertaan sebanyak 40 orang pada sesuatu masa. Pakej ini disediakan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa syarikat- syarikat korporat, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang acapkali menganjurkan bengkel, kursus dan latihan untuk kakitangan masing-masing. 

golf club yang cantik dan mendamaikan

Tetamu yang menginap di Putrade Allsuites at RPGC juga boleh beriadah dan bersukan di sini. Kemudahan seperti 18 Hole Championship Golf Course, Driving Range, Gelanggang Tenis, Gelanggang Squash, Kolam Renang beserta Jakuzi, gymnasium dan banyak lagi kemudahan lain turut disediakan di sini untuk memberikan jaminan pengalaman yang terbaik kepada para tetamu yang menginap di sini. 




Selain daripada penginapan apartment, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang menyelerakan di Fairway Restaurant yang terletak di Aras 1, bangunan utama Kelab Golf DiRaja Perak.. Restoran ini menyajikan makanan yang dijamin 100% halal dan bukan sahaja menyediakan selera makanan tempatan malahan juga makanan antarabangsa. Chef yang berpengalaman telah ditugaskan khas untuk memastikan makanan yang disediakan di Fairway Restaurant ini mampu memenuhi citarasa tetamu yang berkunjung. 


Kemudan dewan acara untuk pelbagai aktiviti dan majlis juga turut disediakan. Dewan yang boleh menampung 700 orang tetamu pada satu masa ini dilengkapi dengan kemudahan dekorasi dan penataan cahaya yang pastinya mampu memikat hati tetamu yang datang. Dewan ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat majlis perkahwinan, persidangan dan acara- acara besar yang lain. 

Dengan inovasi dekorasi baharu dan fasiliti yang terkini, Putrade Allsuites at RPGC mampu menjadi salah satu daya tarikan baru dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat setempatnya khususnya di negeri Perak. 

swimming pool yang cantik

Untuk tujuan tempahan, sila hubungi +60 5 238 0022 atau emel ke inquiry@putradeallsuites.com dan boleh membuat tempahan atas talian melalui wakil agen atas talian; Agoda, Expedia dan Traveloka.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com