Hi Korang,
Baru-baru ini AVON Cosmetics  (M) Sdn Bhd hari ini telah melancarkan  kempen  'Kecantikan  Demi   Satu  Tujuan'           , satu    mesej penjenamaan global yang  memfokuskan komitmen berterusan  syarikat dalam memperkasakan wakil  AVON  dan  wanita   seluruh  dunia  melalui kecantikan dan kebebasan kewangan. 
Majlis di adakan di Tanzini Restaurant G-TOWER sangat meriah dengan kehadiran orang-orang besar AVON tau. Aku pun of courselah happy dapat menjadi one of the guest ek.
'Beauty  For A Purpose' atau  Kecantikan Demi Satu Tujuan menyediakan suatu pelan rangka kerja yang menjurus kepada tiga fokus utama iaitu Menghasilkan barangan kecantikan berkualiti pada nilai terbaik; Peluang Pendapatan AVON;  menyediakan platform kepada  6  jutaan   wanita seluruh  dunia   berdikari   mempunyai  pendapatan  sendiri  sendiri  dan meningkatkan tarat  hidup   keluarga ; serta  jaringan hubungan antara wanita  yang diperkasa menyokong  serta memperkasa wanita  lain.
Usaha penjenamaan baru ini akan  dipergiatkan melalui pelbagai saluran kempen komunikasi yang direka untuk menyampaikan mesej keseluruhan mengenai AVON kepada pengguna dan wakil-wakilnya. 
Kempen  ini juga  akan  disokong  melalui pengiklanan dan  dimanfaatkan melalui  saluran digital  dan  media  cetak.    Kecantikan Demi Satu Tujuan merupakan suatu panduan visi jangka  panjang AVON  yang  berasaskan kepada sejarah  AVON  mengenai memperkasa wanita.   Kebebasan kewangan merupakan pengerak utama dalam pemerkasaan wanita dan AVON telah menyediakan peluang menjana pendapatan kepada wanita lebih daripada 125 tahun.
Selain itu, komitmen AVON  kepada wanita adalah melalui  usaha-usaha besar  yang  dilakukan untuk  kempen barah payudara (Kiss  Goodbye To Breast Cancer) dan  keganasan domestik  (Fight Against  Breast Cancer). Usaha ini adalah untuk membantu wanita  menjalani kehidupan yang lebih sihat, dan bebas  daripada menjadi mangsa  keganasan domestik. 
"Pada  hari ini , soya ingin  berkongsi  rasa teruja  dan  bangga mengenai AVON dan  juga usaha memperkuatkan lagi hubungan dengan penguna dan  wakil-wakil AVON. Selain itu memperkenalkan kepada generasi  baru wanita  tentang jenama yang semua orang  yakin dan suka", Menurut Aspalin Hj Sirat, Ketua Pemasaran Komersil AVON Cosmetics   (M) Sdn Bhd. 
Kecantikan Demi Satu Tujuan - suatu penceritaan mengenai AVON secara keseluruhan:  menghasilkan barangan yang  diingini  wanita,  peluang menjana pendapatan dan  sokongan rangkaian yang  boleh  mengubah dunia.  Melalui kempen ini, Avon meraikan kecemerlangan yang diperolehi oleh 6 juta Wakil Avon - rangkaian terbesar wanita dalam memperkasakan wanita  disekeliling mereka melalui kecantikan. 
Menuju  ke hadapan, AVON baru-baru ini telah melancarkan aplikasi di telefon  pintar. Melalui  saluran inL wakil-wakil AVON dan  pengguna boleh  mendapatkan brosur AVON; aplikasi  yang  membolehkan pengguna  membeli dan  wakil-wakil AVON menjual  barangan. Aplikasi brosur ini direka untuk membantu wakil -wakil AVON mengembangkan serta    menguruskan perniagaan  selain  untuk pengguna membeli barangan AVON kegemaran mereka.
di antara mereka yang berjaya dalam AVON, daripada meniaga kecil-kecilan hingga sekarang dah jadi stokis besar dah pun tau
lntegrasi Sepenuhnya di Peringkat Syarikat
Syarikat  telah  mensasarkan bahawa  kempen    Kecantikan Demi  Satu Tujuan ini akan diintegrasikan sepenuhnya dalam setiap aspek perniagaan termasuklah     pencetakan   brosur   jualan     yang     diedarkan  kepada pengguna. Syarikat juga  telah  melancarkan kempen   ' Employee  value Proposition    melalui    kempen   Kecantikan   Demi    Satu   Tujuan   yang bertemakan  "Inspiring   Work.    Empowering    Women,".  lni   bertujuan menerapkan aspek pemerkasaan daripada  perspektif dan  pengalaman pekerjaan mereka.   Melalui kempen ini AVON dapat memperkukuhkan lagi komitmennya untuk menyediakan skop kerja  yang  memenuhi keinginan dan kepuasan kepada pekerja  untuk melakar hala tuju seterusnya.
produk terbaru AVON, fragrance mist.. ishkk tak sabar nak cubalah
ermm gold collection, cantik gak tau... nak cuba nak cuba
Ermm best kan mereka-mereka yang diberada di dalam keluarga AVON ni ek.. Bak kata diorang ni di mana ada kemahuan di situ ada jalan untuk berniaga kan...
Ok ok aku rasa-rasa boleh meniaga tak? hehehehe who knows kan...
 








 
