Showing posts with label keluaran Bank Rakyat. Show all posts
Showing posts with label keluaran Bank Rakyat. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

Aplikasi ‘TOUCHSTYLE’ Daripada Bank Rakyat Untuk Perbankan Pintar

Hi Korang,

Ada berita baik bagi semua...

Kini Bank Rakyat tampil dengan aplikasi telefon pintar iaitu “TOUCHSTYLE”.


Aplikasi terbaharu daripada Bank Rakyat ini boleh memudahkan kita untuk dapatkan informasi terkini tentang produk dan perkhidmatan Bank Rakyat yang bercirikan mesra pengguna. Aplikasi ‘TouchStyle’ merupakan salah satu strategi digital oleh Bank Rakyat untuk meneroka pasaran baru khususnya dalam kalangan pengguna Gen Y malah ianya bakal menjadi aplikasi pertama di Malaysia yang dibangunkan berdasarkan prinsip Syariah.


Dengan adanya aplikasi ini, akan membantu bank untuk mendidik pengguna mengenai cara pengurusan kewangan terutamanya dalam kalangan golongan muda.


Boleh tengok balance yang tinggal, lepas korang shopping tak henggatkan. Ermm itulah, so tak yah nak pi ATM check balance korang berapa kan


Tengok last year punye report pun boleh, kita boleh trace back our spending money tau

Ermm tak susah pun kan,

Just download di smartphone memasing, bagi pengguna sistem operasi Android boleh memuat turun secara percuma aplikasi ini dari Play Store dan App Store untuk sistem operasi iOS.


Kalau rasa cam tak berapa faham lagi, boleh layari www.bankrakyat.com.my, FB dan Twitter Bank Rakyat @mybankrakyat dan sebarang pertanyaan sila hubungi talian Bank Rakyat di 1300 80 5454.

Senangkan!