Hi Korang, 
Peneraju telekung  inovasi di Malaysia, Siti Khadijah melangkah setapak ke hadapan dengan membuka dua  buah  butik di Lembah Klang. Dua butik SK yang  dibuka adalah di Central I-City dan  Subang Parade. 
Di sebabkan majlis perasmiannya serentak so kak lily hanya sempat ke Butik KL di Central I-City Mall di Shah Alam. Bukan main ramainya orang yang hadir di majlis pembukaan ni, beratur kemain panjang lagi untuk dapatkan promosi-promosi hebat di hari pembukaan tersebut. 
Majlis Grand  Opening  Butik  SK  di  Central  I-City  dan  Subang  Parade  ini  dijalankan  secara serentak  bermula   26-28  Julai  2019.  Untuk  Grand  Opening  di  Subang  Parade  diserikan dengan kehadiran  bekas  personaliti terkenal,   Puan Sri Datin  Normala Samsudin dan  Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Ammar Mohd  Hishamudin. 
Manakala untuk  Grand  Opening  di  Central  I-City  pule   dihadiri  oleh  Yang  Berbahagia Datuk  Wan Suraya Binti Wan Mohd  Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pengarah   Pemasaran   Siti   Khadijah   Apparel  Sdn   Bhd,   Encik   Mohammad   Munzir   bin Aminuddin. 
Butik  SK  Central  I-City  don  Subang  Parade  ini  masing-masing  merupakan cawangan yang ke-32  dan   ke-33  di  seluruh  Malaysia.  Waktu  operasi   bagi   Butik SK yang   baru  ini  adalah bermula  pada jam  10 pagi  sehingga jam  10 malam. 
Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin
''Syukur   ke   hadrat ilahi,   dengan  izinNya,   Siti   Khadijah   berjaya    meluaskan   empayar perniagaan  dengan  membuka duo  lagi  butik  di dalam Malaysia.  Di kesempatan  ini juga soya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil soya, iaitu  anak-anak don suami  yang  sentiasa  menjadi tulang   belakang don  nadi kepada  kejayaan  SK sekarang. Soya  juga ingin  mengucapkan terima  kasih soya  kepada  famili  besar soya,  iaitu  Team  SK yang  sentiasa  bekerja  keras  untuk meningkatkan  mutu  don  kualiti produk SK bermula  tahun 2009  sehinggalah  ke hari  ini.  lnsyaAl/ah,  pembukaan duo  butik  baru  SK  di Subang  Parade don  Central I-City ini akan  memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk merasai kualiti premium produk SK,  don  dapat melakukan ibadah mereka  dengan lebih selesa", kata Puan  Hajah  Padzilah  Enda Suleiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah 
Disebabkan sokongan don  permintaan yang  tinggi  daripada pelanggan setia SK, #TeamSK mengambil  keputusan untuk membuka dua  buah  cawangan butik di Subang Parade dan Central  I-City,  Shah  Alam.   Nilai  pelaburan  bagi   pembukaan  butik  baru  Siti  Khadijah  di Subang Parade dan  I-City mencecah RM400,000. 
lstimewa  sempena  pembukaan  butik  SK  secara  serentak  di  Subang  Parade  dan  Central I-City, SK telah  mengeluarkan koleksi telekung baru iaitu TPO Nayla dan  Basic Kain Safaa. Harga promosi   bagi   TPO  Nayla  ialah  RM239  manakala  Basic  Kain  Safaa  pula  berharga  RM 149. Bukan  sahaja  produk  telekung, produk  gaya  hidup  Muslim  yang  lain juga  boleh  didapati  di butik SK dengan harga promosi sempena Grand  Opening yang  bermula  26-28 Julai 2019. 
Bukan sahaja keluaran  rangkaian produk  telekung SK, sempena Grand Opening kedua-dua butik  baru  ini.  SK  telah   memperkenalkan  produk   terbaru   penjagaan  diri  melalui  jenama Seedkey iaitu Hair Mist Jasmine dan Hair Mist Rose. Seedkey merupakan produk  penjagaan diri yang   telah   ditubuhkan  pada  tahun   2017.  lanya  bermula   dengan  produk   sabun  dari wangian  gaharu   dan  syampu  dari wangian limau  purut. Seedkey mensasarkan misi  untuk menjadi   peneraju  produk   yang   berasaskan  bahan  semulajadi  di  Malaysia.  Penghasilan produk   ini  adalah  disebabkan  oleh  kesedaran yang  tinggi  terhadap penggunaan bahan kimia yang  merbahaya didalam produk  penjagaan diri yang  dipasarkan secara komersial. 
Antara  kelainan  yang  ingin  diketengahkan  oleh  SK bagi  kedua  butik baru  ini ialah konsep rekaan  dalam butik itu sendiri.  Konsep yang  digunakan tampak lebih moden  namun kekal minimalis, sejajar dengan prinsip produk  Siti Khadijah iaitu ringkas dan  minimalis. Bagi pilihan warna  butik pula, kedua-dua buah  butik yang  baru  ini masih kekalkan warna  maroon  yang menjadi warna  tema  SK. 
Selain   itu,   susunan   wardrobe   atau   koleksi   produk   SK  yang   dipamerkan  menghadap pelanggan  bagi  menarik minat lebih ramai pelanggan don  interaksi yang  lebih tinggi.  Bagi keluasan  butik  pula,  butik SK  Central  1-City mempunyai keluasan 746 kaki persegi, manakala butik SK Subang  Parade mempunyai keluasan  711  kaki persegi. 
So tahniah kepada butik Siti Khadijah di atas 2 pembukaan butik terbaru dan semoga lebih sukses hendaknya.
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 
Webiste :
Facebook Page : 
Instagram Link : 
 
 
