Showing posts with label harga Nivea deodorant. Show all posts
Showing posts with label harga Nivea deodorant. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Zul Ariffin & Kempen Masalah Bau Badan NIVEA Triple Shield

Hi Korang,

Bila baca nama Zul Ariffin, confirm korang terbeliak biji mata kan nak tengok gambar dia. Ermm tau dah aku maklumlah peminat setia katanya.

peneman aku hari tuh blogger Ayue Idris

Baru-baru ni sempat aku ke Zebra Square untuk majlis pelancaran kempen NIVEA Cool Kick-Triple Shield. Alah kempen untuk hilangkan bau badan bagi lelaki, dah kalau bau busuk kan, ko ingat ada ke orang nak dekat ntah-ntah makwe ko pun lari

main game untuk dapat hadiah

ade selfie contest tau

tengok dah dapat hadiah

NIVEA memahami bahawa peluh, bakteria dan bau badan adalah masalah normal yang dihadapi lelaki sehinggakan ia memberi kesan terhadap keyakinan diri. Namun kini, menerusi NIVEA MEN Cool Kick, golongan lelaki akan memperoleh perlindungan ganda tiga daripada peluh, bakteria dan bau badan. Inovasi mengagumkan ini mengandungi formula Cool-Care yang memberikan kedinginan maksimum dan kesegaran berpanjangan kepada bahagian bawah lengan bagi mengelakkan rasa melekit walaupun pada cuaca panas.


NIVEA turut melaksanakan Cool Kick – Triple Shield Campaign, kempen yang direka sebagai satu bentuk cabaran kepada golongan lelaki sama ada dalam bentuk digital atau di medan pertempuran sebenar (ground battle). Para pengguna boleh menyertai cabaran ini secara digital menerusi permainan dalam talian Triple Shield yang boleh diakses di laman Facebook NIVEA MEN MALAYSIA www.apps.facebook.com/tripleshield/ di mana hadiah bernilai RM80,000 kini sedia untuk dimenangi. Peraduan ini berlangsung bermula Januari sehingga April 2015.


“Di NIVEA, kami pastikan bahawa keyakinan turut disertakan dalam setiap satu produk kami. Disebabkan itu, setiap tahun kami membelanjakan jutaan ringgit dalam pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi produk. Saya percaya ia memberikan hasil memberangsangkan dan ia dapat dilihat menerusi prestasi pasaran barisan deodoran NIVEA yang berkembang 13x lebih pantas berbanding pertumbuhan pasaran. Malah NIVEA kini adalah jenama deodoran Nombor 1 di dalam pasaran,” ujar Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura pada majlis perasmian di Kuala Lumpur.


Selain kempen digital, cabaran di medan pertempuran sebenar juga dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 April 2015 di Blue Concourse, Sunway Pyramid melibatkan 64 pasukan daripada kolej-kolej seluruh Malaysia. Mereka akan bersaing selama dua hari bagi merebut hadiah bernilai RM50,000.


Nazim Othman

Zul Ariffin

Kevin Zahri

Tiga selebriti iaitu Zul Ariffin, Nazim Othman dan Kevin Zahri juga diuji dalam Triple Shield Challenge. Para hadirin dan jemputan media juga berpeluang menyertai Triple Shield Challenge dan permainan digital di mana para pemenang kemudiannya diberikan hadiah-hadiah eksklusif daripada NIVEA.


Idea terhadap pelaksanaan Triple Shield Game ini tidak hanya bertujuan memberi keseronokan, malah ia turut menekankan kepada tiga masalah biasa yang sering dihadapi lelaki sehinggakan mempengaruhi tahap keyakinan mereka dalam kehidupan seharian. 




Permainan yang diinspirasikan daripada sukan dodgeball itu memerlukan pasukan yang dianggotai tiga ahli untuk mempertahankan diri daripada serangan tiga jenis biji bola yang dilontarkan pasukan lawan. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mampu mempertahankan diri paling lama daripada tiga ancaman menggunakan perisai (triple shield) yang disediakan akan memenangi perlawanan dan layak untuk ke peringkat seterusnya.


NIVEA MEN Cool Kick memberikan perlindungan tiga kali ganda terhadap peluh, bakteria dan bau badan. Formula Cool-Care memberikan kedinginan maksimum dan perasaan selesa bagi mencegah pengumpulan peluh yang kemudiannya bereaksi dengan bakteria dan seterusnya menyebabkan bau badan.


NIVEA MEN Cool Kick boleh didapati dalam botol roll-on 25ml pada harga RM4.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak), botol roll-on 50ml pada harga RM9.80 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak), stick 40 ml pada harga RM11.90 dan semburan (spray) 150ml pada harga RM15.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak). NIVEA MEN Cool Kick kini boleh diperoleh di semua farmasi, pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara. Untuk keterangan lanjut tentang NIVEA MEN Cool Kick, layari www.NIVEAMEN.com.my dan laman rasmi Facebook www.facebook.com/myniveamen.

Tak dapat amik gambo dengan abang sado Zul Ariffin sebab nak kejarkan bank sebelum tutup. Errmm lain kalilah kita berselfie ye bang!...