Showing posts with label guna waze. Show all posts
Showing posts with label guna waze. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Sayangi Kereta Anda : Belajar Memandu Guna WAZE


Hi Korang,

Citer bab kereta plak la, rasa cam lama je tak citer pasal segmen sayangi kereta anda ni ek


Aku memang tak de GPS.

Bagi aku tak penting pun coz so far still boleh tangkap lagi dalam kepala otak jalan-jalan kat KL ni.Tapi bila jalan dah banyak bertukar jadi SEHALA, aku cam weng sket. Yelah ko meraba cari jalan, especially bila masuk area pekan-pekan kecik ni.

lengkap semua info dan nama jalan

So sejak ada smartphone ni, Mr Big suruh aku install WAZE app ni. Dia cakap untuk memudahkan aku yang selalu keluar masuk office kan, kesana kemari buat kerja luar. Aku memula fikir alah tak penting sangat but bila one day aku kena pi satu tempat tuh yang langsung aku tak pernah jejak, terus mengelabah dibuatnya.

Jadi install gak lah.

First guna masa aku nak ke Menara PKNS kat PJ tuh.

La PJ je wei, nak guna WAZE gak ke. Eh, haruslah PJ banyak sangat jalan sehala so dengan adanya WAZE ni dapatlah aku tengok jalan mana senang nak ikut. Apalagi set jelah nama tempat dalam search box then dia akan tunjukkan korang jalan.

heavy traffic

Nak tergelak aku memula masa si tukang penyampai WAZE ni bercakap, rupanya suara lelaki. Sound cam gatal je hehhe. Tapi yang paling best time aku salah jalan, dia asyik duk sebut Recalculating. Memula cam nada ok ok , lepas tu bila dah banyak kali aku silap jalan, dia sibuk Recalculating ni macam nak marah je. Mr Big cakap mengarut jelah voice boleh marah. Hehehehhehehe

hah polis buat roadblock pun dia bagitau gak ek

Yang best WAZE ni, segala jem ke, hazard ke, ada polis kat depan semua dia duk bagitau so tak yah aku nak fikir-fikir lagi. Ikut je apa yang dia cakap then sampai aku ke tempat yang dituju. So far belum pernah aku terkena jalan jauh lagi, semuanya cam betullah apa yang dia guide tuh. Tak de plan data korang abis bila guna WAZE ni, dan lagi satu sila standby charger takut-takut bateri phone abis plak kan, cam ne plak korang nak berWAZE bagai ni.

Tak de lah excuse salah jalan lagi pas ni ek. Maybe aku nak try guna masa jalan-jalan kat Melaka nanti, tengok betul ke tak.

Halo pi Melaka pun nak pakai WAZE ke. Haruslah korang ingat aku terrer sangat ke jejalan kat sana. Nama je orang Melaka tapi apa pun tak boleh... 

hehehhehe